Monday, October 14, 2013

Kisah Belanja Makan

       Kisah ni dah berlalu dua tahun lepas masa aku di UiTM Dungun. Semester 1 aku ditempatkan di Kolej Gemia antara kolej paling jauh ke dalam kampus. Semeter 2 aku ditempatkan di Kolej Duyung disebabkan aku ada jawatan masa tu. kebanyakan member lain semua terpaksa tinggal di rumah sewa luar kampus. aku kira bernasib baik lah. Konsep nak dapat kolej ni, korang kena beri sumbangan dalam kolej atau kampus baru lah layak dapat kediaman kolej.

        Aku mula kenal banyak member sekali batch dengan aku masa semester 1. Kami tinggal di Kolej Gemia. Student tak banyak pun... batch aku dalam 200 lebih kalau tak silap. aku pun dah lupa berapa ramai. Walaupun kelas aku cuma ada 7 orang student, tapi sempatlah kenal dengan student kos komputer yang lain. Batch aku, budak kos komputer pun tak ramai. Cuma ada dua kos sahaja masa tu jadi memang selalunya kelas kami gabung. Aku memang rapat dengan semua orang. mungkin sebab kami pun tak ramai jadi senang nak kenal2.

         Semester 2 ada sesetengah budak kos komputer ni tinggal di Kolej Gemia sebab diorang ni nak jadi JawatanKuasa Perwakilan Kolej... Disebabkan ada jawatan ini, dapatlah mereka2 tinggal di kolej gemia. Aku pulak tinggal di Kolej Duyung, Berhadapan dengan pantai. Antara kolej yang top kat kampus masa tu sebab most pelajar yang ada jawatan sahaja yang layak.

          Aku kadang2 ada la contact dengan fb member yang tinggal di Gemia. Aku serius bosan tinggal di Duyung, Dah la member takde. Time student diploma cuti, aku tinggal sorang2 satu aras di kolej duyung tu. Bosan derr... dah la kos aku masa semester dua tinggal 3 orang je student. life aku bosan dan lonely gila. kelas bosan, lepas kelas pun bosan. Seksa betul nak habis semester tu.

          Nak dijadikan cerita, ada la member yang rindu aku... suruh aku malam lepak2 kat Kolej Gemia kalau bosan. Lagipun buat ape dok kolej Duyung sorang2 je. Diulang lagi, member kelas aku cuma 2 ORANG dan kat kolej gemia ni kira member satu batch aku la. Yang member kos 2 orang tu memang jarang dah nak lepak kat Kampus sejak dah tinggal rumah sewa. Tinggal la aku kesunyian sorang2 kat kampus...

          Ada seorang member ni ada janji dengan aku, kalau datang Gemia contact dia, nanti dia boleh belanja makan. Aku bila dengar makan memang ON. konsep 'rezeki jangan ditolak'. Jadi aku datang ke gemia yang jauh dari kolej aku. Ambil masa 18 minit berjalan kaki. Sampai je di gemia aku contact phone dia, suruh belanja makan. heheh~

          Dia mula macam tak caya aku datang Gemia. Dan aku pegang janji itu, asalkan aku dapat makan. Tapi... Kalau aku jalan kaki balik kolej aku di Duyung boleh jadi lapar balik! jauhhhh bhai. Takpe asalkan malam tu aku jimat duit makan sebab ada orang nak belanja. Dan dia pun turun dari kolej jumpa aku. Kami pun lepak la kat kafe gemia. Aku order makan Kuew tiow Kung Fu. Makanan ni agak sedap jugak laa... aku mula rasa masakan ni masa kat Dungun. Sejak tu aku selalu order makan ni.

           Duduk di meja yang ada 4 kerusi, tunggu makanan siap... Tetiba aku rasa. "what the hell aku buat ni". Serius kekok macam mana entah. Sebenarnya member aku tu perempuan, nama dia Amira(bukan nama sebenar). Aku sempoi je dengan member2 lain, borak2 macam biasa. Tapi bila dalam situasi ni... serius aku blurr. Ni dah macam dating ke apa? Aku terfikir jugak mungkin dia ajak member perempuan lain, sekurangnya bukan berdua aku dengan dia je makan. Ok ni 1st time aku makan dengan perempuan berdua macam ni... Gelisah ohh... Cafe tu baru bukak jadi memang takde banyak orang sangat, sunyi sikit. Aku cool sembang macam biasa. Setahu aku dia baru break dengan boyfriend dia(hasil stalk blog dia). Dinner berdua aku cuma biasa dengan mak atau kakak aku je. Perempuan lain serius kekok gila. tapi aku maintain cool dan gentleman. Alahhh... member je. rilek la.

          Bukan apa, walaupun dia member... aku ade terbayang macam mana member lelaki aku yang lain dating kat kafe, selalu aku usha je orang dating. Agaknya macam ni lah kot situasinya. serius shit. Kalau situasi aku macam dalam filem mungkin dah ditambah background bunyi cengkerik. kekok punya pasal. Dalam hati aku risau je kot ade sape2 nampak fikir lain pulak nanti. Aku cuma nak makanan aku je. Aku nak makan free~

           Sepanjang ada kat kafe itu... aku mintak2 lah sangat aku diselamatkan dari sebarang kecelakaan. Tapi mood makan aku still maintain good good. Aku sejak di Dungun, kira nak makan je tak habis2 sebab tu berat aku dah naik sekarang. Tapi kira ok lah, dia kotakan janji belanja aku makan dan bukannya memain, itu yang bagus. Mungkin bagus lagi kalau dia ajak member lain sekali sebab kerusia ada lebih dua. Tapi dengar2 member yang lain dah dinner awal. arghhhh tak kisah, asalkan diorang turun sekali join walaupun tak makan.

          Cuma kali itu sahaja lah. Selepas itu aku selalu Dinner sorang2. Sebab aku takde sape temankan aku makan kat kafe. Aku tinggal di Kolej Duyung, siapalah yang ada. Kemudian bermulalah setiap masa aku makan berseorangan. Dari pagi hingga lah malam aku makan di kafe seorangan. Member kelas 2 ekor lagi, dah jarang makan kat kafe, asyik2 nak balik makan kat rumah sewa. Diorang ada motosikal, kadang tu tak layan makan kat dalam kampus. aku lah yang kena survive setiap hari sorang2 kat kampus. Tapi ada aktiviti mingguan aku dengan member batch lain setiap kali selepas solat jumaat. Diorang ni je la yang geng rapat dengan aku. Lepas solat jumaat aku dengan diorang akan makan kat tepi pantai... Itu je la. Ada2 masa je diorang akan makan dengan aku. Diorang pun dah tinggal rumah di rumah sewa masa pertengahan semester.

Susah nak survive macam ni... bosan. Belajar pun dah makin bosan. Harapkan dapat pindah Shah Alam kasi tambah classmate. Macam itu jugak suasana belajar. Tapi kat Shah Alam aku bebas sikit lah sebab ada motosikal. Boleh lepak makan dengan member kat luar. Aizat, Anuar, Jeli, faiz, Hafizudin, rasyid(sepupu aku) dan ada beberapa orang lagi. Mereka bukan classmate aku. Dan merekalah yang menceriakan sedikit sebanyak hari2 aku di Shah Alam. Sekurangnya aku tak sentiasa keseorangan selalu. Aizat merupakan kawan aku kenal sejak sekolah rendah... aku selalu lepak dengan dia. Macam2 kenangan.


Dioranglah geng yang selalu lepak makan dengan aku di Dungun. Diorang ni serius baik2 semua, memang ambil berat dengan member. Gambar ni diambil selepas solat jumaat. Macam biasa, disinilah tempat kami makan, Di Pantai teluk gadung! Setiap hari jumaat dah kira perjumpaan wajib kami. Walaupun aku tinggal sorang2 di Kolej, diorang ni la selalu ajak aku lepak. Walaupun tidaklah setiap hari, ada2 masa sahaja.

Ada seorang di dalam gambar ni... selalu lepak dengan aku di library. Setiap kali dia ke library mesti akan cari aku. Dah jadi kebiasaan aku akan selalu ada di Library. Selepas habis kelas aku akan ke library, dan tempat itulah aku selalu berbual dan berkongsi masalah dia. Di kerusi dan meja yang sama.. Tapi sejak aku dah pindah dia dah tak ada kawan temankan dia di library. Dan aku pula tak ada kawan temankan aku di library Shah Alam.

Dia kata setiap kali pergi library dia mesti teringatkan aku.
Library itu sudah umpama tempat aku :'(

No comments:

Post a Comment