Wednesday, January 30, 2013

Bekerja Cuti Semester




Aku mula pada hari Khamis 24hb Januari di Kedai SEC Parit Buntar.
kedai ni jual macam2 jenis barangan elektrik. Aku kerja ni sebenarnya ada Sales Chinese New Year. Harga barangan semua memang dah diturunkan. Aku bukan nak kerja sangat... tapi abang aku yang suruh aku kerja.
Tak lama pun kerja... cuma 5 hari, 24hb-28hb januari. abang aku supervisor jadi dia ambil kerja untuk Sales CNY kat kedai SEC.

ada la pengalaman baru... tak mudah sebenarnya bila kita kerja dengan melibatkan banyak interaksi dengan orang. Kedai tu ada jual macam2 jenama barangan elektrik. Aku kena layan setiap customer yg datang terutama di bahagian khemah promotion.
Mesti lah bila customer datang kita kena layan dengan menjawab pertanyaan diorang. Kalau ada customer datang aku akan beritahu harga barang, jenama barang. Kalau setakat beritahu harga dan jenama mudah lah jugak sebab ada tulis kat kertas.
Tapi bab yang susahnya bila customer tanya macam2. Aku kena tahu jawapan untuk diorang tu.

"jenama apa ni?"
"harga berapa?"
"harga asalnya berapa?"
"jenama ni negara mana punya?"
"elok ke Jenama ni?"
"macam mana barang ni berfungsi?"

Pada hari pertama kerja tu... Aku belek2 semua barang display kedai tu. tengok harga setiap barang dan compare brand mana yang murah.
Tentang fungsi jenis2 barang ni aku tak pakar sangat.
Slow Cooker. ha? untuk apa slow cooker ni? aku memang tak tahu. yang aku tahu cuma Rice Cooker masak nasi. Slow Cooker nak masak apa.. aku just explain
"ini slow cooker, ade boleh kawal temperature 'high' dgn 'slow', boleh guna nak masak sup"

Kemudian Multicooker. Aku cakap je la boleh masak ape2 termasuk goreng makanan. Dah nama pun "Multi" mesti macam2 boleh.
Pastu ada pulak Blender ada macam2 fungsi. Hingga ada 4 bekas blender, harga Rm345... Aku cuma explain apa yg tulis kat kotak la dalam bahasa inggeris. Nak translate bahasa kampung tak reti, aku bukannya selalu masak.





Untuk hari pertama aku memang kompius nak terangkan jenama yang mana elok. Pada awalnya memang tak berapa pandai sangat nak cerita. Antara yang aku tahu jenama Philips, LG, Panasonic merupakan brand yang kualiti ada la.. kadang2 ada jenama aku tak tahu... jenama dari Malaysia dan China.

Bila ada sesetengah jenama harga murah ada customer akan tanya "elok ke barang jenama ni?"
ehemm bagi aku sendiri la.. dah harga pun murah, paham2 la kualiti macam mana. kalau nak kualiti elok cari la barang berjenama sikit macam LG ke, Philips ke, Electrolux ke... yang agak mahal sikit.
Barang jenama Quayle memang murah tapi aku xsure boleh tahan macam mana. Setakat ni cuma ada satu barang Quayle aku pernah beli. TV kat dalam bilik aku ni jenama Quayle, Setakat ni dah bertahun elok je. kalau diorang tanya elok ke tak.. Aku cakap "boleh la jenama ni, kalau nak elok lagi jenama Philips atau LG".
Pada hari pertama aku boleh la dapat sikit jualan.. tapi aku tak ingat berapa barang aku jual haha. aku hentam jual je... Antara barang yg agak murah dijual

Vacum Cleaner jenama Morgan, Rm129
Rice Cooker 3.0L, Rm59.
Table Fan jenama Midea 16", Rm69
MultiCooker Jenama Morgan 4.5L, Rm89
USB FlashDrive 8Gb Jenama Toshiba, Rm13.90! pendrive ni memang serius murah. selalu aku tengok PCFair jual 8Gb dalam Rm16-18 je. yg ni Rm14. kire murah lah tu.

Jadi nak cakap kat sini jenama Morgan, Faber dan Midea antara yang murah untuk Sales CNY ni.
Brand lain pun ade jugak Potongan harga, cumanya potong harga pun tetap harga tinggi sebab Brand bagus.

akan bersambung...

Saturday, January 26, 2013

aku tak tahu kenapa.

Aku sehingga sekarang masih sukakan dia. Aku tak tahu kenapa.
Dan aku sendiri tidak tahu bagaimana ini bermula.
Dan mungkin aku bukan lagi pilihan dia apabila sudah bertahun berlalu tanpa bertanya khabar.
Dan mungkin dia sudah ada yang lebih baik dari aku yang boleh menjaga.
Dan mungkin aku sudah dilupakannya atau cuba dilupakan.
Dan mungkin dulu kerana rupa aku.
Dan mungkin dulu aku kurang bijak dgn biarkan sahaja masa berlalu?
aku dapat rasakan bukan aku lagi. dia pasti sudah beralih perhatian.
kenapa. aku tak tahu. aku sendiri tak tahu kenapa masih sukakan seseorang ini.

Aku bukan jenis senang mudah melihat perempuan dan terpikat.
perkara seperti itu mengambil masa bagi aku. bukan mudah.
belum pernah dalam hidup aku, selalu memikirkan seseorang gadis.
tak tahu kenapa. kenapa dia. kenapa dia? aku tak dapat beri jawapan. maaf.

Wednesday, January 23, 2013

21 Januari

Aku dalam perjalanan balik rumah dari Shah Alam ke Parit Buntar... semua barang aku ada dalam kereta. Termasuk Motosikal aku dalam kereta. hehe motosikal X-cite 130 aku memang muat masuk dalam kereta. aku yang drive kereta convoy dengan Acu dan Kak Jenny...

aku dgn Parent aku berhenti di perhentian Rawang sebab nak tunggu Acu dari Kepong untuk convoy sekali.
borak2 lah dulu dengan parent aku sementara tunggu Acu. aku suka sembang dengan parent aku terutama bila dah lama tak jumpa...

aku pergi ke kereta kejap nak ambil dompet tertinggal... kemudian datang balik ke meja. Mak aku tengok dari jauh. aku dapat agak mesti ada sesuatu yang mak aku nak cakap. duduk kat kerusi kemudian mak aku cakap.

"kamu ni esok kalau susah nak kerja mintak jadi polis boleh je senang. badan dah besar. tinggi dah cukup. tengok macam abang Wan kamu. habis belajar mintak jadi Polis"

errrkk... Polis? sesuatu pekerjaan yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku.
aku ni jenis tak suka berpanas. Kawad? lagi lah aku tak suka.... ok pekerjaan tu memang tak termasuk dalam list aku. lupakan...

Tuesday, January 15, 2013

Sakit lutut

1.20 am, Perpustakaan Tun Abdul Razak 1, UiTM Shah Alam.

20minit yang lepas... dalam perjalanan balik dari KFC Seksyen 2.

Lutut aku sakit! sakit!
itu rasa sakit yang aku pernah rasai masa kecil.
dahulu pada waktu malam aku menangis sebab sakit lutut.
umur aku yang masih lagi belum bersekolah rendah.
aku menangis waktu malam, dan emak aku datang... menyapu minyak melegakan sakit lutut aku tu.
dahulu aku yakin lutut aku tengah sakit. aku tak dapat tahan lama rasa sakit tu.

dalam perjalanan balik ke kampus dari KFC seksyen 2.
kenangan2 lama berlegar dalam kepala aku.
lutut aku sekarang 'sakit' macam aku kecil dahulu.
teringat emak aku yang tak penat melayan kerenah aku.
tak kira waktu, sentiasa ada ketika aku susah.

sebenarnya lutut aku bukan sakit... cuma sengal sejak dari petang tadi.
aku menaiki motosikal dengan membawa perlahan. makan angin.
sehinggalah tiba di perpustakaan. PTAR1, UiTM.

sekarang aku 'sakit' lutut... terfikir siapa yg ada disekeliling aku sekarang.
ye, bukan sakit betul2... cuma sengal lutut.
teringat macam mana aku boleh nangis sebab sengal lutut sebegini.
dahulu, kecil lagi... ibu-bapa tempat bermanja.
hingga sekarang... mereka insan yang terbaik dalam hidup aku.

Saturday, January 12, 2013

Aku harap. Motor sport.

Aku harap zaman kerja nanti aku dapat hidup bujang lebih lama sket...
dan merasai nikmat semua ini. harap mampu beli motor sport macam ni. yeahh Rider. Kawasaki Versys 650.
enjoy dengan gaji hidup bujang. fuiyohh... dengar kata motor ni paling kurang pun kat hiway speed 160-170km/h. bayangkan punya cepatnya dpt sampai ke destinasi. mak aihhh~


Ni video tentang Kawasaki versys 650

Kehidupan di alam Kampus.

Salah satu faktor yang mendorong seseorang pelajar itu untuk terus bertahan dalam pengajiannya di universiti ialah suka duka bersama rakan-rakan seperjuangan yang menjadikan kehidupan di alam kampus sangat bermakna
Muhammad Aizat Abdullah


Aizat, adakah kehidupan aku di kampus kurang bermakna? mampukah aku bertahan dalam pengajian aku sekarang ini? suka duka bagaimana? Aku tak pasti siapa rakan-rakan seperjuangan aku sekarang ini.

Thursday, January 10, 2013

prisoner of our own doubt

We are all a prisoner of our own doubt
We have so much to say, but can’t let it out

ragrgallery:

Sunday, January 6, 2013

Library tempat study. konon

memang tipulah kalau aku sentiasa study hadap buku kat Library...
Laptop aku mesti ada bawak. dalam beg aku macam2 ada.
Charger Laptop dan charger henset, headphone, buku2,
screw driver(untuk kecemasan kalau tetiba laptop aku buat hal), cable USB,
perfume pun ada... aku guna perfume bila nak study atau solat.
aku suka bau wangi. kadang tu guna gak la perfume tu time study.




Broadband pun mesti ada... walaupun ada wireless tapi aku lagi suka guna broadband.
nampak tu facebook sentiasa online? yup fb mmg aku online, tapi aku suka tutup chat.
twitter pun online. tumblr pun aku online kadang2
youtube lagi lah sentiasa... sebab aku dengar lagu dari youtube.
kadang2 tu searching lagu2 kat youtube buatkan aku tak jadi study.

gambar ni time aku study malam sebelum paper QMT437, Operation research.
pagi2 4hb haritu...

bila dah agak bosan2 tu aku mula lah jalan2 kejap... pergi library basuh tangan ngn muka dan
tengok2 buku kat rak. Atau keluar kejap pergi 7eleven beli nescafe atau choki-choki nk buat makan2 dlm library. kalau agak lapar aku keluar sorang2 pegi makan kat kedai, sebab aku study kat library ni pun selalu sorang2 je.


dan... ini buku paling tebal pernah aku jumpa. hampir 3300 muka surat.
paling tepat aku tengok 3256 muka surat. tapi tak termasuk muka surat belakang2 tu takde nombor page. yang agak menarik aku suka tengok buku graphic design, art design... cantik gila gambar dlm buku tu semua.
aku memang suka luangkan masa kat perpustakaan tun abdul razak secara lebih tepatnya.
tapi tak semestinya aku sentiasa study kat sini. kdg2 online, baca2 majalah atau buku cerita novel. :)



Saturday, January 5, 2013

Belajar. Kerja. kahwin


Berada di suatu tempat makan bersama dengan sepupu aku.
di Shah Alam seksyen 17.

suasana restoran yang tak riuh dgn terlalu ramainya orang.
ada orang makan bersama kawan-kawan...
tak kurang jugak makan bersama kekasih masing-masing.
restoran yang agak menarik dari segi hiasan dalamannya.
harga makan boleh tahan laa... aku pun rambang mata tengok menu.
ada banyak jenis makanan terutama berasaskan nasi.
semuanya nasi goreng bla bla blaa...

aku pun dah tak tahu nak makan apa. orang kata bila kita diberi banyak pilihan, itu akan membuatkan kita makin sukar untuk membuat keputusan. akhirnya aku cuba masakan yang aku tak pernah dengar. Nasi goreng Lawang sari. yup itu nama dari restoran yang aku makan. cuma tambah sikit ramuan pada masakan...  yeahhh terhasil nama masakan baru. bezanya dengan nasi goreng USA cuma dia tambah udang goreng celup tepung.

aku sempat berbual ceritakan sepanjang aku belajar di kampus Shah Alam... kami belajar tempat sama, cuma kadang-kadang jarang berjumpa. bezanya dia belajar di seksyen 17, aku di kampus induk. aku sempat bercerita masalah aku sepanjang di Shah Alam.

"rashie, kamu lepas habis belajar ni nak sambung lagi ke belajar?  aku rase macam nak sambung lagi... aku rase macam tak puas belajar lagi. tapi mungkin kerja dulu baru sambung."

"tak kot... aku lepas belajo ni, kerje, pastu kawin... selesai. pastu baru fikir lain"

jawapan dari rashie agak ringkas... dlm hati aku terfikir "betul jugak ea... bila masanya aku nak kahwin?"
aku dapat lihat disitu... satu cycle kitaran hidup orang muda dah lengkap. diakhiri dengan kahwin. umur aku beza dengan sepupu aku setahun. Dan mungkin kami akan tamat dan graduasi bersama nanti memandangkan kami ada 4 semester lagi nak habis.

sekarang... aku berfikir. aku tak juga nak kahwin lambat mahupun terlalu awal.
sebab aku tak mahu bazirkan masa untuk membesarkan anak-anak aku bila dah kahwin nanti. kahwin lambat nanti pada umur lewatlah jugak dapat anak. dan itu bukan perkara yang bagus... aku tak mahu dilanjut usia 60-an aku masih terpaksa menyara pendidikan anak-anak lagi. sepatutnya aku sudah berehat dan beribadat di rumah sahaja.

kalau nak kata kami sudah ada calon... sebenarnya sorang pun takda. entah bila baru ada.
kami muda lagi... tapi tak terlalu awal dan tak terlalu lewat. mungin.
ada calon, tapi tak berani lagi nak kata calon. mungkin itu jawapan mudah aku dalam hati.
tak berani jugak nak diluahkan. mungkin tunggu calon itu diambil orang lain?
melepaslah kamu nanti asyraf...
...

biarlah... aku nak belajar dulu di Shah Alam ni.
hal ni fikir kemudian.
......
kemudian.




Buku di Ptar4

aku masuk library pukul 6 lepas habis exam pukul 5.30
sebab malam tu aku akan balik ke kampung.
jadi aku kena cari jugak buku tu nak study nanti.

Database design, application, developement, & administration.

kat kampus ni ada 4 buah library di kawasan berasingan.
buku berkenaan IT dan komputer mgkin banyak kat Ptar4
Ptar1 dan Ptar2 pun ada jugak buku tentang IT ni.
kdg aku rasa letih nak cari buku yg aku nak.
kdg takde kat Ptar1, kena pergi Ptar4.

susah pulak nak cari buku ni.
agak berselerak selepas dah ramai org guna.
aku kena cari dari rak ke rak...
dan dalam troli buku yg dah diguna.
akhirnya jumpa jugak.
boleh kira berapa lamanya aku cari buku. b
ila aku keluar dari library, hari dan makin gelap.

Friday, January 4, 2013

Lari melari.



Aku rasa setiap hari aku pergi ke perpustakaan, study kat library, online kat library, tidur kat library, makan choki-choki kat library, dengar lagu kat library, tengok Tv kat library,
umpama aku nak lari dari semua orang,

lari dari masalah yang mungkin akan timbul,
lari dari suasana riuh rendah,
lari dari terikat dengan waktu orang lain,
lari dari banyak atau kerap bercakap,
lari dari mengharap orang lain,
lari dari tergoda dgn gadis2 cun kat Shah Alam ni,
lari dari memaksa diri sendiri senyum.
lari dari mengarut bersembang tak tentu hala,
lari dari jumpa orang yang aku tak selesa berjumpa,
lari melarikan diri...

tak semua orang suka pergi library,
jadi aku lari ke sini.
mungkin.
tempat ini tenang. KALAU tak terlalu ramai orang.
kesunyian membolehkan aku berfikir
kadang-kadang terlebih berfikir.

mungkin
kalau ada masa lapang aku nak lari balik rumah.

:poop:
dok hang sorang2 kat library...
bajet macam boleh study sokmo. lulz~