Monday, November 28, 2016

Usia 60

Memandang sebuah potret keluarga semasa aku berumur 12 tahun. Cukup didalam itu sebuah keluarga. 12 tahun lalu.

Yang dirindui

Mereka yang membawa kau mengenal keluarga.
Dimana kau mengenal siapa abah, mak, abang, kakak, adik.

Merenung potret ini di dalam komputer riba. Makin lama ada sebuah perasaan sayu melihat ibu-bapa sendiri. 12 tahun yang dulu dan sekarang. Dimana kau lihat mereka gembira membesarkan kau sehingga sekarang. Aku disini wujud rasa sayu dan sedih melihat mereka semakin tua senja. Adalah perkara menggembirakan bagi ibu-bapa melihat anaknya membesar, setelah mereka jaga kita sejak kecil di dukungan lagi.

Di dalam gambar potret ini, aku nampak wajah emak tiada sebarang kedutan tua, nampak muda. Begitu juga abah. Mereka dahulunya cergas mampu gembirakan kau, bawa berjalan-jalan jauh dengan adik-beradik. Mungkin sekarang tidaklah secergas dulu, mereka banyak berehat di rumah.

Cukup setakat ini melihat tanda-tanda usia mereka. Mungkin aku tak mampu lagi melihat mereka lebih lagi berusia. Namun setiap tahun aku tetap bersyukur masih ada mereka. Masih dipinjamkan nyawa untuk bersama aku.

Di usia senja ini. Aku perhatikan, tiada apa yang mereka lebih harapkan selain melihat anak mereka berjaya, bahagia, di hujung umur mereka. Dan berharap lebih dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Di usia ini, tiada apa lagi yang difikirkan mereka selain anak-anak sendiri. Mereka mula mengenang semula perkara lepas.

Luangkan lebih banyak masa bersama ibu-bapa, kerana mereka mengharapkan kau ada untuk mereka. Cukup untuk menggembirakan mereka.






Mencari arah

Mungkin dulu aku termakan dengan kata-kata seorang lecturer yang mengajar dalam kelas information system Development. Dalam kelas dia cuma kami bertiga. Ya, aku cuma ada dua orang classmate.

Pada pagi tersebut, aku berjalan kaki seorangan dari Kolej Kediaman Duyung ke makmal komputer. Memang kebiasaan aku akan berjalan seorang diri ke kelas. Sampai kelas masih kosong, cuma aku seorang. Aku duduk di komputer baris hadapan menanti lagi dua orang member datang naik motosikal ke kampus.

Diorang berdua ni duduk rumah sewa di luar kampus. Tak lama kemudian lecturer pun dah sampai kelas, dan bertanya mana dua orang lagi kawan. Aku terus telefon diorang sambil En.saiful(bukan nama sebenar) berada depan aku dengarkan perbualan.

Tayar motosikal yang diorang naik pancit semasa dalam perjalanan. Diorang naik berdua. Encik ni seorang pengajar yang ramah, dan banyak ambil tahu tentang student dia. Bukanlah seperti kebanyakan pengajar yang ambil tahu tentang lecture dan terus balik saja. Dia panggil kami bertiga gelaran Three Stooges. Kadang dia akan ketawa melihat kerenah bertiga kami. Aku bersangka baik lah, walaupun bertiga, kami selalu menceriakan kelas dengan kerenah kami ni atau mungkin kami selalu terbuat benda bodoh dalam kelas.

Sudah hampir sejam di dalam kelas, dua lagi belum sampai. Akhirnya kelas pagi itu tak berlangsung sesi belajar. Sebab aku seorang saja yang ada. Aku dengan En.Saiful mula borak-borak macam2 hal. Sehingga lah aku beritahu IT bukanlah minat aku. Dan aku ceritakan masalah aku dalam bidang ini.

Dia buka cerita tentang pengalaman dia dulu sebagai student Kejuruteraan mekanikal sebelum menjadi student IT di peringkat ijazah. Dia melalui diploma kejuruteraan mekanikal dengan mengikut arus saja. Apa yang dimulakan perlu dihabiskan. Itulah kebanyakan orang buat, bila mereka tidak tahu apa mereka sendiri mahukan. Dia tamat pengajian dengan pointer pun yang tidak seberapa. Kemudian melanjutkan ijazah, Tapi bukan dalam bidang sama. Dia mencuba suatu bidang satu ini, kemudian berundur dan masuk ke bidang IT pula.

"Ini bidang yang masuk dengan saya masa tu" kata dia.

Hampir setiap semester dia mendapat anugerah dekan, kecuali ada 1 semester dia tidak mendapat anugerah dekan. Bukan lah aku termakan dengan kata dia. Tapi cerita pengalaman dia buatkan aku berfikir. Aku mula suka dengar cerita-cerita dan pandangan orang ramai tentang sesuatu perkara. Aku jumpa bermacam orang, pelbagai umur, ada yang muda dan ada yang tua. Tapi memandangkan umur aku semasa tu baru 20-22 tahun, jadi kebanyakan orang yang jumpa adalah yang sebaya dan lebih tua. Perkara ni mengubah cara pemikiran aku sedikit sebanyak.

Dari sains aku ke bidang IT, kemudian aku kembali ke bidang sains. Dan sekarang bidang sains perubatan dan kesihatan. Aku mengembara dalam gelap hidup dan satu ke satu tempat, dan hinggalah terjumpa sedikit ruang untuk aku senyum terlihat sinar dalam kegelapan itu.

Tuesday, October 25, 2016

Pengalaman tidak dilupa sebagai student.

Lama tak update.
Aku Praktikal di klinik pakarr ENT buat masa ni, selama 2 minggu, kemudian ke klinik pakar mata pula. Disebabkan harini hari selasa, jadi kitorang akan duduk di dalam bilik untuk dengar CME(Continuing Medical Education). Diadakan seminggu sekali, untuk refresh balik pengetahuan perubatan. CME bermula jam 8pagi, tajuk tentang pain score as the 5th vital sign. Memang best penerangan doktor pakar. Faham.

Habis saja CME, kitorang akan follow doktor pakar "ward round". Rutin setiap hari melihat pesakit di ward dengan doktor pakar. Biasanya akan ward round pukul 8pagi, tapi sebabkan hari selasa ada CME, selepas habis lecture, baru pergi ke ward. Habis CME kira-kira dalam pukul 9pagi dan kitorang semua pergi ke bangunan induk tempat ward ENT.

Praktikal aku ada 4 orang, lepas CME tu, Syakir dengan Amalina pergi ke Operation Theatre(OT). Setiap hari Selasa dan khamis ada pembedahan ENT. Kali ni giliran diorang masuk OT hari selasa, aku pula hari khamis pergi nanti masuk OT. Diorang berdua terus ke OT, Aku dan Nik pulak ikut ward round.

Sampai saja laluan masuk ke bangunan induk, ikut susur laluan sebelah timur bangunan, lorong laluan kaki lima sangat gelap. Gelap tanpa sebarang lampu. hanya ada cahaya luar yang masuk ikut lubang-lubang kecil di dinding atas. Aku berjalan dengan Nik. di depan ada 2 orang doktor dan MA, dibelakang ada 2 orang doktor pakar. Kami bergerak bersama ke ward.

Masa ni aku saja2 ambil gambar pegang henset. Test kamera henset dalam gelap.  Tak tahu lagi ada kebakaran sebenarnya. 


"Woih ni, gelap betul ni lampu takde langsung. Memang betul nampak klasik bangunan ni takde lampu"

Aku bergurau dengan Nik.

Sampai di bahagian lobby utama, nak melangkah naik tangga tetiba ditegur polis bantuan yang menjaga.

"berhenti! tak boleh naik atas. Ada kebakaran!"

Aku dalam keliru. "kebakaran??" Aku dalam keliru dan tak tahu nak buat apa. Nampak doktor pakar pun berlalu pergi dari situ.

"Nik, kita nak buat apa ni. Ada kebakaran ke kat atas?"

Aku pada mulanya merasakan perkara ni tak lah serius. Aku teringatkan semasa aku posting di Hospital Segamat sem lepas dulu. Kebakaran kecil. Mungkin begitu lah jugak jadinya di hospital ni. Aku tunggu di lobby utama lagi. Kemudian nampak seorang sister dan beberapa nurse mengusung pesakit dari tangga dengan menggunakan cadar dan draw sheet. Mereka bawa pesakit ke lobby dan letakkan atas stretcher yang ada disitu. Kemudian nampak lagi seorang pesakit dibawa turun lagi. Ramai nurse. Aku nampak situasi kelam kabut dan dalam tergesa-gesa. Mereka semua nampak nak cepat. Kemudian baru aku sedar. Ini kebakaran serius!

Aku still dalam kebingungan nak buat apa. Aku keluar dari lobby ke luar bangunan. terjumpa kawan2 aku yang praktikal kat kecemasan(ED) di luar bangunan dalam 4-5 orang. Mereka kata ada terbakar kat atas ED. Kemudian dia bercerita situasi di ED semasa kebakaran di tingkat atas. Pada awalnya mereka tak sedar, sehinggalah lampu terpadam dan dalam itu mula seperti berasap dan berbau. Dan terdengar juga bunyi macam letupan.

Lepas borak2 dengar cerita diorang, CI muncul dan suruh kami ke poliklinik, bangunan bersebelahan. Aku hiraukan saja pada mulanya. Kemudian nampak abang MA klinik aku yang jalan sekali tadi dari klinik ENT. Dia tengah memerhati sesuatu dengan orang ramai. Aku pergi ke arah dia, dan nampak kebakaran di tingkat 2. Memang nampak api melalui tingkat 2. Makin lama makin berkepul asap hitam.

Jam 9.19am masa aku keluar bangunan jumpa abang klinik aku.


CI suruh kami ke poliklinik. Aku masuk kembali ke lobby. Memerhati. Tak sampai hati tengok semua staff bertungkus-lumus selamatkan pesakit dari wad. Aku menunggu, kalau ada staff yang panggil aku untuk tolong mereka. Apa guna ada badan muda kuat, lebih baik membantu.

"Dik student! awak pergi tolong, ikut abang MA tu. Awak pergi ke Barat 4 turunkan patient"

Kemudian ada seorang lagi male nurse berada berdekatan, Aku rasa aku kenal dia, senior kolej aku sebelum ni. Dan 3 lagi kawan aku dari ED ada sama di lobby. Kitorang berpakat ikut sama menolong. Kesian tengok staff bersungguh turunkan pesakit. Kami lupakan kata CI suruh pergi ke Poliklinik. Inilah masa kita nak membantu sama. This is real. Disaster. Pengalaman!

Kitorang follow abang MA tu naik ke tingkat atas, berlari dia naik. Dia berhenti ke tingkat 2, Timur dua. Aku perhatikan wad semua kosong dan agak berselerak.  Masa aku sampai ke ward tu, aku lupa tentang tempat icu yang tengah terbakar tu di hujung ward  depan aku saja lagi, sebab aku tengah fokus nak ke barat 4 cepat. Itulah seumur hidup aku tengok wad kosong tanpa ada seorang pun pesakit. Dalam tu ada seorang sister, mungkin sedang tengok keadaan sekeliling ward dia. Timur dua, clear! Kitorang pergi ke sebelah, Barat dua, dah Kosong juga. Clear!

"Bang tadi, sister tu cakap kat barat 4 ada lagi patient" aku kata pada abang MA tu.

Terus meluru kami semua ke tingkat 4. Sampai tingkat keempat, Memerhati ke Timur 4 dulu, semua kosong. Clear!
Kemudian baru masuk ke Barat 4. Kebanyakan katil di cubicle laluan masuk dah kosong, tiada pesakit. Itu kawasan pesakit kronik. Biasanya pesakit ada kemampuan untuk berjalan, jadi mungkin lebih mudah untuk kosongkan. Masuk berjalan ke dalam lagi, di kawasan sub-akut. Ada ramai lagi pesakit.

Aku menunggu situ, memerhati dan mencari pesakit mana yang aku nak bawa turun. Dalam wad tu juga ada student lain, student sem 1 dan sem 6 jururawat pelatih. seorang staffnurse menegur aku

"Dik, awak tengok mana-mana pesakit yang boleh bawa turun. Yang mana tak boleh jalan, kita angkat"
 

Suasana agak kelam kabut nak keluarkan semua pesakit, berjalan sana sini. Katil sudah berselerakan. Ini bukan masa nak fikir kemas ke tidak dalam wad. Semua barang sudah tidak dalam aturan tempat biasa. Perkara penting, bawa semua pesakit keluar! Kebakaran tu di tingkat 2 tak jauh dari bahagian barat, aku sekarang di tingkat 4 sebelah barat. Tak jauh sangat pun sebenarnya jarak dari kebakaran tu. Boleh nampak asap naik masuk dalam ward, rasanya mungkin dah marak apinya. Dalam barat 4 tu pun boleh nampak kabus asap sikit-sikit.

Aku cuba mencari face mask. Ini penting. Sebab aku tak tahu pesakit yang akan aku tolong itu ada sakit apa. Ada kemungkinan penyakit dia boleh berjangkit pada aku melalui pernafasan. Itu langkah keselamatan diri yang diamalkan oleh pengamal perubatan.

Aku pergi ke katil pesakit. Ada seorang pakcik bersama dengan anak dia. Pakcik tu boleh duduk. Aku carikan kerusi roda untuk mereka. Anak-anak dia ada. Ok setel. Cari pesakit lain. Seorang pakcik cina dia tak boleh langsung berjalan atau duduk. Kami tolak katil dia ke arah lift di belakang ward. Beratur semua bawa pesakit nak gunakan lift untuk bawa pesakit turun. Kemudian diberitahu lift tak berfungsi. Ramai-ramai mencari ikhtiar nak bawa pesakit turun. Ada doktor, nurse, student. Akhirnya seorang doktor kata bawa pesakit turun dengan pengangkat pesakit dengan cadar dan draw sheet. Semua setuju. Still ok lagi dari idea sorang lagi ni, katanya suruh angkat katil turun. Maunya patah tulang pinggang nak angkat semua pesakit sekali dengan katil besi. uihh.

 Tapi akhirnya kami angkat juga pakcik cina tu duduk di kerusi plastik yang ada peletak tangan. Kami ikat badan dia ke kerusi guna kain cadar. Dan 3 orang diperlukan, akan angkat dia turun. Itu setel, bawa turun.

Seorang lagi pakcik melayu, ada dengan anak dia. Pakcik tu didudukkan di kerusi plastik macam pakcik cina tadi. Kami bawa turun. Aku angkat bertiga dengan seorang doktor dan seorang anak pakcik tu. Serius berat. Kami ikut tangga lain. Katil dah berselerak dibiarkan. Kami angkat sampai ke laluan tangga dan bawa turun. Setiap tingkat akan berhenti. Memang berat, mungkin aku yang kena angkat lebih di bahagian aku. Dari tingkat 4, berhenti di tingkat 3. Kemudian doktor tu cari laluan di bawah, sama ada boleh dilalui atau tak. Dia buka pintu laluan supaya senang nak lalu nanti.Semasa turun tangga tu aku dah nak terjatuh sebab baru aku perasan, anak pakcik tu kaki tempang sikit. Jadi agak melambatkan masa nak turun dari tangga.

Sampai saja tingkat dua nampak lagi dua orang nurse sedang buka pintu laluan ke wad mereka. Kami ikut laluan tangga menghadap luar di tingkat 2 tu. Sebabkan berat, panas, baju aku memang dah basah. sebasahnya. Facemask yang aku pakai, aku rasa dah basah lenjun sebab muka aku berpeluh kuat. Aku tak hiraukan peluh. Asalkan dapat bawa turun pakcik ni cepat

Satu je lagi tingkat nak sampai bawah, nampak ramai nurse dan ppk perempuan di bawah, mereka nak bantu apa yang boleh. Kami turunkan sampai tingkat bawah, dan tinggalkan kepada mereka. kemudian kami naik ke ward barat 4 balik, untuk teruskan usaha bawa pesakit turun dan kosongkan ward.

Angkat pakcik tadi pun dah ambil masa, sebab berat sangat. Balik ke ward tadi tengok banyak pesakit dah tak ada. Serius pantas semua staff buat pengosongan. Dibantu semua student2 yang ada dalam ward tu. Tinggal lagi seorang sahaja pesakit. Pesakit di bahagian acute. Pesakit yang berisiko. Ramai doktor ada sama di bahagian tu. Aku rasa doktor pakar pun ada disitu untuk memastikan keadaan pesakit semasa pemindahan turun. Pesakit tu memang perlukan oksigen. Tapi dalam keadaan cemas, terpaksa lupakan dulu, yang penting pesakit dikeluarkan! dalam masa sama sambil memeriksa tahap oksigen dia gunakan oximeter sepanjang membawa turun. Aku bantu angkat sama. Sebab aku lelaki kan. Sebabkan juga pesakit itu berbadan besar dan agak berat jugak. Pesakit ni dibawa guna spinal board, dia dipasang cervical collar di leher. Jadi perlu berhati-hati.

Pesakit dibawa ke poliklinik. Yang perlu penjagaan lebih dibawa ke dalam jabatan fisioterapi di poliklinik tu untuk sementara waktu. Pesakit dari ward mula memenuhi ruang poliklinik. Nampak di luar ada banyak lagi pesakit berjalan dan ada ditolak menggunakan dengan katil ke poliklinik.



Kemudian aku nampak MA yang tadi aku ikut sama ke tingkat 4. Dia berlari-lari. Aku syak dia ni team disaster, sedang memainkan peranan dan tanggungjawab dia. Kerusi plastik disusun di ruang poliklinik yang kosong tu, pesakit diberi duduk . Pesakit di "tag" dengan nama ward dari mana mereka asalnya. Doktor2 dan nurse semua bersama dengan pesakit untuk memantau keadaan pesakit.


Kemudian ada pengumuman dari seorang staff, suara ditinggikan supaya dapat ambil perhatian dan didengari semua. Aku rasa dia doktor. Mengarahkan pesakit tidak keluar dari ruang ini, kawasan itu diletak sebagai zon kuning. Jika ada apa-apa masalah boleh angkat tangan minta bantuan nurse dan doktor disitu.

Selepas itu aku naik ke klinik ENT, aku dah berpeluh. Aku rehat sekejap dibawah kipas, buka uniform. hanya tinggal T-shirt di dalam. Berpeluh. Ini serius disaster. Semua MA yang di klinik pakar takda, Mereka semua membantu di lokasi.

Dulu aku biasa melalui disaster drill. Iaitu bantuan dan peranan dalam bencana apabila seseorang sebagai pengamal perubatan. Dan skop aku sebagai paramedik. Memberi bantuan kecemasan. Tapi dalam situasi ini itu aku lupakan dulu. Aku cuba membantu setakat mampu, aku bukan lagi paramedik bertauliah, dan pegang tanggungjawab. Itu skop penting sebagai MA dalam Pengurusan bantuan kecemasan dalam bencana. Sebab itu semua MA dalam klinik aku takda. Mereka dipanggil untuk membantu di lokasi.

Aku tak ke mana buat seketika, cuma berjalan ke tempat kebakaran tu nak perhatikan perkembangan. Dan terdengar bermacam khabar angin dari staff dan tak kurang juga dalam group telegram kelas aku. Kemudian balik ke klinik. Klinik aku di poliklinik. Jadi sambil tu aku berada di ruang poliklinik memerhati, kalau ada yang memerlukan bantuan aku.

Kawan aku yang praktikal di beberapa klinik kesihatan pula mula maklumkan yang staff2 klinik mereka dah bersedia untuk beri bantuan jika dipanggil. Ambulan semua dah sedia di klinik menanti arahan.

Jam hampir 12 tengah hari. Mendapat maklumat dari kawan lain, penyelaras panggil semua student ke kawasan sebelah ward diraja. Aku bergegas ke sana sebab perlu berkumpul. Kami dipanggil untuk balik ke kolej. Atas faktor keselamatan. Ini atas arahan pengarah. Dimaklumkan ada student kami yang tercedera semasa kebakaran. Dia di ward ICU ketika itu dalam usaha menyelamatkan pesakit. Dia terhidu banyak gas karbon monoksida dari kebakaran, menyebabkan keracunan.

Ini pengalaman yang aku tak boleh lupakan. bagaimana situasi cemas, bawa pesakit keluar. Aku berpeluh-peluh bermandian. balik bilik aku baru perasan otot tangan aku sakit. Sebab bawa pesakit tadi. Berat atau tak, aku tak kira dah. Asalkan dapat bantu pesakit dapat keluar. Sebab tak semua pesakit mampu berjalan sendiri keluar. Ada yang tak mampu berjalan. This is real. Disaster. Takkan aku lupa.

Untuk mudah korang membayangkan bagaimana pesakit di kebanyakan ICU, mostly diorang dalam penjagaan rapi lah. Dan tidak sedarkan diri. Diberi bantuan ventilator, bantuan penafasan melalui mesin ventilator dan ubatan iv infusion lain secara berterusan. Dan perkara ini semua memerlukan bekalan elektrik. Selain bantuan bagging bantuan pernafasan manual manusia juga boleh. Tapi dalam ICU biasanya semua guna bantuan mesin dan dalam penjagaan rapi jururawat dan doktor.
Di hospital inilah banyak aku menimba ilmi sebagai pelatih. Aku selalu bangga bila melihat bangunan merah hospital ni.


Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam bencana kebakaran di HSA. cerita-cerita tentang staff yang menjaga wad itu, sayu, mereka tak mampu selamatkan semua dalam kebakaran. Sangat menyedihkan bila aku terkenang situasi yang dilalui mereka di wad yang terbakar tu. Sedih. Malang tidak berbau. Tabahkan hati.

Hospital sultanah Aminah, 25 oktober 2016. Aku Student pelatih.







Sunday, June 26, 2016

Karier

“Adopting a career because it’s lucrative, or because your parents want you to, or because it falls into your lap, can sometimes work out, but often, after you settle in, it starts to feel wrong. It’s like someone else punched the GPS coordinates into your phone. You’re locked onto your course, but you don’t even know where you’re going. When the route doesn’t feel right, when your autopilot is leading you astray, then you must question your destination. Hey! Who put “law degree” in my phone? Zoom out, take a high-altitude view of what’s going on in your life, and start thinking about where you really want to go. See the whole geography—the roads, the traffic, the destination. Do you like where you are? Do you like the end point? Is changing things a matter of replotting your final destination, or are you on the wrong map altogether? A GPS is an awesome tool, but if you aren’t the one inputting the data, you can’t rely on it to guide you. The world is a big place, and you can’t approach it as if it’s been preprogrammed. Give yourself the chance to change the route in search of emotional engagement.” 

― Biz Stone, Things a Little Bird Told Me: Confessions of the Creative Mind


 

Wednesday, June 22, 2016

Kematian

Pernah tak korang melihat saat-saat terakhir kehidupan seseorang sebelum mati?

Dulu masa sekolah menengah aku pernah, tapi tak nampak jelas semasa datang melawat wad. Masa tu datang melawat makcik aku yang baru lepas pembedahan. Selang 4 buah katil seorang wanita nazak, langsir ditutup. Doktor dan jururawat berkerumun sekeliling katil, Aku tak nampak apa berlaku di dalam tu. Kemudian... terdengar satu bunyi panjang dari mesin. Pada masa itu orang kata wanita tu sudah meninggal. Nampak doktor meninggalkan ruang katil yang diselubung langsir. Waris pesakit mula masuk melihat.  Aku curi-curi nak tengok dari jauh melalui celah-celah langsir untuk melihat wanita tu.


Itu sewaktu aku masa sekolah menengah, kematian ada sesuatu yang menyedihkan orang yang tersayang dan keluarga.


Kali pertama aku melihat kematian sejak menjadi seorang pelatih, Mungkin masa semester 3. Tapi itu tak begitu aku ikuti perkembangan dari awal. Lelaki itu "cardiac arrest" dalam beberapa minit, jantung terhenti. Kemudian berjaya dihidupkan jantungnya dengan CPR. Ia berbeza dengan istilah "brain death". Kematian kekal. Bila organ otak kita mati, ia tak dapat dikembalikan.


Semester 4, antara yang banyak juga. Aku di wad perubatan. Dan pada masa ini ada juga aku membantu secara terus. Ada yang tahap kesihatan makin merosot dan tak mampu diselamatkan lagi.


Di Unit kecemasan pula, Ini adalah unit yang merawat sakit "acute", yang sakit datang secara tiba-tiba dalam masa singkat dan perlukan rawatan segera. Kelambatan dalam merawat boleh membawa maut. Unit ini yang pentingnya adalah untuk stabilkan pesakit, kemudian merujuk ke wad tertentu untuk rawatan susulan. Kadang melihat waris keluarga menangis sedih dengan kematian, berair jugak lah mata aku. Aku ni hati tisu gak kadang2, tengok video pun boleh senang sangat berair mata. Just berair je lah, takde bercucuran air mata.


Bayangkan aku dengan kawan lain, staff, doktorr, hampir 40minit CPR pesakit itu. Masa tu aku bersemangat dengan harapan dia hidup. Harapan tinggi itu perlu dalam berusaha, tapi pada akhir kita kena sedar hakikat nyawa hidup mati itu kuasa tuhan. Jika tidak berfikir begini, setiap hari kena berhadapan perkara sama mungkin kau akan trauma mental dengan peristiwa. Kita bukan tuhan boleh kembalikan nyawa manusia. Tapi kadang2 peristiwa ni boleh buatkan kau termenung berfikir.


Doktorr mula arahkan kami untuk berhenti CPR lepas lebih 40 minit mencuba. Aku yang pada masa itu agak berpeluh dalam aircond, letih, walaupun kami bergilir-gilir. Seorang saja melakukan chest compression memang tak mampu, fizikal akan letih. CPR ada masa tertentu akan berhenti dilakukan mengikut kriteria dan garis panduan ditetapkan sebab tiada potensi untuk hidup, tak dapat diselamatkan lagi(revive). Masa stop CPR tu, aku perhatikan saat-saat akhir dia. Sambil memerhati cardiac monitor, melihat ritma jantung yang tiada denyutan. Sayu. Kemudian doktor mula memanggil waris. Waris yang datang tu cucu dia, ahli keluarga lain belum tiba. Nampak suasana yang sedih, cucu dia menangis sambil bercakap sesuatu yang aku tak faham sebab dalam bahasa mandarin. Ada juga yang datang bawa pesakit , kemudian rupanya dia sudah meninggal lama sebelum sampai. Ada masa, sampai 2 pesakit kritikal zon merah dalam satu masa perlukan resusitasi.


Nak ceritakan juga, pandangan masyarakat terhadap sesuatu penyakit/sakit sangat berbeza dengan pandang seseorang yang tahu tentang perubatan. Ada baru-baru ini sepupu aku dimasukkan ke dalam ICU. Bila kita dengar tentang ICU, memang kita akan fikir sakitnya memang teruk, or sesetengah orang fikir nazak. Memandangkan ada adik-beradik dia tu MA dan juga nurse, jadi pandangan mereka kata "Takda apa-apa, nanti eloklah tu". Bagi yang adik-beradik lain dan anak-anak dia dah mula risau. Bayangkan lah ada alat bantuan pernafasan diberikan. Nampak macam benda yang serius. Dia menghadapi masalah pernafasan sebabkan mengambil ubatan yang salah yang dibelinya sendiri di klinik. Pastikan korang mengambil sesuatu ubat dengan arahan doktor ye.


Memang betul sakit dia tu serius sebab melibatkan masalah pernafasan, Tapi dah boleh merasa lega, itu semua dah distabilkan di kecemasan. Di ICU tu mungkin sebab perlukan mesin pernafasan, jadi tak diletak wad biasa.


Pandangan kita masing terhadap sesuatu tahap seriusnya penyakit berdasarkan pengetahuan dan juga mengalaman. Jadi disini ada jurang perbezaan pandangan. Serahkan kepada yang lebih mahir dalam bidang tersebut. Mereka tahu yang terbaik untuk membantu.


Antara yang sukar dihadapi bila melibatkan kanak-kanak dan bersama ibu-bapa yang terlalu sayangkan anak. Kadang ia menyukarkan lagi kerja. Nak sentuh sikit pun susah, nanti anak sakit lah, takutlah. Kita kerja nak bantu orang, takda pula nak susahkan orang dengan sakit.




Perkara ni dah lama aku tulis, tambah sikit demi sedikit isi. Cuma tak publish dalam ruangan blog. Baru hari ini publish. Sekadar perkongsian pengalaman. Aku pun masih banyak perkara perlu belajar, sentiasa memperbaiki diri dalam bidang diceburi ni.


Friday, May 20, 2016

Habis 2 tahun setengah


Exam dah habis. Sekarang boleh kata semester 5 aku dah habis.
Tinggal satu semester je lagi nak habiskan belajar. Pada umur sekarang ni, perasaan nak belajar tu macam makin berkurang sikit lah kan sebab tengok kawan2 kau semua dah kerja, beli kereta, makan sedap, melancong. Siap ada yang berumah tangga. Itu mereka, kita yang still belajar ni, belajar lah. Sampai masa kau akan kerja juga insyaAllah. Cuma rezeki cepat atau lambat. Biasa lah rakan sebaya itu banyak mempengaruhi kita, apa kita perlu buat, patut buat pada masa sekarang ini. Maksud aku sebaya dengan umur kita. Bukan sama tempat belajar semasa. Macam rakan sama-sama sekolah rendah, menengah dulu, sekelas.

Semester 5 ni pengalaman yang lagi menarik dari pengalaman sebelum ni. Sebab tempat berbeza. Suasana berbeza. Segamat. Bukan di JB




Sebabnya... ini pengalaman kali pertama aku tinggal serumah dengan housemate belajar. Masa di UiTM dulu pun tak pernah. Ini 1st time. Serumah dalam 13 orang. Aku tinggal di ruang tamu tidur beralaskan tilam. Meja studi? nope, takde. Meja tu ada, tapi kitorang susun 5 meja tu jadi tempat letak barang dapur dan jadi meja makan. Nak studi? ahh tilam ada. Guling2 je atas tu.

Awak, gempaksher dah jumpa calon ke belum dah semester 5 ni?

Tak. takde pun. still macam biasa sekarang. Macam sebelum-sebelum ni. Tapi still dalam misi mencari. Benda ni kena usaha dari sekarang. Korang yang sama umur aku ni janganlah harap nak bujang sampai 30. Walaupun sekarang ni tak rasa lonely, member ramai teman pergi sana sini, lepak merata. Pada suatu hari nanti, member kau semua pun nak kahwin jugak. Diorang akan tinggalkan kau dan bersama dengan suami/isteri/anak2 masing 24hour. Bukan dengan kau dah. Masa tu bila sorang demi sorang member blah tinggalkan kau, baru kau akan feeling lonely. So, mula dari sekarang.

Praktikal kali ini di 6 penempatan.
Jabatan kecemasan, Klinik ortho, wad ortho, dewan bedah, dewan bersalin dan pejabat kesihatan. Kesemuanya 4 bulan. Dah bulan terakhir akan ada peperiksaan pada awal bulan. Nama pun praktikal jadi takde masuk kelas pun. Balik kolej, 3 hari lepas tu jawab exam. Soalan2 exam banyak berdasarkan apa yang kitorang belajar di kawasan penempatan.

Sampel nyamuk hidup

Antara skill yang aku dah mahirkan semasa praktikal. Toilet & suture. Atau senang orang tahu jahit kulit. Insert catheter bladder drainage, ini masukkan tiub ke pundi kencing. Aku just buat pada lelaki, perempuan aku taktau. Lelaki lebih sukar sebab saluran kencing lebih panjang dari perempuan. Ambil darah, ni sem lepas aku mahir dah. kemudian Branula, jarum yang cucuk kat tangan dan masuk air tu. CPR, Biasanya bila orang tu dah takda nadi.

Mesti korang biasa tengok dalam TV orang bagi renjatan elektrik pada orang kena serangan jantung or hampir mati. Dulu sebelum aku belajar tentang perubatan, aku pun ingatkan renjatan pada dada tu diberi bila takda nadi, jantung terhenti dan perlu 'restart' bagi ada balik. Itu dulu, masa aku sebagai masyarakat biasa, takda pengetahuan.




Aku ceritakan dalam istilah mudah, dalam bahasa kampung. sebut medical sangat nanti orang tak faham. Nak ceritakan sesuatu ni kena bagi orang faham, kalau tidak apa fungsi komunikasi kalau berbahasa tapi tak sampai maksud pada orang lain. Itu dah tak jadi komunikasi berkesan.

Ventricular tachycardia dan Ventricular fibrillation.
Dua ni kondisi yang membolehkan bagi renjatan. Bukan yang garis lurus tiada ritma yang kebanyakan orang fikir. Renjatan ini akan cuba 'restart' balik jantung untuk dapat nadi yang normal. Mesin renjatan itu dipanggil Defibrillator.

Cerita pula sepanjang di segamat. Aku bertemu dengan beberapa orang kawan lama. Ada yang secara perancangan dan kebetulan. Dan yang kebetulan tu sangatlah tak sangka akan berjumpa.

Di segamat lah aku dapat life macam di UiTM Shah Alam dulu, Kebebasan nak keluar. Tak dikurung dalam tempoh ditetapkan macam dalam kolej. Boleh keluar sampai lewat malam. Secara tepat life aku kat sana boleh kata macam orang dah kerja. Habis kerja balik rumah. Pagi pergi kerja. Duduk pun dah memang kawasan kuarters staff. Dah 2 tahun aku studi tak dapat kebebasan. Kali ni baru dapat bebas sepanjang 4 bulan praktikal. Nasib baik bawa motosikal. Kalau tidak boleh mati akal duduk segamat ni.

Sebenarnya aku masih mencari apa idea aku nak cerita ni... Rasanya macam takda. Aku stop disini.

Ni gown khas digunakan di dalam dewan bedah. Bukan baju biru. Gown dipakai untuk melakukan pembedahan adalah berwarna hijau. gown ni steril dan labuh sehingga bawah lutut. Telah disterilkan, bermaksud tiada kuman, bakteri, fungus, virus atau mikroorganisma patogen pada baju ini.

Ada cara untuk nak memakai gown ni. Tangan perlu dicuci dulu, agak panjang sikit prosedur scrub tangan ni. Kalau dah biasa, mudah je. Glove pun jenis steril. Bila dah pakai kelengkapan gown ni, sesiapa pun tak boleh sentuh kami kecuali dia pun berpakaian steril gown hijau dan glove, apa2 yang tidak steril tak boleh terkena sedikit pun. Kalau terkena maka kena tukar. Tak boleh sentuh sebarangan kecuali kawasan yang steril, ada kain hijau yang dah steril. Kita nak kekalkan steriliti, taknak ada jangkitan semasa pembedahan pada pesakit.

Tapi masa ni dah takde apa, dah setel. Jadi boleh la aku pegang henset.
Tadi ingat nak stop dah tulis... bila letak gambar ni muncul pulak idea aku nak tulis. ciss...

Salam.

Gempaksher
3.30am, 20 Mei 2016

Thursday, May 19, 2016

Misteri si pendiam

USHER

Ada perkara yang semakin kau ceritakan pengalaman sendiri dan apa yang sendiri fikirkan tentang sesuatu perkara, Ada orang semakin anggap kau seorang yang misteri.

Ada juga bila semakin kau ceritakan kisah kau pada orang, semakin hilang misteri itu.

Apa yang menjadi tanda tanya,  itulah yang menjadi misteri.
Misteri itu persoalan yang belum terjawab.
Senang cerita,  Orang yang jenis pendiam biasanya dianggap misteri bila mereka mula bersuara. 


Saturday, May 7, 2016

Balik kolej, praktikal dah habis

Kenapa aku suka naik motosikal? Kenapa tak kereta? Dua-dua membawa kita sampai ke destinasi. Motosikal ni orang kata kalau hujan nanti basah, tengah hari panas, bahaya kalau lori banyak di atas jalan.

Aku dan chong berhenti di gerai tepi jalan sebabkan hujan. Kami yang sikit basah sebab kena hujan. Perjalanan dari segamat ke Johor bahru, nak balik ke kolej. Dah habis posting sekarang. Jom journey balik!

Kau orang tak rasa naik motosikal lagi adventure dari naik kereta? Memang kereta lagi selesa untuk sampai ke destinasi. Tapi bagi aku sendiri, perkara penting aku cari adalah pengamatan sepanjang journey itu melebihi keinginan untuk sampai destinasi.

Dalam perjalanan kau akan bertembung dengan cabaran. Hujan,  panas, minyak nak habis. Dengan deruan angin sepanjang perjalanan,  kau dengar setiap bunyi kenderaan yang melepasi. Fikiran melayang memikirkan sesuatu. Fikiran kau bersendirian. Melihat dan merasa suasana sekeliling yang lebih jelas sepanjang perjalanan. Kau tak berada di dalam kotak besi  dan kaca kenderaan. Yang kadangkala membosankan. Terlalu selesa.

Perjalanan. 

Wednesday, March 2, 2016

Fasa hidup nak dewasa

Agak dilema bila
Kau bajet dalam 3 tahun dari sekarang nak kahwin. Paling lambat umur 27.

Tapi... Sampai sekarang calon tak jumpa-jumpa lagi, kot boleh rekemen tunjuk kat parent.

Parent dah macam2 nasihat-nasihat calon macam mana yang bagus dan sesuai.

Well... Ini barulah cabaran. Cabaran orang-orang nak dewasa macam kita.


Dulu pening fikir nak masuk bidang apa, belajar, pastu fikir nak kerja.
Kemudian kau kena fikir tentang hal ini pula. Fasa-fasa kehidupan seterusnya.

Sunday, February 7, 2016

CPR masa hari pertama

Pengalaman.

Baru masuk klinikal ED tetiba datang kes resus.
Semua staff nampak tergesa-gesa. Rasanya aku baru 15minit masuk sini. Orientasi kawasan pun belum lagi.

"Dik mari tolong CPR"

Member aku sorang dah capai kotak glove dan sarungkan glove. Dia berdiri hampir dan disuruh bagging. Bantuan pernafasan. Aku pun terus pakai glove dan berdiri belakang staff yang buat chest compression. Sebab aku tahu. prosedur chest compression atau tekanan dada memang meletihkan. Korang perlu gunakan momentum pergerakan badan untuk menekan dada.

Dalam kepala aku "Push hard, push fast". Itulah konsep tekanan dada.
Korang perlu teruskan jantung mengepam darah ke seluruh badan, terutama otak. Walaupun jantung dah terhenti masa tu.

Giliran member aku CPR. Tak lama.. Tak sampai 5 minit. Aku rasa 3 minit pun tak sampai.

Aku pula gantikan. Terus letakkan pangkal tapak tangan kiri ke tengah dada, dan tangan dominan di atas tangan kiri. Siku lurus. Jadi aku akan gunakan momentun badan untuk menekan.

Laju. aku buat dengan laju. Mungkin 65kali dalam seminit. Sama seperti nadi jantung normal kita.
Tak semudah kita tengok dalam televisyen. Tak nampak pun orang yang lakukan CPR kepenatan. Tapi sebenarnya memenatkan. Biasanya bila seorang lakukan tekanan dada, akan ada seorang lagi berdiri dibelakang. Bersedia untuk menggantikan tempat. Pada awal, cukup 2minit aku berhenti dan suruh pengganti. Aku tercungap. Biasalah, 1st time. Kalau dah lama2, mungkin akan biasa dan tak tercungap macam ni. Berpeluh walaupun dalam aircond.

Pada awal aku tekan dengan laju. Lama-kelamaan bila dah keletihan, tekanan semakin perlahan, aku hilang rentak. Bila sedar dah letih, aku akan suruh pengganti pula.

Bersilih ganti melakukan tekanan dada dan pengepam bantuan pernafasan. Lebih 40minit.
Bila berlaku kes resus, hampir semua staff tertumpu tertumpu pada resusitasi. Kawasan redzone atau resus area agak bersepah. Dalam situasi kecemasan, siapalah ada masa untuk mengemas waktu itu jugak.
Jangan marah jika menunggu lama di kecemasan, mungkin di dalam ada yang sedang bertarung nyawa dan lebih kecemasan dari anda.




Saturday, February 6, 2016

Minggu akhir di jabatan tersebut. Bedah-bedah

Minggu terakhir ED

"Encik harini ada post mortem ke? Saya tak tengok lagi"

Akhirnya malam tu dapat jugak aku tengok bedah siasat. Member lain dah tengok, tapi cukup sekali. Diorang macam tak berminat untuk tengok kali kedua. Entah kenapa. Bosan? Atau akan jadi suatu igauan untuk 2-3hari?

Habis shift malam pukul 9malam, dan bedah siasat akan berlansung dalam 30minit lagi. Kalau aku seorang je student pergi tengok sorang2 macam bosan pulak. Kebetulan ada student misi shift malam baru masuk kerja. Aku ajak diorang berdua. Sebab at least diorang ada pengalaman tengok proses tu walaupun takde dalam list buku praktikal pun. Aku pun gerak ke Unit forensik. Ramai waris pesakit ada di luar tunggu orang yang buatkan bedah siasat. Diorang ingat aku doktor yang akan jalankan. Tapi malangnya tidak. huhu

Kalau macam aku, ada masuk dalam list praktikal untuk pemerhatian post morterm. Patutnya 3kali. Sepatutnya lah. Untuk bolehkan aku kerja nanti buat bedah siasat ni, kena amik diploma lanjutan dalam forensik.

Interesting. Berlangsung dalam 50 minit macam tu. Ini lagi real dan menarik untuk student macam aku ni. Aku dapat tengok anatomi organ manusia sebenar dan fresh. Bukanlah yang diawet tiada darah macam di muzium anatomi.

Ada tak orang pengsan tengok? Aku rasa mungkin ada kot. Tapi aku tak pernah dengar lagi lah orang cerita. Masa mula bedah still rasa ok. Lama-kelamaan bau mula naik. Bukan bau busuk mayat. Mayat takde bau pun. Tapi bau hanyir darah mula naik. Itu sebenarnya agak meloyakan. Bukan meloyakan sebab kau orang tengok darah dan semua proses tu. Tapi bau darah. Tak kira berani mana pun korang. Sebabkan kali pertama, jadi 1st time pengalaman korang akan bau darah sangat fresh dan banyak. Jadi akan ada sedikit rasa loya. Bab yang aku elak tengok adalah mata. Mata ada terbuka sikit. Bila tengok mata ada sedikit rasa creepy lah. Kadang2 tu aku pandang jugak. Tapi takde lah tenung.

Aku ikat mask ketat-ketat supaya kurang bau nanti. Member dah cerita yang bau hanyir darah tu yang dia tak tahan. Sampai makan pun still dok terbau-bau lagi. Iye lah 1st time kan. Kalau lama-lama dah biasa tak kisah dah pun.

Agak menarik bedah2 tu. Aku curious nak tengok

"apa tu? Itu ke diaphragm?"


"Banyaknya darah kat plueral dia, Haemothorax?"
"Eh, Blood clot kat situ?"

Sambil2 kau nak tahu punca kematian, sambil tu nak kenal-kenal organ dalam badan secara real. Doktor dan MA kat situ pun sangat membantu jawabkan persoalan aku.

Dah habis tu, aku keluar dan lepak kejap dalam ED. Saje2 nak tengok keadaan waktu malam lepas 9malam. Sempat aku ikut naik ambulan amik pesakit. Aku balik pukul 11.30malam. Tapi tak terus ke rumah. Pergi makan dulu kat restoran. Naik moto seorang diri. Jam dah pukul 12 tgh malam. Terasa malam tu nak lepak kejap sorang diri.

Selera makan aku macam biasa. Tak terjejas.