Monday, November 28, 2016

Mencari arah

Mungkin dulu aku termakan dengan kata-kata seorang lecturer yang mengajar dalam kelas information system Development. Dalam kelas dia cuma kami bertiga. Ya, aku cuma ada dua orang classmate.

Pada pagi tersebut, aku berjalan kaki seorangan dari Kolej Kediaman Duyung ke makmal komputer. Memang kebiasaan aku akan berjalan seorang diri ke kelas. Sampai kelas masih kosong, cuma aku seorang. Aku duduk di komputer baris hadapan menanti lagi dua orang member datang naik motosikal ke kampus.

Diorang berdua ni duduk rumah sewa di luar kampus. Tak lama kemudian lecturer pun dah sampai kelas, dan bertanya mana dua orang lagi kawan. Aku terus telefon diorang sambil En.saiful(bukan nama sebenar) berada depan aku dengarkan perbualan.

Tayar motosikal yang diorang naik pancit semasa dalam perjalanan. Diorang naik berdua. Encik ni seorang pengajar yang ramah, dan banyak ambil tahu tentang student dia. Bukanlah seperti kebanyakan pengajar yang ambil tahu tentang lecture dan terus balik saja. Dia panggil kami bertiga gelaran Three Stooges. Kadang dia akan ketawa melihat kerenah bertiga kami. Aku bersangka baik lah, walaupun bertiga, kami selalu menceriakan kelas dengan kerenah kami ni atau mungkin kami selalu terbuat benda bodoh dalam kelas.

Sudah hampir sejam di dalam kelas, dua lagi belum sampai. Akhirnya kelas pagi itu tak berlangsung sesi belajar. Sebab aku seorang saja yang ada. Aku dengan En.Saiful mula borak-borak macam2 hal. Sehingga lah aku beritahu IT bukanlah minat aku. Dan aku ceritakan masalah aku dalam bidang ini.

Dia buka cerita tentang pengalaman dia dulu sebagai student Kejuruteraan mekanikal sebelum menjadi student IT di peringkat ijazah. Dia melalui diploma kejuruteraan mekanikal dengan mengikut arus saja. Apa yang dimulakan perlu dihabiskan. Itulah kebanyakan orang buat, bila mereka tidak tahu apa mereka sendiri mahukan. Dia tamat pengajian dengan pointer pun yang tidak seberapa. Kemudian melanjutkan ijazah, Tapi bukan dalam bidang sama. Dia mencuba suatu bidang satu ini, kemudian berundur dan masuk ke bidang IT pula.

"Ini bidang yang masuk dengan saya masa tu" kata dia.

Hampir setiap semester dia mendapat anugerah dekan, kecuali ada 1 semester dia tidak mendapat anugerah dekan. Bukan lah aku termakan dengan kata dia. Tapi cerita pengalaman dia buatkan aku berfikir. Aku mula suka dengar cerita-cerita dan pandangan orang ramai tentang sesuatu perkara. Aku jumpa bermacam orang, pelbagai umur, ada yang muda dan ada yang tua. Tapi memandangkan umur aku semasa tu baru 20-22 tahun, jadi kebanyakan orang yang jumpa adalah yang sebaya dan lebih tua. Perkara ni mengubah cara pemikiran aku sedikit sebanyak.

Dari sains aku ke bidang IT, kemudian aku kembali ke bidang sains. Dan sekarang bidang sains perubatan dan kesihatan. Aku mengembara dalam gelap hidup dan satu ke satu tempat, dan hinggalah terjumpa sedikit ruang untuk aku senyum terlihat sinar dalam kegelapan itu.

No comments:

Post a Comment