Tuesday, October 25, 2016

Pengalaman tidak dilupa sebagai student.

Lama tak update.
Aku Praktikal di klinik pakarr ENT buat masa ni, selama 2 minggu, kemudian ke klinik pakar mata pula. Disebabkan harini hari selasa, jadi kitorang akan duduk di dalam bilik untuk dengar CME(Continuing Medical Education). Diadakan seminggu sekali, untuk refresh balik pengetahuan perubatan. CME bermula jam 8pagi, tajuk tentang pain score as the 5th vital sign. Memang best penerangan doktor pakar. Faham.

Habis saja CME, kitorang akan follow doktor pakar "ward round". Rutin setiap hari melihat pesakit di ward dengan doktor pakar. Biasanya akan ward round pukul 8pagi, tapi sebabkan hari selasa ada CME, selepas habis lecture, baru pergi ke ward. Habis CME kira-kira dalam pukul 9pagi dan kitorang semua pergi ke bangunan induk tempat ward ENT.

Praktikal aku ada 4 orang, lepas CME tu, Syakir dengan Amalina pergi ke Operation Theatre(OT). Setiap hari Selasa dan khamis ada pembedahan ENT. Kali ni giliran diorang masuk OT hari selasa, aku pula hari khamis pergi nanti masuk OT. Diorang berdua terus ke OT, Aku dan Nik pulak ikut ward round.

Sampai saja laluan masuk ke bangunan induk, ikut susur laluan sebelah timur bangunan, lorong laluan kaki lima sangat gelap. Gelap tanpa sebarang lampu. hanya ada cahaya luar yang masuk ikut lubang-lubang kecil di dinding atas. Aku berjalan dengan Nik. di depan ada 2 orang doktor dan MA, dibelakang ada 2 orang doktor pakar. Kami bergerak bersama ke ward.

Masa ni aku saja2 ambil gambar pegang henset. Test kamera henset dalam gelap.  Tak tahu lagi ada kebakaran sebenarnya. 


"Woih ni, gelap betul ni lampu takde langsung. Memang betul nampak klasik bangunan ni takde lampu"

Aku bergurau dengan Nik.

Sampai di bahagian lobby utama, nak melangkah naik tangga tetiba ditegur polis bantuan yang menjaga.

"berhenti! tak boleh naik atas. Ada kebakaran!"

Aku dalam keliru. "kebakaran??" Aku dalam keliru dan tak tahu nak buat apa. Nampak doktor pakar pun berlalu pergi dari situ.

"Nik, kita nak buat apa ni. Ada kebakaran ke kat atas?"

Aku pada mulanya merasakan perkara ni tak lah serius. Aku teringatkan semasa aku posting di Hospital Segamat sem lepas dulu. Kebakaran kecil. Mungkin begitu lah jugak jadinya di hospital ni. Aku tunggu di lobby utama lagi. Kemudian nampak seorang sister dan beberapa nurse mengusung pesakit dari tangga dengan menggunakan cadar dan draw sheet. Mereka bawa pesakit ke lobby dan letakkan atas stretcher yang ada disitu. Kemudian nampak lagi seorang pesakit dibawa turun lagi. Ramai nurse. Aku nampak situasi kelam kabut dan dalam tergesa-gesa. Mereka semua nampak nak cepat. Kemudian baru aku sedar. Ini kebakaran serius!

Aku still dalam kebingungan nak buat apa. Aku keluar dari lobby ke luar bangunan. terjumpa kawan2 aku yang praktikal kat kecemasan(ED) di luar bangunan dalam 4-5 orang. Mereka kata ada terbakar kat atas ED. Kemudian dia bercerita situasi di ED semasa kebakaran di tingkat atas. Pada awalnya mereka tak sedar, sehinggalah lampu terpadam dan dalam itu mula seperti berasap dan berbau. Dan terdengar juga bunyi macam letupan.

Lepas borak2 dengar cerita diorang, CI muncul dan suruh kami ke poliklinik, bangunan bersebelahan. Aku hiraukan saja pada mulanya. Kemudian nampak abang MA klinik aku yang jalan sekali tadi dari klinik ENT. Dia tengah memerhati sesuatu dengan orang ramai. Aku pergi ke arah dia, dan nampak kebakaran di tingkat 2. Memang nampak api melalui tingkat 2. Makin lama makin berkepul asap hitam.

Jam 9.19am masa aku keluar bangunan jumpa abang klinik aku.


CI suruh kami ke poliklinik. Aku masuk kembali ke lobby. Memerhati. Tak sampai hati tengok semua staff bertungkus-lumus selamatkan pesakit dari wad. Aku menunggu, kalau ada staff yang panggil aku untuk tolong mereka. Apa guna ada badan muda kuat, lebih baik membantu.

"Dik student! awak pergi tolong, ikut abang MA tu. Awak pergi ke Barat 4 turunkan patient"

Kemudian ada seorang lagi male nurse berada berdekatan, Aku rasa aku kenal dia, senior kolej aku sebelum ni. Dan 3 lagi kawan aku dari ED ada sama di lobby. Kitorang berpakat ikut sama menolong. Kesian tengok staff bersungguh turunkan pesakit. Kami lupakan kata CI suruh pergi ke Poliklinik. Inilah masa kita nak membantu sama. This is real. Disaster. Pengalaman!

Kitorang follow abang MA tu naik ke tingkat atas, berlari dia naik. Dia berhenti ke tingkat 2, Timur dua. Aku perhatikan wad semua kosong dan agak berselerak.  Masa aku sampai ke ward tu, aku lupa tentang tempat icu yang tengah terbakar tu di hujung ward  depan aku saja lagi, sebab aku tengah fokus nak ke barat 4 cepat. Itulah seumur hidup aku tengok wad kosong tanpa ada seorang pun pesakit. Dalam tu ada seorang sister, mungkin sedang tengok keadaan sekeliling ward dia. Timur dua, clear! Kitorang pergi ke sebelah, Barat dua, dah Kosong juga. Clear!

"Bang tadi, sister tu cakap kat barat 4 ada lagi patient" aku kata pada abang MA tu.

Terus meluru kami semua ke tingkat 4. Sampai tingkat keempat, Memerhati ke Timur 4 dulu, semua kosong. Clear!
Kemudian baru masuk ke Barat 4. Kebanyakan katil di cubicle laluan masuk dah kosong, tiada pesakit. Itu kawasan pesakit kronik. Biasanya pesakit ada kemampuan untuk berjalan, jadi mungkin lebih mudah untuk kosongkan. Masuk berjalan ke dalam lagi, di kawasan sub-akut. Ada ramai lagi pesakit.

Aku menunggu situ, memerhati dan mencari pesakit mana yang aku nak bawa turun. Dalam wad tu juga ada student lain, student sem 1 dan sem 6 jururawat pelatih. seorang staffnurse menegur aku

"Dik, awak tengok mana-mana pesakit yang boleh bawa turun. Yang mana tak boleh jalan, kita angkat"
 

Suasana agak kelam kabut nak keluarkan semua pesakit, berjalan sana sini. Katil sudah berselerakan. Ini bukan masa nak fikir kemas ke tidak dalam wad. Semua barang sudah tidak dalam aturan tempat biasa. Perkara penting, bawa semua pesakit keluar! Kebakaran tu di tingkat 2 tak jauh dari bahagian barat, aku sekarang di tingkat 4 sebelah barat. Tak jauh sangat pun sebenarnya jarak dari kebakaran tu. Boleh nampak asap naik masuk dalam ward, rasanya mungkin dah marak apinya. Dalam barat 4 tu pun boleh nampak kabus asap sikit-sikit.

Aku cuba mencari face mask. Ini penting. Sebab aku tak tahu pesakit yang akan aku tolong itu ada sakit apa. Ada kemungkinan penyakit dia boleh berjangkit pada aku melalui pernafasan. Itu langkah keselamatan diri yang diamalkan oleh pengamal perubatan.

Aku pergi ke katil pesakit. Ada seorang pakcik bersama dengan anak dia. Pakcik tu boleh duduk. Aku carikan kerusi roda untuk mereka. Anak-anak dia ada. Ok setel. Cari pesakit lain. Seorang pakcik cina dia tak boleh langsung berjalan atau duduk. Kami tolak katil dia ke arah lift di belakang ward. Beratur semua bawa pesakit nak gunakan lift untuk bawa pesakit turun. Kemudian diberitahu lift tak berfungsi. Ramai-ramai mencari ikhtiar nak bawa pesakit turun. Ada doktor, nurse, student. Akhirnya seorang doktor kata bawa pesakit turun dengan pengangkat pesakit dengan cadar dan draw sheet. Semua setuju. Still ok lagi dari idea sorang lagi ni, katanya suruh angkat katil turun. Maunya patah tulang pinggang nak angkat semua pesakit sekali dengan katil besi. uihh.

 Tapi akhirnya kami angkat juga pakcik cina tu duduk di kerusi plastik yang ada peletak tangan. Kami ikat badan dia ke kerusi guna kain cadar. Dan 3 orang diperlukan, akan angkat dia turun. Itu setel, bawa turun.

Seorang lagi pakcik melayu, ada dengan anak dia. Pakcik tu didudukkan di kerusi plastik macam pakcik cina tadi. Kami bawa turun. Aku angkat bertiga dengan seorang doktor dan seorang anak pakcik tu. Serius berat. Kami ikut tangga lain. Katil dah berselerak dibiarkan. Kami angkat sampai ke laluan tangga dan bawa turun. Setiap tingkat akan berhenti. Memang berat, mungkin aku yang kena angkat lebih di bahagian aku. Dari tingkat 4, berhenti di tingkat 3. Kemudian doktor tu cari laluan di bawah, sama ada boleh dilalui atau tak. Dia buka pintu laluan supaya senang nak lalu nanti.Semasa turun tangga tu aku dah nak terjatuh sebab baru aku perasan, anak pakcik tu kaki tempang sikit. Jadi agak melambatkan masa nak turun dari tangga.

Sampai saja tingkat dua nampak lagi dua orang nurse sedang buka pintu laluan ke wad mereka. Kami ikut laluan tangga menghadap luar di tingkat 2 tu. Sebabkan berat, panas, baju aku memang dah basah. sebasahnya. Facemask yang aku pakai, aku rasa dah basah lenjun sebab muka aku berpeluh kuat. Aku tak hiraukan peluh. Asalkan dapat bawa turun pakcik ni cepat

Satu je lagi tingkat nak sampai bawah, nampak ramai nurse dan ppk perempuan di bawah, mereka nak bantu apa yang boleh. Kami turunkan sampai tingkat bawah, dan tinggalkan kepada mereka. kemudian kami naik ke ward barat 4 balik, untuk teruskan usaha bawa pesakit turun dan kosongkan ward.

Angkat pakcik tadi pun dah ambil masa, sebab berat sangat. Balik ke ward tadi tengok banyak pesakit dah tak ada. Serius pantas semua staff buat pengosongan. Dibantu semua student2 yang ada dalam ward tu. Tinggal lagi seorang sahaja pesakit. Pesakit di bahagian acute. Pesakit yang berisiko. Ramai doktor ada sama di bahagian tu. Aku rasa doktor pakar pun ada disitu untuk memastikan keadaan pesakit semasa pemindahan turun. Pesakit tu memang perlukan oksigen. Tapi dalam keadaan cemas, terpaksa lupakan dulu, yang penting pesakit dikeluarkan! dalam masa sama sambil memeriksa tahap oksigen dia gunakan oximeter sepanjang membawa turun. Aku bantu angkat sama. Sebab aku lelaki kan. Sebabkan juga pesakit itu berbadan besar dan agak berat jugak. Pesakit ni dibawa guna spinal board, dia dipasang cervical collar di leher. Jadi perlu berhati-hati.

Pesakit dibawa ke poliklinik. Yang perlu penjagaan lebih dibawa ke dalam jabatan fisioterapi di poliklinik tu untuk sementara waktu. Pesakit dari ward mula memenuhi ruang poliklinik. Nampak di luar ada banyak lagi pesakit berjalan dan ada ditolak menggunakan dengan katil ke poliklinik.



Kemudian aku nampak MA yang tadi aku ikut sama ke tingkat 4. Dia berlari-lari. Aku syak dia ni team disaster, sedang memainkan peranan dan tanggungjawab dia. Kerusi plastik disusun di ruang poliklinik yang kosong tu, pesakit diberi duduk . Pesakit di "tag" dengan nama ward dari mana mereka asalnya. Doktor2 dan nurse semua bersama dengan pesakit untuk memantau keadaan pesakit.


Kemudian ada pengumuman dari seorang staff, suara ditinggikan supaya dapat ambil perhatian dan didengari semua. Aku rasa dia doktor. Mengarahkan pesakit tidak keluar dari ruang ini, kawasan itu diletak sebagai zon kuning. Jika ada apa-apa masalah boleh angkat tangan minta bantuan nurse dan doktor disitu.

Selepas itu aku naik ke klinik ENT, aku dah berpeluh. Aku rehat sekejap dibawah kipas, buka uniform. hanya tinggal T-shirt di dalam. Berpeluh. Ini serius disaster. Semua MA yang di klinik pakar takda, Mereka semua membantu di lokasi.

Dulu aku biasa melalui disaster drill. Iaitu bantuan dan peranan dalam bencana apabila seseorang sebagai pengamal perubatan. Dan skop aku sebagai paramedik. Memberi bantuan kecemasan. Tapi dalam situasi ini itu aku lupakan dulu. Aku cuba membantu setakat mampu, aku bukan lagi paramedik bertauliah, dan pegang tanggungjawab. Itu skop penting sebagai MA dalam Pengurusan bantuan kecemasan dalam bencana. Sebab itu semua MA dalam klinik aku takda. Mereka dipanggil untuk membantu di lokasi.

Aku tak ke mana buat seketika, cuma berjalan ke tempat kebakaran tu nak perhatikan perkembangan. Dan terdengar bermacam khabar angin dari staff dan tak kurang juga dalam group telegram kelas aku. Kemudian balik ke klinik. Klinik aku di poliklinik. Jadi sambil tu aku berada di ruang poliklinik memerhati, kalau ada yang memerlukan bantuan aku.

Kawan aku yang praktikal di beberapa klinik kesihatan pula mula maklumkan yang staff2 klinik mereka dah bersedia untuk beri bantuan jika dipanggil. Ambulan semua dah sedia di klinik menanti arahan.

Jam hampir 12 tengah hari. Mendapat maklumat dari kawan lain, penyelaras panggil semua student ke kawasan sebelah ward diraja. Aku bergegas ke sana sebab perlu berkumpul. Kami dipanggil untuk balik ke kolej. Atas faktor keselamatan. Ini atas arahan pengarah. Dimaklumkan ada student kami yang tercedera semasa kebakaran. Dia di ward ICU ketika itu dalam usaha menyelamatkan pesakit. Dia terhidu banyak gas karbon monoksida dari kebakaran, menyebabkan keracunan.

Ini pengalaman yang aku tak boleh lupakan. bagaimana situasi cemas, bawa pesakit keluar. Aku berpeluh-peluh bermandian. balik bilik aku baru perasan otot tangan aku sakit. Sebab bawa pesakit tadi. Berat atau tak, aku tak kira dah. Asalkan dapat bantu pesakit dapat keluar. Sebab tak semua pesakit mampu berjalan sendiri keluar. Ada yang tak mampu berjalan. This is real. Disaster. Takkan aku lupa.

Untuk mudah korang membayangkan bagaimana pesakit di kebanyakan ICU, mostly diorang dalam penjagaan rapi lah. Dan tidak sedarkan diri. Diberi bantuan ventilator, bantuan penafasan melalui mesin ventilator dan ubatan iv infusion lain secara berterusan. Dan perkara ini semua memerlukan bekalan elektrik. Selain bantuan bagging bantuan pernafasan manual manusia juga boleh. Tapi dalam ICU biasanya semua guna bantuan mesin dan dalam penjagaan rapi jururawat dan doktor.
Di hospital inilah banyak aku menimba ilmi sebagai pelatih. Aku selalu bangga bila melihat bangunan merah hospital ni.


Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam bencana kebakaran di HSA. cerita-cerita tentang staff yang menjaga wad itu, sayu, mereka tak mampu selamatkan semua dalam kebakaran. Sangat menyedihkan bila aku terkenang situasi yang dilalui mereka di wad yang terbakar tu. Sedih. Malang tidak berbau. Tabahkan hati.

Hospital sultanah Aminah, 25 oktober 2016. Aku Student pelatih.







No comments:

Post a Comment