Monday, February 13, 2012

Ke rumah seseorang di Nilai

hari sabtu yang lepas aku ke rumah seseorang. dia sepupu kepada emak.
yang aku tahu dia memang seorang penulis buku. sejak dari umur belasan tahu lagi.
emak aku pun pernah menulis Novel dengan nama Pena Nor Hidayah. tapi mak aku cakap Novel tu tak habis siap pun tinggal separuh. Novel yang mak aku buat tu belajar dari sepupu perempuannya.
selain  tu mak aku ade buat macam sajak masa zaman mudanya. tapi entah mana hilang buku tu semua.
aku cuba Google nama sepupu mak aku tu.

aku jumpa web online public access catalogue(OPAC). memang banyak buku yang ada nama dia.
Tapi sayangnya dia merupakan pesakit Kronik Buah pinggang. kondisi kesihatan dia membataskan pergerakan aktifnya.
tetapi aku tak lihat dia seperti orang sakit. dia seperti orang yang tidak sakit.dia umpama melupakan penyakitnya. hidup perlu diteruskan. dia sungguh kuat untuk terus hidup selagi hayat dikandung badan.
Organ Hati merupakan cara terakhir untuk dialisis buah pinggangnya. semua tempat di badannya sudah tidak ada tempat untuk dialisis buah pinggang.
aku mendengar dia bercakap dengan mak, pemikirannya bukan calang-calang juga. banyak buku sudah dia terbitkan. bukan sejenis buku sahaja. bermacam.

No comments:

Post a Comment