Thursday, February 16, 2012

Kamera Fujitsu instax mini 7s. nampak Cambest!

Aku ni memang kaki tangkap gambar. ambil gambar sana, sini. itupun kalau lah aku ade DSLR. 
tapi itu selalunya aku pinjam Abang aku punya DSlr. aku teringin nak ade satu untuk aku. nak beli mahal la pulak. aku Kaye dengan duit Ptptn je pun. haha

ada satu Kamera ni aku tengok macam menarik. aku tak beli pun lagi.
saje usha harga dan fungsi kamera ni.


ini Kamera Fujisu Instax mini 7s.
ape yang aku suka tentang kamera ni adalah sebab gambar kamera ini dicuci segera(instant photo system).
lepas korang tangkap gambar, gambar dia akan keluar.
perlu pakai filem fujitsu yang dibeli khas untuk kamera ni.
sekarang ni aku terfikir pasal Zaman Kamera Digital. Kalau dahulu Zaman kamera pakai filem. selepas tangkap gambar mesti tak sabar2 nak pergi Cuci untuk melihat hasil gambar korang tangkap.
tapi sekarang Zaman Kamera digital, lepas tangkap gambar korang tengok balik dalam laptop atau kamera. entah sampai bila la baru nak cuci gambar tu. ini untuk Kes aku laa... gambar2 tu semua simpan dalam laptop. sekali kena virus hilang file, kan dah tak boleh tengok dahh...
kalau simpan gambar dalam laptop rase macam tak best pulak. tiada sentimental Value.
kalau gambar keping tu boleh la korang belek-belek. keh3~


setting untuk kamera ni aku tengok tak banyak. ade empat jenis Mood.
mood Indoor, cloudy-shady, fine, Clear.

oh, mungkin ada sesetengah perempuan mula minat dengan Kamera ni sebab ada dalam drama Korea. aku pun taktau. Drama 'You're beautiful' agaknya. tapi ade kaitan dengan Korea lah senang cerita.
aku minat dengan kamera ni sebab Murah lah jugak. Harga dalam Rm250 hingga Rm320. paling murah boleh dapat Rm250, kena pandai cari lah.
berkenaan dengan warna model kamera ni warna putih dan ada sikit2 warna lain di tempat cover Bateri.
yang pastinya warna2 ni semua jambu derr... macam kamera untuk perempuan pulak aku tengok.
ataupun boleh amik warna chocolate penuh. warna chocolate penuh dan putih penuh harganya mahal sedikit dari warna biru dan pink gambar di atas.

warna chocolate ni mungkin sesuai untuk aku atau model warna putih sahaja.

nampak best kan tengok gambar keluar macam Picture atas ni.
boleh simpan buat kenangan.
kalau kamera digital, gambar2 aku simpan buat kenangan dalam laptop je laa...
dengan harga Rm280-Rm320 harga mampu beli untuk aku. DSLR mahal, tapi gambar cantik.
untuk Instax 7s ni  macam kamera untuk bersuka-suka. macam pergi hangout dengan kawan ke...
tak sesuai digunakan untuk tangkap gambar pemandangan sebab gambar nanti keluar kecik.
lebih baik gunakan untuk tangkap gambar korang dengan family dan kawan2.
Bab accessories mungkin ramai perempuan suka. sebab kamera ni nampak Cute bila berbaju Pink diatas. haha. nampak cool eah? kamera ni besar. sebab nak letak filem polaroid dalam tu.
secara jujurnya aku suka Kamera ni. tapi aku pertimbangkan semua aspek sebelum beli.
haa... ini dia polaroid filem untuk kamera ni. Okeh dalam ni ada 10 keping polaroid filem.
10 tak banyak. kalau nak lebih korang kena beli berkotak-kotak benda ni.
Part yang aku akan fikir 10 kali...
1 kotak = 10 polaroid filem = Rm25-Rm32.

1 kotak harga Rm25-Rm32 ini menyebabkan aku fikir 10 kali sebelum nak beli.
kamera dah berbaloi la jugak kalau dapat harga Rm280-300 camtu.
tapi Filem polaroid dia takley blaa...
kalau aku beli, aku akan fikir 10 kali untuk tangkap gambar pakai kamera nieh.
katakanlah 1 kotak =25 ringgit. 1 gambar dalam Rm2.50.
tu pun kalau dapat filem polaroid murah Rm25.

ada banyak lagi model Kamera Fujisu Instax. tapi aku jumpa Instax mini 7s yang paling murah.
murah-murah pun... Filem polaroidnya tak murah juga.
mula2 aku ingatkan ade 30 keping filem polaroid harga dalam 30 ringgit je.
rupanya 10 keping je filem polaroid dye. adoyai...
memang korang akan fikir banyak kali la nak tangkap gambar.
kecuali la kalau korang banyak duit. belasah snap je banyak2 gambar. keh3~
aku search, Fujitsu Instax mini 7s tergolong dlm kamera Lomo.
Wow, So cool! tapi malangnya 10 keping gambar Rm25. mahal... mahal...

antara model yang lain.
Fujisu Instax 210
Fujisu Instax mini 50s
Fujisu Instax mini 25(terbaru)






2 comments:

  1. comel la kamera tu tp betullah macam x berbaloi sebab filem die mahal sangat. kalau nk snap tu kne fikir 2-3 kali.

    ReplyDelete
  2. akak pun cam awak jugak. Amik gambar pastu wat pekasam jerk.tak tau bila nak pg cuci...;)

    ReplyDelete