Sunday, October 17, 2010

Aku kau berbeza... aku kau istimewa

LELAKI


lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN..?


hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suami.
isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggungoleh suami. BERATKANNN..?




suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tetapi isteri tidak.
walaupun begitu isteri boleh membantu. haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
banyak lagi lelaki, lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut..
itulah sebabnya mengikut kajian, nyawa perempuan lebih panjang daripada lelaki.
lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. (ikut kajian laa).




tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh allah SWT. ini kerana lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. camtu lah kira-kiranya.






WANITA




aurat lebih susah dijaga berbanding lelaki.
perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 
saksinya kurang berbanding lelaki. menerima pusaka kurang dari lelaki. perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. wajib taat kepada suami tetapi suami tak perlu taat pada isteri.
talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.




pernahkah kita lihat sebaliknya?? benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. 
sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah, bukan? itulah bandingannya dengan seorang wanita




wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinyadan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini,
dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. manakala dosanya diampun oleh ALLAH (dosa kecik)




di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini : isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
manakala seorang wanita pula, tanggungjawabnya terhadap ditanggung oleh empat 4 orang lelaki : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara.




seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.




seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengankat senjata.


masyaALLAH........ sayangnya ALLAH pada Wanita....


seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi ALLAH, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...
maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang menghadap ALLAH dalam keadaan istimewa di sisinya





"berpeganglah kamu sekelian dengan tali allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah disatukannya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi saudara dengan sebab nikmatnya. (ali imran : 103) pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalanya yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. bahkan manusia itu, menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri"

No comments:

Post a Comment