Saturday, October 30, 2010

Pertemuan si sombong.

Tersebutlah kisah...
sekumpulan pembahas Smk Pekan Baru, berjumpe dengan pembahas Smk Alor Pongsu
Lokasinye di Smk Alor Pongsu.

Dengan berbaju blazer hitam(walaupun bukan pengawas)
aku laa yang pakai baju blazer hitam tuh.. tpi bukan pengawas.
hehe~
bukan tak layak jd pngawas, cume aku tolak offer dri ckgu.
time tu lagi kurus dari sekarang, dan nampak tinggi.

aku dah buat perjanjian.
saye akan...
 berbahas dengan Smk Alor Pongsu, kalo Undian dapat Pihak pembangkang.
tapi Undian haritu dapat Pihak Kerajaan. haha~
Shifa la yang akan Bahas. Nice..!

ape yang best..? aku ngan aizat jadi simpanan.? haha..
yang bahas sume perempuan..
biase lah dorang mulut 'lazer'(lancang)..!

waa...  pembahas Alor Pongsu gadis rupanye~
wawawaaa... aku yang dok rilek dengar dorang bahas, buat2 muke 'cekang'(lagak)
biase laa.. main2 mata sket ngan pihak lawan.. aishhh.. hehe~
yang bahas Syazreen, Shifa, atikah.
aku ngan aizat dok blakang dorang sebagai pembahas simpanan

Sekolah Alor Pongsu ni Area sekolah Kampung.
Kami ni Area sekolah Bandar.
ape Beza..!?
bahas bahasa melayu gak.
tapi Smk Raja Lope yang menang tahun tu.
Kami kalah pon dengan sekolah tu jgak. tempat sendiri lak tu..

aku tengok Smk Alor Pongsu mcm susah nak menang.
sebab preparation text dorang agak tak cantik.

Dah habis Bahas, sekolah aku la menang..!
gi makan2 dalam bilik. dengan pembahas lain.
mata ade gak usha sorang gadis ini.
ape yang menariknye aku nk usha gadis ni..!?

sebenarnye dye dah buat aku tersenyum masa bahas.
mase kawan dye bahas, kertas text terjatuh bawah meja.
aku tengok la dye tunduk masuk bawah meja mase bahas..
hehe~  tersenyum je la aku tengok.

sebenarnye aku lebih tertarik dengan perwatakan, bukan rupa..

1st time aku tiba2 jadi berani..
suruh shifa mintak no.phone gadis tu dri kawan, kt Alor Pongsu.
kne tanye la dulu tuan punye Nombor Phone.
name perempuan ni M. hee~
(aku tak penah nak mintak2 no.hp sblom nie)

mula laa berkenalan...
aku ingat lagi..! Dye cakap muke aku sombong mase bahas..
huhuhuu.. T_T
terima kasih atas pujian saudari~ saye sangat hargainye.
tapi yang peliknyer.. dye ade usha aku gak ke..?
sampai dye cakap suke tengok lesung pipit aku..!?
aissshhhh....
aku pon x rase macam ade lesung pipit.
mungkin time aku gelak mase makan kowt..
so, bukan aku je yang usha dye~ 

takpe lah.. aku mintak no.dye sebab..
rase t'tarik dengan cara gadis ni yang masuk bawah meja masa bahas..
boleh dikata macam cute dan klakar..
 orangnyer lak kecik2..
kalo berdiri sebelah aku, agak rendah la..

bukan rupa aku kisahkan..
asalkan perwatakan dye dapat menawan hati.
dan membuatkan aku tersenyum.

and.. 
yup..! dye skarang masih kawan aku.
tapi dah lame tak mesej.
aku tak suke sangat nak bermesej nieh.
SEBAB
BOSAN tunggu orang lain REPLY.


~al-kisah~













Thursday, October 28, 2010

diam seribu bahasa, bukan malu atau sombong




 Suke diam dan melihat. nak bercakap pon mcm berat mulut jew.
segan nak bercakap dengan orang yang x kenal(pmpn)
tutormate majoriti pmpn lak tuh..
sikap pemalu aku semakin teserlah..
damn...

"asyraf jemput makan, jangan malu-malu"
time tu dekat umah makcik mner ntah.
anak2 die banyak pmpn.
malu..!??
stail aku nie macam seorang yang pemalu ke?
memang la aku diam seribu bahasa pastu senyum2 jer..
dah xde ape2 nak cakap pon.

susah nak akui mende nie..
aku memang segan dengan perempuan yang aku x kenal..!
kecuali la pmpn tu aku dh memang kenal, dan agak selesa nak bersembang.
bila dah selesa, aku x kesah nak cakap ape pon...

sorry sangat-sangat. 
mungkin tak semua tutormate perempuan aku ingat name.
sebab name sume hampir nak dekat same.
skrg dah nak masok sem2. tak semua aku penah bersembang kowt.. 
hehe...

mungkin stail aku nie yang agak diam bile dengan orang yang x kenal.
mungkin orang cakap pemalu, 
ade jugak yang cakap ramah,
ade yang cakap sombong.

sombong..!? paling aku benci. aku diam bukannyer sombong..!
diam bukan sombong yerr...
itulah aku, kalo dah xde ape nak cakap.

kalo jumpe dengan orang yang baru kenal, terutama pmpn lah...
kalo lelaki selesa sket nak sembang.
mestilaa aku diam jer. dah tak tawu ape nak cakap.
takkan laa. nak tanye 
"hi, name awak ape? tinggal mane?"
mestila aku segan doe..
lagipon soalan tu xde kaitan dengan aku.

sebenarnye aku ramah, 
 ade la dalam 2-3 orang tutormate pmpn, aku selesa nak bercakap, bersembang.
yang lain2.. background diorang pon x tawu sangat.

~al-kisah~

Sunday, October 24, 2010

waving flag

When I get older, I will be stronger
 
They'll call me freedom just like a wavin' flag
 
And then it goes back, and then it goes back
 
And then it goes back, oh


When I get older I will be stronger
 
They'll call me freedom, just like a wavin' flag

When I get older I will be stronger
They'll call me freedom just like a wavin' flag
 
And then it goes back, and then it goes back
 
And then it goes back, oh
 waving flag popular by knaan
lagu waving flag, slalu dimainkan di bilik-bilik hostel aku, semasa FIFA 2010
aku suke dengan lyrics ni.
bila aku dengar balik lagu ni, aku akan t'ingat Musim FIFA kat Puncak Alam.
satu pengalaman baru bagi aku. yang agak kurang minat dengan bola.
tapi bila masuk ke UiTM puncak alam, my first university~
aku jadi minat tengok tournament bola.
Football madness.

bila musim FIFA 2010, 
mulalah ade yang tak tido malam tunggu match pkl 11 smpai pkul 12.30.
pastu sambung lak pkul 2.30.


 kalo match pkul 11mlm bleh la lepak kat cafe kolej rafflesia.
ape yang comfirm. seat paling depan msti pmpuan la duduk.. haha..
macam2 kerenah manusia ade. 
1st time aku tngok bola kt cafe reflesia,
aku gelak sepanjang mase...!
sbab ade la budak2 yang x abeh2 dok merapu blakang aku.. 
BEST..!
ramai jugak pmpn yang minat tengok bola yerk.
sbnarnye memang ramai... cume aku je baru tahu.. =_=


bila tengok match,
mestila ramai yg bersuara
cakap x puas hati la, 'bodo' la, lahanat la, ape2 la lagi.
tapi yang best nyer.. yang bersuara tu macam2 pelat ade.. 
kelantan,terengganu, utara, melaka, KL, selangor.. 
cume perak je yang aku jarang dengar.. haha..




I really miss FIFA 2010 UiTM Puncak Alam

 

Sunday, October 17, 2010

Aku kau berbeza... aku kau istimewa

LELAKI


lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN..?


hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suami.
isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggungoleh suami. BERATKANNN..?




suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tetapi isteri tidak.
walaupun begitu isteri boleh membantu. haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
banyak lagi lelaki, lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut..
itulah sebabnya mengikut kajian, nyawa perempuan lebih panjang daripada lelaki.
lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. (ikut kajian laa).




tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh allah SWT. ini kerana lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. camtu lah kira-kiranya.






WANITA




aurat lebih susah dijaga berbanding lelaki.
perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 
saksinya kurang berbanding lelaki. menerima pusaka kurang dari lelaki. perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. wajib taat kepada suami tetapi suami tak perlu taat pada isteri.
talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.




pernahkah kita lihat sebaliknya?? benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. 
sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah, bukan? itulah bandingannya dengan seorang wanita




wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinyadan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini,
dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. manakala dosanya diampun oleh ALLAH (dosa kecik)




di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini : isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
manakala seorang wanita pula, tanggungjawabnya terhadap ditanggung oleh empat 4 orang lelaki : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara.




seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.




seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengankat senjata.


masyaALLAH........ sayangnya ALLAH pada Wanita....


seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi ALLAH, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...
maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang menghadap ALLAH dalam keadaan istimewa di sisinya





"berpeganglah kamu sekelian dengan tali allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah disatukannya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi saudara dengan sebab nikmatnya. (ali imran : 103) pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalanya yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. bahkan manusia itu, menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri"

Thursday, October 14, 2010

first time outing ke shah alam

shah alam, selangor.
aku x tahu sangat fasal shah alam ni.
yang aku tahu shah alam ni macam best kowttt.
 1st time aku masuk asasi, aku just kenal dengan housemate baru,
classmate pon aku kurang kenal sangat,
husaini and fahmi kawan aku dari Parit buntar...
kami bernasib baik, kami dapat masuk 1 group dewan lecture
aku selalu lepak ngan dorang klo boring.

mase dalam dewan lecture kami duduk same2. klo lambat, sape2 awal kne tolong 'cop'kan seat.
dewan tu penoh dengan student asasi sampai ade yg kene dudok kt bawah. 
so, kne bangun awal 1jam. masok dewan awal 30 minit.. mmg cabaran tol...!
sebab nak dapat seat dalam dewan, kitorg tpaksa bangun awal

dalam dewan tu kami kenal dengan dengan sorang prempuan ni.
time tu die ddok depan dewan buat pengumuman, dye suruh sape2 tolong fotostat untuk group masing2
pastu die bagi no.phone, kot la ade sape2 nak contact, mintak kertas handout.

xtawu la.. fahmi ni rajin sangat..
die tolong fotostat untuk group
kami pergi jumpa dengan perempuan tu. pastu mula lah kenal dengan dia
nama dia mula2 aku susah nak ingat, rupanya dia 1 group tutor ngan aku.hehe.
auwatif, ni dok penang rupenye.. boleh la kami cakap utara sket2 ngan dia.. haha.
fahmi dah la cakap utara pekat. sikit pon x lepas ckp utara dye.


kami lepak2 la dalam bilik hari jumaat tu. kami cadang nak outing ke shah alam.
dah seminggu masuk asasi, teringin lak nk pegi klua.
kami dah rancang awal2, nk ambik bas pegi ke shah alam.
bas U90 rapid KL akan naik ke uitm puncak alam,
pastu bawak klua ke Klang sentral.
then baru ke shah alam.

ade gak cadang nak join skali auwatif dengan kawan2 die.
kami pon ok jerr...
petang sabtu dalam pukul 4 cmtu, kami klua pegi bas stand kolej raflesia.
jumpa la auwatif ngan kawan die, nadia, dhalilah.
kami ni dah la x tawu naik bas, kot la dorang ni tawu sket naik rapid KL.
 bas sampai. dorg masok dulu. ehemmm.. mestila ladies first..
last2... kami yang kene tunggu bas lain, sbab bas tu dah penoh. ces..!

sejam pastu baru la bas datang. then kami naik, teros bawak ke shah alam lebih kurg sejam perjalanan.
jumpe la ngan dorang kat plaza PKNS, tu pon dah pukul 6 ptg.
pegi la smyang asar dulu.. 
dah habis tu pegi ke plaza alam sentral. dah masok maghrib lak, smyang la kt atas plaza alam sentral.
jalan2 kt sane smpai pukul 9.30 cmtu.

bermula lah kisah budak2 asasi puncak alam yang x reti naik bas rapid, x reti nak balik awal ke puncak alam..
hahaha...
kami tunggu la bas rapid kt depan PKNS..
bila bas lalu je, sume usha tngok klo bas tu U90.. 
dah lama sgt kami tunggu.. pastu dalam pukul 10, dorang da mula risau.
try la tnye driver bas rapid yang lalu.. 

" bas U90 ade lagi x, nak pergi ke puncak alam"

driver tu cakap ade bas tu.. so kami tggu la.. 
sambil2 kami ambik turn pegi tnye driver bas yg lalu pasal bas U90.
aku dah agak2 cuak, bile jam dah pukul 11 mlm..
last skali driver bas yg lalu cakap bas tu dah xde...
bapak ar...dri td kitorg dok tnye, dorg cakap " ade.... ade... ade...."




tunggu bas U90 rapid KL


nak ambik teksi mahal..! sume nak baject duit,.
so, nak balik mcam mane ke puncak alam..!

so, ambik keputusan pegi lepak kt mamak bistro yang ktorang makan td.. 
ingat nk lepak sampai pagi. auwatif ngan geng dye lak nk pegi smyang kt Plaza alam sentral..
gile siott... nk pegi balik tmpat tu..! dah la sunyi, kat tingkat atas lak.. isk..!
jam dah pukul 12 dah...

kalo fikir balik... nak semayang kt mane lagi..? 
ingat nak lepak kt mamak bistro smpai esok pagi.. kompem lebam mata.!

fikir2 balik.. pegi ke masjid shah alam la senang..!
pegi bayar minum pastu tanye kat mane masjid.. 
kami pon berjalan kaki la ke masjid..
uhuuu, dapat pahala tuuu jalan kaki pegi masjid.. hahahaha..!

dalam perjalanan tu macam2 yang kami lalui..
pengalaman yang agak best..! dan baru bagi aku..!


dalam perjalanan tu, kami 6 orang... lalu ikot tepi jalan..
Plaza peransang, bagunan yang paling aku ingat. sebab bangunan dye tinggi, and nama dye slalu dalam ingatan. kami lalu ikut sebelah bangunan tu.




plaza peransang


dalam perjalanan tu, kami sembang2 la.. lagipun kami  x knal sangat dorang.
bila kami jalan.. rase macam nak protect la dorang.. dorang dah la pmpn, jalan time tgh malam lak.
risau kot jadi ape2..


macam2 ragam kami jumpe kt shah alam haritu.
kami lalu ikot dalam taman, aku x sure taman ape... sbab malam x nampak clear.
jumpe la ngan manusia2 yang tak tido malam.. ade orang sambut birthday kt taman, ngan kawan2 dorg..
hahaha.. dah pukul 1 pagi smbut birthday..!? dalam taman lak tu..
kami jalan je la buat x tawu... smbil2 usha la sket dorg..


entah merata-rata kami jalan dalam taman...
dah nampak menara masjid, kami jalan ikut ke arah menara masjid..
pastu nampak lak mat kereta dok berkumpul kt taman..
aku pelik gak ape dorg buat kt sini.. macam dah x nak balik rumah jer..
laki pmpn pon ade.. x sure la laki, pmpn tu suami-isteri atau tak...
memang banyak la kereta time tu.. aku rase macam ade show kreta kott..


dah penat jalan, jmpe tandas... sume pegi tndas jap...
dah dri td aku tahan. akhirnya jumpe gak tndas..!


dah depan pintu masjid, tapi heran gak, knape masjid gelap jer..
xnak bagi orang masok ke..?
jumpe lak ngan pak guard masjid tu.
dye cakap masjid dah xleh masok time malam.
takot nanti barang orang yg niaga kt dalam, hilang.


ape nak buat, duduk je la kt luar pagar masjid...
naseb baik ade krusi. bleh gak duduk2, bukak kasut aku nie.. dah sakit kaki aku jalan dari tadi.. fuhhhh...




 prennnnggggg2... prennnnngggg2...!
bunyi lak moto...! punye ramai la mat yang tak tido malam, naik moto..
berenti elok je depan kami.. aisshh...
aku dah risau, tpi.. tak sure dorg nmpak ke.. kami duduk kt krusi. sbab mcam terhalang sket ngan pagar and pokok2...


pak guard tu panggil kami lepas 'mat2 tak tido' tu blah.. nasib baik aku, husaini, fahmi.. orang parit buntar..
pakcik guard tu pon org parit buntar gak.. haha... jumpak org PB gak weyh..
bos kt dalam masjid tu datang, tanye dari mane, buat ape...
kami pon cakap kami student UiTM puncak alam.




nasib baik dye bagi kami masok tido dalam masjid...
mgkin sebab tngok ade pmpn ikot skali. risau nnti jd ape..
dah dapat masok semayang isyak.
pastu masok bilik kelas agama, tmpat kami nk tido... baik hati gak, ade air-cond untuk kami tido..
budak pmpn la kena soal siasat lama sket. haha.. kesian dorg....


pengalaman nie akan aku ingat smpai bila2.. haha.. macam2 aku alami.
dari pukul 12mlm sampai 2.30pagi.. jalan2 sampai ke masjid..
esoknya kami balik  naik bas rapid KL U90.. pkl 8.30..


aku cakap kt housemate aku, aku tido rumah kawan aku...
tak cerita la, aku tido masjid sebab takde bas.. wahhahahaa...


Add caption










Saturday, October 9, 2010

dunia baruku di uitm puncak alam


   
video clip nie hampir same ngan ape yang aku alami kt UiTM puncak alam.
haha.. klako gak..! 

ada suka-duka. barulah hidup nie menyeronokkan..!
ni lah hidup baru aku, bila dah masuk umo 18 tahun.

tapi study + enjoy x sepatot nye aku buat dalam asasi..
tpi nk buat macam mane, prof ahmad yang cakap sendiri,
study sambil enjoy..!


kesunyian di kampus p.alam.?

student asasi sains ngan asasi kejuruteraan dah balik cuti sem..
total student asasi ni nk dkat 3000 

semua tinggal dalam kampus.
skrg aku dah balik rumah,  teringat lak suasana kt kampus uitm 


klo student asasi sume balik. puncak alam akan jd Sunyi ke..?
Mart dkat angsana dgn rafflesia msti dh tak ramai yang masok.
sbab aritu kakak yg jaga mart tu ckp, tiba2 macam sunyi. sbab student asasi sume balik cuti p'tengahan sem.


cuti asasi dengan course lain tak same.. so dapat tahu la bile student asasi takde.


Tuesday, October 5, 2010

cara nak berdiet..?

aku dah biasa rasa macam mana situasi yang dipanggil 'gemuk'...
so.. aku ade rasa respect dengan keadaan diorang.
first..! aku ade terdetik untuk berubah.. takkan aku nak stay dalam keadaan macam nie jer sampai umo 20 keatas.. haha. ok2. tu dah kire keazaman dah tu.
aku ade dengar 2 pendapat mengenai remaja berumur 20 tahun ke bawah..




1. remaja 20 tahun ke bawah tengah mengalami proses tumbesaran. badan mereka tengah membesar dengan normal, dan memerlukan makanan yang secukup nya.. dari segi karbohidrat, protein, dan lemak. jumlah kalori pula 2500 Kcal sehari

2. kalau nak mengurangkan berat badan, seeloknya sebelum metabolisma badan menurun.. bermaksud, orang yang berumur 20 tahun ke atas akan mengalami penurunan tahap metabolisma.
keadaan yang dikatakan metabolisma tinggi adalah ketika remaja. berumur 20 tahun ke bawah..




okeh.. sekarang ade 2 pendapat.. so.. aku ambik pendapat ke-2.. sebab bagi aku, cukup lah nak membesarkan badan, yang dah memang sedia ada besar nieh.. haha..
bagi aku, pendapat ke-2 metabolisma remaja memang tinggi masa nie. so sepatut nyer kite menggunakan peluang metabolisma yang tinggi nie untuk mengurangkan berat badan..
bila umur dah meningkat. nak kurangkan berat badan agak sukar sket.. kena exercise banyak2 untuk naikkan balik metabolisma.

jadi bagi sape yang nk kurangkan sket berat.. elok gak umur 20 tahun ke bawah.. cuma kene ade azam sket.. kene usaha lebih.. kalo berjaya. korang akan rase puas dengan ape yang korang dah usaha.. 

Friday, October 1, 2010

happy ending biology

exam terakhir.. paper biology BIO092...
lepas 3 paper yang aku jawab agak mengecewakan...
akhirnya, last paper.. x susah mcm paper2 exam yang laen. haha..
alhamdulillah.....
smua muka happy..  CUTI...!
ak ingatkan 6 mmgu cuti. tpi ade yang bagi tawu..  7MINGGU cuti..! wahahaha...
banyak tol cuti dok asasi nie erk..