Salah satu sebabnya, mungkin aku tak tahu nak letak tajuk apa. Perlu ke letak tajuk? Aku rasa nak menaip sesuatu dalam blog ni. Bila aku tengok antara tahun 2013 hingga 2015. Tahun 2013 antara yang paling banyak aku taip dalam blog ni. Ya, tahun tu aku dalam keserabutan sikit. Pressure lebih. Emo je nanti keluar kat blog. Haha
Sekarang tahun 2015, Bulan Jun. Aku tengah ada kat rumah, cuti semester. Kali ni cuti semester tak macam sebelum ni yang sepatutnya tempoh sebulan. Disebabkan pada awal tahun 2015 negara kita ada berlaku peristiwa bencana banjir di Kelantan jadi Kolej aku tangguhkan kemasukan 12hari lambat dari asal. Maka aku pun kena lah ganti balik 12hari masa cuti semester. Cuti 12hari tu bukan setakat kolej aku, tapi banyak juga institusi lain ditangguhkan termasuk sekolah. Seingat aku lah. ke aku lupa.
Kelas aku akan mula awal julai nanti. Memang pasti dah tarikh mula semester kitorang ni. Akan mula 1hb Julai dan 1hb Januari kalau tiada halangan. Semua dah diselaraskan macam ni.
Dalam setahun sengah ni dah banyak perkara berlalu, aku pun akan masuk semester 4. Kalau aku masih lagi kat UiTM, mungkin aku dah grad awal tahun ni dah. Aku quit masa hujung semester 4 kat Shah Alam. Classmate satu kos UiTM dengan aku pun dah kerja. Rasanya lah. Aku tak banyak kawan rapat sesangat, so yang aku kenal2 ni semua nampak dah kerja. Iyelah, aku usha kat facebook diorang je... Well, aku still ambil berat dengan orang yang entah ingat aku lagi ke tak. Yang mana rapat aku contact lah. Itupun facebook diorang aku add balik tahun ni. Sebab dah setahun setengah aku quit UiTM. Cukuplah tempoh ni untuk aku lupakan something yang tak manis dan ingin dilupakan masa dulu. Bila tak manis je, nak dilupakan. Dah kenapa ye? Kalau tak manis tu patutnya dah beri kau kekuatan pada hari mendatang, sepahit dan sesakit manapun. Bak kata mamat sado ni kat gym "No pain, No gain". Alahh tipu, aku still lagi ingat. Cuma aku dah move on. Takkan kau still nak kenang benda lama, hingga moody sampai hari ini? Rileks...
"Hidup Bukan Untuk Derita!" - Bak kata Ahmad Jais dalam lagunya.
Walaupun aku dah lama tinggalkan UiTM, tapi aku still macam... "yeah, itulah universiti aku dulu". Aku banyak belajar sesuatu kat sana. Aku belajar jadi matang. Dan ada lah ilmu lain bab komputer dan perniagaan aku belajar. Manalah boleh lupa. Apa yang ketara feeling aku ingat, aku pada masa dulu dan sekarang dah lain. Lain yang dimaksudkan tu, dari segi life aku lah. Perubahan persekitaran mendadak. Dulu boleh lagak budak Uni, habis kelas lepak bilik dulu makan2. Dulu memang aku rasa lain. Hmmm malas nak cerita yang dulu punya. Kalau ada masa lapang aku akan taip throwback cerita lama dalam blog ni. Yang sekarang ni pula aku rasa macam masuk akademi tentera? Disebabkan peraturan dan disiplin sini yang sangat ditekankan. Bila dah lama belajar kat sini, aku dah mula rasa istilah 'kolej' tu macam dah tak sesuai. Kalau aku cerita
"Aku studi kat kolej... sekian... sekian, kat area bukit tu, ade awek lawo banyak"
Mesti orang ingat lebih kurang macam universiti jugak, macam aku kat UiTM dulu. Jadi aku suka lagi kata tempat ni institusi latihan atau macam akademi. Kalau yang biasa masuk matrikulasi, aku rasa lebih kurang kolej matrik lah jugak. Tapi tetap lain. Apapun yang pasti aku tak pernah masuk matrikulasi. Entah kenapa pulak aku samakan dengan matrik. Pelik.
Hold up
Hold on
Don't be scared
You'll never change what's been and gone
May your smile
Shine on
Don't be scared
Your destiny may keep you warm
Hold on
Don't be scared
You'll never change what's been and gone
May your smile
Shine on
Don't be scared
Your destiny may keep you warm
ok cool. Isinya ada rasa sentap sikit.
ReplyDeletetajuk suggested "Hidup Bukan Utk Derita Bro"