Tuesday, June 16, 2015

Minat atau suka pada seseorang, perlu beritahu atau tidak?



Wazzap... Kali ni aku rasa macam nak menaip sesuatu untuk dimasukkan dalam blog gempaksher ni. Semalam aku ditanya untuk pendapat dari seseorang. Tak perlulah aku cerita detail siapa yang bertanya tu.
Soalannya...
"Perlu ke beritahu seseorang yang kita pernah minat kat dia"

Ini nak maksudkan situasi ni pernah berlaku pada suatu masa dulu. Dulu kita pernah tertarik dengan seseorang. Bayangkan duduk dalam kelas, dan kita selalu usha sorang budak ni masa lecture. Ataupun mungkin orang ni classmate kita sendiri, kawan kita sendiri dimana dalam diam2 boleh ada feeling pulak kan. Tengok dia ni hensem/cantik, baik, pandai, alim atau masuk sama dengan taste korang ke.

Dalam skop ni kita kecilkan lagi maksud soalan ni. Minat dimaksudkan tentulah pada jantina berlainan kita. Takkan lah kau ni homoseksual pulak! bahaya tu, kalau ada simptom ni kena pergi dapat kaunseling cepat2. Ini perkara biasa yang dilalui orang yang sebaya atau muda dari kita, senang kata dalam golongan umur kita ni. Soalan ni dalam satu bentuk dilemma. Ya, dia tengah dalam dilemma nak beritahu atau tidak.



Walaupun dikata dia pernah minat. 'pernah' mungkin menunjukkan dulu minat, tapi sekarang ni biasa2 je. Tapi apa yang aku yakin, minat pada individu tersebut masih ada. Kalau tidak, takkan lah masih lagi memikirkan perkara ni.

Perkara utama yang aku dapat bayangkan dalam dilema ni adalah 'regret'. Penyesalan ni mainkan peranan besar. Sama ada kau akan menyesal beritahu pada si dia, atau kau menyesal tak pernah beritahu pada si dia ni. Menyesal tak beritahu ni dah tentu menunjukkan kau ada peluang tapi tak gunakan. Kau still lagi boleh contact dia, boleh cakap, texting, tapi tak gunakan peluang.

Menyesal apabila sudah beritahu ni... lain pula. Kau dah beritahu pada si dia kemudian kau menyesal "kenapa la bodoh aku bagitau kat dia. kalau tau jadi macam ni baik aku diam je.". Sebab kau dapat result yang tak menyenangkan lepas beritahu dia. Tapi biasalah selagi tak cuba manalah kita nak tahu apa akan jadi, baik atau buruk. Kalau dapat result yang ok? mesti kau happy dan fikir "Nasib baik aku bagitau kat dia, kalau tidak memang menyesal!"


Aku nak cerita pengalaman aku sendiri lah. Situasi minat ni aku bukan dalam dilemma, tapi dalam bersahaja. Aku pernah minat seseorang ni member kelas dulu. Dan memberitahu bahawa aku pernah minat pada dia masa dulu. ya, pernah minat kat dia dulu, sekarang ni biasa2 je. Aku beritahu dia lepas kitorang dah tak belajar tempat sama lagi, aku nyatakan dengan terbuka dan bersahaja. Member lain pun tahu. Rileks lah. Disebabkan aku beritahu tentang sesuatu perkara yang dah lepas, minat tu dah tiada seperti dulu. Jadi jangkaan aku adalah rendah. Bermakna aku terima apapun hasilnya dan tak kisah. Sekurangnya aku beritahu. Alah... lebih kurang macam kau bagitau. "Weh siti, dulu masa kat sekolah rendah aku minat kat hang". Kau cerita benda yang dulu. Walaupun aku bagitau perkara yang dah setahun lepas masa tu. Hehe sekurangnya aku beritahu.

Tentang regret ni, korang kena cuba kurangkan. Sebelum buat sesuatu keputusan, pastikan mindset dah kata "Kalau jadi sesuatu yang tak diingini, biarlah. Nak buat macam mana lagi. teruskan". Harapan tu biarlah jangan setinggi gunung kinabalu sangat. Antara sebabnya, jangkaan pada sesuatu yang belum berlaku boleh jadi 50/50(kalau terer math, calculate lah sendiri). Kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, kita cuma mampu plan dengan buat pilihan.

Bagi aku sendiri, beritahu pada seseorang yang kita minat ni sebenarnya melegakan. Walaupun ada satu masa tu aku macam agak menyesal. Tapi sekurangnya rasa "menyesal beritahu" tu lagi rendah dari "menyesal tak beritahu" dia. Kuranglah sikit impak emosi tu pada diri sendiri.

Memandang dalam tajuk ni, aku nak terangkan tentang teori Sigmund freud. Id, Ego dan SuperEgo. Benda ni aku belajar masa semester 1 dalam subjek sains tingkahlaku. Hayati gambar berikut.



Apa yang korang fikirkan?
Aku terangkan secara ringkas dan berkaitan shj. tak perlu detail, aku pun boleh pecah kepala nak huraikan nanti.

Id boleh dibayangkan seperti seorang bayi baru dilahirkan. Yang menangis bila lapar dan berak, kencing apabila dia rasa mahu. Id merupakan personaliti asas manusia. Punca kepada apa yang tubuh badan kita untuk capai kepuasan. kemahuan, keinginan, keperluan, termasuk juga kemahuan seksual.

Ego. ini perantara antara id dan realiti. Jika korang mahukan sesuatu, seperti iphone 6 contohnya. korang tak boleh terus ambil di kedai. Mesti ada cara dapatkannya. Kumpul duit dan beli. Ego perantara id dan realiti, maka untuk memuaskan id.

Masuk sikit tentang topik. Keinginan pada jantina berlainan adalah naluri asas manusia. Survival manusia. Kita bukanlah seperti haiwan yang tidak bertamadun jika mahukan seseorang terus kepadanya dan rogol untuk kepuasan seksual kemudian beranak-pinak. Ego sebagai perantara id. Id seperti kemahuan yang unconcious(bawah sedar). Ego stuktur personaliti yang mempunyai kebijaksanaan pemikiran, pandangan, cara pelaksanaan aktiviti, menganalisa maklumat. Jika korang suka atau minat akan seseorang akan ada caranya, seperti berkenalan, memberitahunya, melamar atau seumpamanya. id, kemahuan yang mungkin tidak korang sedar. Apa yang korang tahu "aku minat kat dia". Ya, itu naluri manusia.

Seterusnya Super-ego.
Super-ego berfungsi agak bertentangan dengan id selalunya. Dipengaruhi dengan tertib bersesuai dengan sosial masyarakat. Personaliti yang mengawal personaliti apa yang salah dan benar serta rasa bersalah. mengekalkan akhlak moral. Contoh, naluri sebagai manusia sukakan jantina berlainan. Ego, bertindak dengan realiti untuk memuaskan id, macam korang pergi ngorat makwe lah, teringin nak kapel. Super-ego pula bertindak menghalang disebabkan tindakan itu tak bagus, dipengaruhi moral dan keagamaan. "tak elok kapel-kapel ni". Maka korang terpaksa tangguhkan dulu niat.


ketiga-tiga ni aku nak kaitkan pasal confess minat pada seseorang.
Minat/suka pada seseorang ni sebenar naluri kita sebagai manusia. Tak boleh dinafikan. Korang boleh beritahu pada si dia "weh aku minat kat kau lah, sejak dulu lagi" melalui apa2 cara dan masa sesuai. Tapi super-ego ni membuatkan dilemma.
"Perlu ke aku beritahu dia?" - bisikan hati. mempertimbangkan sesuatu sama ada patut dilakukan atau tidak. mengambil kira emosi rasa bersalah/sesal dan kemahuan diri di bawah sedar.

teori2 ni dihasilkan oleh pakar psikologi. tak semestinya ini betul dan korang perlu ikut. teori ni dihasilkan untuk memudahkan kita memahami sesuatu dengan lebih berstruktur dan mudah diterjemahkan pemikiran. Banyak lagi teori psikologi korang boleh baca. Aku tak la pulak hayati gila2 teori ni, apa yang aku belajar dan masukkan dalam pemikiran aku dan disesuaikan untuk pemahaman sendiri.



Bagi aku, kalau suka/minat seseorang. Korang patut cuba beritahu ikut kesesuaian. Macam aku kata, "menyesal beritahu" atau "menyesal tak beritahu". Mana yang impaknya lebih kuat pada emosi korang, bergantung pada diri sendiri. Sepatutnya korang lebih memahami diri sendiri. Yang penting korang beritahu tu mestilah pada orang yang korang kenal, dan dia pun kenal korang, mungkin dah kenal lama. Kalau baru kenal tapi dah confess macam ni, memang sesuatu yang mungkin tak dapat diterima seseorang, menakutkan. Penerimaan mengambil masa, seperti berkenalan dahulu ke. Hmmm korang patut cuba. Mana tahu boleh ada jodoh ke.

Pemikiran kita mainkan peranan dalam bagaimana kita melihat sesuatu perkara. Kalau korang dapat kawal emosi dan pemikiran, itu bagus maknanya bila sesuatu impak dari konflik dan masalah berlaku korang dapat redakan. Aku banyak belajar dari kesilapan aku. Semakin hari semakin belajar tentang sesuatu. pemikiran dan pandangan sentiasa berubah dan berkembang dipengaruhi dengan pengalaman setiap hari. Itu yang sepatunya berlaku pada kita.



1 comment: