Thursday, July 23, 2015

Philophobia : Mengapa berbeza?

Apa yang korang tahu tentang istilah Philophobia? Macam semua orang tahu 'Phobia' bermaksud takut. Philo? dari perkataan Philia yang bermaksud cinta/suka. Nak cerita lah sikit tentang ini. Ada seorang ini, bila diamati dia ni mungkin Philophobia. Dia mengelak potensi untuk ada hubungan atau mempunyai perasaan istimewa pada wanita. Dia cuma mengelak. Ada sesuatu yang dia risaukan.

Dia memang tak pernah bercinta. Maka tiada pengalaman buruk sejarah bercinta yang mampu buatkan dia rasa takut untuk adakan hubungan. Cuma, dia selalu mendengar pelbagai kisah hubungan cinta dari kenalan, dan rakan-rakan. Dia mula sedari tentang risiko dalam perhubungan, sehinggakan dia menjadi risau/takut. Jadi dia mengelak untuk jatuh cinta pada sesiapa. Ini bermakna dia mengelak potensi untuk ada hubungan cinta. Maka itu dia perlulah dengan mengelakkan jatuh cinta dengan sesiapa yang utamanya

Dia sebagai seorang lelaki tentunya akan tertarik pada seorang perempuan yang cantik, perwatakan menarik yang sehinggakan mampu buatkan dia jatuh cinta. Dia akan mula menjauhi mana-mana perempuan yang dirasanya menarik dan cantik. Malah dia mempunyai tanggapan yang kurang baik tentang wanita yang cantik/menarik ni. Ini mungkin disebabkan pengalaman cerita-cerita yang didengari dari kenalan/kawan. Dikatakan wanita cantik ni senang curang, Mudah dikebas oleh lelaki lain yang ayat ngorat lagi power, hensem, dan kaya. Kutipan dari pengalaman orang lain dan pendapat orang menjadikan dia takut dengan risiko ini.

Bila bertentangan atau selalu berhubung dengan seorang wanita cantik/menarik baginya, lama-kelamaan dia mewujudkan sendiri rasa benci kepada wanita itu. Bencinya itu tidak dapat dikenalpasti atas punca apa. Benci yang diwujud sendiri kerana philophobia nya. Kemudian dia akan semakin menjauh dari wanita itu. Berbeza pula dengan wanita yang kurang menarik/cantik, dia mudah berhubung dan berinteraksi sosial seperti biasa, dengan tanggapan seperti kenalan/kawan. Tidak mudah untuk jatuh cinta pada wanita seperti ini. Kalau untuk jatuh cinta pun mungkin akan mengambil masa lama, oleh kerana personaliti. Apapun philophobia pastinya akan mengelak untuk jatuh cinta. Phobia ini buatkan dia tidak seperti lelaki lain yang akan tertarik/jatuh cinta wanita cantik/menarik dan cuba untuk memikat. Berbeza baginya. Dia risau untuk jatuh cinta, tak berani untuk komitmen. Maka dia elak wanita yang mampu menarik hati lelaki ini.

Perkara ini kadangkala buatkan dia sentiasa bersendirian bagi mengelakkan potensi jatuh cinta. Ada masa kerisauan itu buatkan dia mengelak untuk memandang wanita di sesuatu tempat. Mengangap mereka wanita tiada disitu. kadangkala kenalan wanita yang berhampirannya pun dia tidak sedar.

Kadang aku terfikir juga. Siapalah wanita yang mampu hilangkan Philophobia dia. Dimana dia berani mengambil risiko, berfikiran positif dan mengatasi kerisauan/ketakutan selama ini. Apapun dalam sesuatu risiko itu tentu ada ganjarannya, sehinggakan orang lain berani untuk mengambil risiko tersebut untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu. Pastikan sesuatu yang dirasa berbaloi dengan risiko yang diambil. Adakalanya dia bergurau tentang minat pada wanita itu dan ini. Padahal dia cuma bergurau, dan tak berani pun ambil risiko. Ada masa tergerak hati untuk berani tapi tak bersungguh. Kerisauan mengatasi.
  
Dia yang aku maksudkan tu ada dalam gambar ini. Aku sangat kenal dengan dia.

Orang itu adalah
Aku sendiri.


2 comments:

  1. weyhhh. aku ni. haha. baru ada kesempatan nak baca blog ekauu.
    btw. jgn gituuu geng. kau takut perempuan tuh akan mainkan perasaan kau?
    sebab pengalaman org lainy yg cerita pasal itu ini? haha.

    ReplyDelete