Sunday, May 27, 2012

How To Be Alone. :)


tak jadi masalah baginya.
kadangkala kita perlu juga hidup dan melakukan sesuatu bersendirian.
itu semua bukan satu masalah besar.


If you are at first lonely, be patient.
If you’ve not been alone much, or if when you were, you weren’t okay with it, then just wait. You’ll find it’s fine to be alone once you’re embracing it.
We can start with the acceptable places, the bathroom, the coffee shop, the library, where you can stall and read the paper, where you can get your caffeine fix and sit and stay there. Where you can browse the stacks and smell the books; you’re not supposed to talk much anyway so it’s safe there.
There is also the gym, if you’re shy, you can hang out with yourself and mirrors, you can put headphones in.
Then there’s public transportation, because we all gotta go places.
And there’s prayer and mediation, no one will think less if your hanging with your breath seeking peace and salvation.
Start simple. Things you may have previously avoided based on your avoid being alone principles.
The lunch counter, where you will be surrounded by “chow downers”, employees who only have an hour and their spouses work across town, and they, like you, will be alone.
Resist the urge to hang out with your cell phone.
When you are comfortable with “eat lunch and run”, take yourself out for dinner; a restaurant with linen and Silverware. You’re no less an intriguing a person when you are eating solo desert and cleaning the whip cream from the dish with your finger. In fact, some people at full tables will wish they were where you were.
Go to the movies. Where it’s dark and soothing, alone in your seat amidst a fleeting community.
And then take yourself out dancing, to a club where no one knows you, stand on the outside of the floor until the lights convince you more and more and the music shows you. Dance like no one’s watching because they’re probably not. And if they are, assume it is with best human intentions. The way bodies move genuinely to beats, is after-all, gorgeous and affecting. Dance until you’re sweating. And beads of perspiration remind you of life’s best things. Down your back, like a book of blessings.

Go to the woods alone, and the trees and squirrels will watch for you. Go to an unfamiliar city, roam the streets, they are always statues to talk to, and benches made for sitting gives strangers a shared existence if only for a minute, and these moments can be so uplifting and the conversation you get in by sitting alone on benches, might of never happened had you not been there by yourself. 
Society is afraid of alone though. Like lonely hearts are wasting away in basements. Like people must have problems if after awhile nobody is dating them.
But lonely is a freedom that breathes easy and weightless, and lonely is healing if you make it.
You can stand swathed by groups and mobs or hands with your partner, look both further and farther in the endless quest for company.
But no one is in your head. And by the time you translate your thoughts an essence of them maybe lost or perhaps it is just kept. Perhaps in the interest of loving oneself, perhaps all those “sappy slogans” from pre-school over to high school groaning, we’re tokens for holding the lonely at bay.
Cause if you’re happy in your head, then solitude is blessed, and alone is okay.
It’s okay if no one believes like you, all experience is unique, no one has the same synapses, can’t think like you, for this be relieved, keeps things interesting, life’s magic things in reach, and it doesn’t mean you aren’t connected, and the community is not present, just take the perspective you get from being one person in one head and feel the effects of it.
Take silence and respect it.
If you have an art that needs a practice, stop neglecting it, if your family doesn’t get you or a religious sect is not meant for you, don’t obsess about it.
You could be in an instant surrounded if you need it.
If your heart is bleeding, make the best of it.
There is heat in freezing, be a testament.SOURCE Copyrights: Tanya Davis

Tuesday, May 15, 2012

Semangat yang hilang

Program Survival Mahasiswa. aku ade hadir dalam program ini yang dianjurkan UiTM. Aku nak kongsi satu video 'Berkorban Apa sahaja'. Penceramah suruh semua yang hadir cuba menghayati sebagai watak gadis dalam video ini. Aku tak berapa menghayati sangat... tetapi ada Part dalam video ini membuatkan aku terasa sebak. yang sebaknya bila ini pernah berlaku pada aku sebagai seorang anak.

Part masa gadis ini datang kepada ibunya yang sedang menyapu sampah diluar rumah. Gadis datang ke arah ibunya dan begitu teruja hendak memberitahu sesuatu kepada ibunya, iaitu keputusan Peperiksaan SPM. bila gadis tu tunjukkan sekeping kertas putih pada ibunya, reaksi ibunya yang pada mulanya tertanya-tanya terus bertukar gembira yg tidak terhingga... tangisan kegembiraan seorang ibu.

Babak ini membuatkan aku terasa. imbasan masa lalu tahun 2009 ketika aku mendapat tahu keputusan SPM. kalau aku nak cerita pasal kisah sekolah menengah aku... aku bukanlah Top Student. Masa PMR dahulu keputusan percubaan aku takde langsung A... tetapi aku anggap itu perkara biasa. sebab sebelum2 ini pun aku memang jarang dapat A. Tiba musim peperiksaan PMR... tiada waktu tidur lagi untuk aku. 3 buah buku sejarah aku baca sampai habis dalam satu malam... begitu juga dengan georafi dan lain2... sekurangnya aku usaha. inilah yang dikatakan 'Study Last Minute' hahaha. aku memang sukee buat camtu.

apa yang aku tak jangka ialah keputusan PMR, aku dapat 6A 2B daripada 8 mata pelajaran yang diambil... bagi aku itu pencapaian yang aku sendiri tak jangka. itulah hasilnya bila aku study last minute. haha memang aku ni jenis pemalas... kalau dari awal masih lagi berlengah-lengah... Tapi apa yang rase terkilan tu sebab... aku tak Apply untuk masuk MRSM. sedih jugak laa...
Pada awalnya aku memang takkan jangka aku akan mendapat sehingga 6A. aku fikir kalau aku apply MRSM mungkin sia-sia... mana mungkin aku akan mendapat 6A dengan keputusan A dalam subjek Sains dan Matematik... tapi akhirnya aku berjaya... memang terasa rugi tak Apply MRSM. :(

Tahun 2009, Peperiksaan SPM... macam biasa aku bukan juga Top Student... cikgu tak pandang sangat pun aku. tapi aku tergolong juga dalam pelajar harapan tergolong dalam 20 orang pelajar. Cikgu selalu fokus pada yang dapat cemerlang masa PMR dahulu macam kawan aku yang dapat 9A... Kelas aku masa sekolah dahulu untuk pengetahuan bukan ramai melayu sahaja tetapi kami berbilang Kaum, Melayu, Cina dan India sama banyak. dalam Kelas aku Top student banyak dari Pelajar India. kemudian barulah Pelajar Melayu. Masa Percubaan SPM aku dapat 1A sahaja daripada 10 mata pelajaran. aku dapat A untuk bahasa melayu.... tetapi bila aku kira kertas Jawapan Bahasa Melayu sebenarnya markah aku bukan A- tapi B+... mungkin cikgu saja nak bagi A untuk aku. jadi aku buat bodo je laa... sekurang-kurangnya aku ada A. hehe

Masa peperiksaan SPM yang sebenar... aku memang cuba sebaik mungkin. Baca buku sampai Habis. Malam pun aku study. Buku sejarah memang aku Baca buku teks sampai habis dalam satu malam. Subjek lain2 pun sama... aku cuba nak buat macam PMR aku dulu...
keputusan SPM keluar dan... aku berjaya dapat 7A3B... sekali lagi aku buat kejutan. daripada tiada A langsung masa percubaan dan Alhamdulillah keputusan sebenar aku masa SPM tidak seperti keputusan Percubaan... aku bukan Student Top... ye aku tahu... tiba-tiba nama aku naik dalam sekolah... sebabnya? Pelajar melayu Hanya aku seorang sahaja yang berjaya dapat 7A. lain2... kebanyakan 5A sahaja. pelajar melayu yang dapat 5A itu kebanyakannya adalah dari Straight A masa PMR, mereka adalah Fokus cikgu sekolah untuk dapat Skor tinggi dalam SPM. Bukan macam aku, PMR aku biasa2 je tak macam diorang, mgkin cikgu pun tak ambil perhatian sangat pasal Akademik aku. Tapi aku memang bersyukur. tetapi aku agak kecewa... subjek yang aku sasar untuk mendapat A tidak pulak tercapai... antaranya subjek Biologi.. bagi aku Soalan Biologi ketika itu cukup Senang... tetapi Careless mistake  aku jawab dalam Paper 3. aku redha.. mgkin sebab tu, aku hanya layak dapat B dalam Biologi.

Kejutan tu... Subhanallah... betapa gembiranya ibu-bapa aku masa tu... satu kepuasan bila dapat tengok Parent sendiri gembira dengan apa yang aku usahakan. Bila tengok Video masa Program tu.. aku terbayang-bayang saat mak aku dapat tahu keputusan SPM aku.... yupp percubaan aku takde A pun... Aku bukan student yang menjadi sasara berlambak A. aku student biasa... Junior pun tak tahu pasal aku sangat. tapi bila aku dah habis sekolah... baru lah mereka tahu nama aku. menjadi sebutan2 ramai pula dalam sekolah. From Zero to Hero.

Aku terfikir kembali... apa yang buat masa Degree ni? tak mahukan sejarah lama berulang? kenapa aku macam putus semangat belajar kat uitm Dungun ni? mana semangat aku yang dahulu? Jawab exam masa kat degree pun aku rase macam tak penting... padahal sebenarnya Penting! Aku nak juga sejarah lama itu kembali... semangat aku yang dahulu... Aku nak tengok wajah kegembiraan ibu-bapa aku sekali lagi...
tolonglah... tolonglah... berikanlah aku semangat belajar di uitm Dungun... pupuklah minat untuk aku belajar perkara yang aku Benci... semangat yang hilang... kembalilah... :(



Sunday, May 13, 2012

Majlis di waktu malam yang telah aku hadiri.

Ada satu majlis telah aku hadiri pada hari sabtu. ini pandangan aku sebagai ahli kepada komuniti persatuan tersebut. pandangan bebas dari aku sendiri sebagai pemerhati.
perjalanan majlis tersebut pada pandangan aku tidak berjalan lancar dan agak tidak terurus. terutama dari segi perancangan jadual. seperti yang dimaklumkan ahli-ahli majlis akan berkumpul di pantai pada pukul 4.00pm. pada waktu tersbut ahli dikehendaki berkumpul dan dibahagikan kepada kumpulan bertujuan untuk sukaneka yang akan diadakan pada waktu 5.00pm berikutnya. ya, aku tahu ragam2 ahli ini kadang2 ada yang tidak menepati waktu. itu perkara biasa. oleh kerana itu mereka dikehendaki berkumpul awal pada pukul 4.00. pada jangkaan ahli akan tiba pada pukul 4.30pm. tetapi sangkaan meleset kerana kebanyakan ahli berkumpul pada pukul 5.00pm-5.15pm. antara faktornya mungkin kerana mengambil masa untuk solat asar pada 4.27pm di rumah. sehinggalah pukul 5.15pm ahli masih lagi tidak dibahagikan kepada kumpulan.
pada pendapat bebas saya, ahli tiba pada pukul 5.15pm mungkin kerana menjangkakan tidak ada surau(tempat solat) berdekatan kawasan tersebut.
perancangan penjadualan aktivti sangat penting untuk meyakinkan ahli-ahli mengapa mereka perlu hadir pada waktu sekian dan apa akan dilakukan pada waktu itu.

pada pukul 5.30pm semua ahli sudah berkumpul dan arahan diberikan kepada semua ahli supaya beratur dalam satu baris bertujuan untuk membahagikan mereka kepada 5 kumpulan. antara kelemahan yang ada disitu adalah kominiti yang menguruskan majlis tidak tahu berapa orang ahli yang hadir dan siapa yang patut turut serta dalam aktiviti sukanekan/permainan kerana tiada kedatangan yang diambil. dengan jumlah ahli yang sedikit pasti tiada masalah untuk mengambil kedatangan kesemuanya. untuk menguruskan kesemua ahli mungkin akan mengambil masa seperti pembahagian kumpulan. pada awalnya tiada perancangan bagaimana mereka ingin menguruskan pembahagian ahli, jadi pada waktu tersebut agak tidak terurus. arahan dari ketua sangat penting dan perancangan dari ketua sebelum bermulanya majlis juga penting supaya semua ahli komuniti majlis lebih jelas apa tugasan mereka pada waktu2 tertentu.

Dari segi jemputan para penyarah sangat mengecewakan. ada pensyarah yang dijemput tetapi jumlah sebenar pensyarah yang dapat hadir tidak dapat dipastikan. lebih sesuai jika pensyarah dimaklumkan supaya memberi maklum balas samada mereka dapat hadir atau tidak pada majlis tersebut. dengan itu jumlah sebenar pensyarah dapat diketahui. dengan itu jika ada sebarang perubahan dapat dilakukan segera.
dari apa yang saya lihat pensyarah dimaklumkan untuk hadir sukaneka dan mereka akan turut serta bersama pelajar. tetapi tidak dipastikan samada pensyarah tersebut sudah dimaklumkan bahawa mereka turut serta dalam sukaneka atau tidak. semua ahli2 tertanya siapa pensyarah yang akan hadir. sebagai komuniti pengurusan majlis mereka patut tahu apa tindakan mereka sekiranya pensyarah hadir pada waktu sukaneka. Arahan dari ketua sangat penting kerana semua perancangan majlis perlu diketahui ketua.
saya ada terdengar seorang ahli memberitu ahli lain bahawa ada kelibat pesyarah sudah hadir. tetapi kehadiran pensyarah tersebut tidak disambut oleh ketua mahupun komuniti jawatankuasa majlis. pensyarah tiba ketika ketua dan biro berkenaan sibuk membahagikan kumpulan sukaneka jadi pensyarah yang hadir umpama tidak diendahkan dan beberapa minit kemudian mereka pulang. apa yang ingin saya tekankan disini perancangan yang teratur sangat perlu oleh ketua majlis. komuniti ahli jawatankuasa majlis perlu menjemput pensyarah yang hadir dan memaklumkan apa yang perlu pensyarah itu lakukan sebaik sahaja mereka tiba.

perancangan asal aktivti sukaneka akan disertai oleh pensyarah dan ahli-ahli. mungkin kerana jumlah pensyarah yang hadir tidak dapat dipastikan dan kemudian mendapat tahu bahawa pensyarah yang hadir tidak ramai. pemerhatian saya, pensyarah yang hadir tidak memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti sukaneka jadi saya tidak tahu samada pensyarah sudah dimaklumkan perjalanan majlis atau tidak. nampak pensyarah itu memberi kek dan diletakkan pada sudut makanan. tidak pasti ketua majlis tahu akan kedatangan pensyarah tersebut. tetapi yang pasti ketua tidak tahu bagaimana ingin meguruskan segala kebarangkalian yang akan berlaku jika rancangan asal tidak berjalan baik.

jika kedatangan pensyarah dapat diketahui sebelum majlis bermula perancangan mungkin dapat diubah.
kelemahan yang paling ketara adalah perancangan jadual. memang tidak dapat dielakkan jika ahli tiba lewat. tetapi cara membahagikan kumpulan pada 5.30pm sudah mengambil masa lama kerana tiada perancangan awal untuk membahagikan kumpulan dan itu dilakukan secara spontan dan perbincangan antara komuniti Ajk majlis berlaku pada saat itu juga.

pada keesokannya seorang pensyarah datang bertanya pada saya "ramai tak lecturer yang datang semalam."
saya balas "tidak tahu" kerana malu ingin khabarkan kelemahan atucara majlis untuk lecturer pada waktu itu.
aktiviti sukaneka agak singkat kerana dilakukan pada waktu petang. tetapi ada baiknya juga perancangan ditukar supaya tidak berlaku kecelaruan iaitu menjemput pensyarah hadir pada malamnya untuk aktiviti BBQ. matlamat utama kehadiran pensyarah ini adalah untuk beramah mesra antara ahli dan pensyarah...
mungkin kelemahan ini dapat diperbaiki untuk masa2 akan datang

Perempuan itu cantik

Ada suatu hari masa aku gi makan di Kafe Kapas bersama dengan geng Sekretariat aku.
kitorang dah habis makan dan saje lepak2 kat situ lagi. Mase tu ada Tiq dan Awie diorang pergi bayar makan. aku seorang ada kat meja makan masa tu...
aku ternampak seorang perempuan dengan kawan2 dia makan di satu sudut. aku perhatikan dia dan aku tersenyum... bila Tiq dan Awie datang balik ke meja makan... aku cakap kat Tiq " Perempuan tu cantik" sambil memandang perempuan tu.
aku cuma nak tengok apa respon diorang macam mana bila aku cakap macam tu...
Tiq balas "Habis laa..Asher dah jadi kaki usha pmpn macam Apeng dahhh. haha".
sebenarnya aku bukan nak jawapan macam tu.

perempuan yang aku kata Cantik tu sebenarnya Saiz dia XXL. sebab apa aku kata dia cantik?
kebiasaan orang dia tak pandang pun orang yang bersaiz XXL. aku cakap dia cantik sebab... ya, semua pmpn dilahirkan dengan kecantikan masing-masing. disebabkan saiz fizikal dia yang agak besar mungkin dia tidak mendapat perhatian orang ramai...

Aku cuba yakinkan pada Tiq "perempuan itu cantik".... dan kemudian aku tersenyum sambil berkata "kalau dia kurus mesti orang kata dia Cantik kan. kadang2 manusia ni kejam."

Aku kata semua ini berdasarkan pengalaman sendiri... dahulu aku gemuk. betul. saiz XXL mesti orang tak pandang. segala tanggapan negatif akan orang lain fikir. dia gemuk jadi dia kuat makan, bila dia kuat makan mesti dia ini pemalas.

Yang berbadan besar berbaju putih itu adalah aku. 3 tahun yang lepas. aku pernah rasa apa perasaannya jadi insan yang bersaiz XXL. tiada daya tarikan fizikal dan rupa paras. Dengan tubuh badan macam ni aku cepat letih... baru berlari beberapa meter aku sudah tercungap-cungap. Nak cari saiz baju pun susah... orang lain boleh bergaya dengan macam2 baju. aku... baju biasa sahaja. dan baju itu sahaja yang akan jadi kegemaran. aku akan cari baju yang longgar, taknak orang nampak badan aku yang gempal.

kadang2 aku ada berasa merendah diri dengan keadaan fizikal aku. ya, aku gemuk. aku tak marah orang kata aku begitu. tetapi memang aku gemuk. biarlah... orang pandang rupa paras dan fizikal dahulu sebelum mengenali seseorang dengan lebih mendalam.
sampai masa aku kata.. "dah lama aku gemuk, aku nak merasa bagaimana jadi orang yang sihat dan kurus".
kemudian aku cuba kurangkan berat badan... dengan penuh disiplin... aku seronok berat aku semakin berkurang. semakin bersemangat nak kurangkan berat. dari 90kg... sehinggalah 67kg... sampai tahap aku cuba kurangkan lagi 67kg tu kepada 65kg... tapi tak dapat. mungkin itulah tahap minimum aku boleh capai walaupun dengan senaman yang banyak.


Ini gambar aku sebelum masuk asasi... berat masa ni mungkin dalam 70kg. dah naik sikit.

Aku dapat rasa berubahan pada diri aku, berubahan dari segi bagaimana pandangan orang terhadap diri aku... dengan tinggi 176cm dan berat 70kg.
orang kata aku tinggi. sejak itu aku menjadi perhatian orang... dahulunya tidaklah seperti ini.


Pandangan orang ramai terhadap aku sudah berbeza dahulunya aku XXL sekarang lain.
aku tak salahkan tanggapan manusia yang berbeza itu kepada individu berlainan. tetapi memang itulah lumrah kehidupan... tak kira lah jika aku gemuk atau kurus. tampan atau comot. Aku tetap diri aku.
jika aku jadi gemuk kembali... aku sudah tak kisah. aku tetap sama....pandangan kali pertama orang ramai pada seseorang individu boleh cetuskan pelbagai tanggapan. itu hanya tanggapan, tetapi orang itu tidak akan mengenali seseorang itu tanpa mendekati dan berbual untuk memahami dia. Tak kira jika seuatu hari aku jadi gemuk kembali. aku tetap aku.

aku yang berada di tengah gambar
aku sudah merasai bagaimana jadi Individu yang berbeza. aku anggap diri aku 3tahun lepas dan sekarang ini dua individu yang berbeza kerana tanggapan orang ramai juga berbeza terhadap aku. sungguh berbeza.

jadi aku memahami bagaimana perasaannya. jadi aku tetap mahu katakan "perempuan itu cantik".


~al-kisah~






Malu kerana Tewas Permainan emosi

Aku cuba membenci orang yang aku suka supaya aku tak cemburu lagi.
yang lebih teruknya jika aku cemburu tanpa dikesannya dan suka tanpa diketahuinya juga.
Kawan aku kata "itu adalah lumrah lelaki sukakan pada perempuan"
ya betul, aku memang dilahirkan begitu. dan aku akui lumrah aku memang begitu.
Aku bukan lelaki yang mudah untuk menyukai perempuan sebarangan. harap aku jumpa gadis yang matang. aku halang perasaan suka itu kerana batasan agama dan adat. harap aku dapat kawalnya.

Selama ini aku cuba jauhi seseorang perempuan yang aku suka supaya tidak lahir perasaan mahukannya.
tetapi entah kenapa aku tewas dalam beberapa bulan ini. aku malu dengan diri aku sendiri. Malu
aku anggap perjalanan aku masih jauh. harap aku akan semakin matang.
Jika sudah sampai masanya, harap aku ada cukup kuat mengawal emosi aku.

Aku selalu kata "Aku taknak Syok Sendiri". mungkin istilah ini aku seorang sahaja yang faham dlm situasi aku.
dan aku juga selalu kata "Ini permainan emosi" dalam permainan ada Kalah dan Menang.

3 tahun lagi bila aku baca entry ini. harap aku kata 'bodoh' pada diri aku sendiri.


Saturday, May 5, 2012

Bulan, malam ini indah. Aku gambarkan wajahnya di angkasa. Bulan aku mahu bicara sama kamu, Biar terang malam ini untuk aku.


5 Mei 2012, UiTM Dungun...
Disini aku bertemu ramai orang baru. pengalaman baru yang akan mencorak masa akan datang.

Tuesday, May 1, 2012

Dahulu Sekolahnya


Setelah setahun meninggalkan SMKPB
16 Mei 2011 iaitu pada hari Guru, aku bersama geng Kelas datang ke sekolah. 5 tahun aku belajar di sekolah ini banyak kenangannya. 
dulu memakai baju putih, seluar hijau, tie biru. setiap hari pukul 7.50am kena ada dalam kawasan sekolah.tiada lencana, tiada tanda nama semua kena denda. sekolah mementingkan disiplin dan pelajar juga perlu berdisiplin.
tapi selepas tamat persekolahan peraturan begitu dipandang remeh. walaupun ada peraturan hampir sama di sesetengah Kolej dan Universiti.