Monday, January 10, 2011

Perbezaan budaya ala-ala arabian dan aku

ini malaysia, budayanya lain... 
walaupun dikatakan oleh mereka-mereka sebagai negara islam.
orangnya belum tentu mengamalkan budaya islam sepenuhnya.

aku selalu chating dengan seorang perempuan arab dalam facebook. dia ni orang kuwait.
mula-mula, dia yang add aku sebagai friend.dia ni kacukan iran-kuwait dan pegangan syiah.
kalau aku online facebook time malam mesti dia yang mulakan chating dulu.
sebenarnya seronok juga dapat kenal orang yang budayanya diluar kepompong budaya kita sendiri.
dorang ada budaya sendiri. macam biasalah sudah tentu kebudayaan orang arab.

apa yang aku tahu mengenai cara berpakaian dorang.
bagi perempuan, sama macam perempuan melayu malaysia berpakaian.
tapi kalau lelaki aku tak pasti. 
selalu aku tengok orang arab pakai serban dan jubah putih bila keluar rumah.
tapi sebenarnya, tu cuma pakaian formal. bukan setiap masa keluar pakai jubah dan serban.
bagi lelaki arab yang berpakaian jubah dan serban setiap kali keluar sebenarnya kalau lelaki tu  betul-betul dari golongan keluarga yang kaya.

dorang mengamalkan 'arranged marriage', pasangannya mula berkenalan melalui keluarga kedua-dua belah pihak. 
kaum lelaki arab tak boleh keluar berdua-dua dengan perempuan arab.
tapi dia ni cerita kat aku selalu keluar dengan kawan dia 2 orang lelaki filipina.
tak jadi halangan jika keluar dengan lelaki yang bukan orang arab. 
jika dia keluar dengan lelaki arab, orang ramai akan memandang serong ataupun dikatakan boleh berlaku fitnah kepada mereka. 
dia tak boleh letak gambar kawan perempuan dia dalam facebook. sebabnya, orang akan menyalahkan dia atau memandang keji terhadapnya. di kuwait, disebabkan negara tu kecil dan tak padat dengan penduduk, selalunya korang akan jumpa orang yang sama lebih dari sekali.

cara mereka memilih pasangan lain dari kita, orang malaysia yang selalunya kena kenal dulu kemudian dah berapa bulan berkenalan baru berjumpa dengan ibu bapa. atau senang ditafsirkan mengunakan istilah 'couple'. kaum lelaki malaysia kena pandai cari pasangan. kemudian bila lama kenal, dah suka sama suka terus lepas tu declare sebagai 'couple'.mulalah apa yang dikatakan bercinta. -_____-"

kebiasaan di kuwait. bila ada sesuatu majlis perkahwinan atau makan-makan besar. inilah tempat bagi kaum lelaki bujang untuk mencari calon-calon isteri. kemudian bila si lelaki ni rasa tertarik dengan si gadis tersebut dan sudah berbincang dengan keluarga. lelaki tu dan sekeluarga akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk memberitahu hajat bahawa lelaki tersebut meminati anak perempuan mereka. begitu juga keluarga pihak lelaki mahukan si gadis menjadi isteri anak lelaki mereka.

bila dah bersetuju. mereka tidak terus melangsungkan perkahwinan, tetapi diberi masa sebulan untuk berkenal-kenalan. boleh dikatakan perkenalan mereka ini direstui oleh ibu-bapa mereka. 
kalau mereka sudah suka antara satu sama lain. perkahwinan akan dilansungkan.

aku ada cerita, perkahwinan macam tu jarang berlaku di malaysia. selalunya kami(mlysia) mencari pasangan semasa di peringkat di kolej atau di university. dan aku ni dah memang peringkat university. dia cakap... 
"kalau begitu awak mesti cari pasangan awak di tempat belajar awak".
cakap memang senang...~
di malaysia kalau ada situasi macam di kuwait mesti  ramai orang malaysia yang tak membujang sampai tua.
lelaki kena bersaing nak 'tackle' perempuan yang dorang suka. lepas tu, bila dah berkenalan mesti tunggu masa 2-3 tahun untuk tunggu habis belajar atau kumpul duit barulah kahwin. bila dah lama sangat dalam hubungan mulalah orang cakap perkara yang bukan2. 
yeah, berbeza lah..
itulah perbezaan antara dia dan aku.. ^___^


sebenarnye ade banyak lagi cerita yang dia kongsikan~

al~kisah



No comments:

Post a Comment