Lepas result Sem1 Asasi 2010/2011 keluar. ramai gak yang dapat result elok dan ade gak dapat result teruk.
walaupun dulunye dorang tu kire pelajar SPM terbaik, tapi tak bleh nak survive dalam asasi.
cara belajar asasi dengan sekolah menengah sangat lain.
lecturer takkan tanye korang "kenape awak tak siapkan latihan tutorial?"
tapi kalo tak buat tutorial, lecturer mungkin macam malas nak ajar sket.
sebab dalam kelas tutorial lecturer selalunye bincang soalan tutorial.
kalau semua dah tak buat latihan tutorial macam mana nak bincang???
Antara sebab dapat result Teruk:
1. tak menggunakan masa hujung minggu ulangkaji subjek. dan kebanyakannye keluar outing.
pantang je dengar weekend, mesti planning awal2 nak keluar jalan2 mane nanti.
2. tak ambik perhatian dalam lecture hall. baru dengar lecture 30 minit dah mula mengantuk, lepas tu terus tido. dengan harapan nanti boleh catch-up balik subjek yang dah lecturer ajar.
3. ponteng lecture atau kelas tutorial. ponteng Lab tu jarang, sebab selalunye kene ganti balik kelas Lab kalau tak hadir. dalam hal ni ade yang rajin datang lecture tapi ade sesetengah masuk lecture 30 minit, sign kedatangan, lepas tu curi-curi keluar balik bilik.
4. yang paling ketara setiap malam, Facebook. sebenarnye facebook ni ade bagusnye. tapi ade sesetengah tu macam addicted nak online facebook sampai ketepikan masa belajar. kadang-kadang tu online sampai pagi. bangun esok pagi, dah mengantuk dalam kelas. ape yang lecturer ajar semua tak masuk otak. facebook ni kire penting gak, lecturer selalu buat pengumuman dalam facebook. Group asasi pon ade buat pengumuman. so... kene sentiasa alert dengan semua yang dipost dalam facebook.
5. malam-malam lepak dekat Cafe. makan sekejap je, tapi melepak tu yang lame.. selalunye lepak di Rafflesia sebab kat situ lelaki dengan perempuan ade makan sekali. kalau tempat makan Angasana, lelaki lagi ramai. kalau ade perempuan makan kat angasana, tuu selalunye bukan student asasi.
6. study kat Cafe Makan.. tu aku tak pasti... boleh ke korang study di tempat yang sepatutnye tempat orang ramai makan. macam biase, rafflesia lah tempat yang dimaksudkan. orang-ramai kat rafflesia makan, korang lak study. lepas tu dengan bunyi bising lagi. kalau dikatakan study group, tuu memang bagus.! Tapi bolehkah? bolehkah tumpukan cuma ke arah buku sahaja. mesti mata meliar dok usha orang ramai lalu-lalang. kalau nak buat group discussion assigment atau Lab report memang rafflesia la tempat yang sesuai sebab sesetengah group ade lelaki dan perempuan. jadi nak kumpul lebih baik di rafflesia.
7. bagi yang rase macam tak boleh nak catch-up. lebih baik korang buat study group. jangan bodoh sombong. buruk padahnye. ketepikan segan silu. jangan malu nak bertanya. malu biarlah bertempat. korang takkan dapat situasi macam sekolah menengah, cikgu akan ajar korang sampailah korang paham. situasi di asasi aku sekarang kalau tak faham lebih baik bertanya terus ke lecturer. bila tak tahu, tapi buat-buat macam tahu. tuu lah akibatnye nanti result dapat teruk.
8. kurang latihan. yup..! dalam asasi ni memang kurang latihan. so, korang kene cari inisiatf sendiri untuk menyibukkan diri dengan latihan. ape yang korang belajar, sepatutnye kene kukuhkan dengan latihan dan revision balik. kalau korang belajar dalam lecture hall lepas tu bace sket buku, then terus masuk ambik Test. tu belum tentu lagi boleh dapat result bagus. kecualilah korang ni memang dilahirkan pandai dari kecik.
so... siapkan semua latihan tutorial yang lecturer bagi..!
9. jangan laa layan sangat Korea, japan, taiwan, hollywood... kalo crita drama kompem crita dye panjang nak mampus baru habis.. xkan lah korang nak habiskan jugak satu hari. so, pandai-pandailah bahagi mase. jangan sampai esok pagi korang pegi lecture hall mata lebam, mengantuk.. alasan "sebab aku tengok movie sampai pukul 4 pagi".
10. jangan study last minute. korang mungkin takkan sempat study semua subjek. lepas habis lecture seelok-eloknye korang bace balik ape yang lecturer dah ajar. study last minute mase asasi atau matrikulasi sangat tak digalakkan. walaupun mase SPM aku study last minute. tapi jangan buat masa dalam asasi. Bahaya.!
Asasi, matrikulasi korang cuma ade mase singkat 1tahun je. so, berusaha la betul-betul. jangan menyesal kemudian hari. jangan kecewa harapan ibu-bapa yang nak tengok korang berjaya.
korang sangat beruntung dapat masuk asasi, matrikulasi. jalan pintas untuk ambik degree.
jangan sia-siakan peluang ni.
ni semua perkara biasa yang dah pernah jadi. tapi nasib baik laa Puncak Alam ni jauh sket dari Shah alam. kalo tidak memang tak duduk diam student asasi. sebab Puncak alam la jugak, ramai yang gian nak keluar mase weekend sebab dah tak tahan 7 hari tinggal kat atas puncak bukit nieh.
Al~kisah
macam terkene batang hidung sendiri je...
ReplyDeletethnx for da good info, sangat baik untuk buat penilaian terhadap diri sendiri.
best giler lgu dlm video tuh..
ReplyDeletevery well!
ReplyDeletex bole nk dielakkan la kalo ngantok time lecture =="
ReplyDeleteThanks...ada keinsafan skit baca ni..hihihi
ReplyDelete