Metro ahad; 12 disember.
aku rase ramai lelaki Malaysia akan beli surat khabar Metro Ahad 12 disember.
ape yang menariknya: "isteri maghribi Rm14,000".
"mereka memiliki pakej lengkap sebagai seorang isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah Rm14,00"
"segelintir jejaka malaysia beragama islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita maghribi yang dikatakan memiliki kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti indonesia, thailand, dan filipina".
ceritanya bermula bila seorang lelaki ini mengahwini gadis maghribi 4tahun lalu. dia ada meletakkan tawaran e-book mengenai bagaimana untuk melancong ke maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum. dia ade beritahu bahawa dia mempunyai isteri warganegara maghribi. jadi....
ramai yang agak berminat nak tahu macam mana dia boleh menemui jodoh dengan gadis maghribi. dan dia ada menceritakan mengenai keistimewaan gadia maghribi. nak dipendekkan cerita, antara kelebihan gadis maghribi:
1.cantik
2.kulit gebu.
3.subur
4.belum 'tercemar'?!
5. taat.
6.pembersih.
7.pandai menjaga makan.
8.bukan jenis pengikis
9.tidak perlu 'dating'
10.Murah?!
yang dimaksudkan dengan belum 'tercemar' ialah
"mereka tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya barat. tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar 'berdating' kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka".
"tak perlu 'dating' kerana jika ibu bapa bersetuju, mereka akur"
"golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk 'menghangatkan' suasana" ... ... hmmm... no komen....
gadis maghribi ni guna bahasa arab. jadi pada permulaan perkahwinan ade la masalah komunikasi. ambil masa berbulan untuk lancar bahasa inggeris dan melayu.
aku rase yang menariknya kos perkahwinan, sebab mata wang malaysia lebih besar dari mata wang maghribi. jadi takde jadi masalah, hanya kos Rm14,200. sekali dengan tambang pergi dan balik, majlis kahwin dan berbulan madu.
hmmm.... kata beliau " saya akan bantu memperkenalkan calon sesuai dijadikan isteri dikalangan adik-beradik, saudara mara atau rakan isteri saya. selepas itu bolehlah bertukar-tukar gambar. kemudian boleh 'chat' menerusi webcam dan terus bersedia datang dalam masa 40 hari. jika nak datang terus juga, tetapi seelok-eloknya buat pilihan terbaik dan kenal dulu pasangan serta keluarganya"
passport dan kebenaran berkahwin pon dia akan bantu.. jadi, nak kahwin dengan gadis maghribi ni bergantung kepada keluarga gadis tuu. ibu bapa diorang akan menilai jugak sape bakal menantu anak dorang dari segi perwatakan, kesungguhan,kejujuran, dan kemampuan kita.
konklusi nya... memang kalau kahwin dengan gadis maghribi ni lagi jimat kos jika dibandingkan dengan gadis tempatan. kos kahwin dengan gadis tempatan mungkin boleh mencecah Rm20,000.
"Trend memilih jodoh dari kalangan gadis maghribi bakal menimbulkan ancaman kepada Gadis tempatan kini yang semakin sukar bertemu jodoh"- pakar motivasi dan kaunseling, Hushim salleh.
bagi aku laa.. lebih baik cari wanita tempatan. memang diakui kos kahwin semakin meningkat dan agak membebankan untuk lelaki lepas kahwin nanti. realitinya, hari ini semakin ramai wanita negara ini yang semakin lanjut usia belum lagi kahwin gara-gara sukar mendapat pilihan lelaki yang serasi dan bersesuaian dengan dorang.
Kawan-kawan aku pon agak 'excited' tengok berita ni dalam akhbar metro. haha...
perbezaan budaya antara maghribi dan malaysia mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan dalam rumah tangga. kalau baru kahwin dalam 6 bulan, memang tak nampak sangat. tapi bayangkan untuk tempoh masa lebih lama lagi.
bagi Gadis tempatan, kalau terlalu memilih.. nanti susah pulak lelaki tempatan nak mencari pasangan. haha...
di universiti pun bilangan lelaki lagi sikit dari perempuan. lelaki yang belajar kat Universiti ni, kire limited lah.
kalau tak mulakan di peringkat U. sebab nanti sampai ke tua lah tak kahwin... orang sekarang cenderung nak kahwin awal. bukan sebab dah Gatal nak kahwin. cuma memikirkan keadaan keluarga pada masa akan datang.disebabkan kahwin lambat, nanti bila umur dah lanjut dan dah bersara anak-anak pulak baru nak masuk Universiti. hmmm..
sebenarnya kahwin awal ada banyak jugak impak positif. selalunya lepas dah habis belajar, dah kerja. seeloknya kahwin lah jangan tunggu umur dah meningkat tua baru nak kawin.
"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." - Riwayat Bukhari