Saturday, June 14, 2014

Just Be Yourself

Aku rasa... mungkin masih jenis pemalu dengan perempuan. Aku ingatkan aku dah tak kisah pasal benda2 tak cool macam ni. Teringat masa kat kolej. Meja makan penuh. Kafe kitorang memang problem, Meja letak sikit je disebabkan kafe pun tak besar. Ada satu meja ni cuma ada sorang perempuan je yang duduk, mungkin tunggu kawan dia beli makan lah agaknya. Budak ni satu batch, kenal2 setakat pernah nampak muka je lah, tapi tak pernah tegur pun... itu la first time aku tegur dia, cuma tanya meja ada orang ke tak. haha. Kolej aku student takde la banyak sangat, tambahan kalau sama semester 1 memang senang lah nak kenal.

Lepas dia kata meja takde orang, aku pun duduk la makan. Aku ajak member roomate aku yang baru lepas bayar makan duduk sekali. kemudian baru aku sedar... Aku makan memang betul2 mengadap dia. meja pulak takde lah besar mana, jadi jarak aku dengan dia tak jauh sangat. Entah macam mana jadi kekok, nervous. Patutnya boleh la aku tanya2 dia, untuk kenal ke... tanya orang mana... Tapi aku jadi terus senyap sepi... *krik krik krik~*. tunduk tengok makanan dalam pinggan. fokus makan lah bajet nya. Padahal aku risau nak pandang mana2 kot lah tetiba mata bertentang dengan dia... muka dia macam pandang ke arah aku, tapi mata mungkin tengok lain. Potensi bertentang mata tu memang tinggi. Aku jadi risau... Aku nak makan pun jadi tak selera. Lepas dia blah baru lah rasa lega, aman, damai... Lega?! macam lah teruk sangat... haha
Situasi macam ni kadang2 je. Ada masa aku buat tak kisah sape yang ade kat sekeliling. Buat umpama perempuan tu invisible macam mata aku ni tak boleh nak detect. Sampai kadang tu aku tak tahu sape ada dekat dengan aku.

Setakat ni... aku pernah dalam situasi macam ni sejak masa Asasi dulu. Aku akan jadi senyap, bila dengan perempuan yang aku tak kenal. Aku tak tahu lah tengah segan ke apa... tapi memang macam tu. Better ada makanan kat meja sekurangnya ada alasan aku tak bercakap.

Dah umur macam ni... patut cuba la approach. kot boleh berkenal-kenal ke, sekurangnya kau boleh tahu ada macam2 jenis perempuan dalam Malaysia ni. Aku ni pulak macam tak kisah pulak pasal tu. Sampai bila? kemon lah. Kau nak kahwin lambat ke haa? haha

Baru-baru ni(mohon kakak aku tak cerita kat mak ye)... sepupu aku suggest seorang member dia kat mak aku. Sebab kawan dia cari lelaki yang pemalu. Sebelum ni, member dia tu suggest kat sepupu lelaki aku yang lain, tapi macam tak menjadi. Aku dengar je la tak cakap apa... serius ke main2? Tapi tengok gaya mak aku macam agak serius jugak. Bergantung pada aku jugak lah kan. Aku tak banyak respon tentang apa diorang bualkan. Kenapa orang macam tak percaya kalau aku cakap aku tak pernah ada kawan special(girlfriend). Memang tak pernah ada... rasanya normal lah kot. kan? Aku cuma mencari masa sesuai dimana aku rasa dah cukup sedia dan matang.
Memandangkan umur sekarang ni, aku patut fikir perkara untuk 2-3 tahun akan datang dah.




Just be Yourself

"You might as well just be who you are then if someone likes you, you don't have to pretend anything. This is just reminding you to be yourself at all times. The minute you start pretending is the minute you loose everything you stood for in life." - Ibelmopan2


Rumah KEDA

Pada waktu petang aku selalu jugak jalan-jalan naik motosikal.
Minyak motosikal yang tak sampai 1 liter dalam tangki, saje aku nak habiskan.
Hari jumaat Parit Buntar agak sesak terutama berdekatan Pekan Lama sebab ada pasar malam Jadi kena memandu dengan berhemah di kawasan ni.

Aku cuma lalu shj di kawasan Pekan Lama. Aku sekarang ni agak kurang suka ke Pasar Malam jumaat sebab perkara sama je setiap minggu lagipun aku tak suka tempat yang sesak dengan manusia. Jadi aku terus merentasi Jambatan Parit Buntar - Bandar Baharu. Laluan seperti biasa aku lalu setiap hari makan angin. Berdekatan Pusingan bulatan Bandar Baharu aku ternampak seorang pakcik melambai-lambai menahan kenderaan yang lalu... disebabkan aku baru je membelok keluar roundabout jadi tak sempat berhenti, lagipun aku bawa agak laju.

Sambil-sambil tu aku usha side mirror tengok pakcik tu... dia masih lagi menahan kenderaan. Aku pusing balik dan pergi ke Pakcik tu. Ok, aku tak berapa faham pakcik tu cakap apa, dia cakap loghat utara tetapi mungkin sebab dia tak ada gigi, jadi sebutan dia kurang jelas... aku mengagak dia nak tumbang kenderaan. dia terus duduk di belakang aku, sambil berpaut baju jaket aku... Aku cuba bertanya dengan pakcik tu, tapi macam diendahkan sambil dia cakap benda apa pun aku taktau.. Lagipun pakcik tu nampak uzur, mungkin pendengaran dia pun dah agak kurang... jadi aku hentikan bertanya dengan dia lagi.

Sambil aku bawa motosikal, tangan dia beri isyarat merata-rata.. ok, aku faham, dia nak tunjuk arah rumah dia. lagipun kalau dia cakap, mungkin aku tak faham... jadi lebih baik dia menghayun tangan dia merata-rata tunjuk arah, motosikal aku pun sekali dihayun ke kiri-kanan. bahaya betul...

Rumah dia agak jauh jugak bagi aku... dalam 500 meter. Bagi orang tua macam dia dengan keadaan fizikal yang uzur, jarak tu agak meletihkan... Mungkin tadi dia ke pasar malam atau mana2, sekarang nak balik ke rumah. dia berjalan pun tidaklah secergas mana. Nak sampai ke rumah jalan kaki memang lambat lah.

"Rumah felda, Ni rumah felda.... kampung felda"

Aku tak jelas dia cakap apa... aku dengar macam sebut "Rumah felda", "Rumah Keda", "Kampung Keda"... Perkataan "Keda" aku pernah dengar, lokasinya sekitar-sekitar bandar baharu. tapi aku tak pasti lokasi tepatnya. Aku 1st time lalu kawasan ni... Orang tua tu nampak macam dikenali kawasan tu... ada orang muda bermotosikal memberi isyarat pada dia.

Lepas dah sampai ke rumah dia... Aku still lagi tak berapa jelas dia cakap apa dengan aku. Aku pun merapu la sebut aku tinggal kat mane.... aishh... aku undurkan motosikal dan bersalam dengan dia. aku nak jugak berbual dengan dia tapi aku tak faham sangat dia sebut apa. Kalau setakat nak tumpang atau tolong2 aku tak kisah... kadang ada la jugak curiga dengan orang tak dikenali, biasalah. sekarang ni selalu dengar kes Pukau. aku risau jugak... Tapi Pakcik tu memang orang yang memerlukan pertolongan. memang tak ada curiga sangat, lagipun aku takde buat apa2 masa tu.. sekadar makan angin.

Dulu masa kat kampus Shah Alam, selepas habis kelas... Tempat letak motosikal ada orang luar bertanya kpd seseorang ni, mungkin orang ni baru nak balik rumah. Dia bertanya arah ke Menara SAAS. Kampus ni agak berbelok-belok dan berbukit. nak cakap arah memang agak susah sikit. Aku mulanya dengar je perbualan diorang... Selepas tu aku pergi pada dia... suruh dia follow motosikal aku ke menara SAAS. Setakat tunjukkan jalan ke menara tu takde la berat mana... minyak pun tak luak sangat lah... Lagipun lepas kelas, aku memang takde buat apa, bosan jugak.. aku masa tu pun duduk atas motosikal fikir-fikir nak buat ape balik bilik nanti. So Boring lah... kenapa macam boring je aku kat Shah Alam. Nasib baik ada motosikal. Motosikal modenas aku itu lah teman aku jalan2 kat Shah Alam.

Lawatan

Apa yang berlaku bulan januari hingga jun?
Sudah tentunya aku berada di Johor Baru dan belajar di sini. Menarik juga. Enjoy jugak lah life kat JB. itu bagi aku... ada jugak member yang sampai rasa tak sedap hati nak tinggalkan kolej. Rindu suasana kolej dengan member. Apa yang membuatkan dia ni rindukan kolej? Aku rasa sebab pengalaman bersama dengan kawan-kawan. Pahit manis kitorang bersama. Macam aku kata pengalaman belajar di sini tak sama macam universiti aku dulu. Sepanjang masa korang akan bersama dengan member kelas dari pukul 8pagi hingga 5petang di kelas. Kemudian malam di asrama pun dengan member sekelas sebab satu kelas kitorang tinggal di aras yang sama. Cuma ada la beberapa kerat kat aras lain.

Aku nak ambil beberapa kisah sepanjang aku kat JB. Tentang lawatan muzium anatomi. Aku ada pergi muzium anatomi. Tarikhnya aku dah tak ingat. terletaknya di UKM, Kuala lumpur. Kalau masuk muzium ni pastikan dah khatam buku anatomi. Kalau tak khatam, korang masuk dan semuanya akan jadi hambar, apa benda pun tak tahu. Mula2 masuk tu macam biasa je tak ada apa yang menarik... Bagi aku apa yang menarik adalah kadaver atau orang kata mayat. terletak di aras bawah muzium.

Staff mula dengan intro tentang kadaver dalam bilik tu, maklumat2 bagaimana ia boleh berada disini, latar belakang kadaver dan lain-lain.

Staff tu membuka plastik yang menutup sebuah meja besi. Meja dia macam stainless steel macam tempat mandi mayat. Pada mulanya memang diberi tahu awal-awal lagi... ini semua adalah mayat yang real. Bila dia buka plastik tu semua orang tengok. Aku pada mulanya macam... "hmmm macam takde ape pun". Bukanlah mayat yang ngeri ada darah apa semua. Ini digunakan tujuan pembelajaran, memang darah semua dah dikeluarkan. bahagian-bahagian banyaknya agak lembab, sebab dimandikan dengan formalin. Formalin ni agak memedihkan mata sikit. Lepas dah sentuh-sentuh perlu cuci tangan.

Kadaver yang pertama, bahagian yang ada cuma dari kepala hingga peha. Kadaver ni untuk tengok bahagian abdomen. Pada mulanya teragak jugak nak sentuh semua benda... bila fikirkan, ini mayat, dulu dia pernah hidup. Makin lama... makin seronok dan feel semua. Semua benda dipegang dengan yakin dan curious. Usus ditarik dan dibelek, perut dibelek. Bagi aku tak menarik pulak tengok abdomen je..

Pengajar beralih ke meja lain dan biarkan staff tu meja tadi... kami buka plastik meja kedua.. di dalamnya semua kepala sahaja. ini mulanya aku macam ngeri sikit... mula2 je la. Sebab kepala kadaver tu korang boleh rasa rambut dia. kepala dicukur botak. yang untungnya sebab kepala ni semua mata tertutup, kalau terbuka maunya seram jugak. Tapi kadaver ni semua tak ada bebola mata.. jadi semuanya mata tertutup. boleh nampak hidung mayat ni semua jatuh, macam orang mati. Seterusnya... kepala yang ada atas meja tu. dipegang, dikopek dua. .. kepala tu memang dah dipotong. Part yang aku suka pegang adalah otak. Masa tu macam warna kuning sikit. lembut je pegang. macam span pun ada. Otak antara part yang aku suka pegang dan belek2.

Selain otak, antara yang aku suka pegang adalah jantung. Jantung macam sedap genggam, dan macam kenyal sikit. Semua benda yang kitorang pegangn memang direct, takde pakai sarung tangan, jadi memang boleh feel betul2 macam mana permukaan setiap organ.

Semua ni tujuan pembelajaran. Dan lama ada dalam kelas belajar anatomi, jadi kali ni dapat sentuh yang real punya. Memang tak dapat dah pegang2 macam ni... mungkin kecuali lah nanti kerja berada di bilik mayat, atau autopsi, baru lah dapat.

Jauh lagi perjalanan aku dalam bidang ni... banyak lagi benda kena teroka. Walaupun dah habis belajar nanti, aku rasa memang pembelajaran tu akan berterusan hingga ke tempat kerja nanti.