Friday, October 4, 2013

2 Minggu lagi.

21 Oktober 2013.
Ini tarikh keluarnya keputusan kemasukan sesi 2 UiTM.
Aku dah call BPP UiTM. Pada suatu ketika dahulu bahagian ni lah paling aku benci sebab keputusan layak degree aku dipertaruhkan... dan aku dilayan tak sama seperti kemasukan student lain. Kelayakan aku tidak dipilih melalui sistem UPU kerana kesilapan pengurusan. cgpa 0.00 !? mereka update ke UPU macam mana? ah...! mengarut gila... akhinrya aku masuk kos yang hanya 5% shj sains yang aku pernah belajar masa Asasi. biarlah perkara dah lepas.

Aku dah hubungi mereka. Potensi untuk dapat kos yang aku minta tu sangat tinggi. Dengan keputusan SPM dan kekosongan yang ada mungkin aku akan dapat pilihan pertama tanpa ragu-ragu. Destinasi seterusnya mungkin Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Aku dah merasai duduk 3 kampus sejak 3 tahun lepas. Tahun ini mungkin rezeki aku di kampus Kuala Pilah. Setiap kampus ada keistimewaan masing2. Aku terfikir... adakah aku antara paling tua didalam kelas nanti? wakakaa~ "abang"

Aku tengah gila rindu nak belajar... aku sibukkan diri di dalam bilik study tentang fizik automotif. Segarkan kembali otak tentang fizik aku belajar masa Asasi. Torque, Angular velocity, acceleration, kinetic motion, Angular displacemt, Angular momentum, gravity, force, pressure, shear rate, friction... blaa blaa blaaa...

Kali ini aku akan masuk bidang yang mempunyai 70% Biologi, 30%Kimia. takde fizik...
Akan datang jadi Ahli kaji kuman dan virus? entah masih jauh lagi perjalanan. Matlamat aku nak jadi Saintis. itu sahaja...

"Kalau minat, belajarlah… buat apa susahkan diri. memaksa minat sesuatu yang dari awalnya sudah dibenci…"

"Kalau ada cita-cita, tidak semestinya perjalanan akan mudah untuk dicapainya. Kau akan dilemahkan, dipaksa, digoda dan dipujuk untuk lupakan cita-cita. Kesungguhan dan usaha akan menentukannya…"

- Gempaksher, 28 september 2013

Qoutes oleh aku sendiri, ketika otak gelong di tengah malam minum kopi mocha.
3-4 gelas dibancuh, Akhirnya tak tidur malam dibuatnya.


Thursday, October 3, 2013

Mencari lokasi menarik.

          Aku mencari tempat-tempat yang ada pemandang menarik dalam lingkungan 100-120km dari Parit Buntar. Beberapa hari lepas pergi ke Ban Pecah sorang2. feeling habis dok kat sana layan sunset...
Memandang laut yang sejauh mata memandang, sunset dan angin lembut yang tak berapa nak kencang.
Sambil tu aku layan lagu yang agak2 feeling laut dan nelayan sikit. kadang tu jalan2 naik motosikal sepanjang tepi laut... agak panjang jugak laluannya lebih kurang 4-5km. Laluan sesetengahnya ada banyak batu kerikil, jadi untuk selamat aku kurangkan angin tayar motosikal. Risau pancit nanti.

Lagunya: Mawar Putih Tanda Perpisahan. Nyanyian Monoloque & Amirah Asraf.
Disebabkan aku download lagu ni dari youtube dan tukar ke format MP3, jadi ade lah sedikit dialog drama terselit sekali. Tudiaaahhh layan jugak ohhh dok tepi laut macam ni. Takde keje gi usha ketam kecik2 kat celah batu... Aku datang dekat je terus hilang. Tak dilupa juga ternampak beberapa orang yang bercanda romantik. aishhh...

          Lalu kawasan pekan tanjung piandang waktu senja. tetiba aku tertarik dengan suasana pekan tu waktu senja. Meriah semacam je... pekan tu banyak orang Cina dan Melayu. Bagi yang melayu ni mungkin bersiap ke surau untuk solat maghrib. Kebanyakan kaum cina pula sedang berehat di kedai2 makan dan bersiar-siar. Mungkin melepas penat selepas bekerja.

           Aku dah pusing mengelilingi pulau di penang. Sasaran aku untuk sampai ke Teluk Bahang iaitu di kawasan empangan.... jadi tempat menariknya masa tu yang sempat aku berhenti cuma dari Batu Feringgi hingga ke Teluk Bahang... Balik Pulau tak sempat melihat suasana sebab hari dah gelap. Jadi aku nak cepat balik rumah.

           Kolam Bukit Merah aku dah pergi. Takda yang menarik sangat sebab aku dah biasa ke Bukit Merah. Selama, Perak aku dah pergi. tempat tu kawasan bandar yang agak berbukit sikit... sekadar makan angin naik motosikal ke Selama je

Seterusnya... mungkin nak ke Suatu tempat yang pernah popular di sebuah lagu rock jiwang dulu2.

"Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa
Cinta kita terurai"

Lagu Cinta Pantai Merdeka oleh kumpulan Tropika.

Tanjung dawai atau Pantai Merdeka?
Aku rasa tempat tu dinamakan Pantai Merdeka, mungkin lebih kurang kawasan tanjung dawai.
Aku ni main teka clue dalam lagu tu je. haha
tempatnya 30 minit dari Bandar Sungai Petani.

             Aku tak pasti apa yang menarik di Pantai Merdeka... Kawasan2 pantai di sebelah barat ni tak banyak yang menarik seperti pantai di sebelah kawasan pantai timur. Di kawasan laut barat ni dah popular dengan geografinya yang banyak tumbuhan paya bakau, Tapi ade je pantai2 yang cantik. Macam aku study di Dungun dulu, Angin laut sana memang best! Suasana pulak meriah ramai orang kat depan pantai UiTM Dungun. Di pantai cahaya bulan pun best jugak. Aku suka pasir di PCB berbanding di pasir pantai di sekitar Dungun yang agak kasar.

              Buat masa ni... aku masih lagi google2 dan usha peta lokasi yang menarik. Mungkin lingkungan 120km paling jauh sebab aku kekurangan bajet... Kalau ada bajet banyak siap boleh bermalam mungkin boleh lagi jauh dengan motosikal aku ni. hingga merentasi sempadan thailand? Motosikal aku bukanlah jenis enjin kapasiti besar tapi kalau setakat cruising 300km sehari rasanya tak ada masalah. Santai sahaja. Touring, Discover, Explore. Vacation..?


Tuesday, October 1, 2013

Brek kecemasan motosikal

Dulu aku pernah cerita tentang kemalangan motosikal di kampung jawa.

Disini eksiden dengan lori kampung jawa.

Motosikal aku baru sahaja lesen L. Tapi aku dah mula tahu bawa motosikal dah 10 tahun lepas sejak sekolah menengah. Kisah aku eksiden dulu disebabkan situasi lori yang dengan tiba-tiba masuk lorong.
Contoh situasi macam video ni.
Situasi aku cuma ada 2 lorong yg bertentang arah. Lori tu masuk lorong lebih kurang macam kereta dalam video ni... Lori tu bukan asalnya dari sebelah kiri macam dalam video tetapi dari sebelah kanan bermakna dia merentasi dua lorong. Kelajuan aku lebih kurang sama macam dalam video ni(80-90km/h).

Jalan sangat sempit, cuma ada 1 lorong sehala. Dalam situasi tu...  aku cuma ada 2 saat untuk berfikir. Jarak antara lori tu kurang 50 meter. kelajuan lori tu anggaran cuma 15km/h ketika merentasi lorong. aku pula 80-90km/h. Sempatkah aku kurangkan kelajuan 80km/h kepada 5km/h dalam jarak kurang 50meter?  Kalau aku bawa sebuah kereta mungkin aku akan sempat brek, aku dah biasa dengan kereta. tetapi motosikal aku sendiri tak pasti sebab aku tak pernah brek kecemasan. Dan bagaimana kondisi brek motosikal aku pun aku tak pasti. Jadi aku tak dapat mengagak secara tepat... ini melibatkan nyawa. Langgar kereta dengar macam ok lagi. Kalau langgar lori? Maunya aku terperosok masuk bawah lori... Kisah ni ada berlaku di tempat aku. takziah kepada keluarga mangsa.


Macam aku tadi aku perlu berhenti sepenuhnya dalam 50 meter dan pada kelajuan aku ketika itu 90km/h. Kalau dilihat pada rujukan ni mungkin sempat berhenti. Tetapi macam mana agaknya kondisi motosikal aku? jadi aku tak berani mempertaruhkan... Apa yang aku buat ketika itu ialah membelok ke tepijalan yang dipenuhi lopak lecah yang berair lumpur. Kemudian aku terjatuh ke dalam lubang lopak tu. Bermandi lah sedikit lumpur pada motosikal dan baju aku.. pedal gear bengkok, side mirror bengkok, butang starter patah. hmmm... Alhamdulillah... asalkan aku selamat. cuma ada la sikit lebam pada kaki.

Jalan agak sempit, jadi itu sahaja pilihan yang aku nampak. Perkara ni pun aku pernah buat ketika di Dungun. aku hampir melanggar belakang kenderaan masa bawa kereta kancil... Lampu isyarat baru sahaja kuning, aku ingatkan kereta di hadapan akan terus sebelum lampu merah tapi rupanya dia brek mengejut... Aku brek dan sempat pusing setereng ke lorong sebelah. Nasib baik selamat. Kalaulah aku cuma brek sahaja tanpa tukar haluan kereta memang akan langgar. Perkara kecemasan macam ni kita kena fikir dengan cepat.

Walaupun korang dah lepas lesen motosikal... Tapi perlu latihan brek kecemasan. kadang2 lain jenis motosikal lain ragamnya. Jadi kena biasakan dengan motosikal yang korang selalu bawak. Mula2 biasakan dengan kelajuan 40-50km/h dan brek kecemasan. bila dah biasa tingkatkan lagi hingga 80-100km/h.

brek motosikal mempunyai 70-90% cengkaman brek di bahagian hadapan.. selebihnya brek belakang. brek belakang kurang dapat memberhentikan motosikal. Jadi caranya. pada permulaan tekan kedua-dua brek hadapan dan belakang. Jangan tekan brek depan sepenuhnya iaitu menyentap dengan kuat sebab korang boleh buat wekang(tayar belakang terangkat) nanti. Bila motosikal sudah dirasa perlahan sedikit, barulah tekan brek hadapan dengan sepenuhnya. Berhenti dengan selamat. Yang penting jangan brek ketika motosikal sedang selekoh, korang memang akan terbabas nanti. Dan juga jangan brek dengan memusingkan handle motosikal ke arah lain, itupun korang akan terbabas jatuh... Kalau jalan basah, kurangkan brek hadapan terlalu kuat, lebihkan brek belakang.

Walaupun brek nampak seperti perkara mekanikal yang mudah... tapi sebenarnya perlukan penekanan setiap riders. Ini merupakan keselamatan menunggang. Bila kita sudah terlatih dan terbiasa dengan brek motosikal sendiri, suatu hari nanti jika kecemasan berlaku kita tidak jadi gelabah sampai tak tahu nak buat apa. akhirnya terbabas ataupun melanggar sesuatu...

Aku biasa dilanggar kereta dipandu (mungkin)seorang perempuan masa naik motosikal dengan kawan... ketika dia membelok masuk lorong, dia langgar dengan sangat selamba rock. tanpa sikit pun tekan brek. walaupun dah langgar, steady je kereta dia bergerak slow2 sejak awal hinggalah akhir...dia dah melanggar bahagian sisi motosikal dan patah nombor plate belakang motosikal member aku. haishhhh.... aku agak dia dah gelabah sampai apa pedal pun dia tak tekan... Aku dan saiful masa tu redah je terus, tak berhenti sebab ingatkan tak ada apa2. Kalaulah tahu nombor plate patah, memang Saiful berhenti jugak minta ganti rugi. :(


Ini sebuah video tentang tips menggunakan brek motosikal dengan baik.

Di jalanraya diharapkan tak kira membawa motosikal atau kereta, hormatilah antara satu sama lain... Jangan disebabkan motosikal ini nampak kecil, mereka diendahkan di jalanraya... Ada sesetengah kenderaan besar, mereka tidak pedulikan motosikal kerana menganggap yang kecil patut mengalah. Jika masing2 ada rasa hormat-menghormati pengguna jalanraya yang lain, tak kira kenderaan kecil atau besar, perkara kemalangan teruk tidak akan terjadi.