Monday, February 13, 2012

Ke rumah seseorang di Nilai

hari sabtu yang lepas aku ke rumah seseorang. dia sepupu kepada emak.
yang aku tahu dia memang seorang penulis buku. sejak dari umur belasan tahu lagi.
emak aku pun pernah menulis Novel dengan nama Pena Nor Hidayah. tapi mak aku cakap Novel tu tak habis siap pun tinggal separuh. Novel yang mak aku buat tu belajar dari sepupu perempuannya.
selain  tu mak aku ade buat macam sajak masa zaman mudanya. tapi entah mana hilang buku tu semua.
aku cuba Google nama sepupu mak aku tu.

aku jumpa web online public access catalogue(OPAC). memang banyak buku yang ada nama dia.
Tapi sayangnya dia merupakan pesakit Kronik Buah pinggang. kondisi kesihatan dia membataskan pergerakan aktifnya.
tetapi aku tak lihat dia seperti orang sakit. dia seperti orang yang tidak sakit.dia umpama melupakan penyakitnya. hidup perlu diteruskan. dia sungguh kuat untuk terus hidup selagi hayat dikandung badan.
Organ Hati merupakan cara terakhir untuk dialisis buah pinggangnya. semua tempat di badannya sudah tidak ada tempat untuk dialisis buah pinggang.
aku mendengar dia bercakap dengan mak, pemikirannya bukan calang-calang juga. banyak buku sudah dia terbitkan. bukan sejenis buku sahaja. bermacam.

Saturday, February 4, 2012

Suka menyakat. haha

sambil aku tengah Online dalam bilik guna Laptop. 
anak saudara perempuan tengah main Komputer desktop kat meja sebelah.
umur dah 5 tahun. nama Dania

tengah dia main tu, bila dia menang sikit. "tengok la kakak terer..." haha
kadang2 dia bnyk cakap sikit dengan suaranya tu.

aku bukak gambar dalam Laptop nak bagi dia tengok. "Kakak cuba tengok ni"
angkat Laptop, tunjuk dekat-dekat. dia beralih tengok Laptop. jeng3~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

>_
dia jerit merengus marah aku sambil tutup mata. "acuu!" haha

pastu aku letak balik Laptop kat meja, karang dia nangis nanti naya je.
aku saje nak menyakat.

pastu, biarje la dia main... tapi jangan bising.
kalau bising, aku saje buka gambar lagi kat Laptop.
sebab dia dok sebelah meja je main game komputer.
jahat lak aku menyakat. mengigau nanti lagi naya kena soal siasat dengan Pah dye.

antara gambar2 terpilih. hehe








tapi......

.
.
.
.
.
.
.
gambar ni tak berapa menjadi.
mungkin sebab muka budak2 kot..
lepas 5 saat usha gmbar ni baru dia takot. Lol




Wednesday, February 1, 2012

Keliru, tindakan, entah...

petang tadi aku seorang diri bawa kereta ke sebuah taman perumahan.
aku sendiri tak pasti kenapa aku ke sana. saja-saja makan angin.
rumah dia di taman perumahan itulah.
tak jauh juga dari taman perumahan aku.
mungkin disana ada rumah dia, jadi aku kesana.

tapi sebenarnya aku tak tahu rumahnya...

sekadar 'Clue', disitulah rumah dia, jadi aku ke sana.

harap dapat jumpa rumah dia tapi tak jumpa juga, sebab aku tak tahu.
haa... tercari-cari juga aku.
tapi... sehingga sekarang aku masih ambil tahu tentang dia.
tertarik untuk ambil tahu.
sudah lama juga... aku keliru. Umur aku masih muda.

Cuma sekadar ingin tahu...

Menaiki kereta dengan niat bersiar-siar,
terdetik pula untuk bersiar-siar di taman perumahan itu.
biarlah tak jumpa asalkan aku sudah kesana, usaha.