Saturday, June 27, 2015

Tulisan dinding #3

Entah kenapa aku tulis tajuk ni 'Tulisan dinding"
Salah satu sebabnya, mungkin aku tak tahu nak letak tajuk apa. Perlu ke letak tajuk? Aku rasa nak menaip sesuatu dalam blog ni. Bila aku tengok antara tahun 2013 hingga 2015. Tahun 2013 antara yang paling banyak aku taip dalam blog ni. Ya, tahun tu aku dalam keserabutan sikit. Pressure lebih. Emo je nanti keluar kat blog. Haha

      Sekarang tahun 2015, Bulan Jun. Aku tengah ada kat rumah, cuti semester. Kali ni cuti semester tak macam sebelum ni yang sepatutnya tempoh sebulan. Disebabkan pada awal tahun 2015 negara kita ada berlaku peristiwa bencana banjir di Kelantan jadi Kolej aku tangguhkan kemasukan 12hari lambat dari asal. Maka aku pun kena lah ganti balik 12hari masa cuti semester. Cuti 12hari tu bukan setakat kolej aku, tapi banyak juga institusi lain ditangguhkan termasuk sekolah. Seingat aku lah. ke aku lupa.

Kelas aku akan mula awal julai nanti. Memang pasti dah tarikh mula semester kitorang ni. Akan mula 1hb Julai dan 1hb Januari kalau tiada halangan. Semua dah diselaraskan macam ni.

       Dalam  setahun sengah ni dah banyak perkara berlalu, aku pun akan masuk semester 4. Kalau aku masih lagi kat UiTM, mungkin aku dah grad awal tahun ni dah. Aku quit masa hujung semester 4 kat Shah Alam. Classmate satu kos UiTM dengan aku pun dah kerja. Rasanya lah. Aku tak banyak kawan rapat sesangat, so yang aku kenal2 ni semua nampak dah kerja. Iyelah, aku usha kat facebook diorang je... Well, aku still ambil berat dengan orang yang entah ingat aku lagi ke tak. Yang mana rapat aku contact lah. Itupun facebook diorang aku add balik tahun ni. Sebab dah setahun setengah aku quit UiTM. Cukuplah tempoh ni untuk aku lupakan something yang tak manis dan ingin dilupakan masa dulu.  Bila tak manis je, nak dilupakan. Dah kenapa ye? Kalau tak manis tu patutnya dah beri kau kekuatan pada hari mendatang, sepahit dan sesakit manapun. Bak kata mamat sado ni kat gym "No pain, No gain". Alahh tipu, aku still lagi ingat. Cuma aku dah move on. Takkan kau still nak kenang benda lama, hingga moody sampai hari ini? Rileks...
       
          "Hidup Bukan Untuk Derita!" - Bak kata Ahmad Jais dalam lagunya.

        Walaupun aku dah lama tinggalkan UiTM, tapi aku still macam... "yeah, itulah universiti aku dulu". Aku banyak belajar sesuatu kat sana. Aku belajar jadi matang. Dan ada lah ilmu lain bab komputer dan perniagaan aku belajar. Manalah boleh lupa. Apa yang ketara feeling aku ingat, aku pada masa dulu dan sekarang dah lain. Lain yang dimaksudkan tu, dari segi life aku lah. Perubahan persekitaran mendadak. Dulu boleh lagak budak Uni, habis kelas lepak bilik dulu makan2. Dulu memang aku rasa lain. Hmmm malas nak cerita yang dulu punya. Kalau ada masa lapang aku akan taip throwback cerita lama dalam blog ni. Yang sekarang ni pula aku rasa macam masuk akademi tentera? Disebabkan peraturan dan disiplin sini yang sangat ditekankan. Bila dah lama belajar kat sini, aku dah mula rasa istilah 'kolej' tu macam dah tak sesuai. Kalau aku cerita  

       "Aku studi kat kolej... sekian... sekian, kat area bukit tu, ade awek lawo banyak"

         Mesti orang ingat lebih kurang macam universiti jugak, macam aku kat UiTM dulu. Jadi aku suka lagi kata tempat ni institusi latihan atau macam akademi. Kalau yang biasa masuk matrikulasi, aku rasa lebih kurang kolej matrik lah jugak. Tapi tetap lain. Apapun yang pasti aku tak pernah masuk matrikulasi. Entah kenapa pulak aku samakan dengan matrik. Pelik.



Hold up
Hold on
Don't be scared
You'll never change what's been and gone

May your smile
Shine on
Don't be scared
Your destiny may keep you warm



Tuesday, June 16, 2015

Minat atau suka pada seseorang, perlu beritahu atau tidak?



Wazzap... Kali ni aku rasa macam nak menaip sesuatu untuk dimasukkan dalam blog gempaksher ni. Semalam aku ditanya untuk pendapat dari seseorang. Tak perlulah aku cerita detail siapa yang bertanya tu.
Soalannya...
"Perlu ke beritahu seseorang yang kita pernah minat kat dia"

Ini nak maksudkan situasi ni pernah berlaku pada suatu masa dulu. Dulu kita pernah tertarik dengan seseorang. Bayangkan duduk dalam kelas, dan kita selalu usha sorang budak ni masa lecture. Ataupun mungkin orang ni classmate kita sendiri, kawan kita sendiri dimana dalam diam2 boleh ada feeling pulak kan. Tengok dia ni hensem/cantik, baik, pandai, alim atau masuk sama dengan taste korang ke.

Dalam skop ni kita kecilkan lagi maksud soalan ni. Minat dimaksudkan tentulah pada jantina berlainan kita. Takkan lah kau ni homoseksual pulak! bahaya tu, kalau ada simptom ni kena pergi dapat kaunseling cepat2. Ini perkara biasa yang dilalui orang yang sebaya atau muda dari kita, senang kata dalam golongan umur kita ni. Soalan ni dalam satu bentuk dilemma. Ya, dia tengah dalam dilemma nak beritahu atau tidak.



Walaupun dikata dia pernah minat. 'pernah' mungkin menunjukkan dulu minat, tapi sekarang ni biasa2 je. Tapi apa yang aku yakin, minat pada individu tersebut masih ada. Kalau tidak, takkan lah masih lagi memikirkan perkara ni.

Perkara utama yang aku dapat bayangkan dalam dilema ni adalah 'regret'. Penyesalan ni mainkan peranan besar. Sama ada kau akan menyesal beritahu pada si dia, atau kau menyesal tak pernah beritahu pada si dia ni. Menyesal tak beritahu ni dah tentu menunjukkan kau ada peluang tapi tak gunakan. Kau still lagi boleh contact dia, boleh cakap, texting, tapi tak gunakan peluang.

Menyesal apabila sudah beritahu ni... lain pula. Kau dah beritahu pada si dia kemudian kau menyesal "kenapa la bodoh aku bagitau kat dia. kalau tau jadi macam ni baik aku diam je.". Sebab kau dapat result yang tak menyenangkan lepas beritahu dia. Tapi biasalah selagi tak cuba manalah kita nak tahu apa akan jadi, baik atau buruk. Kalau dapat result yang ok? mesti kau happy dan fikir "Nasib baik aku bagitau kat dia, kalau tidak memang menyesal!"


Aku nak cerita pengalaman aku sendiri lah. Situasi minat ni aku bukan dalam dilemma, tapi dalam bersahaja. Aku pernah minat seseorang ni member kelas dulu. Dan memberitahu bahawa aku pernah minat pada dia masa dulu. ya, pernah minat kat dia dulu, sekarang ni biasa2 je. Aku beritahu dia lepas kitorang dah tak belajar tempat sama lagi, aku nyatakan dengan terbuka dan bersahaja. Member lain pun tahu. Rileks lah. Disebabkan aku beritahu tentang sesuatu perkara yang dah lepas, minat tu dah tiada seperti dulu. Jadi jangkaan aku adalah rendah. Bermakna aku terima apapun hasilnya dan tak kisah. Sekurangnya aku beritahu. Alah... lebih kurang macam kau bagitau. "Weh siti, dulu masa kat sekolah rendah aku minat kat hang". Kau cerita benda yang dulu. Walaupun aku bagitau perkara yang dah setahun lepas masa tu. Hehe sekurangnya aku beritahu.

Tentang regret ni, korang kena cuba kurangkan. Sebelum buat sesuatu keputusan, pastikan mindset dah kata "Kalau jadi sesuatu yang tak diingini, biarlah. Nak buat macam mana lagi. teruskan". Harapan tu biarlah jangan setinggi gunung kinabalu sangat. Antara sebabnya, jangkaan pada sesuatu yang belum berlaku boleh jadi 50/50(kalau terer math, calculate lah sendiri). Kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, kita cuma mampu plan dengan buat pilihan.

Bagi aku sendiri, beritahu pada seseorang yang kita minat ni sebenarnya melegakan. Walaupun ada satu masa tu aku macam agak menyesal. Tapi sekurangnya rasa "menyesal beritahu" tu lagi rendah dari "menyesal tak beritahu" dia. Kuranglah sikit impak emosi tu pada diri sendiri.

Memandang dalam tajuk ni, aku nak terangkan tentang teori Sigmund freud. Id, Ego dan SuperEgo. Benda ni aku belajar masa semester 1 dalam subjek sains tingkahlaku. Hayati gambar berikut.



Apa yang korang fikirkan?
Aku terangkan secara ringkas dan berkaitan shj. tak perlu detail, aku pun boleh pecah kepala nak huraikan nanti.

Id boleh dibayangkan seperti seorang bayi baru dilahirkan. Yang menangis bila lapar dan berak, kencing apabila dia rasa mahu. Id merupakan personaliti asas manusia. Punca kepada apa yang tubuh badan kita untuk capai kepuasan. kemahuan, keinginan, keperluan, termasuk juga kemahuan seksual.

Ego. ini perantara antara id dan realiti. Jika korang mahukan sesuatu, seperti iphone 6 contohnya. korang tak boleh terus ambil di kedai. Mesti ada cara dapatkannya. Kumpul duit dan beli. Ego perantara id dan realiti, maka untuk memuaskan id.

Masuk sikit tentang topik. Keinginan pada jantina berlainan adalah naluri asas manusia. Survival manusia. Kita bukanlah seperti haiwan yang tidak bertamadun jika mahukan seseorang terus kepadanya dan rogol untuk kepuasan seksual kemudian beranak-pinak. Ego sebagai perantara id. Id seperti kemahuan yang unconcious(bawah sedar). Ego stuktur personaliti yang mempunyai kebijaksanaan pemikiran, pandangan, cara pelaksanaan aktiviti, menganalisa maklumat. Jika korang suka atau minat akan seseorang akan ada caranya, seperti berkenalan, memberitahunya, melamar atau seumpamanya. id, kemahuan yang mungkin tidak korang sedar. Apa yang korang tahu "aku minat kat dia". Ya, itu naluri manusia.

Seterusnya Super-ego.
Super-ego berfungsi agak bertentangan dengan id selalunya. Dipengaruhi dengan tertib bersesuai dengan sosial masyarakat. Personaliti yang mengawal personaliti apa yang salah dan benar serta rasa bersalah. mengekalkan akhlak moral. Contoh, naluri sebagai manusia sukakan jantina berlainan. Ego, bertindak dengan realiti untuk memuaskan id, macam korang pergi ngorat makwe lah, teringin nak kapel. Super-ego pula bertindak menghalang disebabkan tindakan itu tak bagus, dipengaruhi moral dan keagamaan. "tak elok kapel-kapel ni". Maka korang terpaksa tangguhkan dulu niat.


ketiga-tiga ni aku nak kaitkan pasal confess minat pada seseorang.
Minat/suka pada seseorang ni sebenar naluri kita sebagai manusia. Tak boleh dinafikan. Korang boleh beritahu pada si dia "weh aku minat kat kau lah, sejak dulu lagi" melalui apa2 cara dan masa sesuai. Tapi super-ego ni membuatkan dilemma.
"Perlu ke aku beritahu dia?" - bisikan hati. mempertimbangkan sesuatu sama ada patut dilakukan atau tidak. mengambil kira emosi rasa bersalah/sesal dan kemahuan diri di bawah sedar.

teori2 ni dihasilkan oleh pakar psikologi. tak semestinya ini betul dan korang perlu ikut. teori ni dihasilkan untuk memudahkan kita memahami sesuatu dengan lebih berstruktur dan mudah diterjemahkan pemikiran. Banyak lagi teori psikologi korang boleh baca. Aku tak la pulak hayati gila2 teori ni, apa yang aku belajar dan masukkan dalam pemikiran aku dan disesuaikan untuk pemahaman sendiri.



Bagi aku, kalau suka/minat seseorang. Korang patut cuba beritahu ikut kesesuaian. Macam aku kata, "menyesal beritahu" atau "menyesal tak beritahu". Mana yang impaknya lebih kuat pada emosi korang, bergantung pada diri sendiri. Sepatutnya korang lebih memahami diri sendiri. Yang penting korang beritahu tu mestilah pada orang yang korang kenal, dan dia pun kenal korang, mungkin dah kenal lama. Kalau baru kenal tapi dah confess macam ni, memang sesuatu yang mungkin tak dapat diterima seseorang, menakutkan. Penerimaan mengambil masa, seperti berkenalan dahulu ke. Hmmm korang patut cuba. Mana tahu boleh ada jodoh ke.

Pemikiran kita mainkan peranan dalam bagaimana kita melihat sesuatu perkara. Kalau korang dapat kawal emosi dan pemikiran, itu bagus maknanya bila sesuatu impak dari konflik dan masalah berlaku korang dapat redakan. Aku banyak belajar dari kesilapan aku. Semakin hari semakin belajar tentang sesuatu. pemikiran dan pandangan sentiasa berubah dan berkembang dipengaruhi dengan pengalaman setiap hari. Itu yang sepatunya berlaku pada kita.



Saturday, June 13, 2015

Semester 3 : ke "K.K"

Suasana pagi bising dengan bunyi bas. Boleh nampak banyak beruniform putih berseluar hitam tunggu depan asrama masing2. Bas dan van singgah ke setiap depan asrama untuk ambil student pergi ke tempat klinikal. Tapi semester kali ni tak kedengaran suara pakcik Vijay, pengawal keselamatan yang menjaga asrama blok A. Biasanya dia akan jerit melaung beritahu hala tuju setiap bas/van kolej yang singgah kutip student. Ada sesetengah kami selalu ajuk cara dia jerit, terutama stail dia jerit “Kulai” sebab dia orang india jadi ada slang sikit. Macam gaya cakap orang mamak utara pun ada.

Sebenarnya dia membantu juga, jerit untuk maklumkan destinasi setiap bas/van jadi aku tahu kenderaan dah sampai ke belum.  Sekarang tak dengar dah suara dia. Aku pun dah lama tak nampak dia. Rindu pun ada. Perkara yang dah jadi kebiasaan, hari-hari kita lalui. Bila dah tiada barulah nak datang rasa rindu.

Tengok junior semester 1 buatkan aku teringat kali pertama aku praklinikal dulu. Masih freeshie. Apa pun tak tahu lagi. Gambaran tentang kerja di hospital pun belum dapat dibayangkan lagi.

Sekarang aku dah semester 3.  Bangga tu ada lah jugek. Aku dah Berjaya hingga ke semester ni. Maknanya pengetahuan tu lebih lagi dari Junior yang still belum lagi belajar topik2 perubatan. Yes, dah jadi senior katakan. Bukanlah super senior, cuma senior dari diorang je lah.

“Hang dapat KK mana?”
Ni pertanyaan yang akan selalu ditanya antara kami bila semua berkumpul nak tunggu kenderaan masa hari pertama, bukan hari pertama je, esok pun tanya lagi tapi kat orang lain lah. Aku tak sure semua ada berapa lokasi. Mungkin 8 penempatan. Setiap penempatan ada 10-11orang.

Aku pun akan borak tanya member, korang dapat KK mana. Ini antara soalan untuk memulakan perbualan sebenarnya. sebab kadang kita dah selalu jumpa setiap hari, sampai masa dah tak tahu nak tegur apa. Jadi biasanya akan tegur bertanya apa saja yang terlintas dalam fikiran. Ramah tu penting terutama bila kau nanti nak kerja yang banyak melibatkan jumpa masyarakat.

Student Junior diorang akan ke hospital posting dalam wad. Aku akan ke Klinik Kesihatan. Kali pertama akan masuk keja di “KK”. Ini singkatan yang biasa kitorang guna dan semua orang pernah guna jugak.

Ni dah hari ke-4 aku ke klinik. Tapi pagi tadi aku dah keliru entah kenapa bas besar yang hantarkan kami. Yang naiknya cuma 11orang dan campur 3orang student kos lain yang nak ke Hospital. Hampir tertinggal bas sebab aku ingatkan bas tu tak ambil kitorang ke tempat klinikal. Mungkin sebab dah tak ada kenderaan lagi, selain bas besar tu je dapat hantar kitorang.

Bas dah gerak ke pintu pagar utama. Amin tertinggal bas. Berkejar dia ke pintu pagar utama sebab kitorang suruh driver berhenti dulu ada kawan yang tak naik lagi. Kena faham jugak lah, driver cuma jalankan tugas. Takkan dia nak tunggu lama-lama, dia pun kejar masa jugak untuk hantar kami tepat masa. Apa yang aku tahu pagi tadi banyak jugak yang macam tertinggal bas/van ke tempat klinikal sebab kenderaan datang tak macam waktu kebiasaan. Ada yang datang 20minit lagi awal. Tapi still boleh kata silap sendiri jugak. Dah diberitahu tunggu kenderaan 30minit awal. Pukul 7pagi dah patut tunggu depan asrama. Takde sape pun nak tunggu awal2 sangat... bajet dalam 10minit sebelum bas sampai dah ada kat bawah kira ok dah. Kali ni cuma dia datang tak dijangka.

Praklinikal kali ini kira macam penutup semester 3. Semester depan kitorang semua akan berpecah ke penempatan klinikal masing2. Tak lagi duduk dalam kelas. Mungkin tak dapat jumpa semua member2 lagi dalam satu kelas. Semua akan berpecah.

Kalau sebelum ni kawan tempat klinikal semua lelaki, kali ini ada 5 bunga. Dan 6 lelaki termasuk aku. Aku nak cerita pasal pengalaman praklinikal aku ni… Tapi… sekarang aku taip ni dah habis praklinikal pun. Mungkin aku akan sambung lagi kemudian…