Friday, May 31, 2013

Just Mimpi

Bila dah sampai bertahun-tahun...
yang aku sedar... aku tak boleh lupakan dia.
Walaupun bertahun tak jumpa atau selalu contact.
adakah aku ni selalu teringatkan dia?
macam mana nye... bila aku dah mula terlupa sikit, muncul lah mimpi.
nanti mesti akan ada mimpi. aku tak pasti itu petunjuk atau apa.

Mimpi yang terbaru ni sangat real. aku dapat rasai.
apa yang aku mimpikan? aku dah berumah tangga. serius dengan dia.
aku tak pasti apa yang sedang berlaku dalam kepala aku, sehingga mimpi macam tu.
dan apa yang berlaku dalam mimpi tu sangat indah. nak tahu kenapa?
sebab bercinta selepas kahwin... situasinya...MasyaAllah. sejuk dan tenang hati.
aku bukan nak cerita jiwang....

Mimpi tu tergantung... bila roomate aku kejutkan waktu subuh nak solat.

Aku cuba fahami mimpi tu sama ada mimpi buruk atau mimpi baik.. mestilah mimpi baik. dan adakah mainan syaitan? aku tak berapa arif bab ni.

cuma aku dah rasai dalam mimpi shj.
InsyaAllah suatu hari nanti.
aku tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.
aku berserah.


Sunday, May 19, 2013

Video : Kampus dan motosikal

Ni Video aku baru rakam... Pukul 11.30malam 18 Mei 2013. Kampus Shah Alam.
Dalam video ni memang laluan harian aku ke kelas. Video dari 0:00 sampai 2:38 kira dah sampai ke fakulti aku. tapi nak ke kelas dalam 4 minit je la naik motosikal. sebab apa aku rakam benda ni... hmmm sebab aku bosan sebenarnya... tadi lepas makan aku pergi beli tali khas kat kedai letak kamera aku kat motor.

Letak kamera pada moto.. aku jumpa cara ni dari Youtube. cuma perlukan letak kamera atau henset kat side Mirror... tapi ade lah caranya nak bagi kamera tu lekat betul2. tapi video ni agak shaky sikit sebab motor aku kuat bergetar pada handle motor... so sebab tu nampak bergetar kabur video ni.
ini dikira aku agak bosan lah ni.. buat rakam2 video dan ronda2 kat kampus... dah biase je aku ronda2 kampus time malam2. bosan.





Friday, May 17, 2013

Sebulan lagi

Semester kali ni UiTM sesi degree banyak sangat cuti. dalam semester ni ada dua minggu cuti, biasanya ada cuti mid-semester je... tapi 1 minggu cuti kali ni, cuti untuk hari gawai.
Sebulan lagi sebenarnya aku sedang menunggu sesuatu keputusan... keputusan ni aku harap keputusan yang diharapkan. bukan tunggu result exam atau apa2.. aku tak berani lagi kata aku akan dapat keputusan yang menggembirakan. tapi aku harap ada pekara baik lah.

Jika dapat seperti apa yang diharapkan... akan berlaku perubahan besar dalam hidup aku.
aku sangat berharap. sangat- sangat berharap. supaya aku tak lagi hidup dalam memaksa diri...