Sunday, April 15, 2012

Buku, Malam ini sunyi.

Aku tengok gambar budak2 Degree Kos Operation management, budak Islamic banking. aku cemburu tengok diorang pakai baju blazer hitam dan bergambar dengan rakan sekelas... mugkin aku takkan dapat bergambar macam dorang... kelas aku cuma ada 3 orang. mgkin kami tak berpeluang bergambar ramai-ramai macam tu.
cuma... yang aku ada sekarang cuma gambar Asasi Sains aku dulu. GroupA5.

Aku tinggal sorang2 dalam bilik takde Roomate sekarang ni. Kolej memang sunyi... sangat sunyi....
Aku buka Blog aku dan tengok Post yang dah lepas... aku jumpa Post yang ada Video Asasi Sains. Lagu Laskar Pelangi berkumandang dengan gambar2 yang ada didalam video tu.
Aku biarkan video tu Play... seperti biasa lagu Laskar pelangi memang sentiasa mengingatkan aku masa di Asasi Sains Puncak Alam dulu.

aku cuba baca buku... sambil di kepala berlegar-legar ingatan semasa Asasi.
sambil memandang shj buku, baca beberapa kerat ayat... aku memandang meja di sebelah, dan belakang...
terus aku mengeluh, dan pandang semula ke arah buku... Lagu Laskar pelangi masih belum habis... masih berkumandang.

bukan apa... bila baca buku seorangan ni, aku teringat Housemate Asasi aku dulu. sekarang sudah lewat malam, aku kena baca buku. Test dah nak dekat... selalu time2 macam ni kami study sama2
entah kenapa terasa sebak malam ni...Suasana sunyi di dalam bilik menambah kesayuan.
aku teringatkan kenangan dulu bersama Housemate Asasi di Kolej Angsana. Lewat2 malam begini, bilik aku tak sunyi dan aku bukan keseorang macam sekarang. Masih ada kawan2 yang sentiasa meneman study hingga lewat malam. mereka tu yang sentiasa menolong, memberi semangat... "Asher... study Asher... esok ade test"
bila aku pandang meja sebelah... Kosong... dimana kawan2 aku yang study sama2 dulu bila malam macam ni. :')
teringat lagi suasana bilik di Puncak Alam dulu dengan kawan2 baca buku sama2. bertambah semangat jadinya. :')




mimpi adalah kunci 

untuk kita menaklukkan dunia

berlarilah tanpa lelah

sampai engkau meraihnya



laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa





menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya


cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita


laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi




Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita





aku akan keseorang study malam ni dan juga masa2 akan datang... aku akan biasakan diri dengan suasana baru ini...  InsyaAllah. teruskan melangkah. aku bukan keseorangan, Allah sentiasa ada menemani.


Majulah Asasi UiTM Untuk Negara.
hahaha
~Al-Kisah~



No comments:

Post a Comment