Monday, April 16, 2012

Driver Bas NR


Malam semalam lepas habis kelas sepanjang masa aku ada dalam bilik. tapi harini aku rase lebih baik aku keluar pergi makan kat Kafe Kapas. daripada aku dok dalam bilik je... lagi bosan.
macam biasa aku seorang shj penghuni yang ada di Aras 2 Kolej Duyung. aku tak tahu la sape yg gatai pi tutup lampu kaki lima. gelap gila jadinya. tandas lak cleaner tak cuci. dgn busuk tahi kucing dh 2 hari.

Pergi ke Kafe Kapas... tengok Menu... hmmm.. bosannya makanan kat sini.  mcm terpaksa pulak pilih Kuew tiow hong kong sekadar nak bagi kenyang perut...  jadi muak pulak makan benda yg same je tiap2 hari.
lepas habis makan... aku lepak duduk sorang2 lagi... aku nampak Bas NR di Pos A. Bas tu akan ambil student yang ada kelas malam pulang ke rumah... lebih kurang pukul 10.30mlm bas akan gerak hantar student NR balik rumah.

aku fikir balik... aku macam takde ape2 nk buat pun. baik aku naik bas tu jalan2 keluar kampus. dok dalam kampus je jadi bosan jugak aku..
aku berjalan ke Bas NR tu. tunggu depan pintu bas, tunggu Driver tu bukak pintu.
"Bas ni pergi ke bandor ke? pastu balik ke UiTM balik tak? sebab saye saje je naik bas ni nak makan angin"
aku cakap kat Driver bas tu, aku nak pastikan bila aku naik bas ni dia akan pusing balik ke kampus. kalau tidak tidur luar la aku malam ni~ hahaha
aku bukan naik bas sebab nak balik ke rumah. aku bukan student NR, aku tak dok kat rumah luar. dapat keluar kejap naik bas jalan2 kire ok la. aku tinggal dalam kampus.

Sementara aku tunggu student yg ada kelas malam naik bas. aku berbual-bual dulu dengan Driver tu... macam2 aku bersembang dengan dia.  tanya pasal perbelanjaan minyak petrol Bas, cerita bas masa kat Puncak Alam, cerita pasal student, pasal student degree... dan bla bla blaa....
dia cakap dah pukul 10.30mlm tapi takde pun student naik Bas balik rumah... aku pun bersembang la pasal student kelas malam ni dorang balik bile waktu malam.
dah habis sembang2... aku pun agak2 macam takde je student naik Bas ni. jam pun dah pukul 10.40mlm... mungkin driver tu pun nak balik.


so... aku pun nak berundur diri lah dulu balik ke bilik...
Driver tu cakap "Kalau esok nak makan angin, naik bas boleh la, esok mungkin ade student"
jadi... mungkin esok kalau aku bosan, aku akan naik bas tu lagi... bersembang-sembang dengan Driver bas tu. hahaha. nampak sangat hidup aku kat Kampus ni bosan keseorangan. malam2 aku nak cakap dengan sape pun... bukan ade kawan2 tinggal dalam kampus...
jadi... aku bergeraklah seorang diri sepanjang ada dalam kampus... mencari hiburan hidup aku sendiri. mencari haluan ketika kebosanan... cuba hiburkan diri sendiri. sigh.

mungkin esok aku nak naik Bas tu lagi. haha

Sunday, April 15, 2012

Buku, Malam ini sunyi.

Aku tengok gambar budak2 Degree Kos Operation management, budak Islamic banking. aku cemburu tengok diorang pakai baju blazer hitam dan bergambar dengan rakan sekelas... mugkin aku takkan dapat bergambar macam dorang... kelas aku cuma ada 3 orang. mgkin kami tak berpeluang bergambar ramai-ramai macam tu.
cuma... yang aku ada sekarang cuma gambar Asasi Sains aku dulu. GroupA5.

Aku tinggal sorang2 dalam bilik takde Roomate sekarang ni. Kolej memang sunyi... sangat sunyi....
Aku buka Blog aku dan tengok Post yang dah lepas... aku jumpa Post yang ada Video Asasi Sains. Lagu Laskar Pelangi berkumandang dengan gambar2 yang ada didalam video tu.
Aku biarkan video tu Play... seperti biasa lagu Laskar pelangi memang sentiasa mengingatkan aku masa di Asasi Sains Puncak Alam dulu.

aku cuba baca buku... sambil di kepala berlegar-legar ingatan semasa Asasi.
sambil memandang shj buku, baca beberapa kerat ayat... aku memandang meja di sebelah, dan belakang...
terus aku mengeluh, dan pandang semula ke arah buku... Lagu Laskar pelangi masih belum habis... masih berkumandang.

bukan apa... bila baca buku seorangan ni, aku teringat Housemate Asasi aku dulu. sekarang sudah lewat malam, aku kena baca buku. Test dah nak dekat... selalu time2 macam ni kami study sama2
entah kenapa terasa sebak malam ni...Suasana sunyi di dalam bilik menambah kesayuan.
aku teringatkan kenangan dulu bersama Housemate Asasi di Kolej Angsana. Lewat2 malam begini, bilik aku tak sunyi dan aku bukan keseorang macam sekarang. Masih ada kawan2 yang sentiasa meneman study hingga lewat malam. mereka tu yang sentiasa menolong, memberi semangat... "Asher... study Asher... esok ade test"
bila aku pandang meja sebelah... Kosong... dimana kawan2 aku yang study sama2 dulu bila malam macam ni. :')
teringat lagi suasana bilik di Puncak Alam dulu dengan kawan2 baca buku sama2. bertambah semangat jadinya. :')




mimpi adalah kunci 

untuk kita menaklukkan dunia

berlarilah tanpa lelah

sampai engkau meraihnya



laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa





menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya


cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita


laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi




Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita





aku akan keseorang study malam ni dan juga masa2 akan datang... aku akan biasakan diri dengan suasana baru ini...  InsyaAllah. teruskan melangkah. aku bukan keseorangan, Allah sentiasa ada menemani.


Majulah Asasi UiTM Untuk Negara.
hahaha
~Al-Kisah~



Sunday, April 8, 2012

Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Aku sempat tangkap gambar Masjid kristal ini semasa melawat ke Kuala Terengganu.
Perjalanan dari UiTM Dungun ke Kuala Terengganu lebih kurang dalam 50minit. kalau tak banyak kereta boleh la pecut laju sket.
saje je jalan2 ke KT(kuala terengganu) sebab dah bosan dok kat Dungun je. hehe
aku tak tahu sebenarnya Lokasi tempat2 kat KT ni. tapi dengan mengharapkan GPS dari Henset aku je la. Alhamdulillah boleh dipercayai henset aku nieh. kalo tidak memang sesat dah.
kalau dalam GPS Lokasi masjid kristal ni ada di Pulau Wan Man