Sunday, September 25, 2011

Usher Group A5

Perlu menjadi diri sendiri.
Usher masa asasi group A5 dengan Usher di UiTM Dungun same je.
Kelas aku ade 6 orang je, mungkin rapat sikit lah. tu semua xde beza.

Tapi kenangan di Puncak Alam bersama rakan seperjuangan sentiasa dalam ingatan.
"Aku bukan setakat rindu Palam. Aku rindu rakan rakan seperjuangan kat Palam. Palam takkan jadi satu tempat yg best kalau bukan kita semua yg bersama sama memeriahkan tempat tu dgn kenangan kenangan yg akan kekal dlm ingatan" - afiq.
aku ni pendiam jugak, jarang nak sembang2 merapu. tapi aku sengaja lagak cool dan enjoy dengan Kelas yang seramai 6 orang.
aku taknak dorang rasa Bosan.

jujurnya aku sangat enjoy dengan 7 orang geng lelaki Group A5, Housemate dan jiran rumah aku.
>_<

Saturday, September 24, 2011

Setakat ini di kampus

Belakang kampus ada Bukit yang berhutan.
hadapan Kampus Laut China selatan.

disebabkan Kolej kediaman aku, Gemia3 belakang bukit yang berhutan banat.
ade macam2 haiwan aku ade nampak setakat ini.

haiwan pertama: Babi hutan. masa tu waktu pagi-pagi buta aku nak ke surau. ada 4 ekor semuanya. tengah dok korek-korek Tong sampah. nampak je terus 4 ekor tu lari.

Haiwan Kedua: Monyet. masa tu petang sikit. monyet-monyet tu merentasi laluan pejalan kaki nak ke pokok sebelah. Comel la pulook. haha

Haiwan Ketiga: Lembu-Lembu Liar tengah meragut rumput berdekatan Tasik. tanduk panjang-panjang gak.

Haiwan keempat: Burung kecik warna Merah. cantik warna burung tu. Seriously nampak Unik. masa tu burung tu sesat termasuk dalam surau. dok terbang kat siling surau. tiba-tiba. panggg! langgar kipas dan terus jatuh. burung tu jadi keras tak gerak. mati dah laa tu… Kesian…

Haiwan kelima: memerang berwarna hitam. aku pun tak pasti tu memerang atau tak, tapi dari segi fizikal macam memerang. sekumpulan memerang berada di tepi Tasik, ade yang tengah berguling-guling. comel gak.

Haiwan Keenam: monyet hidung panjang. aku taktau nak panggil monyet ape. rasenye tu monyet hidung belanda kot. kawan aku la yang nampak.

lain-lain cerita dari Blog orang lain ade nampak Badak sumbu.-.-

ade terbaca dari Blog seseorang. Belakang kampus UiTM Dungun iaitu Bukit berhutan tu merupakan Hutan Simpan.
dan…. UiTM ade buat tapak camping. Kem Gemia kat Hutan tu.
A resort Kampus.

Tuesday, September 20, 2011

Tepi laut Dungun

Lokasi Berhampiran Pintu Utama UiTM Dungun.
lepas dah tunggu setengah jam dalam Kelas, Ustaz tak muncul2 jadi kami pun pergi ke tepi pantai sebab teringin nak tengok pantai kt Dungun ni.
Kami… tak ramai pun… Kelas aku ade 4 orang je.

Van berwarna Kuning tu gelarannya van Kunyit. Van tu je la yang dapat bawak student UiTM Dungun ke kawasan sekitar Dungun. sekali perjalanan Rm1.50
kebanyakan kelas aku batal sebab bilangan pelajar sikit. tunggu lepas hari khamis ni baru kelas mula macam biase.