Monday, September 9, 2013

Ride to Selama, Perak

Kali ini aku dah menjejak kaki ke tempat aku belum pernah pergi. Ini kali pertama.

Ini sebuah pekan di Selama, Perak. Kawasan ni terletak di bahagian utara perak bersempadan Daerah Kerian(tempat aku). Larut, Matang dan Selama diletak di dalam sebuah daerah. Pada awalnya aku agak keliru dengan kedudukan geografi tempat ni. Kenapa dipanggil dengan 3 nama iaitu Larut, Matang, dan Selama... Aku cuma tahu Selama sahaja sebelum ini. Sebenarnya Larut, Matang dan Selama cuma daerah2 kecil. Daerah-daerah kecil ini dirangkumkan sekali... dan antara yang aku tak sangka Pusat pentadbiran daerah ini di Bandar Taiping.

Aku yang dah lama menetap di Perak dan selalu pergi Taiping, baru je tahu maklumat ni... Selalunya aku cuma tahu Bandar Taiping dan aku tak pernah terfikir Taiping termasuk dalam daerah Larut dan Matang. Sebab contoh di kawasan aku, Daerah Kerian ditadbir Majlis Daerah Kerian, Pusat pentadbirannya di Parit Buntar. Jika Parit Buntar dinaik taraf menjadi Perbandaran, ia akan diberi nama Majlis Perbandaran Parit Buntar dan bukannya Majlis Perbandaran Kerian. Sama juga situasinya dengan Daerah Larut, Matang dan Selama... Taiping ditadbir Majlis Perbandaran Taiping dan tidak dipanggil dengan nama Perbandaran Daerah. Mungkin disebabkan selama ini dipanggil Perbandaran Taiping jadi aku tak tahu pun sebenarnya Taiping berada di dalam Daerah Larut Matang. Fail betul lah... Dulu geografi mase sekolah takde pulak cerita benda ni. arghh fail...


Daerah di dalam peta ini ditadbir dan diurus oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Taiping bagi beberapa kawasan di dalam pentadbiran Larut dan Matang dan Majlis Daerah Selama bagi kawasan Selama.

Sejarahnya :

"Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22hb. Januari, 1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.

Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kampung Sungai Bayor. Kampung ini didiami oleh orang-orang Melayu keturunan Pattani.

Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kampung Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kampung Gudang, Kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.

Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan. Setelah hasil bijih timah merosot, maka Encik Abdul Karim menyerahkan Kampung Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pihak Inggeris dibangunkan dan dimajukan seterusnya.

Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1892 dan dikebumikan di perkuburan berhampiran Masjid Lama Selama."

Aku mula2 agak keliru juga... Kawasan Selama ini sebenarnya terbahagi kepada dua negeri. iaitu Kedah dan Perak. Selepas aku sendiri pergi ke tempat ni, barulah aku tahu antara Selama Kedah dan Selama Perak. Dua kawasan ni dibahagikan dengan Sungai Kerian... Sungai Kerian merupakan tanda pemisah antara negeri Perak dan Kedah. Tadi aku ada lalu merentas sungai Kerian dan ternampak papan tanda Selama Perak dan Selama Kedah.

Untuk sampai ke Selama aku melalui Nibong Tebal dan menghala ke Serdang, Kedah...



Selama yang bertanda 'A' tu aku tak sampai lagi. Aku cuma sampai kawasan sempadan negeri (Sungai pemisah negeri) dimana terletaknya pekan Selama. Aku sebenarnya tak tahu jalan mana nak teruskan... Ada papan tanda tulis Taiping dan satu lagi Rantau Panjang... cuma masa tu aku terlupa nak hafal kedudukan peta jadi tak tahu Rantau Panjang menghala ke mana.

Sumber2 lain boleh didapati dari Portal Rasmi Daerah Selama.

~Al-kisah~

Monday, September 2, 2013

Reunion kali kedua

Reunion kali kedua dengan rakan kelas Asasi Sains. Aku dah 3 hari berada di Ampang, rumah makcik aku... alang2 berada di Ampang, aku lajak pergi ke Sunway untuk hadir reunion... Dalam 3 hari tu ada terdetik nak pergi ke UIAM kampus Gombak, tapi tak sempat pulak... lagipun pelajar ijazah belum mula kuliah lagi. Kali ini reunion agak hambar sebab tak ramai yang sertai. Master planner pun tak datang, waduh. Dirancang berkumpul di Restoran Johhny Sunway piramid. TAPI kat Sunway takde Johhny, eh? Yang hadir pada hari tersebut cuma 7 orang. disebabkan tiada restoran Johhny di sunway piramid, jadi kami belasah hidangan Popeye's.

Popeye's adalah restoran makanan segera. Merupakan kali pertama aku makan di restoran ni. lebih kurang macam KFC, MarryBrown, A&W. Ayam goreng Popeye's rasa macam ayam gorang di MarryBrown. Side dishes agak menarik jugak...

Antara sebab aku rasa hambar pada hari tersebut... mungkin disebabkan aku sendiri. Aku membisu di meja makan. Sebab pemalu? tak juga rasanya. Lelaki cuma ada 3 orang termasuk aku... Aku cuma selesa berbual dengan member lelaki-lelaki ini. Rakan perempuan selebihnya, entah kenapa lidah aku kelu, mulut berat nak berkata-kata. Tambahan pula aku berada agak jauh dari dua orang member lelaki ni disebabkan aku order makanan di kaunter lambat dan terpaksa duduk tempat yang ada kosong... Serius aku rasa hambar. Bukan tak biasa dengan member kelas perempuan semua... Cuma, aku tak tahu apa nak dibualkan. Idea cuma datang bila aku nak berbual dengan member kelas lelaki ni, ada banyak jugak perkara boleh dibualkan...

Aku mohon maaf jika aku agak hambar dengan mereka... aku agak segan pada hari tersebut. Aku sangat fokus dengan makanan atas meja. Aku tak tahu nak bualkan apa jadi aku cuma dengar mereka berbual... Aku antara yang paling cepat habis makanan walaupun aku belasah 3 ketul ayam... Mata dah tak tahu nak pandang apa.. jadi makanan tersebutlah jadi sasaran aku. Kadang2 perbualan samar-samar kedengaran, aku endahkan.... Perut kosong perlu diisi sebaik mungkin dahulu.
Pada hari aku yang kekok dan aku yang hambar... Aku tak tahu aku dimana.

Aku dah mula terasa aku semakin jauh daripada mereka... semakin menjauh.
Aku terhenti sebentar dalam perjalanan
Mereka terus berjalan menjauh ke laluan masing-masing.

Tak pasti annual reunion masa akan datang aku akan sertai ataupun tidak... Aku dah terasa jauh.






Kenaikan harga petrol.

2 september 2013

"PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel"

Sumber: AstroAwani

Kenaikkaan harga petrol boleh menjejaskan banyak perkara. Kos semua sektor yang melibatkan bahan api petrol dan diesel akan naik... Tiket Bas dan Harga barang kemungkinan akan naik. Jika kenaikan harga bahan api ini selaras dengan pasaran minyak mentah dunia, Aku harap jika berlaku pengurangkan harga bahan api ini pada masa akan datang... Harga barangan dan kos semua sektor berkaitan dapat dikurangkan kembali ke asal...Bukannya dikekalkan! itu sahaja. Mereka patut ambil kira perkara ini sebelum keputusan menaikkan harga minyak... Aku harap perkara ini sudah diambil kira dengan sewajarnya.

Kos penggunaan Ron95 pada kenderaan motosikal aku akan berubah.
Jika sebelum ini, untuk penuhkan 3.8liter tangki perlu Rm7.22 tetapi sekarang ia memerlukan Rm7.98.
Aku harap harga petrol dan diesel dapat diturunkan pada masa akan datang dengan segera bersama dengan harga barangan dan sektor berkaitan bahan api.

Harga petrol naik = Kos pengangkutan naik = Harga barangan dan makanan naik... ermm gaji tak naik?

Walaupun 20sen seliter kenaikan... Sedar atau tidak kos kehidupan untuk sebulan akan meningkat menghampiri RM100 dari kebiasaan selepas ini. Cuba hitung perbelanjaan korang selepas ini. Bagaimana kos pengangkutan ke tempat kerja dan sebagainya?