Sunday, April 15, 2012

Buku, Malam ini sunyi.

Aku tengok gambar budak2 Degree Kos Operation management, budak Islamic banking. aku cemburu tengok diorang pakai baju blazer hitam dan bergambar dengan rakan sekelas... mugkin aku takkan dapat bergambar macam dorang... kelas aku cuma ada 3 orang. mgkin kami tak berpeluang bergambar ramai-ramai macam tu.
cuma... yang aku ada sekarang cuma gambar Asasi Sains aku dulu. GroupA5.

Aku tinggal sorang2 dalam bilik takde Roomate sekarang ni. Kolej memang sunyi... sangat sunyi....
Aku buka Blog aku dan tengok Post yang dah lepas... aku jumpa Post yang ada Video Asasi Sains. Lagu Laskar Pelangi berkumandang dengan gambar2 yang ada didalam video tu.
Aku biarkan video tu Play... seperti biasa lagu Laskar pelangi memang sentiasa mengingatkan aku masa di Asasi Sains Puncak Alam dulu.

aku cuba baca buku... sambil di kepala berlegar-legar ingatan semasa Asasi.
sambil memandang shj buku, baca beberapa kerat ayat... aku memandang meja di sebelah, dan belakang...
terus aku mengeluh, dan pandang semula ke arah buku... Lagu Laskar pelangi masih belum habis... masih berkumandang.

bukan apa... bila baca buku seorangan ni, aku teringat Housemate Asasi aku dulu. sekarang sudah lewat malam, aku kena baca buku. Test dah nak dekat... selalu time2 macam ni kami study sama2
entah kenapa terasa sebak malam ni...Suasana sunyi di dalam bilik menambah kesayuan.
aku teringatkan kenangan dulu bersama Housemate Asasi di Kolej Angsana. Lewat2 malam begini, bilik aku tak sunyi dan aku bukan keseorang macam sekarang. Masih ada kawan2 yang sentiasa meneman study hingga lewat malam. mereka tu yang sentiasa menolong, memberi semangat... "Asher... study Asher... esok ade test"
bila aku pandang meja sebelah... Kosong... dimana kawan2 aku yang study sama2 dulu bila malam macam ni. :')
teringat lagi suasana bilik di Puncak Alam dulu dengan kawan2 baca buku sama2. bertambah semangat jadinya. :')




mimpi adalah kunci 

untuk kita menaklukkan dunia

berlarilah tanpa lelah

sampai engkau meraihnya



laskar pelangi takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warna bintang di jiwa





menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia selamanya


cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita


laskar pelangi takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi




Cinta kepada hidup
Memberikan senyuman abadi
Walau hidup kadang tak adil
Tapi cinta lengkapi kita





aku akan keseorang study malam ni dan juga masa2 akan datang... aku akan biasakan diri dengan suasana baru ini...  InsyaAllah. teruskan melangkah. aku bukan keseorangan, Allah sentiasa ada menemani.


Majulah Asasi UiTM Untuk Negara.
hahaha
~Al-Kisah~



Sunday, April 8, 2012

Masjid Kristal, Kuala Terengganu

Aku sempat tangkap gambar Masjid kristal ini semasa melawat ke Kuala Terengganu.
Perjalanan dari UiTM Dungun ke Kuala Terengganu lebih kurang dalam 50minit. kalau tak banyak kereta boleh la pecut laju sket.
saje je jalan2 ke KT(kuala terengganu) sebab dah bosan dok kat Dungun je. hehe
aku tak tahu sebenarnya Lokasi tempat2 kat KT ni. tapi dengan mengharapkan GPS dari Henset aku je la. Alhamdulillah boleh dipercayai henset aku nieh. kalo tidak memang sesat dah.
kalau dalam GPS Lokasi masjid kristal ni ada di Pulau Wan Man

Friday, April 6, 2012

Bersiar-siar di teluk gadung waktu malam

Pantai Teluk Gadung, 5 April 2012, 10.45pm,

Tadi aku bersiar-siar di teluk gadung. pada mulanya bersendirian je ke Teluk Gadung. bila sampai ke kedai makan aku ternampak kawan aku dari Kolej Gemia tengah tunggu order minum di kedai tu.
Aku pun turut serta sama la lepak-lepak.
diorang bising Order diorang tak sampai-sampai lagi. agak lama jugak tunggu.
Hujung minggu dan 1 kedai je yang buka jadi kedai itu memang busy lah.

lepas order diorang dah dapat. diorang pun belah... aku pula sendirian la di bangku kedai makan tu. sampai menikmati angin laut waktu malam. fuhhh.. santai beb.

pastu ternampak lak kawan sekretariat kat meja lain. aku pun join je la. dua orang tu perempuan, aku join je la duduk semeja. takkan la nak duduk sorang2 jugak. nampak sangat macam sombong. haha

memang betol diorang cakap! Order sampai lambat... tapi aku ni jenis sabar je.. aku faham perasaan peniaga tu. ada masa dia tak boleh handle banyak sangat. sebab aku tengok kedai tu macam family business je. sepasang suami isteri dan dua orang anak pmpn diorang.

Kami tiga orang duduk la berbual sambil tunggu makanan sampai. tapi aku tak order makan. cuma order minum air barli je.
disebabkan aku tau air minum aku akan sampai lambat lagi jadi aku jalan2 la disepanjang kawasan pantai di teluk gadung tu. kawasan yang aku jalan2 tu kat kawasan hujung sekali teluk gadung.
aku memang pergi ke gadung nak jalan2 kat sana, jadi aku awal2 lagi pakai kasut slipper. selalunya aku suka pakai kasut Crocs.

sambil2 berjalan berentasi pasir halus pantai. aku nampak memang banyak orang dating berdua-dua kat situ.
aku taknak buruk sangka mungkin diorang tu dah kahwin.... dalam tengah berjalan-jalan tu ade orang panggil nama aku... suara aku kenal, cuma muka agak samar-samar, sebab kawasan tu gelap sket
Rupanya kawan aku pun ade kat situ. kawan satu Batch degree...
sangkaan aku meleset... kawan aku pun ade dating kat situ dengan pmpn mane aku tak taula.

aku pun cakap la

"laa... kau rupanya. aku tak expect ko pun ade kat sini" - maksud aku macam dating laa..

aku pun cakap la aku datang sorang...
pastu aku tanya dia " kau datang sorang2 ke?". memang aku tahu dia datang dengan seorang perempuan. tapi bukan tu jawapan aku nak. maksud aku tak termasuk pmpn tu sekali.

pastu dia belas "aku Sorang je la"
lepas tu aku tersenyum... sambil tengok dia dan perempuan tu.
terus aku memandang ke atas. dan diorang pun macam nak melihat apa yang aku pandang.

aku harap dia faham apa yang aku buat. secara simbolik aku memberi jawapan kepada dia.
Walau dimana dia berada... dia tidak keseorangan. Allah sentiasa bersama dan memerhati tindakan kita.
........ :)