Tuesday, February 21, 2012

Jam LED. Trend lama.

Masa aku masih budak-budak sekolah rendah(menengah pun same je) aku suka tengok jam LED sebab bila kita tekan dia akan menyala warna merah menunjukkan Waktu. ada warna merah, biru, hijau, kuning dan macam-macam lagi.
nampak macam "waa... cool". Jam macam ni aku selalu tengok jual di Pasar Malam. nak kata murah boleh laa... harga biasa dalam anggaran Rm20 hingga Rm60.

ni antara Jam yang agak popular la dikatakan mase dulu(kot).
aku pun berminat jam ni sebab NIKE! haha



haaa... jam ni macam baru sket. agak stylo punya. Samurai ape ntah nama dia.



Kebanyakan Orang beli jam sekarang ini bukan pentingkan fungsi tapi Gaya! haha
kalau jam itu cantik mesti nak beli kan? kalau jam tu stylo mesti nak beli kan?
Dan satu lagi jam yang orang selalu suka iaitu Jam berjenama mahal. kadang2 tu bila dia pakai kita tak tahu pun jam tu Original atau tak.
kita cuma tahu jam tu original bila dia sendiri yang bagitau -"weyh...aku beli jam Ori la bhai. tengok Jam laa..."-. Jam mahal membuatkan si pemakai nampak lebih bergaya. -___-"
Jenama jam dan Harga memainkan peranan.

Berkenaan Jam Jenis LED dalam gambar tu sebenarnya Model lama lah. tahun 1970 punya rekacipta.
tapi Jam ni tak dapat sambutan pun. sebabnya bila kita nak tengok waktu kita terpaksa guna dua tangan.
Jam LED tu kena tekan punat baru menyala nombor. hmmmm bosan2... bateri pun cepat habis. dah beberapa tahun selepas itu bermula pula Jam Jenis LCD.
Jam LCD ni adalah Jam digital yang selalu dijual di kedai. Lebih Jimat bateri daripada Jam LED. tak perlu menggunakan kedua belah tangan, sebab waktu pada jam boleh kelihatan bila-bila masa.



Ini semua jenis Jam LCD atau lebih dikenali dengan JamDigital

bila aku dah tahu Jam Jenis LED adalah jam Model lama sejak 1970. aku pun dah tak berminat nak beli. lagipun fungsi jam tu memerlukan kedua belah tangan.Bila aku fikir betul jugak kan. selagi korang tak tekan punat jam tu, jam tu takkan menunjukkan waktu.

lebih baik jam LCD kann... sekarang ni aku pakai Jam LCD G-Force Casio.
bukan jam original! T..T.
tapi cukuplah aku boleh tengok waktu. takde la lambat ke kelas nanti.
dan juga aksesori penambah dalam bergaya. Jam warne Biru bro! haha

P/s: henset pun dah ade jam. kan...

Thursday, February 16, 2012

Kamera Fujitsu instax mini 7s. nampak Cambest!

Aku ni memang kaki tangkap gambar. ambil gambar sana, sini. itupun kalau lah aku ade DSLR. 
tapi itu selalunya aku pinjam Abang aku punya DSlr. aku teringin nak ade satu untuk aku. nak beli mahal la pulak. aku Kaye dengan duit Ptptn je pun. haha

ada satu Kamera ni aku tengok macam menarik. aku tak beli pun lagi.
saje usha harga dan fungsi kamera ni.


ini Kamera Fujisu Instax mini 7s.
ape yang aku suka tentang kamera ni adalah sebab gambar kamera ini dicuci segera(instant photo system).
lepas korang tangkap gambar, gambar dia akan keluar.
perlu pakai filem fujitsu yang dibeli khas untuk kamera ni.
sekarang ni aku terfikir pasal Zaman Kamera Digital. Kalau dahulu Zaman kamera pakai filem. selepas tangkap gambar mesti tak sabar2 nak pergi Cuci untuk melihat hasil gambar korang tangkap.
tapi sekarang Zaman Kamera digital, lepas tangkap gambar korang tengok balik dalam laptop atau kamera. entah sampai bila la baru nak cuci gambar tu. ini untuk Kes aku laa... gambar2 tu semua simpan dalam laptop. sekali kena virus hilang file, kan dah tak boleh tengok dahh...
kalau simpan gambar dalam laptop rase macam tak best pulak. tiada sentimental Value.
kalau gambar keping tu boleh la korang belek-belek. keh3~


setting untuk kamera ni aku tengok tak banyak. ade empat jenis Mood.
mood Indoor, cloudy-shady, fine, Clear.

oh, mungkin ada sesetengah perempuan mula minat dengan Kamera ni sebab ada dalam drama Korea. aku pun taktau. Drama 'You're beautiful' agaknya. tapi ade kaitan dengan Korea lah senang cerita.
aku minat dengan kamera ni sebab Murah lah jugak. Harga dalam Rm250 hingga Rm320. paling murah boleh dapat Rm250, kena pandai cari lah.
berkenaan dengan warna model kamera ni warna putih dan ada sikit2 warna lain di tempat cover Bateri.
yang pastinya warna2 ni semua jambu derr... macam kamera untuk perempuan pulak aku tengok.
ataupun boleh amik warna chocolate penuh. warna chocolate penuh dan putih penuh harganya mahal sedikit dari warna biru dan pink gambar di atas.

warna chocolate ni mungkin sesuai untuk aku atau model warna putih sahaja.

nampak best kan tengok gambar keluar macam Picture atas ni.
boleh simpan buat kenangan.
kalau kamera digital, gambar2 aku simpan buat kenangan dalam laptop je laa...
dengan harga Rm280-Rm320 harga mampu beli untuk aku. DSLR mahal, tapi gambar cantik.
untuk Instax 7s ni  macam kamera untuk bersuka-suka. macam pergi hangout dengan kawan ke...
tak sesuai digunakan untuk tangkap gambar pemandangan sebab gambar nanti keluar kecik.
lebih baik gunakan untuk tangkap gambar korang dengan family dan kawan2.
Bab accessories mungkin ramai perempuan suka. sebab kamera ni nampak Cute bila berbaju Pink diatas. haha. nampak cool eah? kamera ni besar. sebab nak letak filem polaroid dalam tu.
secara jujurnya aku suka Kamera ni. tapi aku pertimbangkan semua aspek sebelum beli.
haa... ini dia polaroid filem untuk kamera ni. Okeh dalam ni ada 10 keping polaroid filem.
10 tak banyak. kalau nak lebih korang kena beli berkotak-kotak benda ni.
Part yang aku akan fikir 10 kali...
1 kotak = 10 polaroid filem = Rm25-Rm32.

1 kotak harga Rm25-Rm32 ini menyebabkan aku fikir 10 kali sebelum nak beli.
kamera dah berbaloi la jugak kalau dapat harga Rm280-300 camtu.
tapi Filem polaroid dia takley blaa...
kalau aku beli, aku akan fikir 10 kali untuk tangkap gambar pakai kamera nieh.
katakanlah 1 kotak =25 ringgit. 1 gambar dalam Rm2.50.
tu pun kalau dapat filem polaroid murah Rm25.

ada banyak lagi model Kamera Fujisu Instax. tapi aku jumpa Instax mini 7s yang paling murah.
murah-murah pun... Filem polaroidnya tak murah juga.
mula2 aku ingatkan ade 30 keping filem polaroid harga dalam 30 ringgit je.
rupanya 10 keping je filem polaroid dye. adoyai...
memang korang akan fikir banyak kali la nak tangkap gambar.
kecuali la kalau korang banyak duit. belasah snap je banyak2 gambar. keh3~
aku search, Fujitsu Instax mini 7s tergolong dlm kamera Lomo.
Wow, So cool! tapi malangnya 10 keping gambar Rm25. mahal... mahal...

antara model yang lain.
Fujisu Instax 210
Fujisu Instax mini 50s
Fujisu Instax mini 25(terbaru)






Tuesday, February 14, 2012

Vids- Makan ke Teluk Gadung



Video ni diambil selepas Solat Jumaat.

aku tak ingat ini waktu bila.
Kami terpaksa Keluar ke Teluk Gadung untuk beli makan.
Kafe dalam Kampus UiTM Dungun semua tutup.
disebabkan Kolej kediaman di dalam Kampus jauh dari pintu utama
 jadi aku naik basikal keluar.
kalau nak jalan kaki mungkin dalam 25minit kot.
lebih baik aku naik basikal.

lepas habis Solat Jumaat, aku berbasikal dengan Thaufik
dan berjumpalah juga dengan kawan2 lain yg jalan kaki
kalau nampak dalam video tu laut teluk gadung.
(laut tu xleh mandi,bahaya)
terletak berhadapan dengan Uitm Dungun

aku nak pegi makan kat tepi laut laa
nak buat macam mane... kafe tutup.

P/s: makanan kat sini mahal. mcm semua tmpat kat ganu mahal je. huhu