Wednesday, September 14, 2011

Perniagaan ,business

aku Belajar Business Computing di UiTM. buat masa ni aku tak tahu lagi tentang ape.
Kelas pun baru mula je. Aku dah mula tanam azam nak buat yang terbaik tak kira la ape Kos aku amik.
Aku dah jumpa Tempat makan yang best kat Kolej Kapas.
tempat makan yang dekat dengan kawasan Pantai.
kawasan Open. Best la lepak makan malam-malam.
A Resort Kampus, UiTM DUNGUN!
Iyeloo~

Tuesday, September 13, 2011

Mee hailam tunggu 1 jam.

Selepas tamat MDS kat uitm dungun. esok malamnye aku jalan2 cari makan kat tempat terdekat.
lepas semayang isyak di surau aku pergi ke kolej tenggol.
aku order mee hailam, hanif roomate aku nasi pattaya.
ade 1 gerai je pun kat situ. orang pun kire belum ramai lagi la lepas isyak.

tapi aku terpaksa tunggu lama! lepas isyak order makan. pukul 10.15 baru makanan siap. korang kire la berape lame. seriously aku dah serik nak order makanan panas kat situ kalau malam.
Lauk pun kurang pelbagai kat situ. kat kolej Gemia tempat aku takde tempat makan jadi kitorang pergi ke kolej tenggol.

Kecewanye aku.
mee hailam harga Rm4.00. 
aku rase mee hailam standard macam kat uitm puncak alam pun Rm3.50
lauk pun tak banyak jenis. ayam kecik tapi 2ringgit. kecewanye.
aku suke makan tempe lagipun murah je kan.
Tempe pun takde kat situ~

kalau nak pegi tempat makan lain, aku terpaksa jalan jauh.
mungkin dlm 10 minit camtu.
aku kena import basikal dari rumah.
senang sikit aku nak jalan mane2 dalam kampus.
Basikal adalah kenderaan utama di UiTM Dungun.
^___^
 

Monday, September 12, 2011

Perjalanan Ke UiTM Dungun

buat pertama kali. pada 5 september 2011 perjalanan aku ke Pantai Timur.
dari Parit Buntar ke Dungun. lalu lebuhraya utara-selatan, genting highland, lebuhraya karak, lebuhraya pantai timur, pahang, terengganu. buat pertama kali ambik mase 12 jam. =.=

dalam perjalanan ke Genting, aku jadi Jakun gile. Bukak tingkap kereta kat luar sejuk! rupanye aku dah kat kawasan Genting highland! haha
disebabkan aku lalu genting, jadi aku masuk pada pertengahan lebuhraya karak. Parok minyak kereta weh naik bukit genting highland.

Bila dah keluar dari Lebuhraya pantai timur lalu laa ikut jalan biase. seyes aku boleh jadi gila dok dalam kereta. bila sampai kawasan mane ntah kat terengganu, siaran radio langsung takde! gila lah... dah nak termuntah dok dalam kereta je.

bagi aku Dungun jaoh! sabor je la nak pegi UiTM Dungun.
aku tido kat Hotel UiTM Dungun. sebab jaoh kan, jadi kena la cari tempat nak tido dulu.
nanti gambar lain kat uitm Dungun aku akan updated lagi

aku baru lagi kan.. jadi tak tahu la nak kata best ke tak kat sini.
Aku amik Program Business Computing. atau nama stylo lagi Bizzcom. hahaha