Monday, January 10, 2011

Perbezaan budaya ala-ala arabian dan aku

ini malaysia, budayanya lain... 
walaupun dikatakan oleh mereka-mereka sebagai negara islam.
orangnya belum tentu mengamalkan budaya islam sepenuhnya.

aku selalu chating dengan seorang perempuan arab dalam facebook. dia ni orang kuwait.
mula-mula, dia yang add aku sebagai friend.dia ni kacukan iran-kuwait dan pegangan syiah.
kalau aku online facebook time malam mesti dia yang mulakan chating dulu.
sebenarnya seronok juga dapat kenal orang yang budayanya diluar kepompong budaya kita sendiri.
dorang ada budaya sendiri. macam biasalah sudah tentu kebudayaan orang arab.

apa yang aku tahu mengenai cara berpakaian dorang.
bagi perempuan, sama macam perempuan melayu malaysia berpakaian.
tapi kalau lelaki aku tak pasti. 
selalu aku tengok orang arab pakai serban dan jubah putih bila keluar rumah.
tapi sebenarnya, tu cuma pakaian formal. bukan setiap masa keluar pakai jubah dan serban.
bagi lelaki arab yang berpakaian jubah dan serban setiap kali keluar sebenarnya kalau lelaki tu  betul-betul dari golongan keluarga yang kaya.

dorang mengamalkan 'arranged marriage', pasangannya mula berkenalan melalui keluarga kedua-dua belah pihak. 
kaum lelaki arab tak boleh keluar berdua-dua dengan perempuan arab.
tapi dia ni cerita kat aku selalu keluar dengan kawan dia 2 orang lelaki filipina.
tak jadi halangan jika keluar dengan lelaki yang bukan orang arab. 
jika dia keluar dengan lelaki arab, orang ramai akan memandang serong ataupun dikatakan boleh berlaku fitnah kepada mereka. 
dia tak boleh letak gambar kawan perempuan dia dalam facebook. sebabnya, orang akan menyalahkan dia atau memandang keji terhadapnya. di kuwait, disebabkan negara tu kecil dan tak padat dengan penduduk, selalunya korang akan jumpa orang yang sama lebih dari sekali.

cara mereka memilih pasangan lain dari kita, orang malaysia yang selalunya kena kenal dulu kemudian dah berapa bulan berkenalan baru berjumpa dengan ibu bapa. atau senang ditafsirkan mengunakan istilah 'couple'. kaum lelaki malaysia kena pandai cari pasangan. kemudian bila lama kenal, dah suka sama suka terus lepas tu declare sebagai 'couple'.mulalah apa yang dikatakan bercinta. -_____-"

kebiasaan di kuwait. bila ada sesuatu majlis perkahwinan atau makan-makan besar. inilah tempat bagi kaum lelaki bujang untuk mencari calon-calon isteri. kemudian bila si lelaki ni rasa tertarik dengan si gadis tersebut dan sudah berbincang dengan keluarga. lelaki tu dan sekeluarga akan berjumpa dengan keluarga pihak perempuan untuk memberitahu hajat bahawa lelaki tersebut meminati anak perempuan mereka. begitu juga keluarga pihak lelaki mahukan si gadis menjadi isteri anak lelaki mereka.

bila dah bersetuju. mereka tidak terus melangsungkan perkahwinan, tetapi diberi masa sebulan untuk berkenal-kenalan. boleh dikatakan perkenalan mereka ini direstui oleh ibu-bapa mereka. 
kalau mereka sudah suka antara satu sama lain. perkahwinan akan dilansungkan.

aku ada cerita, perkahwinan macam tu jarang berlaku di malaysia. selalunya kami(mlysia) mencari pasangan semasa di peringkat di kolej atau di university. dan aku ni dah memang peringkat university. dia cakap... 
"kalau begitu awak mesti cari pasangan awak di tempat belajar awak".
cakap memang senang...~
di malaysia kalau ada situasi macam di kuwait mesti  ramai orang malaysia yang tak membujang sampai tua.
lelaki kena bersaing nak 'tackle' perempuan yang dorang suka. lepas tu, bila dah berkenalan mesti tunggu masa 2-3 tahun untuk tunggu habis belajar atau kumpul duit barulah kahwin. bila dah lama sangat dalam hubungan mulalah orang cakap perkara yang bukan2. 
yeah, berbeza lah..
itulah perbezaan antara dia dan aku.. ^___^


sebenarnye ade banyak lagi cerita yang dia kongsikan~

al~kisah



Sunday, January 2, 2011

status code rahsia di facebook. selamat mencuba~


"Inbox me any number between 1 and 10000 - I'll make the number as a code to write a thing that I like about you in my status. Only you and me know what your number is."

mungkin ade yang pelik sebab banyak sangat orang main nombor kat status.
dan ade jugak yang susah nak paham macam mane code rahsia ni berfungsi kat status.
kalo ade orang post macam status yang di atas. tu bermakna korang boleh la bagi inbox nombor kat dye..
tunggu la sampai nombor tu keluar kt status dorang. 

antara orang yang aku dah inbox status dorang:

"1992.thx ar..aku taw slalu gurau kn.tp mamat sorunk tu dok ingt gaduh.haha...thx savekn tmpt aku jgak.so sem 2..kter dua kena struggle gler2laa kot kn?=)"



"1992! Umm, 4892 suruh ko pm aku eh? Haha. Ko sangat cool. Minus the fact yg ko kuat makan! Haha aku pon sama gak. Nanti kita lawan siapa lagi terer makan lah ye. Lol. Thanx bab jadi member 4892 ni. Kalau x nanti tade spe nak kawan dgn dia *Bak kata dia la. Hehe*"

"1908 :: em, 1st time aq nmpk ko kt kafe bawah tu koottt...tapi aq amek mse yg agk lme utk cam mke ko..hahha..mle2 aq igt ko ni garang,tapi tak....ko ni mmg tahu byk rahsia aq....geram jer!! em...byk sgt pasal ko aq bole tules.....heheheh....."



"1919-i just know him.. i tink he is very sopan one but with full of excitement inside, comel n menjadi rebutan buat dlm class. waaahh kau hot dlm cara yg berbeza, sgt xambil kisah wat ppl tink, very spontan .. tp agak speechlass.. jrg gler ckp ngan kau, haha harap sabar my gengs mmg suke kacau kau.. bcoz u hott.. skali jln mcm hero filem plak.."

Aku banyak gune nombor 19, so ade la kantoi dengan kawan aku. dorang tawu status tu cakap mengenai sape. 

Bila dah mula main code ni. banyak laa orang akan inbox noombor. so korang kena la cakap sesuatu mengenai dye.
dah lebih kurang meluahkan ape yang tersirat agaknye. haha... ^_^


ade gak yang seronok main status code macam ni.
dan ade gak yang aku tengok tak berhenti klua nombor kat status dye.

SELAMAT Mencuba~

al-kisah~



Thursday, December 2, 2010

Perubahan

seminggu dalam sem2, ade sket perubahan.
group lecture dah bertukar. group Lab pon dah tukar.
tapi group tutor je yang tak tukar.


dan aku pon akan berusaha berubah ke arah lebih baik.
1st- siapkan semua soalan tutorial dan focus setiap kali dalam dewan.
2nd- baca buku setiap malam.
3rd- tak akan keluar dari puncak alam, kecuali kalau ade hal penting.
4th- hujung minggu aku akan study dalam bilik.


perubahan sekarang ni aku perlu masa untuk sesuaikan diri.
lecture dalam dewan sekarang banyak jugak muka2 baru, dan mungkin tak la semesra sem1.


dalam group Lab, aku kena bekerjasa dengan tutormate yang aku tak rapat.
aku agak kekok bila nak discuss dengan dorang.
first time group Lab aku, aku sorang je laki.
sebelum ni kalau group lab, mesti ade sorang bdak laki group dgn aku.
tapi dalam group Lab chemistry, hmmm.... agak kekok, dan tak selesa nak buat experiment.
mungkin aku kena biasakan diri dengan group Lab chemistry skrg ni.


ade sebab knape kdg2 aku diam dalam Lab:
1st- group Lab dominasi perempuan
2nd- malas nak cakap2 mende yang tak penting. (mende yg penting kdg2 tak sampai 10 patah perkataan)
3rd- kalau haritu Bad Mood.
4th- ade mase aku memang nak dudok diam dan senyap.
5th- duduk dengan orang yang aku tak rapat. (speechless)
 
lecture chemistry aku puas hati setakat ni. Dr. sim lai har ajar memang aku paham.
dye ajar lebih kurang mcm Dr. Rozana ajar. sangat DETAIL.
dan lecture Physics aku agak risau, sebab dye ajar agak laju.
sekarang ni dye baru ajar 3jam, 2chapter dah habis.
Math, macam biase, Pn. Khadijah.. dalam lecture dye kne focus lebih.
sume yang dye ajar kne bagi cepat paham, kalo tak.. korang akan ketinggalan.


paling yang aku tak suke, kalo lecturer mule ajar non-stop. sambung dari chapter ke chapter baru dalam satu masa.
TEPU LAA OTAK... kalo ajar sume sekali dalam satu masa.
bile dah tepu, ape2 yang lecturer ajar sume dah takleh nak masuk. so, kene la study sendiri lepas tu..