Monday, November 28, 2016

Usia 60

Memandang sebuah potret keluarga semasa aku berumur 12 tahun. Cukup didalam itu sebuah keluarga. 12 tahun lalu.

Yang dirindui

Mereka yang membawa kau mengenal keluarga.
Dimana kau mengenal siapa abah, mak, abang, kakak, adik.

Merenung potret ini di dalam komputer riba. Makin lama ada sebuah perasaan sayu melihat ibu-bapa sendiri. 12 tahun yang dulu dan sekarang. Dimana kau lihat mereka gembira membesarkan kau sehingga sekarang. Aku disini wujud rasa sayu dan sedih melihat mereka semakin tua senja. Adalah perkara menggembirakan bagi ibu-bapa melihat anaknya membesar, setelah mereka jaga kita sejak kecil di dukungan lagi.

Di dalam gambar potret ini, aku nampak wajah emak tiada sebarang kedutan tua, nampak muda. Begitu juga abah. Mereka dahulunya cergas mampu gembirakan kau, bawa berjalan-jalan jauh dengan adik-beradik. Mungkin sekarang tidaklah secergas dulu, mereka banyak berehat di rumah.

Cukup setakat ini melihat tanda-tanda usia mereka. Mungkin aku tak mampu lagi melihat mereka lebih lagi berusia. Namun setiap tahun aku tetap bersyukur masih ada mereka. Masih dipinjamkan nyawa untuk bersama aku.

Di usia senja ini. Aku perhatikan, tiada apa yang mereka lebih harapkan selain melihat anak mereka berjaya, bahagia, di hujung umur mereka. Dan berharap lebih dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Di usia ini, tiada apa lagi yang difikirkan mereka selain anak-anak sendiri. Mereka mula mengenang semula perkara lepas.

Luangkan lebih banyak masa bersama ibu-bapa, kerana mereka mengharapkan kau ada untuk mereka. Cukup untuk menggembirakan mereka.






Mencari arah

Mungkin dulu aku termakan dengan kata-kata seorang lecturer yang mengajar dalam kelas information system Development. Dalam kelas dia cuma kami bertiga. Ya, aku cuma ada dua orang classmate.

Pada pagi tersebut, aku berjalan kaki seorangan dari Kolej Kediaman Duyung ke makmal komputer. Memang kebiasaan aku akan berjalan seorang diri ke kelas. Sampai kelas masih kosong, cuma aku seorang. Aku duduk di komputer baris hadapan menanti lagi dua orang member datang naik motosikal ke kampus.

Diorang berdua ni duduk rumah sewa di luar kampus. Tak lama kemudian lecturer pun dah sampai kelas, dan bertanya mana dua orang lagi kawan. Aku terus telefon diorang sambil En.saiful(bukan nama sebenar) berada depan aku dengarkan perbualan.

Tayar motosikal yang diorang naik pancit semasa dalam perjalanan. Diorang naik berdua. Encik ni seorang pengajar yang ramah, dan banyak ambil tahu tentang student dia. Bukanlah seperti kebanyakan pengajar yang ambil tahu tentang lecture dan terus balik saja. Dia panggil kami bertiga gelaran Three Stooges. Kadang dia akan ketawa melihat kerenah bertiga kami. Aku bersangka baik lah, walaupun bertiga, kami selalu menceriakan kelas dengan kerenah kami ni atau mungkin kami selalu terbuat benda bodoh dalam kelas.

Sudah hampir sejam di dalam kelas, dua lagi belum sampai. Akhirnya kelas pagi itu tak berlangsung sesi belajar. Sebab aku seorang saja yang ada. Aku dengan En.Saiful mula borak-borak macam2 hal. Sehingga lah aku beritahu IT bukanlah minat aku. Dan aku ceritakan masalah aku dalam bidang ini.

Dia buka cerita tentang pengalaman dia dulu sebagai student Kejuruteraan mekanikal sebelum menjadi student IT di peringkat ijazah. Dia melalui diploma kejuruteraan mekanikal dengan mengikut arus saja. Apa yang dimulakan perlu dihabiskan. Itulah kebanyakan orang buat, bila mereka tidak tahu apa mereka sendiri mahukan. Dia tamat pengajian dengan pointer pun yang tidak seberapa. Kemudian melanjutkan ijazah, Tapi bukan dalam bidang sama. Dia mencuba suatu bidang satu ini, kemudian berundur dan masuk ke bidang IT pula.

"Ini bidang yang masuk dengan saya masa tu" kata dia.

Hampir setiap semester dia mendapat anugerah dekan, kecuali ada 1 semester dia tidak mendapat anugerah dekan. Bukan lah aku termakan dengan kata dia. Tapi cerita pengalaman dia buatkan aku berfikir. Aku mula suka dengar cerita-cerita dan pandangan orang ramai tentang sesuatu perkara. Aku jumpa bermacam orang, pelbagai umur, ada yang muda dan ada yang tua. Tapi memandangkan umur aku semasa tu baru 20-22 tahun, jadi kebanyakan orang yang jumpa adalah yang sebaya dan lebih tua. Perkara ni mengubah cara pemikiran aku sedikit sebanyak.

Dari sains aku ke bidang IT, kemudian aku kembali ke bidang sains. Dan sekarang bidang sains perubatan dan kesihatan. Aku mengembara dalam gelap hidup dan satu ke satu tempat, dan hinggalah terjumpa sedikit ruang untuk aku senyum terlihat sinar dalam kegelapan itu.