Tuesday, March 25, 2014

Spec tak clear

Pukul 2 petang.
Lepak dalam library sementara nak tunggu kelas mula. Patut kelas mula pukul 2.00pm. Tetiba aku nampak Farah masuk dalam library. Hairan jugak kenapa dia masuk library? Patut dah nak masuk kelas dan dia seharusnya berada dalam kelas dah. Aku pun nak gerak masuk kelas dah. Mase tu aku rase malas nak masuk kelas. Sebab aku nak prepare untuk exam... Aku agak, Dia masuk library time tu mungkin sebab dibenarkan masuk library, sebab takde pengajar dalam kelas. Aku pun bergegas ke arah dia nak dapatkan kepastian. Kalau dapat lepak library memang best lah. Aku takde mood nak study dalam kelas... Tak selesa. Esok ada exam anatomy&fisiologi. 

Dalam jarak 10 meter gitu, aku cuba panggil nama dia... sebab tu jalan pun macam laju je. 
    "Farah, Farah" makin lama makin tinggi pulak suara aku. Kot lah dia tak dengar aku panggil. Aku ada dibelakang dia sambil panggil2 nama.. Kemudian makin hampir pun dia buat dek je. Hairan.. Dia pergi ke meja kawan dia, kemudian kawan dia macam sedar aku makin hampir... Bila dia beralih belakang.
      "Eh, silap orang" aku terus beralih dan tak tengok langsung. Blah dari library dan terus ke kelas. Hahah! 
Serius malu, sebab aku terlalu yakin panggil dia Farah... Aku ingatkan memang Farah budak kelas aku. Rupanya budak tu kelas occupational therapy(OT). Aku tak kenal, tapi aku tahu dia kos OT. Sebab perempuan yang akan pakai baju biasa cuma kelas aku dan OT je. Intake aku tak banyak pun, cuma 3 kos dalam 2 ratus lebih. Ada muka aku cam, ada muka aku tak cam sangat batch aku.

Perempuan melayu kelas aku cuma 6 orang. Jadi patutnya senang nak cam. Kalau nursing batch aku, diorang dah pakai baju uniform nurse dan akan mula kerja klinikal tak lama lagi. Pelatih OT pakai baju kurung biasa buat masa ni... Jadi disebabkan spec aku pun calar2 dan kurang power. Padah terlebih yakin menegur orang. Padahal nampak samar2 je. Di sini aku kurang nak bertegur dengan budak kos lain. Kos lain tu sudah tentu nursing la majoriti selain MA untuk intake aku. Sebab kelas aku pun ramai lelaki, so nak buat ape pun kenal dengan budak nursing ramai2. Cukup kenal dengan group orientasi haritu pun kira ok dah.

Pasal spec pulak... Aku ada 2. Spec lama dan spec baru. Pagi tadi spec aku entah hilang kemana aku letak. Jadi aku guna je sementara spec lama.. Padahal spec lama ni agal teruk cerminnya sebab calar. Kitorang masuk kelas tak boleh lambat. 7.30am biasanya aku dah gerak pegi kelas. Kalau lewat lebih dari pukul 8.00am, kalau tak bernasib baik, korang boleh kena tindakan tatatertib. Serius strict kat sini. Semua benda serius. Kitorang kena belajar biasakan semua perfect. Tak boleh sambil lewa. Kerja nanti kalau lambat bagi pertolongan, orang pun boleh hilang nyawa. Sebab itu kitorang disuruh belajar betul2.. kerja nanti melibatkan nyawa orang. Mungkin nanti aku akan disajikan dengan darah dan bau-bau darah di wad kecemasan. Itu perkara biasa bagi skop kerja aku. Apa yang pengajar aku cuba terapkan... korang kena feel semua benda2 ngeri ni.

Wednesday, March 5, 2014

Jimat

Sekarang ni belajar, aku banyak jimat duit. Dapat gaji pun takdek nak beli pakaian untuk bergaya. Gaji adalah istilah yang digunakan selain elaun. Kami dilatih macam kakitangan yg bekerja... Bila tepat tarikh masuk gaji, kami pun dapatlah gaji same.

Kalau dulu aku study di UiTM, Mungkin nak beli baju, seluar, kasut baru untuk pakai ke kuliah. Tapi sekarang setiap hari pergi kuliah pakai pakaian jenis yang sama, memang takleh nak bergaya... Kalau nak bergaya pun setakat ubah sikit rambut, spray perfume wangi2, Kasut kulit hitam yg mahal sikit, dan jam tangan. Buat masa ini aku pakai baju putih dan seluar hitam. Mengenakan tie.  Itulah pakaian hari-hari aku buat masa ini. Seluar jeans pun dah tak pakai macam pergi kuliah kat UiTM dulu...  Setakat nak keluar outing pun aku pakai tracksuit.  Seluar jeans dah lama tak usik.  Kalau aku pakai pun masa naik bas nak balik bercuti ke rumah.

Pakai tracksuit ni sebab selesa, senang nak jalan.  Seluar jeans ni biasalah, seluarnya kain keras sikit, bila berjalan tu ade la rasa ketat sikit, tak macam tracksuit.  Outing. macam kelakor jugak guna istilah outing. Dulu kat UiTM, bila2 masa nak keluar, belasah je keluar. Mana ada diterhadkan.  Disini aku boleh keluar seminggu sekali dan pada waktu petang hari rabu. Outing ohh!

Outing pun setakat pergi Mart yang terdekat. Nak jimat aku jalan kaki.  Dalam 20minit sampailah...  Tapi bila nak balik ke kolej aku ambil teksi, tambang 4ringgit untuk satu teksi. Nak jimat kongsi-kongsilah satu teksi empat orang, itupun kalaulah ade orang nak kongsi.  Mart itu je yang terdekat... Kalau nak jauh sikit pergi ke Plaza Angsana. Tempat angsana tu takde ape pun... aku nak beli ape lah sangat. Shopping baju? memang tak lah.! Kalau beli pun, aku nak pakai masa bila? Hari-hari pergi kelas pakai baju putih tuu je. Beli kasut? tak jugak... Nak bergaya kat manalah sangat. Jadi sejak belajar kat sini, aku mungkin akan beli lebih banyak sikit tracksuit. setakat nak pakai kat dalam kolej dan outing.

Duit gaji yang dapat setiap bulan, memang takde nak fikir beli ape2 sangat. Bagi semester 1 macam aku ni, ramai yang planning nak beli plan internet. Kat kolej ni takde sedia Wifi, jadi pandai-pandailah beli sendiri. Kemudian... setakat nak beli barang keperluan harian. Banyak jugak member yang target nak beli henset dan gajet2. Itu je kot yang terlintas dalam fikiran. Henset smartphone atau laptop penting bagi kitorang. Discussion atau assignment memang perlu ada internet. Pengumuman terkini kadang diberitahu melalui Mobile Apps macam wechat dan whatsapp.

Boleh dikatakan, student sini memang akan ada smartphone... semua guna duit gajilah. Perkara biasa.

Yang menghairankan... Walaupun takde benda nak beli. Gaji aku tetap cepat je mengalir keluar. Tetiba tengok tinggal sikit je. Aishhh! Aku kena pandai urus kewangan lepas ni. Ade jugak hajat dihati nak beli Tablet PC. muehehee~


Monday, March 3, 2014

Diet rendah kalori


Sekarang ni aku tengah cuti mid sem seminggu. Ade kat rumah. Ni gambor baked bean yang aku baru beli,... Tetiba teringin ngidam nak makan dengan telur. Makanan ni memang kegemaran aku masa tengah berdiet dulu2. Tak makan nasi, dan selalu makan masak dengan telur. 

Antara sebab aku selalu makan ni, senang nak kira kalori. Makanan ni kalori rendah... Dan ada tulis pada tin tentang kalori dan nutrisi. Orang yang berdiet rendah kalori biasanya kandungan ketone dlm darah akan jadi tinggi... Sebab banyak guna tenaga dari lemak dan otot. Aku ade study ni dalam biokimia. Nak explain lebih pun takleh lagi, sbb aku belum kaji dan revision lagi topik ni. Takut silap sampaikan ilmu pulak.

Benda ni masak dengan sikit minyak, dan telur. Bagi jadi kering2 sikit... Jgn buat basah, tak sedap. Boleh makan dengan roti, Sodap! Benda2 mcm ni la aku selalu makan kalau tengah diet rendah kalori. Senang nak kira kalori sbb ada ditulis kandungannya. Telur biasanya kalori 80kcal. Kena pandai2 la rancang makanan harian. Bagi cukup protein dan nutrisi. Sbb tu makan dgn telur barulah sedap dan khasiat.

Dgn senaman dan diet rendah kalori... Dlu aku dah hilang 20kg masa form4. Pastu sekarang ni, sejak masuk degree berat naik balikkk! Hahah makan pun dah tak kawal. Senaman pun tarak langsung... 

Boleh cuba kira2 pengambilan kalori, intresting bila experiment korg menjadi dan dapat hasil. Sekadar nak kongsi benda ni... Menu utama masa aku diet. Heheh.

Sunday, March 2, 2014

Bolehkah ini cara nak hilangkan mengantuk di dalam kelas?
Ini tak mengantuk, dan kompem tak fokus jugak.
 Agak kerap jugak mengantuk bila ada dalam kelas. Dulu takde pun macam ni.
sejak belajar disini(KSKB), mengantuknya bukan main hebat lagi...

Masih mencari jawapan kenapa aku mengantuk sangat.
macam2 cara dah cuba... what the...
blearghhh~