Sunday, November 24, 2013

Bulan yang sama, Luna

Teramat suka tengok bulan bila waktu malam yang sunyi dan tenang...
Sebabnya, walaupun suasana malam sunyi, mungkin kurang rasa seorangan.
Bak kata omputih bila kita melihat bulan, akan ada beribu-ribu orang lagi melihat bulan pada waktu yang sama di merata-rata tempat mereka berada.

Kalau masa study asasi di Puncak Alam dulu... Semester 2 aku tinggal dalam bilik sorang2. Roomate aku dah pindah tempat belajar lain. Kadang aku baca buku sampai lewat malam hingga pukul 1-3pagi, aku akan lepak kejap minum kopi dan tengok ke luar tingkap. Sunyi. Aku memerhati bulan dan langit sekitar... sambil dengar lagu.

Masa kat Dungun pun sama je... Cuma kat Dungun susah sikit nak nampak bulan dari dalam bilik. Jadi aku akan ke pantai teluk gadung sorang2 jalan kaki sebelum pukul 11 malam. Kolej kediaman dibenarkan masuk tak lebih pukul 11mlm. Serius tengok bulan penuh di pantai memang best sebab ada pantulan cahaya sikit2 di atas permukaan laut. feel beb.

Masa di Shah Alam pun sama. Cuma... jarang nampak bulan penuh, kadang2 terlindung dengan awan. Terakhir aku tengok bulan di Shah Alam masa ada di fakulti. Time tu ada kerja kumpulan dengan classmate, bkn kerja aku pun, cuma saje tolong edit video 3rd language diorang.
Aku beredar kejap dan memandang ke arah langit.... Aku nikmati sepuas-puasnya suasana langit Shah Alam di fakulti aku. Aku dapat rasakan ketika itu, mungkin ini yang terakhir aku ada disitu. Sebaik aku usha ke arah langit, terus ternampak tahi bintang lalu. Cantik. Ini pertama kali aku nampak. Kebetulan. Timing memang baik

Dan sekarang aku di Kuala Pilah.... pukul 3 pagi aku buka tingkap dan lepak kejap tengok ke luar tingkap bilik. Jelas kelihatan bulan. Langit pun cerah tanpa banyak terlindung awan. Sambil dengar lagu Disagree-crumbs kegemaran dalam Mp3, tapi version lagu ni macam lain sikit, ada bunyi guitar...

Kuala pilah langit memang cantik waktu malam. Roomate aku dah tidur... biarlah dia. tenang sikit takde gangguan bunyi atau apa2 kecuali bunyi dengkor tido lahh kalau ade.

"Big world
Says he wants to see the light for once,
Well maybe if you try"

"It's so sad
Babe don't look so sad
I've got it wrong today"


Tetiba... Teringat kembali saat-saat aku melihat bulan sebelum ini.
Di kampus Puncak Alam, Dungun, Shah Alam, dan Kuala Pilah sekarang ini.
Melihat bulan dan rasakan suasana yang hampir sama seperti dulu walaupun dah berlalu begitu lama... aku mula terfikir sudah berapa lama agaknya perjalanan aku. Ini sudah masuk kampus yang keempat. Waktu malam begini memang time aku mencari ketenangan dan privasi memandangkan ramai orang dah terbongkang tidur.

Bila imbas kembali kesemua... aku melihat bulan sama ketika sunyi malam sebegini, suasana yang tetap sama... lebih tepat sama seperti di Puncak Alam. Bulan boleh nampak terus melalui tingkap bilik.
Mengalir air mata lelaju. Dah macam air paip terlupa nak tutup ketat2. Ceittt bikin malu jek... mungkin termasuk habuk atau menatang kecik dalam mata kot kot. Muka dah cuba maintain cool lepak kat tingkap bilik aku tuu... tapi macam takleh stop pulak.
Well~ kadang benda ni automatik gile... Alang2 biar je la... mengantok agaknya aku ni?

Esok hari isnin aku akan muliahkan kuliah di tempat agak asing bagi aku... Tempat baru. Aku ada seorang roomate ni, dia lepasan SPM, Aku dikira seorang berpengalaman tentang selok-belok universiti dan kampus UiTM walaupun aku kategori pelajar baru disini.. Aku nampak dia macam agak sedikit manja... biasalah, ini kali pertama dia tinggal di asrama. Lama-kelamaan mungkin dia dapat biasakan diri dan bedikari. Aku cuba yakinkan dia dgn suasana Universiti, ceritakan pengalaman aku supaya dia ada motivasi... Dia mula goyah dgn konsep universiti yang jauh beza dengan sekolah dia dulu. Takpe, dia perlukan masa. Aku kata pada dia, tunggulah dulu masuk kelas hari isnin nanti... jangan tarik diri lagi. Mula2 nak biasakan diri mungkin sukar bagi dia. Harap dia dapat kawan2 kelas yang boleh berikan dia semangat dan sebab untuk terus belajar...

Tentang aku pula.... aku tak pasti macam mana. Kampus ini buatkan aku takde mood nak jejalan ke luar kampus.... sebab kampus ni sangat ceruk dan susah nak keluar, kawasan pekan pun takde ape sangat. tambang teksi pun agak mahal bagi kategori seorang pelajar lah..

Malam ni mata masuk habuk ke apa? Terharu ke tersentuh? Kesayuan?
tak tak tak... aku rasa aku mengantuk tadi. Mungkin patut tidur dah. Roomate pun berdengkor dah haaa... rilek je.

UiTM Kampus Puncak Alam


Ahad, 24 November 2013
UiTM Kampus Kuala Pilah

Dalam bilik gelap Kolej Sri Pilah.

2 comments:

  1. x bawak motor ke?
    kalau terlebih rajin, pi jalan seremban/bahau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semester 1 xleh bawak kenderaan lagi... xdpt nk pegi mane2 la buat masa ni. :(

      Delete