Wednesday, June 19, 2013

Tiada duit, tiada kek

Aku dah plan dari awal, hari ni aku ingat nak pergi makan kek kat Secret recipe.
Macam tahun lepas, tapi tahun lepas aku makan kat Hotel UiTM Dungun. kek dia lebih kurang macam secret recipe. tahun lepas aku rase lagi best, aku makan dua slice kek duduk meja makan menghadap laut. best gila angin time tu. Tapi tahun ni kalau nak makan kek rase macam tak best takde angin dan view laut. kalau tidak boleh la aku makan sorang2 sambil layan angin laut.

Cake. 19 Jun 2012.
Kek tiramisu yg warna cokelat.
Warna putih tu dah lupa, mungkin kek oreo kot.
Sebelum maghrib tadi pergilah check duit kat ATM. aishh... ade berapa je duit. takde pun bank in lagi dalam akaun aku.... Nak makan kek camni bukan murah. 1 slice Rm6 gitu.... lagipun kalau kat Shah Alam ni aku rase macam tak best pulak nak makan kek kat Secret recipe, mesti ramai orang. mungkin lebih baik aku bawak balik makan kat area2 Kampus ni. tapi malangnya... plan tak jadi. Duit tarak. takpe la... tak dapat makan kek harini. postpone la hari lagi...
Malam ni, Roomate aku belanja KFC sempena hari jadi aku., Alhamdulillah. terima kasih banyak2 Hafizudenn! dah lama takde member belanja aku makan sempena birthday. hoho

ok, selain tu aku baru je cabut 2 batang gigi semalam.... serius time cabut tu ngeri gila aku rasa. diorang tutup mata aku dan semua badan aku dengan kain. prosesnya... bius gila2 dalam kat dalam mulut(rahang). mula2 terasa panas kat rahang kemudian terasa macam terkena urat... lama2 kebas la. Prosesnya.... dia toreh2 dulu gusi aku.... sebab nak cabut gigi bongsu paling belakang. pastu dia drill gigi, sampai terasa hingga ke rahang. tak rasa sakit pun.. cuma time dia drill sampai ke rahang memang ada rasa sakit sikit. kemudian dia pecahkan gigi tu. ada la bunyi "prak".. dia keluarkan serpihan gigi yang dah pecah.... dah habis tu, dia jahit pulak gusi.

itu baru gigi bawah. gigi atas pun kena cabut. tapi itu senang sikit.. takyah toreh2 gusi dan drill... diorang cabut je terus. akhirnya aku dapat MC 3 hari... lama la pulak cuti. pipi aku pun dah nampak bengkak sebab cabut haritu.  

No comments:

Post a Comment