Saturday, June 29, 2013

Bukan sedih, tapi gembira.

Aku dah jumpa penyelesaian. mungkin tak perlu bersedih dan bermuram lagi. Aku nak tarik diri dari program pengajian aku sendiri... nak kata sedih tak jugak. bila aku sedar... rupanya aku dalam mood gembira. haha.

Aku kemungkinan bertukar ke diploma atau degree. Kalau diploma, aku akan ambil Microbiology. memandangkan result SPM aku takde masalah nak apply ape2 program, jadi aku pilih microbiology. sebab aku seorang yang suka biologi dan berkenaan dengan research. Hasil minat kerjaya aku pun menunjukkan aku lebih ke arah 'investigasi'. contoh macam kerja2 makmal atau bidang yang banyak kajian. mana tak nye... Dari Asasi Sains ke Business computing... memang aku tak berapa nak ok lah. demotivate.

Untuk degree pulak, aku mungkin ke IPTS atau IPTA.... kalau IPTA tu mungkin bukan lagi fakulti komputer macam aku sekarang, yang penting aku taknak dah bahagian IT dan sains komputer. walaupun aku nak tukar program pengajian... tapi aku teruskan jugak habiskan Exam semester ni. harap2 aku memang betul dapat tukar program pengajian yang aku minat.

Bila fikir tukar program pengajian... aku mungkin akan terlambat beberapa tahun. Tapi aku tak kisah dah pasal tu semua. tak kisah la umur 24-25-26-27 baru aku habis degree. aku dah malas nak fikir. asalkan aku habis belajar dengan apa yang aku nak. Dulu aku ade planning, kalau habis degree umur 23, kerja pastu boleh dah kawin... tapi sekarang fikiran tentang kahwin tu aku letak jauh2 sikit. aku tengah fokus akademik aku sekarang.

kadang2 tengok perempuan pun... terfikir.. aishh... aku nak kawin pun tak layak lagi. sape lah yg nak... Nak kerja pun lambat lagi. sape yang nak kasi dia makan nanti, tak bahagia pulak dia nanti. sekurangnya kalau korang dah final year boleh la usha2 sikit calon sebab dah nak habis belajar... pastu kerja... kira boleh dah kahwin.

Aku tersenyum... dapat belajar apa yang aku minat. tak kisah lambat atau cepat aku nak habis belajar. asalkan aku dapat belajar. tak perlu lagi hari2 nak sedih dengan suasana kat Fskm sekarang ni. nak gembira pun nak tak nak je. Penyelesaiannya... aku keluar dari kos aku, aku dapat lari dari masalah depression aku. kaunselor pun cakap better aku tukar kos, penasihat akademik pun kata camtu, termasuk kakak aku pun cakap macam tu... sebelum jadi lebih teruk dengan masalah. lebih baik aku tukar program. :)

classmate kadang2 agak pentingkan diri. cuma aku dengan saiful je la cuba survive dengan keadaan ni. kitorang je yang saling bergantung. classmate lain... aku malas nak fikir dah. aku cadang kat saiful... kalau dia rasa tak boleh survive, tukar je kos lain. tapi harap2 dia tak ada masalah dan boleh teruskan walau aku takde nanti.... Doakan yang terbaik untuk masa depan aku. :)


"You know my name, not my story. You've heard what I've done, but not what I've been through." -Jonathan Anthony Burkett

177 comments:

  1. Dah pk btul ke ni?

    Bleh sy bg pendapat sy? Hahah.. tanye plakk la kan.. klau rase tak seswai, sorry la ye..

    Sy slalu tgk awak mcm depressed je ngan course awak skrg.. and somehow, bunyi dari post ni nmpk cam awak happy.. good for you! =) Truth is, kite je yg tau strength and limitation sendiri..

    Klau ade yg berbunyi, abaikan je.. bkn diorg yg akan hidup ngan degree yg tidak dimahukan itu. Awak nnt nak keje, awak mesti nak buat bende yg awak suke.. btul tak? So its best klau awak buat ape yg awak nak.. bukannye awak benti study pun, just beralih ke arah yg lebih sesuai..

    Pasal mase tu, bkn masalah beso (except utk org yg tak paham) Yg penting, awak tetap ade niat nak bersungguh.. Rasulullah pun suruh umat jgn berenti blajo so umo ape pun, its not important.. awak bukan buang masa pun. Dlm 2 tahun ni pun still bnyk ilmu awak dpt =)

    I wish you all the luck dan moga dipermudahkanNya.. =)

    Psstt.. grad nnt jgn lupe bgtau eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sya Dah tarik diri time first day class(online) tapi belum bayar yuran... kita kena bayar ke yuran tu lagi baru dia luluskan?

      Delete
    2. Mcm mana nak tarik diri eh?..Borang nak isi tu kena print sndiri or pegi UiTM?

      Delete
    3. Hi awak. Dh tarik diri dari uitm ke? Macam mana nak tarik diri ye? Can you help me?

      Delete
    4. Hi. Sy ada soalan yg sama. Mcm mana nak tarik diri ya?

      Delete
  2. sangat depressed dgn kos sekarang, suasana study sekarang... saya still semangat lagi nak bljr tak kira la umur berapa pun nanti... terfikir jugak, nak kerja takkan sepanjang hidup dengan benda kita tak suka. pasal masa tu.. saya dah fikir habis2 dah semua..
    Thank you cikgu ayu! :)
    insyAllah mungkin ada jalan terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslkm awak, saya tak tahu smada awak masih aktif dlm blog ini atau tidak tapi saya nak bertanya beberapa soalan, boleh saya nak no telefon awak?

      Delete
    2. Aslkm awak, saya tak tahu smada awak masih aktif dlm blog ini atau tidak tapi saya nak bertanya beberapa soalan, boleh saya nak no telefon awak?

      Delete
    3. Wsalam. Saya kurang aktif buat masa sekarang. Boleh email kat saya gempaksher@gmail.com. Nanti saya akan cuba reply nombor saya.

      Delete
  3. bole ke kita tukar kos, sedangkn kita sedang belajar.. skrg nih sy ade mslah sme mcm awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. qa Nabela. Kalau awak bljr di UiTM, pertukaran kos memang tak boleh. Tapi saya cuba jugak mohon, buat surat dan hantar sendiri, walaupun saya rasa macam sia2, Sekurangnya saya cuba apa2 saja cara sebelum keputusan akhir saya, quit. Dan saya memang tak dapat tukar kos, tidak diluluskan, surat dihantar ke rumah selepas saya dah quit. Saya quit dan mohon balik UiTM. Untuk mohon kembali UiTM, saya perlu keluarkan status saya sebagai student dlm sistem, Kalau tidak memang tak boleh mohon online. Awak semester berapa? Kalau ada pinjaman ptptn, awak kena selesaikan semua pinjaman yg awak dapat masa belajar, kemudian baru boleh buat pinjaman baru untuk kos baru. Saya sekarang bukan lagi di UiTM, sdg belajar di tempat lain. Mungkin saya boleh kongsi serba sedikit, harap dapat membantu. :)

      Delete
    2. saya pun dalam situasi yng sama tapi saya nk quit kene isi borang je kan

      Delete
  4. Assalamualaikum awak, saya nak tanya kalau saya dah menarik diri, tapi boleh ke sy apply terus untuk permohonan seterusnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Boleh. Awak boleh apply lagi untuk permohonan seterusnya di UiTM. Itulah syarat untuk permohonan, awak kena tarik diri dulu dari uitm, clear nama dalam senarai student, baru boleh apply. Selagi nama awak ada, takleh apply. Selagi awak student uitm, awak takleh apply permohonan uitm. Itulah yang saya buat. Aku tarik diri dan apply lagi. Cuma part ptptn if awak ada ambil masa kos yg awak tarik diri tu, awak kena setelkan semua hutang. Baru boleh apply balik untuk pinjaman baru.

      Delete
    2. Nak apply tu kena tunggu berapa lama tempoh rehat?

      Delete
    3. tak ada tempoh lama. Asalkan nama dah clear dalam masa seminggu biasanya diambil. terus boleh apply. Saya pun lepas nama dah clear. terus apply. Dalam masa seminggu.

      Delete
    4. Assalamualaikum tumpang tanya. klu berhenti yuran pengajian tak dpt blik ye? saya baru start semester1

      Delete
    5. Mcm mana nk tahu yang kita dh tak jadi student situ yee

      Delete
  5. salam..maaf bertanya.saya dlm proses nak tarik diri dari uitm dan nk apply kos lain utk next kemasukan..mcm mana nk clearkan nama dlm sistem tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak kena berhenti dari UITM. Ini akan buatkan nama awak tak ada lagi dalam uitm sebagai student. Nama clear dari UITM sebagai student. Baru boleh apply kemasukan ke UiTM lagi.

      Delete
    2. sy pon nk tkr kos,lps quit tu nnt nak apply dekat mana ya?adakah sy kne apply upu mcm biasa balik ataupun ada cara lain ?

      Delete
  6. saya nak tanya ..saya baru habis minggu orientasi di uitm...kalau saya nak menarik diri dalam masa terdekat adakah saya akan mendapat semula wang yuran telah saya bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kasut Oren. Emmm Saya pernah situasi ni. Beberapa minggu selepas orientasi di UiTM K.Pilah saya tarik diri, sebab dapat tawaran belajar tempat lain. Sebenarnya tak kira sekejap je atau lama daftar masuk UiTM. Yuran tu bila dah bayar kira burn/habis dah, takkan dapat balik. :)

      Delete
  7. Hai. Saya nak tanya proses menarik diri tuu berapa lama yee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amira. Proses nak tarik diri tu tak amik masa lama. Isi form tarik diri, Setelkan semua saman/denda, denda library/cop library, minta cop kat fakulti/HEA, hantar. Dah hantar borang, HEA kata ok, tu kira boleh dah check out kampus. Hoho :D

      Delete
    2. Assalam nk tanya ..kalau nk tarik diri dr uitm uitm bole kita sendiri buat surat formal sendiri .

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum..dlu prnh bljar kat uitm k.pilah ka...degree atau dip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam. Hi Illias. Pernah, Amik diploma mikrob.

      Delete
  10. Kalau kita tgh dip lpstu nk tukar u.. Ad kena ap2 bayaran slain yuran pndftaran ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nurul khairunnisa. :)

      Kalau dah dmasuk study, kan kita dah bayar yuran pengajian masa awal2 masuk. Jadi yuran yg kita bayar, kira tak boleh tuntut balik dan kena setelkan. lepastu kalau ada saman dalam kampus, denda lewat hantar buku library ke, itu semua kena setel dulu baru boleh lulus surat berhenti. Ni saya cerita pnglaman di UiTM lah. Uni lain saya tak pasti kalau ada yg berbeza. Rasanya sama je lebih kurang

      Delete
    2. Masa nak hantar borang tarik diri/berhenti. Dia akan check if kita ada hutang apa2 dengan uni. Kalau ada dia tak luluskan, dan kena setelkan dulu. Baru lepas dapat cop dan hantar.

      Delete
  11. Salam, nk tnya, bila dh tarik diri, mcm mna nk mohon semula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah tarik diri, kena mohon mcm biasa balik. Melalui UPU kalau universiti awam. UiTM ada intake dia sendiri 2 kali setahun mohon terus online dgn UiTM. Bila tarik diri dan pernah hutang ptptn sebelum ni better setelkan dulu if nak apply lagi pinjaman PTPTN. contoh kata sem 1 dah dapat Rm3500, jadi kena setelkan dulu baru boleh apply balik pinjaman

      Delete
  12. Contoh kalau masa mintak tnda tangan tu semua koordiantor akan tanya mcm2 tak? Cth kalau belum inform parents, diorang akan call parents immedietly ke depan kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa minta tanda tangan, Pejabat fakulti yang cop. atau pejabat HEA kat kampus. saya dah dua kali isi borang tarik diri UiTM ni. Hihi. Dalam borang, ada ruang untuk isi sebab berhenti. Pejabat fakulti ada kata suruh jumpa dekan berbincang hal tarik diri, Jadi saya beritahu ada jumpa, tapi saya jumpa pun sebab hal lain bukan bincang tarik diri. Mungkin sebabkan saya dah belajar tahun kedua, jadi perlu pendapat dekan jugak lah kot. Sebab borang tu perlukan cop dekan, pejabat yang akan cop. Kalau coordinator tu ambil berat mungkin dia call kita lah kot, Tapi hal tarik diri tak perlukan pengesahan koordinator pun. Dari segi pengalaman saya, tak pernah pula koordinator libatkan parent saya. Tapi apa yang pasti lepas surat tarik diri yg kita submit, mereka akan proses, permohonan lulus akan dihantar ke alamat rumah kita untuk makluman.

      Delete
    2. Macam mana nak tahu yang nama kita dah tak tersenarai sebagai student situ??? Pleasee jawabb

      Delete
  13. Susah tak proses nak dapatkan tanda tangan tu? Yg surat quit tu betul ke hantar ke rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proses tak susah. Isi borang, setelkan bayaran apa2 yg belum bayar, termasuk denda library dan saman. Dah dapat semua cop, Hantar ke pejabat. Saya buat dalam masa sehari je. Yang lambat tu cuma saya kena transfer duit bayar yuran kolej haritu tapi takde duit, so terpaksa minta parent dulu. Bawa resit bayaran untuk bukti sebelum bahagian kewangan diorg cop. Borang yang kita hantar kt pejabat, akan dihantar ke alamat kita bila dah diluluskan dan sah kita dah tarik diri.

      Harap reply saya ini dapat membantu awak. :)

      Delete
    2. Awak settlekan urusan cop tu dalam masa sehari? Masuk kelas jugak ke? And awak keluar dari uitm dalam 2 3 tu jugak ke?

      Delete
  14. Assalamualaikum,saya nak tanya klau nak menarik diri uitm ni perlu ke saya perlu berjumpa dengan pensyarah yg sedang mengajar untuk mendapat tandangan atau tidak perlu

    Dan selepas menarik diri saya ada tanya HEA yg mereka memerlukan masa 6 bulan untuk clear nama kita.

    Saya perlukan penjelasan tentang kedua2 perkara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi 1 klau nak berhenti selepas 7 minggu ke ape2 minggu ke selepas tarikh start belajar boleh ke?

      Delete
    2. Waalaikummusalam Herry. Tak perlu pun jumpa pensyarah kita. Urusan kita dengan bahagian pentadbiran HEA atau Dekan je.
      Kalau 6 bulan lama sangat tu. Tak sampai pun. Dari pengalaman saya, nama saya clear sekejap je tak sampai pun sebulan. Lepas tu saya apply balik ke UiTM. Sebab nak apply balik kena nama clear dulu.

      Nak berhenti dalam seminggu masuk pun boleh. Bila2 pun tak boleh, tiada masalah. Saya ada pengalaman berhenti minggu ke-3 selapas masuk. Saya dah dua kali pengalaman tarik diri UiTM ni. :)
      Tak terlalu rumit mana prosesnya. Kecuali jika kita ada hutang nak kena bayar, itu kena setel dulu. Umpama macam Yuran, Denda atau apa2 bayaran lain.

      Delete
    3. Hai saya nak bertanya, jika kita berhenti semester I, adakah yuran untuk next sem kita perlu selesaikan juga ataupun hanya setelkan yuran semseter I sahaja ?

      Delete
  15. Hai, boleh tanya? Saya dah menarik diri dari uitm dan dah dapat pun surat berhenti dari uitm, saya cuba untuk membuat permohonan ke uitm dan upsi ambilan feb 2018, adakah saya layak untuk membuat permohonan tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Tyara. Kalau nama dah clear dari status student UITM Memang layak apply balik UiTM. Tiada halangan.
      UPSI ni saya tak pasti permohonanan dia. Apapun UPSI takda kaitan dengan UiTM. Kalau dalam masa studi UiTM pun boleh apply. Sebab dulu UiTM pernah luluskan pelajar dia untuk tukar program dalam UITM juga. sekarang ni tak dibenarkan lagi. Jadi caranya memang kena berhenti dan apply balik. Tapi jika awak nak mohon ptptn untuk tempat belajar kos baru apply ni, awak kena setel dulu PTPTN yang sebelumnya.

      Delete
    2. Tapi saya nasib baik tak mohon ptptn lagi sebab baru 2 minggu saya dekat uitm ☺️ Saya dah call dah uitm tanya tentang status saya di uitm, akak tu cakap nama saya dah clear dan saya layak mohon februari 2018, upsi pun sama, alhamdulillah awak terima kasih share ☺️��������

      Delete
    3. Alhamdulillah. Semoga awak lebih berjaya pada masa akan datang dan gembira selalu, Tyara.
      Belajar sungguh2 sambil enjoy zaman belajar awak. :)

      Delete
  16. hi boleh tak saya nak nombor telefon awak, saya nak tanya tentang quit uitm. sebab sekarang saya amik diploma dan saya tak minat course yang saya ambil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi wanie. Boleh hantar ke email saya gempaksher@gmail.com. Nanti saya cuba sampaikan nombor saya. Harap dapat membantu. :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  17. As'salam... Nak tanya, kalau quit uitm after beberapa sem, still akan dapat sijil berhenti dan transkripsi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Sofia. Sijil berhenti takda, Cuma awak akan dapat surat pengesahan awak sudah berhenti dan diluluskan permohonan berhenti. Surat tu akan dihantar ke rumah. Transkrip memang tak ada bagi. Boleh cuma ada result exam setiap semester shj yg boleh kita print sendiri. Transkrip penuh ni dapat dapat bila tamat pengajian hingga akhir.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Ok tq... Nak tny, borang tarik diri ni, amik kat pjbt pentadbiran or HEA?

      Delete
    4. Maaf, saya tak pasti bagi kampus Sofia.
      Tapi masa saya di kampus negeri sembilan, Saya ambil di pejabat HEA.
      Dan Masa di kampus Shah Alam Saya download borang, print dan saya hantar ke pejabat fakulti sendiri

      Delete
  18. Maafkan saya,bolehkah saya mendapatkan no telefon untuk bertanyakan lebih lanjut perihal ini?

    ReplyDelete
  19. Lama tak nak dapatkan kelulusan tarik diri tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti tepatnya Sebab saya pun dah tak berapa ingat. Tak lebih dari seminggu lah. Dalam 2-3 hari clear dah sepatutnya, lepas tu saya buat mohon online uitm balik.
      Ikutkan bila dah hantar surat berhenti. Kira awak dah berhenti. Cuma ambil masa untuk batalkan nama awak dalam sistem UiTM je.

      Delete
  20. Assalamualaikum.. nk tny, awk still attend kelas ke sblm awk quit tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya quit masa minggu peperiksaan. Saya sempat jawab 2-3 paper sebelum saya serah surat tarik diri. Sebelum2 itu saya masih attend kelas.

      Delete
  21. Pastu assignment, presentation mcmne? Inform kawan2 dlu x sebelum quit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fatin. Itu better awak maklum pada kawan2 kalau awak group dengan mereka, supaya memudahkan urusan mereka nanti. Tapi sebabkan saya quit masa dalam minggu exam, jadi tak libatkan tugas berkumpulan apa2 lain dan tak maklumkan pada semua lah masa itu.

      Delete
  22. Salam,sy mrupakan plajar uitm dan sy nk tukar kos.sy nk tau bleh ka tkar kos??
    Sbb sy xleh nk hdam ttg pgajian skrg ini...mohon pnjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tukar kos memang UiTM tak benarkan sejak lama dulu. Dulu memang pernah uitm bagi, sekarang tak lagi. Biasa dia akan suruh kita quit dan mohon semula pengajian di UiTM. Atau awak boleh guna budi bicara bincangkan hal ini dengan Pihak tertinggi HEA, permohonan bertulis. ini Sekadar cadangan saya. Permohonan bertulis ke TNC HEA dan berjumpa dengan Dekan fakulti merupakan pilihan terakhir saya sebelum quit dan mohon semula. :)

      Delete
  23. Bro..borang tarik diri fskm dkt mne yer?sy x jmpe dlm website fskm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung dengan tempat study kat kampus mana. Kadang2 ada sesetengah kampus, dalam borang di ruangan cop pengesahan tak yg semua sama. Better pergi Pejabat fakulti atau pejabat HEA. Saya dulu staff suruh download dan print sendiri sebab borang tarik diri kat FSKM Shah Alam dah habis. Kalau ada borang kat pejabat, boleh minta.

      Delete
    2. Oo..mcm tu eh..sbb sy pn fakulti sains matematik komputer..tu yg tnya bro download kat mne borang tu..sbb sy cri kat website fakulti x jmpe plak..tpi jmpe borang tarik diri dkat intenet utk uitm shah alam yg ade sruh hnta dkat mnara saas tu..

      Delete
    3. Saya pun tak ingat dah print kat mana sebab dah lama, takut benda pun dah berubah dulu dan sekarang.

      Duduk kampus mana? Better pergi kat Pejabat HEA tanyakan borang. Biasa ada borang dah print. Kampus cawangan biasanya berurusan dengan pejabat HEA masing2. Jangan download borang kat fakulti. sebab macam saya download dari website fakulti sebab saya study kat main campus uitm Shah Alam masa dulu. saya kena dapatkan pengesahan cop Dekan Fakulti di pejabat fakulti sendiri.

      Di UiTM Kuala Pilah saya tarik diri minta borang kat Pejabat HEA. Boleh cari kat website UiTM kampus cawangan kalau ada borang tarik diri untuk download. Kalau takda kena pergi pejabat minta. Harap membantu :)

      Delete
  24. kalau belum mendaftar tapi dah bayar yuran, kalau tak pergi daftar pada hari di tettapkan yuran burn jugak ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi MM. Itu saya tak pasti. Cuba contact uni kampus yang dapat tu. Kalau diorang boleh pulangkan balik pada kita.
      Biasanya burn je. Tapi cuba tanya dulu, Mana tahu ada pertimbangan bagi belum daftar.

      Delete
  25. Salam, kalau dah berhnti dri uitm dan surat berhenti tu blum smpai rumah lgi boleh terus mohon kemasukan seterusnya ke?ataupun tunggu surat tu sampai dulu bru boleh mohon?

    ReplyDelete
  26. Wsalam. Boleh. Tak perlu tunggu surat sampai ke rumah. Syafinaz boleh check kat dalam student portal tengok status student macam mana aktif atau tidak. Saya lepas tiga hari hantar, saya terus dah boleh buat permohonan baru. Kalau dah boleh mohon baru, maknanya status student dah clear dlm sistem. Surat itu cuma salinan dan makluman sahaja yg mengesahkan kita dah berhenti.

    ReplyDelete
  27. salam nak tanya. if bill dah generate tapi kita takregister course and takbayar bill dan nak berhenti. sebelum berhenti tu perlu jelaskan bill dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bill dah generate, maknanya itu dah ada dalam sistem bendahari kewangan. Memang kena bayar dulu sebelum berhenti. Sebab memang kita kena ambil cop dari mereka yang mengesahkan kita tiada hutang apa2 lagi yang belum dijelaskan.

      Biasanya pejabat kewangan/bendahari akan check hutang apa2 sebelum boleh dapat cop pengesahan dari dia. Dalam borang memang ada ruang untuk cop mereka ni.

      Delete
  28. Salammm. Nak tanya, kalau berhenti uitm sekarang,nak mohon permohonan bulan 10 ni kan? Untuk sesi kemasukan bulan 3 tahun depan? Dan lagi 1, kalau mohon tu nak amik penerapan ke atau sarjana muda? Saya diploma uitm dulu. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti kemasukan kedua UiTM tarikh bila, Sebab dah ada perbezaan tarikh kemasukan masa zaman saya dulu dengan sekarang. Untuk pastikan tarikh boleh cuba call Bahagian pengambilan UiTM.

      Pastikan tarikh buka dan tutup permohonan tu bila, supaya dapat kita buat perancangan awal lebih baik. UiTM Ada dua kemasukan, Satu melalui laman web UPU(Intake pertama) dan dia ada buka satu lagi kemasukan melalui Laman Web kemasukan UiTM(intake kedua). Kalau nak mohon intake kedua saya rasa belum buka. sebab baru2 saja lagi selesai keputusan intake pertama melalui UPU.
      Sentiasa kena peka bila permohonan tu buka.
      Kalau nak mohon diploma dia ada permohonan kemasukan program Diploma. Permohonan akan menggunakan lulusan lepasan SPM guna result SPM.

      Penerapan ijazah khas untuk lepasan Diploma UiTM yang dah tamat dan ingin mohon ke Ijazah UiTM. Dan penerapan ke Diploma pula khas untuk dari Pra-Diploma UiTM ke Diploma UiTM. Kalau kita berhenti tak habiskan diploma, dia kena dalam kategori macam permohonan biasa guna result SPM. Macam yang saya pernah buat. Sebabkan permohanan Diploma intake kedua hampir tutup masa saya berada dalam semester degree saya, jadi saya kena quit sebelum permohonan tutup untuk bersihkan nama sebagai status student baru lah dapat mohon. Kalau tidak nama saya disekat untuk mohon selagi masih status student UiTM.

      Delete
  29. Kalau dah quit boleh ke mohon UiTM Mana yg Kita nak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. tapi kita tak boleh mohon kampus UiTM. Cuba boleh mohon bidang pengajian sahaja. Kampus akan ditentukan bahagian pengambilan pelajar.

      Delete
  30. kalau kita belum daftar untuk sem 1, kiranya kita belum guna duit ptptn lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum daftar maknanya belum mohon untuk ptptn. jadi tak guna duit ptptn.

      Delete
  31. Kalau dah quit.. Pastu tak lama lepas tu..rsa nak sambung balik semester yg awak tinggalkn tu boleh tak;

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau quit bermakna keluar dari program pengajian dan keluar dari status pelajar UiTM. Nak sambung perlu mula dari awal.
      Tapi awak boleh mohon penangguhan semester untuk sebab-sebab yang munasabah. Jika diluluskan jadi awak akan tangguh satu semester dari hadir ke kuliah dan ambil peperiksaan,

      Delete
  32. Nak quit tu just isi form je boleh ke terus post document tu melalui poslaju ke fakulti?sebab saya study di kampus kedah,rumah di shah alam..mcm x berbaloi untuk datang semata2 nak hantar borang quit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena submit borang ke kampus awak belajar. Sebab proses untuk memenuhi kehendak borang memerlukan awak hadir ke bahagian dan unit tertentu dalam UiTM untuk mendapatkan cop.

      Delete
  33. Assalam saya nak tanya..if kita nak tukar course di tempat uitm yang sama pun tak boleh ya? Saya fskm di melakajasintapi nak tukar ke fpa di melaka jasin juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini awak kena cuba berbincang dengan Ketua/dekan fakulti awak. mengikut budi bicara dia bagi sebab-sebab munasabah kenapa awak nak tukar. Tapi ia mungkin agak rumit. awak kena berjumpa sendiri. Kalau dia tak benarkan dan tetap dengan keputusan tiada pertukaran program dibenarkan, maknanya tiada pilihan.

      Delete
  34. Assalamualaikum,kalau mcm saya sekrg ni tgh sem 1 diploma ,mcm mana nk tukar kampus UiTM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Tukar kampus ni memang tak boleh. Awak kena cuba berjumpa sendiri dengan Rektor/timb.rektor HEA untuk minta budi bicara mohon tukar.

      Delete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. tyara,kalau kita dah masuk uitm 2 minggu or 1 minggu pon and berhenti kita still kene bayar yuran pengajian ke? please help me anyone ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah bayar, maknaya yuran pengajian kira tak boleh ambil balik. Kira burn. Dan bila awak dah daftar tapi tak bayar yuran, sebelum berhenti awak kena juga bayar. Jika tidak mereka takkan luluskan, dianggap ada berhutang.

      Delete
  38. Assalam. Nak quit dari uitm. Yuran pendaftaran blh dpt semula ke? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Tak boleh dapat kembali lepas bayar yuran. Walaupun kita quit selepas itu.

      Delete
  39. Wsalam. Bila sudah bayar yuran takkan dapat balik. Duit burn.

    ReplyDelete
  40. Salam, sya dah terima tawaran uitm. Tapi sya nak tukar kampus melaka. Dgr cita Kena isi borang inet dan pos. Still boleh terima ke mcm tu? Tolong reply terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti dengan proses sekarang uitm benarkan atau tidak

      Delete
  41. Salam, kalau saya nak quit daripada uitm , tapi dapat wpp ptptn. Kena bayat wpp tu balike?

    ReplyDelete
    Replies
    1. WPP perlu dibayar balik. Kita perlu membayarnya balik melalui PTPTN

      Delete
  42. Salam. Sorry ganggu. Nk tanya.
    Kalau saya nk tukar course (time tu saya tengah final exam) , betul ke course yg saya ambil sekarang kena wajib dekan baru boleh tukar course? Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu saya tak pernah dengar pulak. Tapi tak tahu lah kalau ada budi bicara daripada dekan fakulti atau pihak HEA. Tapi setahu saya tak boleh.

      Delete
  43. Haii ..nak tanya ..sy quit uitm sbb uitm tu jauh dri tmpat tnggl..klau sy nk apply uitm di kampus yg dekat dgn tempat tnggl blh?dn mcm mana??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalaam. Bagi saya tak berbaloi quit UiTM semata nak cari dekat dengan tempat tinggal. Kalau nak mohon dekat dengan tempat tinggal awak kena quit uitm dan mohon semula. Tetapi tetap tak menjamin akan dapat UiTM kampus yg dekat tempat tinggal. Sebab kadang 1 jenis program pengajian ada ditawarkan di 2-3 kampus. Saya nasihatkan untuk awak cuba adaptasi dengan persekitaran baru yang jauh dari rumah. Explore tempat baru, cari pengalaman baru. Berhijrah tempat jauh dari rumah cari pengalaman.

      Delete
  44. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  45. assalamualaikum. Hi! Nak tanya Saya baru daftar degree di UiTM Merbok kos Finance tapi saya tak dapat nak sesuaikan diri duduk di sini lepas 3minggu. So saya ingat nak berhenti UiTM. Boleh ke saya mohon kos yang sama intake baru semester hadapan? Sebab ada yang kata tak boleh mohon kos yang sama kalau quit uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam.
      Saya sarankan awak berjumpa dengan kaunselor disana untuk dapatkan khidmat kaunseling. Mungkin dia dapat bantu awak sesuaikan diri dengan suasana kampus. Kalau awak masih mahukan kos finance lebih baik stay. Sebab kos finance ada lagi di beberapa kampus lain. Saya takut awak akan alami perkara sama bila berada di kampus lain juga. Jadi saya sarankan berjumpa kaunselor disana untuk berbincang. Mungkin ada perkara lain yang mengganggu awak disana yg buatkan afiqah belum dapat sesuaikan diri. Awak kena cepat sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Harap awak enjoy belajar.

      Delete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3minggu tu masih awal lagi. tidaklah terlalu terlambat untuk kejar. awak boleh cuba belajar dengan kawan2 kelas yang fasa pertama awal masuk. Saya pun masa dulu ada kawan2 dari fasa 2. Tak terlalu jauh kalau 3minggu beza sebenarnya. Boleh belajar sama2 dengan kawan lain. Belajar berkumpulan, Cari kawan awak selesa.

      Kalau nak keluar awak boleh keluar pada bila2 masa saja dengan borang permohonan berhenti/ tarik diri dari UiTM.

      Delete
  47. Salam...saya nak tanya macam mana penerimaan keluarga awak tentang berhenti uitm ni? Adakah mereka tahu atau tak sebelum awak buat permohonan berhenti uitm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Saya bercerita pada adik beradik saya dahulu tentang permasalahan saya. Kemudian cuba meyakinkan ibu-bapa saya tentang keputusan saya untuk tarik diri dari UiTM. Adalah lebih baik awak maklum tentang niat untuk berhenti pada ibu-bapa. Dan berikan sebab yang sepatutnya serta rancangan awak jika berhenti. Jangan berhenti kosong semata tanpa ada rancangan seterusnya. Sebab ini semua akan melibatkan masa depan awak. Saya yakin ibu-bapa awak inginkan yang terbaik untuk masa depan awak. :)

      Delete
  48. Salam, saya nak tanya kalau saya tarik diri dari UiTM boleh saya mohon lagi di masa hadapan (saya merupakan lepasan STPM)? Lagi satu, boleh kita dapatkan pemulangan bagi yuran kolej dan perkhidmatan semula ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kalau tarik diri masih boleh mohon masuk ke UiTM semula. Perkara yang tak boleh layakkan awak mohon UiTM semula jika awak ditendang keluar/dismissed disebabkan bermasalah atau pointer dibawah 1.80 cgpa.

      Tapi awak kena pastikan tarikh untuk memohon UiTM dibuka. Sama ada melalui saluran website kemasukan UiTM sendiri ataupun UPU. Supaya awak dapat merancang masa menunggu dan bila sepatutnya awak masuk belajar.

      Segala yuran tidak akan dipulangkan lepas dibuat bayaran. contoh Jika awak nak berhenti tapi masih belum bayar yuran Kolej, awak tetap kena bayar sebelum pihak kolej meluluskan permohonan tarik diri awak. Sebab yuran tidak dibayar dianggap hutang belum dijelaskan. Termasuk denda perpustakaan.

      Delete
  49. hi, saya nak tanya. borang tarik diri belajar tu ambil dekat mana ye??

    ReplyDelete
  50. Pls baca email you. Sy ada sent something. Need fast reply. Tq :)

    ReplyDelete
  51. salam,nk tnya macam mna nk mohon penukaran kos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung dengan universiti awak. Kalau di UiTM tidak dibenarkan pertukaran kos. Pilihan yang ada adalah memohon semula

      Delete
  52. Assalamualaikum nk tnya, sy dh ambk ptptn time diploma n time degree, jika sy quit time degree untuk apply kos lain dan sy nk ambk ptptn jgk, adakah sy kne byr smua htng ptptn dari diploma lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Maaf lewat untuk reply. Saya dah kurang aktif blogging.
      Kalau awak ambil degree kemudian quit. Kena setelkan hutang masa ptptn degree, baru boleh mohon permohonan baru ptptn untuk degree yang baru. Untuk diploma punya pinjaman boleh mohon penangguhan sebab kita tengah study degree.

      Delete
  53. Hi assalamulaikum. Nak tanya, saya dapat tawaran masuk uitm untuk degree second intake ni. Course yang saya memang minta dan saya berharap masuk ialah uitm palam. Tapi tawaran tersebut mengatakan saya dapat di uitm bandaraya melaka. Sedangkan course code saya pilih tu dan dalam surat tawarkan tu mmg di uitm palam. Ada harapan ke kalau minta pertukaran lokasi kampus dan course yang sama? Kedua2 kampus ada course perniagaan antarabangsa. Harap dapat reply.. :((( tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertukara lokasi kampus ni agak rumit. Dan biasanya tak diluluskan kalau kita nak mohon pilih kampus. UiTM sekarang 1 pengajian mungkin ada di beberapa kampus lain. Tak tetap satu kampus sahaja.

      Cara yang diorang suggest mungkin, tolak tawaran dan mohon semula. Awak kena hubungi bahagian permohonan pelajar UiTM sebelum register. mungkin ada budi bicara dari pihak mereka.

      Delete
  54. Assalammualaikum, kalau kita berstatus D3 dan tidak mwmohon rayuan, dakah bermaksud nama kita dah keluar dari senarai nama pelajar UiTM ? Saya ingat nak mohon masuk UiTM semula. Tapi saya check website UPU, permohonan UPU yg dibuka sekarang cuma utk pelajar2 SPM thn 2019, 2018 dan 2017 sahaja. Saya SPM 2016. Nampaknya saya kena mohon UiTM intake Februari 2021.. hmmm.. lamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Status D3 saya tak pasti. Boleh cuba permohonan dalam website uitm untuk second intake uitm. Memang akan ambil masa lama nak tunggu. Tapi awak boleh ambil pilihan universiti lain. Saya suggest UniKL, sebab pinjaman pendidikan kita boleh mohon dengan MARa. Mostly penuntut di UniKL memohon pinjaman Mara sahaja. Jumlah bayaran balik biasanya lebih murah dari asal, walaupun UniKL itu swasta. Lebih kurang macam PTPTN. Banyak kelebihan juga pinjaman pendidikan Mara.

      Delete
  55. Assalam nk tanya..saya baru je masuk uitm tak smpai 2 minggu, lps tu saya nak quit, tapi saya tak hantar borang A yg kena ada 3 cop tu..maksudnya saya tak buat kad pelajar lagi..dan tak pergi medical check up lagi..so kira kalau saya nak quit, saya masih perlu bayar yuran kolej dan yuran pengajian ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Yuran kolej dan yuran pengajian kena bayar. Tapi biasanya Yuran pengajian kita sudah bayar masa mendaftar pada semester pertama bersama orientasi. Medical check up boleh abaikan termasuk kad matrik tu. Bila awak submit borang tu pada pejabat. Boleh berkemas tinggalkan kampus. Ia akan diproses dalam masa seminggu untuk clear nama sebagai pelajar.

      Delete
  56. Salam. Saya berhenti uitm 24/2 haritu. Sepatutnya saya masuk sem dua tapi saya tak masuk belajar. Patut ke saya bayar yuran sem dua walaupun saya tak masuk belajar. Saya check dalam acc bank islam saya uitm dah tolak rm540. Boleh ke nak tuntut balik duit tu? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tak dapat upu walaupun dah quit uitm ? Waktu quit tu memang dah dapat surat pengesahan berhenti atau tidak ?

      Delete
  57. Salam , saya pon ada masalah sama macam awak boleh bagi number wasap or ig ? Saya nak tanya banyak perkara

    ReplyDelete
  58. Salam hi, sy skrg masih di sem 2 diploma dan sy buntu sangat. Sbenarnya sy mngalami mslah peribadi sejak dri interim lagi.. Tpi sy rasa smbung bljr adalah cara yg sesuai utk sy lari dri mslh lain sprti fmly, kewangan dan kwn2 sbb dah smbung bljr nnti dpt pnjaman ptptn, dan dpat kwn baru. Tapi bila sy teruskan smpai prtengahan sem 1, sy start rsa tk mmpu dan nk give up. Sy diploma dlm bidang biology, minat tu mmg ad tpi tk mmpu tndingi minat dlm chemistry. Sy agak slow dlm biology dan rakan2 a bit pntingkan diri dan tk pedulikan rakan lain. Sy slalu diketepikan dan tersisih, tmbahan lagi suasana kelas yg berpuak dan assignment kbyakkannya dibuat by Grouping. Sy depress sangat, smpaikan tk dpt tidur mlm dan sering menangis. Disebabkan selalu trsisih, sy memilih utk brsndiri dan buat hal sndri sahaja. Skrg sy dah msuk sem 2, hari makin hari, sy makin hilang minat utk bljr, sy cuba bgtahu ibu dan sy nk quit tapi ibu kata habiskan. Sy depressed sgt 😢 buntu tk tahu nk buat apa lgi.. Spnjang di kolej, sy slalu sakit, demam, migrain dan sbgainya krana emosi tk menentu.. Sy tk tahu apa yg ptt sy buat skrg, org kata tk smua brnasib baik dpt smbung bljr, tapi mcm mna nk teruskan klau diri dh rasa tk mmpu sgt :') should I just cntinue and wait if UiTM to dismiss myself? Ataupun, mcm mna? Seriously, i cannot think anymore 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak punye perasaan sama seperti saya, saya amik bidang reka bentuk dalaman dan sering menangis dan bersendirian di bilik kerana tertekan dengan assignment yg asyik direject... Saya rasa kos ni x bersesuaian dengan citarasa saya.bila saya cube luahkan apa yg saya rase dengan family saya mereka suruh saya menghabiskan juga kos tersebut 😟

      Delete
  59. assalamualaikum semua, sy merupakan bekas. pelajar uitm perak. sy quit dalam dua bulan sms berada di sana.. buat kawan2 yg ade dkt u korang, hargailah.. solat istikharah dlu.. balik pd Allah dlu.. jgn ikur emosi, dgr nasihat dan pandangan org lain krn bila kita sdg depressed dsb kita mmg xmmpu fikir waras lg. thun lepas sy msuk uitm, then quit now nk apply balik upu xdapat apepun tawaran even rayuan.. tapi untuk rayuan hebahan kedua belum diumumkan lg. sy xnak korang menyesal, lps. quit nt.. tp if korg dah mmg ade target korg and bukan masih diawang-awangan xpela minta restu ayah ibu
    .. sy xtahu knp sy belum diterima masuk u.. 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun berhenti uitm haritu. Setuju dengan nasihat awak, fikir masak2 dulu sebelum berhenti. Ada back up plan. Upu first intake haritu saya tak dapat apa2 tawaran. Rayuan pun sama. Lagi satu, kalau betul nak berhenti, pastikan minta surat pengesahan berhenti sebab dalam kes saya dulu masih aktif status pelajar uitm. Tu salah satu punca tak dapat upu.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. hello, lepas awak minta surat pengesahan tu, awak mohon semula upu berjaya ke dapat masuk uni? dan macam mana awak tahu nama wak masih aktif status sbgai pelajar uitm?

      Delete
  60. Salam saya nak tanya pendapat korang, saya skrg berada di sem6 di sebuah uni ipta. Tapi makin lama saya rasa sangat xbsemangat nak truskan sbb tahu peluang pekerjaan terhad dan saya tak berminat utk teruskan kerjaya dalam bidang itu. Saya terlalu beminat untuk menjadi guru dalam jurusan bidang selain yang saya ambil skrg. Saya buntu ya allah sahabat yang baca tolong bagi apa yang perlu saya buat. Saya belum beritahu keluarga atau sapa sapa apa yang saya rasa, setiap hari bangun dari tidur saya stress memikirkan pasal ni.

    ReplyDelete
  61. saya merupakan pelajar sem 1 degree di uitm skrg ni .. sye tgh dlm delima adakah sye perlu berhenti atau teruskan pelajaran saya .. sbb sye rase down & give up sangat2 .. saya stress bila fikirkan ttg pelajaran sye , sye rse tk mampu nk teruskan saya rse nk kerje her teruss . Tapi sye cuba untuk minat kos yg sye terima lama kelamaan minat tu rse susah jer nk pupuk dlm diri .. mohon sngt2 adkh sye perlu berhenti ����

    ReplyDelete
  62. Assalamualaikum abg,saya nak tanya abg minta tukar kos kat UiTM tu, waktu tu abg sem berapa?

    ReplyDelete
  63. Hai nak tanya...saya dh quit uitm and dh dapat surat berhenti pun and skarang klau kita nk sambung balik sem yg kita tinggal tu boleh ke??

    ReplyDelete
  64. sy baru 19 thn, news student uitm. sy amik part time (epjj iceps) dlm diploma perakaunan. sy rasa sy nk tukar u. sy bkn apa sy mmg tgh takut skrg. setiap hari asyik berlegar2 dkt kepala. sy rasa sy tak boleh nk teruskan pengajian perakaunan di uitm ni. sbb semua dlm eng. nk kata eng sy teruk sgt2 tu takde lah. sy ni slow. time dkt sek men pon sy mmg kelas akaun so sy tau la sikit psl akaun ni. cuma dulu belajar dlm bhs melayu skrg belajar dlm eng. term2 pon dh lain. sy baru je start sem 1 minggu ni. sy applu PTPTN dan dah lulus. Cuma sy tak sumbit lagi borang2 perjanjian dkt pejabat ptptn n duit ptptn pon tak masuk lagi. saya nak tukar ke OUM. mmg la bekerja nnti takde istilah bhs melayu tapi psl kerja tu nnti dulu. epjj ni pengajian selama 4 thn. kalau 4 thn semua dlm eng sy srs takut. sy tau kekurangan diri sy. hmm disebabkan sy plan nk tukar u, duit2 ptptn tu kene ganti balik ke? even duit ptptn tu pon masih belum masuk lagi ke bank sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy bukan nak berhenti belajar atau berhenti dri amik course akaun. sy cuma nak tarik diri dari uitm

      Delete
    2. duit ptptn tkyah bayar sbb duit tu tk msk lagi pon dia just diluluskan permohonan sahaja and klau awak tk hantar borang tu utk cop pengesahan smua tu in 14 days nnt dia batalkan permohonan awak so klau nk sambung study blik and nk apply ptptn kna buat permohonan baru. saya pon sama student uitm course akaun dh sem 1 week 8, sejujurnya mmg tk blh nk bwk course ni saya igt nk quit jugak and sambung bidang kulinari pastry yg saya nak hopefully dptlah.

      Delete
  65. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  66. Assalamualaikum , rajin reply comment ye huhu . Nak tanyaa , kalau musim odl ni macam mana nak quit? Sekarang semester 2. Surat perlu download di google UiTM ke? And cop tu semua macam mana �� Tolong reply huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya quit bulan 11 tahun lepas, saya email borang yang download di google tu pada pihak2 yang kena sign borang tu. 2/3 hari juga baru siap

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Hi, macam mana ya? Saya terpaksa berhenti kerana masalah peribadi. Baru Sem 1 Degree. Kawan2 Dip dah Sem3 :( Saya macam tak boleh bawak. Benda senang pun jadi susah. Macam drag masa bila buat assignment, tutorial, odl, video, nak fokus, tak ingat. Dengan masalah kesihatan lagi. Rasa nak berhenti. Email ke siapa?

      Delete
    4. @Asian habibi
      Boleh saya dapatkan email awak tak banyak perkara saya nak tanya pasal tarik diri dari uitm bagaimana awak uruskan.Tolong reply secepat mungkin

      Delete
  67. Replies
    1. Hi, you boleh email I kat ainarshad9@gmail.com , I bagi surat tu, dekat situ ada 4 orang yang you perlu minta sign

      Delete
    2. I orang yang sama Asian Habibi tu, cuma guna account lain

      Delete
  68. saya pelajar degree, dan sekarang akhir semester 2. setiap hari saya fikir nak berhenti dan apply IPTA lain sebab dah burn out dan totally dah tak berminat dgn course sekarang. Tapi family tak bagi sebab peluang untuk diterima masuk kat uni lain belum tentu dapat. Betul ke permohonan pelajar yang dah ada rekod berhenti dari IPTA akan dipinggirkan dan susah diterima masuk semasa permohonan ke universiti baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kamu dah dapat jalan penyelesaian kamukah? Saya pun plan nak drop Degree saya sem2 ni. Rasa x boleh cope dgn course yg saya ambil. Tiap hari, rasa down dan x motivated nak attend class. Pastu masalah peribadi yg jg menjd punca kpd stres kpd saya selain drpd mslh berkaitan course yg saya x dpt nak cope tu. Kalau blh, blslah mesej saya menerusi email ahaziq714@gmail.com atau no.tel 012-8682728.

      Delete
    2. Hi, maaf lambat reply.
      Ye saya ambil keputusan untuk berhenti dari uni lama dan apply course yang saya betul2 minat di uni lain pada bulan 11 tahun lepas. Disebabkan saya minat melukis jadi saya mohon course game design di uitm untuk second intake. Alhamdulillah rezeki saya diterima masuk ke uitm.

      Saya harap awk pun dah/akan jumpa jalan penyelesaian yg terbaik utk awk. Apapun i wish u luck :)

      Delete
  69. saya nak tanya, saya dapat asasi sains di uitm tapi saya rse mcm x prnh rse gembira. x mudah tu mmglah tpi ap yg sye rse mcm tekanan. saya mcm ad niat nk tukar kos ambik diploma kat uitm jugak tapi boleh ke? n mcm mne carenye? harap dibalas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sye bru belajar 2 minggu n hati sye x prnh tenteram mungkin disebbkan kat asasi tu byk saingan yg pndai2. sya ni sbnrnye ok je tpi sbb dlm english, sye eng ni dpt B je. adakah sye ptot teruskan je asasi ni. saya mmg brhrp sye berjya kt asasi tpiii...

      Delete
  70. Hello, saya pelajar uitm shah alam sem3, saya nak quit dari uitm sebab rasa dah burn sangat². Jadi macam mana yer cara nak quit dari uitm?

    ReplyDelete
  71. Hi. Saya baru masuk class online 4hari tapi sejak saya masuk je beban saya terlalu beratt and terdetik nak berhenti .. 😞 tapi saya nak tanya .. kalau saya nak berhenti , ada kena bayar apa apa takk kalau nak berhenti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya berhenti itu mudah..yg susah itu bila kita nak hadap family or kawan”...santai la kawan😊...aku lepas habis spm sambung form 6 yg lucunya 1 day ja aku form 6 trus berhenti🤣...4 tahun kemudian sambung uitm baru 4 hari online class rasa nak berhenti pula sbb tak kena dengan minat...memang orang lain ckp yg bukan”...mana kita nak family happy awak pula sedih atau awak happy family awak sedi...but for me kalau nak dro out saya nasihatkan mesti ada sebab yg kukuh dan punya perancangan ke hadapan...

      Delete
  72. Serious aq cakap aku walaupun bukan student uitm...aq tngok sini macam2 masalah korang hadapi ..aku harap korang kuatkan semangat..aku student uum tapi rasa xleh nk hadap kos aku ni..itu sebab aku datang sini.aku ni dah la x berapa cerdik..harap aku hadap sampai habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Update terkini skrg sem saya dah start intern ..Alhamdulilah saya nak habis dsh degree..jgn give up guys yg rasa nak berhenti tu ..hampa mesti boleh

      Delete
  73. macm mana prosedur dia?...saya nak tarik diri sebab nak menjaga mak...

    ReplyDelete
  74. Kalau kita berhenti belajar (bukan uitm) tapi baru 5 minggu lepas kemasukan universiti.pastu ada balance outstanding sedangkan belum lagi habis sem1

    ReplyDelete
  75. Hi nak tanya kalau berstatus D4 dan ambil supplement paper, ada masih boleh intern
    semester berikutnya atau kena extend sem just untuk intern sahaja??

    ReplyDelete
  76. Tak dapat. Sekarang agak sukar upu sebab dah ada merit, awk perlu pilih kos yg betul2 sesuai n layak utk kurangkan persaingan. Tapi boleh jg mohon second intake di beberapa U yg buka sebab peluang dapat lebih mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau apply kat upu agak banyak saingan terutama dari pemohon tahun semasa dan peluang bg pelajar tahun sebelum agak tipis utk diterima. Time ni result korang memang kena gempak dan outstanding result tahun semasa la sebab upu agak pilih kasih sikit dengan pelajar tahun semasa.

      kalau nk kurangkan saingan boleh terus mohon dekat web IPTA tu direct. Terutama second intake, sebab biasanya sec intake ni persaingan dari pelajar asasi tahun semasa pun dah takde, pelajar diploma dan stpm tahun semasa pun tak byk mana yang tinggal. Jadi peluang untuk diterima masuk bagi sec intake agak luas berbanding dengan first intake. walaubagaimanapun, sebelum mohon tu korang kena tengok la jugak course yg korang mohon tu sesuai tak dengan kelayakan korang ok.

      Time buat permohonan korang kena make sure course yang korang apply tu memang korang minat dan sesuai dengan kelayakan supaya dapat elak pisang berbuah dua kali. apapun i wish u guys goodluck :)

      Delete
  77. Hai,saya baru masuk kelas online seminggu dan rasa macm tak mampu nak teruskan dan nak tarik diri.Tapi yuran pengajian saya tak bayar lagi dan kolej pun tak daftar masuk lagi.Macam mana kiranya saya kena bayar jugak yuran baru permohonan tarik diri lulus ke?
    Sbb bahagian KKP uitm yg saya tarik diri ckp takpa.

    Mana satu ya?boleh tolong beri penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baru seminggu start kuliah semester 1, awak tak perlu bayar yuran apepun. Tentang yuran kolej pun tak perlu kisah sebab belum buat permohonan masuk kan? untuk dapatkan kepastian lebih lanjut awk boleh rujuk kordinator atau penasihat akedemik awk :)

      Delete
  78. Harap aq boleh hadap sem 4 ni dekat uum ni..sem ni agak susah nak hadap tambah2 subjek law..:(

    ReplyDelete
  79. Hi guys skrg ni aku dah nak masuk sem 5 bulan 10 ..sem 6 sem last aku..aku just nak cakap kat korang kalau ada rasa nak berhenti tu try lu usaha sehabis mampu..masa aku sem 4 aq agak syruggle ..alhamdulilah aq melepasi sem 5

    ReplyDelete
  80. Hai author, nak tanya after kita dah hantar borang tarik diri dkt ofis tu maknanya dah Boleh checkout dari kampus terus ke macam mana? Maknanya takyah hadir ke kelas dah ke? Ataupun kene tunggu permohonan lulus baru boleh keluar?

    ReplyDelete
  81. Hi, boleh saya tanya, selepas tarik diri, boleh ke saya nak sambung balik
    Saya pelajar baru habis sem 1 nak masuk ke sem 2, tarik diri.

    ReplyDelete
  82. Macam mana kita nak tahu yg nama kita dah tak tersenarai sebagai student di situ???

    ReplyDelete