Saturday, June 29, 2013

Bukan sedih, tapi gembira.

Aku dah jumpa penyelesaian. mungkin tak perlu bersedih dan bermuram lagi. Aku nak tarik diri dari program pengajian aku sendiri... nak kata sedih tak jugak. bila aku sedar... rupanya aku dalam mood gembira. haha.

Aku kemungkinan bertukar ke diploma atau degree. Kalau diploma, aku akan ambil Microbiology. memandangkan result SPM aku takde masalah nak apply ape2 program, jadi aku pilih microbiology. sebab aku seorang yang suka biologi dan berkenaan dengan research. Hasil minat kerjaya aku pun menunjukkan aku lebih ke arah 'investigasi'. contoh macam kerja2 makmal atau bidang yang banyak kajian. mana tak nye... Dari Asasi Sains ke Business computing... memang aku tak berapa nak ok lah. demotivate.

Untuk degree pulak, aku mungkin ke IPTS atau IPTA.... kalau IPTA tu mungkin bukan lagi fakulti komputer macam aku sekarang, yang penting aku taknak dah bahagian IT dan sains komputer. walaupun aku nak tukar program pengajian... tapi aku teruskan jugak habiskan Exam semester ni. harap2 aku memang betul dapat tukar program pengajian yang aku minat.

Bila fikir tukar program pengajian... aku mungkin akan terlambat beberapa tahun. Tapi aku tak kisah dah pasal tu semua. tak kisah la umur 24-25-26-27 baru aku habis degree. aku dah malas nak fikir. asalkan aku habis belajar dengan apa yang aku nak. Dulu aku ade planning, kalau habis degree umur 23, kerja pastu boleh dah kawin... tapi sekarang fikiran tentang kahwin tu aku letak jauh2 sikit. aku tengah fokus akademik aku sekarang.

kadang2 tengok perempuan pun... terfikir.. aishh... aku nak kawin pun tak layak lagi. sape lah yg nak... Nak kerja pun lambat lagi. sape yang nak kasi dia makan nanti, tak bahagia pulak dia nanti. sekurangnya kalau korang dah final year boleh la usha2 sikit calon sebab dah nak habis belajar... pastu kerja... kira boleh dah kahwin.

Aku tersenyum... dapat belajar apa yang aku minat. tak kisah lambat atau cepat aku nak habis belajar. asalkan aku dapat belajar. tak perlu lagi hari2 nak sedih dengan suasana kat Fskm sekarang ni. nak gembira pun nak tak nak je. Penyelesaiannya... aku keluar dari kos aku, aku dapat lari dari masalah depression aku. kaunselor pun cakap better aku tukar kos, penasihat akademik pun kata camtu, termasuk kakak aku pun cakap macam tu... sebelum jadi lebih teruk dengan masalah. lebih baik aku tukar program. :)

classmate kadang2 agak pentingkan diri. cuma aku dengan saiful je la cuba survive dengan keadaan ni. kitorang je yang saling bergantung. classmate lain... aku malas nak fikir dah. aku cadang kat saiful... kalau dia rasa tak boleh survive, tukar je kos lain. tapi harap2 dia tak ada masalah dan boleh teruskan walau aku takde nanti.... Doakan yang terbaik untuk masa depan aku. :)


"You know my name, not my story. You've heard what I've done, but not what I've been through." -Jonathan Anthony Burkett

Wednesday, June 19, 2013

Tiada duit, tiada kek

Aku dah plan dari awal, hari ni aku ingat nak pergi makan kek kat Secret recipe.
Macam tahun lepas, tapi tahun lepas aku makan kat Hotel UiTM Dungun. kek dia lebih kurang macam secret recipe. tahun lepas aku rase lagi best, aku makan dua slice kek duduk meja makan menghadap laut. best gila angin time tu. Tapi tahun ni kalau nak makan kek rase macam tak best takde angin dan view laut. kalau tidak boleh la aku makan sorang2 sambil layan angin laut.

Cake. 19 Jun 2012.
Kek tiramisu yg warna cokelat.
Warna putih tu dah lupa, mungkin kek oreo kot.
Sebelum maghrib tadi pergilah check duit kat ATM. aishh... ade berapa je duit. takde pun bank in lagi dalam akaun aku.... Nak makan kek camni bukan murah. 1 slice Rm6 gitu.... lagipun kalau kat Shah Alam ni aku rase macam tak best pulak nak makan kek kat Secret recipe, mesti ramai orang. mungkin lebih baik aku bawak balik makan kat area2 Kampus ni. tapi malangnya... plan tak jadi. Duit tarak. takpe la... tak dapat makan kek harini. postpone la hari lagi...
Malam ni, Roomate aku belanja KFC sempena hari jadi aku., Alhamdulillah. terima kasih banyak2 Hafizudenn! dah lama takde member belanja aku makan sempena birthday. hoho

ok, selain tu aku baru je cabut 2 batang gigi semalam.... serius time cabut tu ngeri gila aku rasa. diorang tutup mata aku dan semua badan aku dengan kain. prosesnya... bius gila2 dalam kat dalam mulut(rahang). mula2 terasa panas kat rahang kemudian terasa macam terkena urat... lama2 kebas la. Prosesnya.... dia toreh2 dulu gusi aku.... sebab nak cabut gigi bongsu paling belakang. pastu dia drill gigi, sampai terasa hingga ke rahang. tak rasa sakit pun.. cuma time dia drill sampai ke rahang memang ada rasa sakit sikit. kemudian dia pecahkan gigi tu. ada la bunyi "prak".. dia keluarkan serpihan gigi yang dah pecah.... dah habis tu, dia jahit pulak gusi.

itu baru gigi bawah. gigi atas pun kena cabut. tapi itu senang sikit.. takyah toreh2 gusi dan drill... diorang cabut je terus. akhirnya aku dapat MC 3 hari... lama la pulak cuti. pipi aku pun dah nampak bengkak sebab cabut haritu.  

Friday, June 14, 2013

foreveralone story


I don't lead an exciting life
And everyday i wished something magical would happen...

"Sometimes, In order to be really happy and free, we have to
learn to let go of the thing that holds us back...
For these are the thing that keep us binded and prevent
us from becoming who we can possibly be...
Trully amazing beings."

Depression. Loneliness. Asyraf. Let it go.
Just want to be Happy.
Happiness

Monday, June 10, 2013

Takut jarum kah?

Pagi tadi ada temujanji rawatan gigi. Gigi depan aku katanya nak kena tampal sikit...
jadi dorang akan letak benda besi sementara sebagai penyokong kat gigi depan sepanjang rawatan tu la.
TAPI. sebelum tu dorang akan cucuk jarum. Bius bagi kebas. erkkk... Aku mula2 tu gelabah jugak la dengar jarum nak kena cucuk. disebabkan aku tak berapa yakin... jadi aku minta masa kejap.. fuhh... biar aku betul2 sedia. Bila dorang dah cucuk xde la sakit mane pun... mungkin aku jenis takut jarum sikit kott... kot

Ada 2 orang doktor praktikal, yang sebelah aku ni dok bagi aku tenang ape ntah... "jarum tak sakit... dulu saya pun takut jarum gak awak... lama-lama dah biasa." "rase macam gigi semut je.. mcm gigit kerengga" erkkk... kejap semut, kejap kerengga. tergelak pulak aku dengar... tetiba aku rase lawak bila dia dok cakap2 camtu dgn aku. macam aku budak2 pulak. hahaha

lepas bius tu takde la rase sangat sakit. cuma ada part2 kat gigi macam sensitif lagi, ada rasa ngilu...
kemudian yang bestnya... Bibir atas aku kebas lagi lepas rawatan. serius rase pelik. aku rase mcm bibir atas aku bengkak... tapi sebenarnya tak. aku pergi tandas tengok bibir... aku try buat Duck Face. LOL Duck face tak jadi! bibir depan aku jadi senget buat duck face. hahaha bila aku cuba nak bercakap bibir atas berat gila nak gerak. kiranya susah nak gerak lah... bibir langsung tak rasa sakit bila aku pegang2. kebas ni berlarutan. sampai 4-5 jam. hahaha lama pulak kebas.