Aku baru je lepas habis Asasi Sains UiTM Puncak Alam sesi 2010/2011. Keputusan SPM aku biase je, bukan semua A. Bagi aku disebabkan Kemasukan Batch aku ni agak Banyak dalam 2000 orang. Jadi ramai student Lepasan SPM 2009 ade peluang nak masuk. Kalau nak dibandingkan dengan batch sebelumnye dalam 500 orang.
Tapi student Asasi Batch 2009/2010 tinggal kat Shah Alam. Batch aku lak tinggal Kat Kampus Puncak Alam.
Yang masuk Asasi ni semuanye Pandai-pandai kot. Sebab result SPM semuanye gempak.
Untuk Batch yang akan datang Sesi 2011/2012 Mungkin Tetap kat Kampus Puncak Alam.
UiTM kampus Puncak Alam ni kampus baru dan bakal jadi Kampus Induk UiTM menggantikan Shah Alam.
Mase aku Masuk Kampus Puncak Alam, belum lagi 100peratus dah siap. Cume 1 fasa je dah siap. Bakal siap dalam bertahun-tahun lagi. Kalo cakap Puncak Alam, UiTM Puncak Alam ni memang atas Puncak Bukit. Sangat cantik pemandangan kat sini. Sejauh mata memandang, korang boleh nampak Klang. Boleh nampak Shah Alam kot… sebab ade satu hari aku nampak macam ade 4 menara masjid Shah Alam dari Puncak Alam.
Yang pastinye, korang boleh nampak Genting Highland.
Keselesaan. Aku suke Bilik aku mase Asasi. Orang cakap rumah macam Apartment. Dalam 1 rumah ade 4 bilik, 1 tandas. Dalam bilik dikongsi 2 orang. Cakap tentang Tandas, tak payah nak berebut lah.. bilik mandi ade 2. Kalo dah tak sabar sangat pegi je lah rumah sebelah.
Bilik Aku A2301B.
A2-menunjukkan Blok Angsana 2.
3-Maknanya Aras 3.
01 – rumah No.1
B- bilik B, bilik yang kedua.
Bilik ni agak selesa bagi aku.
Meja study pon cukup besar untuk barang aku berselerak.
kalau ade masa lapang, tengok movie kat Laptop.
Selama tinggal kat Bilik tu, bagi aku selesa. tilam pun sedap… nak online internet pun senang pakai LAN cable. Ade port LAN kat tepi meja.
Bagi aku tempat Blaja Asasi sains UiTM sangat selesa. Kalau nak dibandingkan dengan kalo aku masuk Matrikulasi. Aku tak biase masuk Matrik. Tapi aku rase Tempat aku lagi selesa.
Cara Belajar lebih kurang macam ala Universiti, Bukan lagi macam sekolah Asrama atau sekolah menengah dulu.
Mase Pendaftran aku dulu. Memang sesak sangat-sangat. Asasi Sains + Asasi kejuruteraan datang pada hari yang sama. Total semuanya nak dekat 3000 orang ,ditambah lagi dengan ibu-bapa yang datang.
Hari Ahad, pendaftaran kolej sangat letih, kalo datang lambat… parking kereta kat kawasan Fakulti, lepas tu kene naik Bas yang sesak dengan orang ke kolej kediaman. Banyak Ibu bapa yang tak puas hati mase tu. Tapi biasela orang cakap, ini lah julungkali Kampus Puncak Alam ambil student yang ramai macam tu. Memang tak terkawal…
Aku terpaksa naik Bas sorang2 tinggal barang aku ngan parent aku kat fakulti. Sebab terlampau sesak dengan orang yang nak naik Bas. Aku pegi daftar dulu kat Kolej Kediaman.
mase ni ade FiFa 2010, ramai orang tengok TV kat Raflesia
Dah habis daftar, masuk bilik. Mulalah hari yang membosankan selama 4 hari, minggu destini siswa.
Abang2 PM (pembantu mahasiswa) la yang tolong mase minggu Destini Siswa. Ajar macam mane nak Isi Borang pendaftaran masuk Fakulti. Lepas dah daftar, kene tunggu Kad Matrik siap. Lepas Kad Matrik Dah Siap… secara Rasminye digelar Pelajar UiTM. Asasi sains.
Ni tangga yang hari2 aku lalu
Ni semua classmate aku, baru habis lecture.
Kalo nak ke lecture atau kelas. Kene la lalu ikut tangga batu cave Puncak Alam. Ade macam-macam gelaran, termasuklah tangga Maut.
Tangga tu memang meletihkan! ade dalam 2+ + anak tangga. Kalau tak silap dalam 214 anak tangga kot. Kalo rase ade banyak duit singgit, boleh la naik Bas balik ke bilik. Xpayah la lalu ikut tangga. Mahal la naik Bas..!
dewan lecture, 200 seat
Lecture
Kelas Tutorial
Makmal Biologi, Physics, Chemistry. Group A5
Selalunye kalo nak pegi kelas tutorial, berjalan kaki dalam 15 minit.
Jadual Kelas takde la padat sangat sampai ke petang. Ikut jadual, kadang2 ade ruang masa antara kelas. Jadi dalam antara ruang masa tu, boleh la balik ke bilik tido kejap. Aku dulu dorang susun Group Ikut Nama. Nama aku Asyraf, jadi aku dalam Group A5. Semua dalam group aku nama dorang mula dengan huruf A.
cycling
tunggu Bas, Shah Alam balik Ke Puncak Alam
Hari Sabtu, Ahad. Mase mula-mula asasi memang rase tak sabar2 nak keluar outing. Tapi bila dah masuk sem2 aku macam dah malas sket nak outing.
Kalau tak pegi ke mane Waktu pagi atau petang boleh la riadah di sekitar kampus. Ramai orang yang jogging. Dan yang terbaru mase sem2, boleh naik basikal kat Kampus. Basikal tu pinjam. Siap bagi helmet lagi. Keselamatan la kot…
Rumah aku, A2301
Banyak Kenangan mase kat Asasi ni. Yang aku paling ingat sekali mase dengan housemate dan classmate aku. Belajar santai kadang2…
Tapi tak boleh la santai sangat, focus study gak. Jangan result teruk, nanti menyesal lak.
Aku rase, aku takkan dapat suasana Macam Asasi lagi walaupun aku dah sambung degree.
Kalo korang tanye aku. Aku cakap Best..!
Aku tak pernah lagi rase tinggal kat Asrama. Jadi Asasi Sains ni kali pertama aku tinggal dengan kawan2. Housemate,roomate, classmate.
Aku, pemandangan matahari terbenam dari tingkat 9
~al-Kisah~