Wednesday, February 14, 2018

Unknown fear

Fear of unknown

Ketakutan yang sudah biasa ada pada manusia sejak kita lahir lagi untuk survival. Tapi aku nak sentuh "fear of unknown" ni dalam pemikiran kita yang dewasa ini secara sedar atau tidak. Kegusaran sesuatu perkara yang kita tak pasti atau jelas tapi dikatakan ia membawa ancaman/mudarat lalu membawa kita konklusi mudah untuk lebih percaya perkara itu betul disampaikan dan patut dipercayai.

Naluri kita ni bila berhadapan ancaman, dia ada dua pilihan "Flight or Fight". Lari untuk hidari, atau lawan.

Mungkin kebanyakan kita biasa dengar perkataan "konspirasi" atau Agenda, Muslihat. Dimana sesuatu pendedahan maklumat dikata secara mengejut tentang sesuatu isu yang membawa ketakutan dan kegusaran pada kita kerana ia ada mudarat keatas kita.

Ini membawa kita supaya patut risaukan dan takut sedangkan kita tidak mendalami apa maklumat disampaikan. Sebab kita akan lebih fokus pada takut pada mudaratnya yang disampaikan. Secara sedar atau tidak, ia memerangkap kita dalam fear of unknown.

Untuk keluarkan kita dari perangkap pemikiran ini. Fahami maklumat tentang sesuatu perkara itu lebih meluas, tanpa terlalu terus yakin berpihak pada pemberi maklumat tapi sebaliknya wujudkan curiosity/rasa ingin tahu dan wujudkan rasa meragui sesuatu perkara sehingga kita jelas. Jangan wujudkan "bias" pada siapa memberi maklumat cerita, tak kira dia title doktor, saintis atau orang berpengaruh. Ragui dahulu. Cari pengetahuan secara tidak berpihak.

Supaya kita tidak mudah2 mempercayai sesuatu yang kita sendiri tidak tahu.
Seperti contoh berita viral semasa "Milo ada gula".
"Gula itu toksik", "biskut dibuat dari bahan plastik" ,Tak kira apa2 isu akan datang, berhenti sebentar dan fikirkan dulu.

"The highest point of ignorence is when you reject something you dont know anything about"

Sekian dari Gempaksher
Korang tahu Dihydrogen Monoxide tu apa? Ia cuma nama sebutan molekul kimia air. H2O. Itu saja.

Saturday, March 4, 2017

Ada apa dengan nickname?

Ada orang mempunyai nickname masing2. Macam aku ada nama samaran sendiri sejak sekian lama. Nickname aku nama english barat Iaitu Usher.

Nama Usher ni diguna sekian lama di semua UiTM aku pernah belajar. Sehinggakan nama Usher ni, mak dan kakak aku sendiri kadang2 ada panggil guna nama ini selain Asyraf or Adik. Tapi memandangkan adik-beradik aku pun ada nama english diorang Eddiee(abang), Amy(Kakak). 

Apa yang aku nak tekankan disini, nickname just nama panggilan.
Sebenarnya nama itu tak membentuk identiti kita pun. Tapi kita lah yang membentuk identiti pada nama panggilan kita itu, bagaimana kita bawa identiti diri kita pada orang ramai. Tak kisah lah nama apapun.

If nama kau Nur, sama juga jika kau lah yg membawa identiti diri yang buruk dengan nama itu. Kita lah wujudkan identiti unik pada nama dibawa kita. Bukan lah sesuatu nama dapat wujudkan identiti kita. Btw aku bukan penyanyi bernama Usher. Serius.



Nah pisang tanduk satu, abah aku tanam kat depan rumah. Aku teruja sikit lah tengok pisang macam ni haha. Saje share dengan korang.  K bye. 

Gempaksher

Monday, November 28, 2016

Usia 60

Memandang sebuah potret keluarga semasa aku berumur 12 tahun. Cukup didalam itu sebuah keluarga. 12 tahun lalu.

Yang dirindui

Mereka yang membawa kau mengenal keluarga.
Dimana kau mengenal siapa abah, mak, abang, kakak, adik.

Merenung potret ini di dalam komputer riba. Makin lama ada sebuah perasaan sayu melihat ibu-bapa sendiri. 12 tahun yang dulu dan sekarang. Dimana kau lihat mereka gembira membesarkan kau sehingga sekarang. Aku disini wujud rasa sayu dan sedih melihat mereka semakin tua senja. Adalah perkara menggembirakan bagi ibu-bapa melihat anaknya membesar, setelah mereka jaga kita sejak kecil di dukungan lagi.

Di dalam gambar potret ini, aku nampak wajah emak tiada sebarang kedutan tua, nampak muda. Begitu juga abah. Mereka dahulunya cergas mampu gembirakan kau, bawa berjalan-jalan jauh dengan adik-beradik. Mungkin sekarang tidaklah secergas dulu, mereka banyak berehat di rumah.

Cukup setakat ini melihat tanda-tanda usia mereka. Mungkin aku tak mampu lagi melihat mereka lebih lagi berusia. Namun setiap tahun aku tetap bersyukur masih ada mereka. Masih dipinjamkan nyawa untuk bersama aku.

Di usia senja ini. Aku perhatikan, tiada apa yang mereka lebih harapkan selain melihat anak mereka berjaya, bahagia, di hujung umur mereka. Dan berharap lebih dapat meluangkan masa dengan anak-anak. Di usia ini, tiada apa lagi yang difikirkan mereka selain anak-anak sendiri. Mereka mula mengenang semula perkara lepas.

Luangkan lebih banyak masa bersama ibu-bapa, kerana mereka mengharapkan kau ada untuk mereka. Cukup untuk menggembirakan mereka.