Wednesday, February 27, 2013

Riadah cuti semester.


Cuti dah nak habis bro... tinggal seminggu je lagi.
tapi aku akan balik lewat sikit dalam 2 hari. hehe~
ini yang sempat aku buat petang2...
dah habis naik basikal, aku naik motosikal pulak.

ini anak sedara aku, nama dia Dania. umur 7 tahun.

tetiba bila naik basikal aku rase pelik... dah lama tak bawak agaknya.
lagipun aku naik basikal Lerun lama sejak zaman kakak aku sekolah.
Basikal aku punye dah jual masa kat Kampus Dungun, RM40.
sebab susah nak Pos bawak balik, basikal tuu... :(
sedih gak terpaksa jual basikal aku... hmm


Ini aku bersiar-siar di kawasan taman perumahan aku.
dengan Dania. :)


~Al-kisah~



Tuesday, February 26, 2013

Makan angin Solo bermotosikal ke kawasan kampung

Semalam aku jalan2 naik moto... aku tak plan pun perjalanan aku nak ke mana. sekadar meredah ikut suka hati. aku merentasi 3 negeri. hahah tak payah cakap laa sebab aku dok Parit Buntar memang sempadan Kedah dengan Penang.
start moto lalu ke Nibong Tebal... lalu USM... masuk simpang taman ilmu. kemudian... kawasan tu aku xtau nama apa aku redah.. akhirnya tembus ke Bandar Baharu, Kedah. saje nak test moto.

Ada satu kawasan ni aku agak curious nak tahu... aku tak penah lagi masuk kawasan tu. selalu bila dah lalu Bandar Baharu terus ke LebuhRaya Plus. jadi kawasan tu memang tak penah lalu la... SignBoard tulis ke Serdang. jadi semalam aku redah nak usha kawasan ape ade kat sane.





Macam dalam peta. inilah laluan yang aku lalu... jauh gak aku dah travel.. dalam 30km. dah balik dari kawasan tu baru aku google map kawasan yang aku dah lalu. agak menarik jugak lalu2 kawasan kampung pastu kelapa sawit. memang aku tak prepare nak lalu kawasan ni... duit dalam poket pun takde. tapi nasib baik minyak moto dan isi penuh. kelajuan moto dalam 70-100km/h lalu kawasan ni...
bila lalu kawasan yang agak sunyi macam kelapa sawit aku akan laju sampai 100km/h. bila sampai kawasan kampung ada orang dan pekan kecil aku sloww sikit moto nak usha2 kawasan.

Lepas dari kawasan Serdang aku terus lagi... ada signboard tulis ke Kulim. aku bajet Kulim tu dekat lah, boleh nak patah balik ke Parit Buntar... memang gila lah. duit tarak kalau habis minyak moto.
sampai di satu kawasan nama Kampung Badlishah aku berhenti tanya orang di sebuah kedai runcit. aku tanya dia "Kulim jauh lagi ke?" dia cakap Kulim jauuuhhhh lagi. fuhhh nasib baik aku tanya orang. kalau tak memang tersadai moto aku habis minyak dalam kawasan hutan. memang tak boleh jadi.... aku patah balik.
 Inilah kampung Badlishah. memang dah sampai ceruk mana aku naik moto. jauh dah dari kawasan bandar.


Bila tengok google map memang takkan sampailah aku balik rumah. jauh lagi Kulim... pastu dari Kulim nak balik Parit Buntar memang tak cukup lah minyak...

aku patah balik ke rumah ikut jalan yang sama... ada kawasan yang menarik. sepanjang jalan dipenuhi pokok2 tepi jalan semua digantung bendera parti politik... serius nampak cantik diorang gantung bendera tu. 
kawasan yang aku lalu ni memang kawasan kampung betul. aku tak biasa sangat kawasan kampung... duduk Parit Buntar tapi aku jarang gila masuk kawasan kampung. nak masuk pun buat apa... bukan ada sape2 kat sana. Tanjung Piandang, Titi Serong ade la dalam 2 kali aku pergi sejak dah ada moto ni... saje nak travel kawasan kampung.

moto aku ni, aku saje nak test boleh jalan jauh ke tak... jadi semalam memang tak cukup jauh aku jalan. kira2 total pergi balik dalam 60km. kalau ikut highway boleh sampai Cangkat Jering dah dalam nak dekat2 sejam.

Moto aku bukan superbike... setakat 130cc punya moto. untunglah kalau ada moto besar... sampai ke perlis aku boleh pergi camtu. isi penuh moto ni Rm5 ringgit haritu... mungkin tangki penuh dlm Rm5.50 lah kot...
perjalanan pergi balik aku habis setengah minyak moto. kita 2-3 ringgit la habis... moto ni jimat minyak sikit.
ini je la moto aku... Modenas punya jenama. tapi moto ni memang Rare gila atas jalan. Spare part pun susah nak cari. Modenas dah tak keluarkan moto ni. jarang sangat2 orang pakai. kalau kat negara lain, nama moto ni Kawasaki Kaze zx130. tapi modenas dah amik masuk Malaysia sebijik kawasaki punya moto. setakat ni.... aku dah test moto ni tahan lasak lah jugak. sayang gila moto ni.. ini lah harta yang aku ada selain dari Laptop dan PlayStation2 kat rumah. aku beli pakai duit sendiri nieh.. tapi 2nd hand punya la..
nak beli baru tarak ada duit. dan... aku tak guna duit ptptn beli moto ni.
 bukan hutang punya. Alhamdulillah ada rezeki aku. :)
student lagi... mana la mampu nak beli mahal2... kalau parent support duit banyak2 boleh la kot. :p

Saturday, February 23, 2013

Capture Screen google. memang sesuai untuk pelajar macam aku.

Aku nak kongsi benda ni... benda ni sangat sesuai untuk student macam kita.
terutama time nak buat assignment... biasa aku google macam2 nak cari bahan untuk assignmet aku.
kemudian aku akan simpan bahan tu sebagai Bookmark. bila aku nak cari balik aku cari dalam bookmart. tapi aku nak share cara mudah... kadang2 tak semua orang ada hubungan internet sepanjang masa.
korang Google je 'Screen Capture' kemudian akan keluar result paling atas 'chrome web store- screen capture'. click yang tu dan ... "add to chrome". benda ni sangat berguna weyyhhh untuk aku buat kerja. tak kira la apa2 maklumat yang berguna dalam internet kadang2 aku capture screen je. tapi ini bukan capture screen yang macam biasa tu... dia ada 4 jenis capture screen. 'Capture page region', 'Capture Visible Content', 'Capture Whole Page' dan 'Capture Screen region'.

yang aku selalu guna Capture Whole Page. kemudian Save dalam bentuk gambar. jadi dia akan capture keseluruhan web page tu. aku suggest benda ni patut ada dalam browser Google Chrome korang.
sebenarnya ada banyak lagi... antara yang lain aku guna.

Adblock Plus. ini akan sekat semua jenis iklan masa korang tengah surf internet. ini pun serius berguna... dia siap block iklan dalam facebook sekali.

SpeakIt!. yang ini akan baca text dalam internet... so akan keluar suara dia baca setiap text yang kita nak dia baca. ini... aku jarang guna. mungkin kadang2 perlu kot.

Ini antara Extension yang aku guna untuk Browser Google Chrome.