Monday, January 30, 2012

Penagih Sepi





Gadis: awak cari saya?

Jejaka: seumur hidup saya...




Bisikku pada bulan

kembalikan temanku, kekasihku, syurgaku

tanpa dia malam menemaniku
sepi memelukku

Bulan jangan biar siang, biar alam ini kelam...
Biar ia sepi sepertiku...




Ombak Rindu... jalan ceritanya boleh tahan. kalau korang dah tengok Ombak rindu, korang mesti kene tengok Filem Sepi. hehe. Sepi best gak.

tetapi Filem Sepi, aku benar-benar tersentuh dengan ceritanya.
gabungan 3 cerita cinta dalam satu filem. sangat kreatif.
jarang cerita aku ulang tengok sampai 3 kali.
tapi entah kenapa Filem sepi menarik minat aku menonton lagi.


soundtrack pun sangat mempengaruhi dan kena dengan ceritanya.
sesiapa yang belum tonton, patut cuba tonton Filem Sepi ini.

Ombak rindu mmg la ramai orang tengok sebab  novel ombak rindu tlh bertahun-tahun dkt di hati peminatnya sebelum ianya ditayangkan 



Saturday, January 28, 2012

Gambar iris mata dari dekat. Uniknya Iris. secantik mata, secantik Iris

gile style gambar ni
macam2 warna Iris ade.
Ciptaan Allah sungguh indah dan unik.


menakjubkan aku tengok  permukaan dan warna Iris ni.

ada juga pakar yang dapat mengesan penyakit dengan melihat mata(Iris) seseorang.
tapi dalam gambar ni rasanya semua mata sihat-sihat kot.







~al-kisah~








Thursday, January 26, 2012

Di depan mata aku.


harini aku teman mak ke Taiping atas urusan kerja sikit.

Bandar Taiping sangat sesak dengan kenderaan. aku pulak yang drive kereta time tu.

perjalanan dari Parit Buntar ke Taiping mengambil masa satu 45minit perjalanan.

kehangatan CNY masih belum reda, masih serasa bahangnya di Taiping.

Penduduk cina ramai juga di Taiping.


selepas selesai kerja, aku pergi ke Taiping sentral makan Kenny Rogers.

sebelum sampai di Taiping sentral sempat juga aku merayap ke Lake Garden(taman tasik) Taiping.








apa yang mengangumkan aku ialah bangunan lama yang ada di taiping. disamping kehijauan tasik bekas lombong ini, bangunan2 lama masih terpelihara. bangunan zaman kolonial British. ada bangunan putih  yang besar, bangunan tinggalan british dijadikan bangunan pejabat kerajaan.

keistimewaan Taiping bukanlah dengan kemegahan bangunan tinggi, tetapi bangunan lama yang cantik dan mempunyai nilai sejarah. aku sangat sukakan bangunan macam ni.


harap bangunan lama ni masih terpelihara. ada juga aku tengok bangunan deretan kedai2 lama zaman british.

setiap bangunan kedai ada corak yg tersendiri. kecewa juga tengok ada sesetengah bangunan telah diubah suai, hilanglah ciri2 bangunan bersejarah itu.











dah habis aku merayap. dalam Taiping sentral lepas makan kenny rogers aku teman mak gi shopping kain.

dalam merayap dalam Taiping Sentral tu. aku tengok gelagat orang dalam Mall tu.

"cun jugak ea orang Taiping ni" ha ha ha... itu yang terdetik mase tu.


selepas itu mata aku seperti dipanah melihat seorang lelaki dan perempuan melayu usia remaja dengan megahnya berpegang tangan. tangan tak lepas. remaja lagi aku tengok tu. mungkin sekolah menengah lagi.

geleng kepala aku tengok. tak kurang juga aku tengok pasangan yang lain. mengucap banyak juga aku.


zaman sekarang ini, pengaruh televisyen sangat kuat. sejak kecil lagi disogok dengan drama adegan pasangan kekasih(couple) yang dikatakan "alolooo romantiknyew dyeee" berpegang tangan dgn mengeluarkan kata-kata indah.

bila sudah terbiasa melihat rancangan televisyen begitu, ada yang mula terpengaruh. TV dan realitinya jauh berbeza. mereka cuma berlakon. kita pula ada yang hendak mengikut. nak romatik lah kononnya.

umpama berpegang tangan antara lelaki dan perempuan seperti perbuatan biasa bagi pasangan kekasih belum berkahwin. sebab dah terbiasa. "tengok TV diorang couple rilek je, romatik pulak teww".


sejak kecik tengok televisyen macam tu. bila dah besar mereka lihat apa yang mereka lakukan adalah perkara biasa dan tiada salahnya. rosak~ rosak~

di Shopping mall la pun dorang nak merendek(berdua-duaan) pegang tangan. Mall pun dah jadi tempat masalah sosial dalam kalangan remaja.


bila sebuah Mall besar nak buka. ada orang akan fikir peningkatan Masalah sosial dalam kalangan remaja. disitulah mereka nak ponteng kelas, maksiat dan melepak membuang masa.

uhh, masalah-masalah....


bagaimanapun Taiping tetap sebuah bandar Hijau yang bersejarah.

taiping bandarnya cantik juga seperti yang pernah dikatakan lecturer aku en.jamri yg berasal dari terengganu.


~al-Kisah~