Wednesday, January 26, 2011

Aku di Grand Dinner Asasi sains

selamat datang kepada pelajar asasi sains. hampir 1200 pelajar hadir.
1 meja 10 orang pelajar. meja aku 5 lelaki, 5 perempuan

  makanan yang dihidangkan agak sikit untuk 10 orang.
tapi boleh laa... 

persembahan oleh pelajar asasi sendiri. ni gambar K-pop dance.
pasang lagu korea ape pon aku xtahu.. dengar je laa...
ade lagi persembahan nyanyian solo dan band.
sebelum dapat perform kat dinner, dorang suma dah lepas audition. 
Tahniah.! korang dah lakukan yang terbaik untuk dinner ni.

ni gambar yang sempat tangkap. xde banyak gambar aku yang boleh dibuat kenangan.

dinner untuk student asasi sains dan kejuruteraan berlansung dalam tarikh yang berlainan. 
disebabkan jumlah keseluruhan asasi di puncak alam boleh mencecah 2800 pelajar. 
kalau jumlah kesemua student asasi mungkin tak cukup untuk dinner kat Shah Alam convention centre.
mengikut kata2 mantan UiTM puncak alam-
"mungkin pelajar terpaksa buat di PWTC ataupun KLCC kalau ramai sangat"

Bas  untuk pelajar ke Shah Alam dari Puncak Alam sebanyak 15 buah Bas UiTM telah disediakan. tahniah kepada Committe yang berjaya menguruskan Grand Dinner asasi sains yang disertai seramai 1200 orang pelajar asasi sains. jumlah yang agak banyak untuk diuruskan oleh pelajar peringkat asasi.
majlis berlansung dengan lancar, walaupun ade dengar masalah teknikal masa performance nyanyian Band.

TERIMA KASIH KEPADA UITM.
kerana sudi memperuntukkan kos yang agak banyak untuk menjayakan Asasi sains Grand Dinner.


~usaha,taqwa,mulia~








Monday, January 17, 2011

Gadis Maghribi menjadi pilihan.?!

Metro ahad; 12 disember. 
aku rase ramai lelaki Malaysia akan beli surat khabar Metro Ahad 12 disember.
ape yang menariknya: "isteri maghribi Rm14,000". 

"mereka memiliki pakej lengkap sebagai seorang isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah Rm14,00"

"segelintir jejaka malaysia beragama islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita maghribi yang dikatakan memiliki kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti indonesia, thailand, dan filipina".

ceritanya bermula bila seorang lelaki ini mengahwini gadis maghribi 4tahun lalu. dia ada meletakkan tawaran e-book mengenai bagaimana untuk melancong ke maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum. dia ade beritahu bahawa dia mempunyai isteri warganegara maghribi. jadi....
ramai yang agak berminat nak tahu macam mana dia boleh menemui jodoh dengan gadis maghribi. dan dia ada menceritakan mengenai keistimewaan gadia maghribi. nak dipendekkan cerita, antara kelebihan gadis maghribi:
1.cantik
2.kulit gebu.
3.subur
4.belum 'tercemar'?!
5. taat.
6.pembersih.
7.pandai menjaga makan.
8.bukan jenis pengikis
9.tidak perlu 'dating'
10.Murah?!

yang dimaksudkan dengan belum 'tercemar' ialah
"mereka tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya barat. tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar 'berdating' kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka".

"tak perlu 'dating' kerana jika ibu bapa bersetuju, mereka akur"

"golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk 'menghangatkan' suasana" ...  ... hmmm... no komen....

gadis maghribi ni guna bahasa arab. jadi pada permulaan perkahwinan ade la masalah komunikasi. ambil masa berbulan untuk lancar bahasa inggeris dan melayu.
aku rase yang menariknya kos perkahwinan, sebab mata wang malaysia lebih besar dari mata wang maghribi. jadi takde jadi masalah, hanya kos Rm14,200. sekali dengan tambang pergi dan balik, majlis kahwin dan berbulan madu.

hmmm.... kata beliau " saya akan bantu memperkenalkan calon sesuai dijadikan isteri dikalangan adik-beradik, saudara mara atau rakan isteri saya. selepas itu bolehlah bertukar-tukar gambar. kemudian boleh 'chat' menerusi webcam dan terus bersedia datang dalam masa 40 hari. jika nak datang terus juga, tetapi seelok-eloknya buat pilihan terbaik dan kenal dulu pasangan serta keluarganya" 

passport dan kebenaran berkahwin pon dia akan bantu.. jadi, nak kahwin dengan gadis maghribi ni bergantung kepada keluarga gadis tuu. ibu bapa diorang akan menilai jugak sape bakal menantu anak dorang dari segi perwatakan, kesungguhan,kejujuran, dan kemampuan kita.

konklusi nya... memang kalau kahwin dengan gadis maghribi ni lagi jimat kos jika dibandingkan dengan gadis tempatan.  kos kahwin dengan gadis tempatan mungkin boleh mencecah Rm20,000.

"Trend memilih jodoh dari kalangan gadis maghribi bakal menimbulkan ancaman kepada Gadis tempatan kini yang semakin sukar bertemu jodoh"- pakar motivasi dan kaunseling, Hushim salleh.

bagi aku laa.. lebih baik cari wanita tempatan. memang diakui kos kahwin semakin meningkat dan agak membebankan untuk lelaki lepas kahwin nanti. realitinya, hari ini semakin ramai wanita negara ini yang semakin lanjut usia belum lagi kahwin gara-gara sukar mendapat pilihan lelaki yang serasi dan bersesuaian dengan dorang.

 Kawan-kawan aku pon agak 'excited' tengok berita ni dalam akhbar metro. haha... 
perbezaan budaya antara maghribi dan malaysia mungkin akan menimbulkan ketidakselesaan dalam rumah tangga. kalau baru kahwin dalam 6 bulan, memang tak nampak sangat. tapi bayangkan untuk tempoh masa lebih lama lagi.

bagi Gadis tempatan, kalau terlalu memilih.. nanti susah pulak lelaki tempatan nak mencari pasangan. haha...
di universiti pun bilangan lelaki lagi sikit dari perempuan. lelaki yang belajar kat Universiti ni, kire limited lah.
kalau tak mulakan di peringkat U. sebab nanti sampai ke tua lah tak kahwin... orang sekarang cenderung nak kahwin awal. bukan sebab dah Gatal nak kahwin. cuma memikirkan keadaan keluarga pada masa akan datang.disebabkan kahwin lambat, nanti bila umur dah lanjut dan dah bersara anak-anak pulak baru nak masuk Universiti. hmmm..
sebenarnya kahwin awal ada banyak jugak impak positif. selalunya lepas dah habis belajar, dah kerja. seeloknya kahwin lah jangan tunggu umur dah meningkat tua baru nak kawin. 

"Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu berpuasalah." - Riwayat Bukhari






Sunday, January 16, 2011

punca mereka dapat result teruk dalam Asasi.

Lepas result Sem1 Asasi 2010/2011 keluar. ramai gak yang dapat result elok dan ade gak dapat result teruk.
walaupun dulunye dorang tu kire pelajar SPM terbaik, tapi tak bleh nak survive dalam asasi.
cara belajar asasi dengan sekolah menengah sangat lain. 
lecturer takkan tanye korang "kenape awak tak siapkan latihan tutorial?"
tapi kalo tak buat tutorial, lecturer mungkin macam malas nak ajar sket.
sebab dalam kelas tutorial lecturer selalunye bincang soalan tutorial. 
kalau semua dah tak buat latihan tutorial macam mana nak bincang???




Antara sebab dapat result Teruk:

1. tak menggunakan masa hujung minggu ulangkaji subjek. dan kebanyakannye keluar outing.
pantang je dengar weekend, mesti planning awal2 nak keluar jalan2 mane nanti.

2. tak ambik perhatian dalam lecture hall. baru dengar lecture 30 minit dah mula mengantuk, lepas tu terus tido. dengan harapan nanti boleh catch-up balik subjek yang dah lecturer ajar.

3. ponteng lecture atau kelas tutorial. ponteng Lab tu jarang, sebab selalunye kene ganti balik kelas Lab kalau tak hadir. dalam hal ni ade yang rajin datang lecture tapi ade sesetengah masuk lecture 30 minit, sign kedatangan, lepas tu curi-curi keluar balik bilik.

4. yang paling ketara setiap malam, Facebook. sebenarnye facebook ni ade bagusnye. tapi ade sesetengah tu macam addicted nak online facebook sampai ketepikan masa belajar. kadang-kadang tu online sampai pagi. bangun esok pagi, dah mengantuk dalam kelas. ape yang lecturer ajar semua tak masuk otak. facebook ni kire penting gak, lecturer selalu buat pengumuman dalam facebook. Group asasi pon ade buat pengumuman. so... kene sentiasa alert dengan semua yang dipost dalam facebook.

5. malam-malam lepak dekat Cafe. makan sekejap je, tapi melepak tu yang lame.. selalunye lepak di Rafflesia sebab kat situ lelaki dengan perempuan ade makan sekali. kalau  tempat makan Angasana, lelaki lagi ramai. kalau ade perempuan makan kat angasana, tuu selalunye bukan student asasi.

6. study kat Cafe Makan.. tu aku tak pasti... boleh ke korang study di tempat yang sepatutnye tempat orang ramai makan. macam biase, rafflesia lah tempat yang dimaksudkan. orang-ramai kat rafflesia makan, korang lak study. lepas tu dengan bunyi bising lagi. kalau dikatakan study group, tuu memang bagus.! Tapi bolehkah? bolehkah  tumpukan cuma ke arah buku sahaja. mesti mata meliar dok usha orang ramai lalu-lalang. kalau nak buat group discussion assigment atau Lab report memang rafflesia la tempat yang sesuai sebab sesetengah group ade lelaki dan perempuan. jadi nak kumpul lebih baik di rafflesia.


7. bagi yang rase macam tak boleh nak catch-up.  lebih baik korang buat study group. jangan bodoh sombong. buruk padahnye. ketepikan segan silu. jangan malu nak bertanya. malu biarlah bertempat. korang takkan dapat situasi macam sekolah menengah, cikgu akan ajar korang sampailah korang paham. situasi di asasi aku sekarang kalau tak faham lebih baik bertanya terus ke lecturer. bila tak tahu, tapi buat-buat macam tahu. tuu lah akibatnye nanti result dapat teruk.

8. kurang latihan. yup..! dalam asasi ni memang kurang latihan. so, korang kene cari inisiatf sendiri untuk menyibukkan diri dengan latihan. ape yang korang belajar, sepatutnye kene kukuhkan dengan latihan dan revision balik. kalau korang belajar dalam lecture hall lepas tu bace sket buku, then terus masuk ambik Test. tu belum tentu lagi boleh dapat result bagus. kecualilah korang ni memang dilahirkan pandai dari kecik. 
so... siapkan semua latihan tutorial yang lecturer bagi..!

9. jangan laa layan sangat Korea, japan, taiwan, hollywood... kalo crita drama kompem crita dye panjang nak mampus baru habis.. xkan lah korang nak habiskan jugak satu hari. so, pandai-pandailah bahagi mase. jangan sampai esok pagi korang pegi lecture hall mata lebam, mengantuk.. alasan "sebab aku tengok movie sampai pukul 4 pagi". 


10. jangan study last minute. korang mungkin takkan sempat study semua subjek. lepas habis lecture seelok-eloknye korang bace balik ape yang lecturer dah ajar. study last minute mase asasi atau matrikulasi sangat tak digalakkan. walaupun mase SPM aku study last minute. tapi jangan buat masa dalam asasi. Bahaya.!


Asasi, matrikulasi korang cuma ade mase singkat 1tahun je. so, berusaha la betul-betul. jangan menyesal kemudian hari. jangan kecewa harapan ibu-bapa yang nak tengok korang berjaya.
korang sangat beruntung dapat  masuk asasi, matrikulasi. jalan pintas untuk ambik degree.
jangan sia-siakan peluang ni.

ni semua perkara biasa yang dah pernah jadi. tapi nasib baik laa Puncak Alam ni jauh sket dari Shah alam. kalo tidak memang tak duduk diam student asasi. sebab Puncak alam la jugak, ramai yang gian nak keluar mase weekend sebab dah tak tahan 7 hari tinggal kat atas puncak bukit nieh.


Al~kisah