Saturday, July 6, 2013

Tawaran UniKL


Keputusan dah keluar, dan memang aku dapat first choice yang apa aku minta.
Clinical Laboratory Science. ini antara bidang yang aku minat sejak Asasi Sains lagi. aku minat bidang ni, cuma kampus dia agak... kurang menarik bila aku google. Aku dah cuba cari apa yang aku minat sebenarnya. hasilnya... aku lebih kepada bidang investigation. aku lebih kepada penyelidikan. bidang ni memang sesuai dengan minat dan personaliti aku(hasil jawapan minat kerjaya). Aku belum lagi terima tawaran ni. kemungkinan besar aku akan terima... cuma aku fikir pasal kawasan kampus dia... tak berapa menarik. Harap2 aku tak hilang semangat dengan tempat Mestech ni.

Monday, July 1, 2013

Logik kecemasan aku

Pada pukul 12 tengah malam, aku dapat panggilan dari sepupu perempuan. dia nak minta aku belikan tiket bas untuk kawan dia. kawan dia nak balik keesokan malam sebab ayah dia sakit dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi(ICU). diorang semua takde kenderaan, pergi kelas pun naik bas je. memandangkan aku ada motosikal, senang sikit nak tolong. Bila aku dengar ICU, jadi aku anggap tu sebagai serius. disebabkan dah pukul 12 tengah malam kemudian aku SMS dia, "kaunter bas tutup dah malam, aku beli esok pagi ea", dia kata ok je sebab kawan dia nak balik malam esok...

esoknya, aku cuba pergi beli tiket bas seawal mungkin... nak kata awal tak jugak la. pukul 11.30 baru aku pergi stesen bas haha. aku beli tiket bas ke Alor Setar harga tiket Rm45. Bas ke Alor setar waktu malam ada dua... orang jual tiket bas tu tanya "Bas awal ke bas lambat?"... aku terfikir jugak, yang mana satu nak beli. secara logiknya aku fikir... kawan sepupu aku tu ambil tiket bas malam sebab pada sebelah siang dia ada exam(waktu petang), mungkin sebab tu la dia balik malam. jadi aku fikir-fikir... lagi baik dia balik awal, sebab ayah dia dalam ICU sebab sakit jantung, mane lah tahu jadi apa2 nanti jadi lebih baik dia balik awal tengok ayah dia. jadi aku belilah tiket pukul 8.30malam. dah settle tiket dia, aku pulak beli tiket bas sendiri, nak balik rumah. Bas KPB ni aku rase ok je.



dah settle semua, aku call la sepupu aku. tak angkat2 pun henset dia... pukul 1.30 dia call aku balik guna nombor member dia. disuruhnya jumpa kat Subway seksyen7 bagi tiket tu... aku dah message dia awal kata tiket bas member dia pukul 8.30malam ni.

sampai kat subway, aku pun duduk la kat tempat diorang makan. sepupu aku dan 2 orang kawan dia. tetiba sepupu aku tanya tiket bas ape yang aku beli. aku sendiri pun tak tahu tiket bas ape. Bas KPB. aku pun tak pernah dengar. dia suruh aku beli trasnasional, aku mane lah tahu bab tiket bas nak balik ke Alor Setar. aku belasah je beli, asalkan member dia tu dapat balik rumah. bila sembang2 rupanya diorang baru habis exam pukul 12 tengah hari tadi.... Aku ingatkan diorang nak exam pukul 2petang, habis 5petang. pastu sepupu aku bising2 sikit la... kenapa aku beli tiket bas awal pukul 8.30mlm, kalau boleh dia nak tiket pukul 11.30malam. dia cakap dia ada bagitau nak tiket pukul berapa. so, konklusinya dia nak tiket pukul 11.30mlm bas transnasional.

Aku dah macam serba salah jugak la... dalam masa sama aku hairan.... Kawan dia tu nak tiket pukul 11.30mlm sebab malam tu ada hal nak jumpa orang dan kawan dia tu habis exam pukul 12 tgh hari tadi.

Kalau aku dalam situasi macam kawan dia tu, kalau ayah aku dalam ICU malam semalam. tapi aku tak boleh la nak balik sebab pagi esoknya aku ada exam. OK, jadi aku terpaksa la balik esok selepas exam. Kalau aku dalam situasi tu, aku mesti dah kelam kabut nak balik rumah. tak kisah la kelam kabut nak packing barang ke apa ke... asalkan aku dapat sampai awal ke rumah. ada temujanji nak jumpa orang waktu malam tu pun mungkin aku terpaksa batalkan sebab kecemasan. matlamatnya aku nak balik secepat mungkin tengok ayah aku. Tapi situasi dia lain sebab tu aku hairan. agak merungut terpaksa packing awal barang2 sebab bas pukul 8.30mlm. terpaksa awalkan masa temujanji dengan seseorang pukul 5.30ptg.

ikhlas nak tolong beli tiket, tetiba aku jadi serba salah... sebab silap beli tiket. aku pun tak pasti tiket macam mana sepupu aku tu nak... ikut secara logik aku lah, kalau dah parent atau adik beradik tengah sakit, tak kira la busy ape pun aku akan cuba balik awal. Macam abang aku sakit haritu, aku sangat-sangat busy. presentation belambak hari isnin sampai khamis. jumaat,sabtu ahad isnin nak kena siapkan projek, selasa nak kena present. dalam masa sama dah study week, ada paper 3hari berturut, 3 hari selepas presentation. entah tetiba hari jumaat sebelum presentation tu aku rasa kena balik jugak. pukul 12tgh hari aku beli tiket nak balik seawal mungkin pada haritu... projek tu aku terpaksa contact2 ngn member dari rumah aku.

Kalau dah parent sakit sampai masuk ICU, bagi aku cepat2 lah balik... kita mana lah tahu apa nak jadi, semua kuasa Allah. jadi masa nak beli tiket tu pun, aku fikir lebih baik dia balik awal... tetiba logik aku macam tak sama dengan logik dia. Zzzz mungkin dia ada hal pribadi lain, takleh kata apa la.

Saturday, June 29, 2013

Bukan sedih, tapi gembira.

Aku dah jumpa penyelesaian. mungkin tak perlu bersedih dan bermuram lagi. Aku nak tarik diri dari program pengajian aku sendiri... nak kata sedih tak jugak. bila aku sedar... rupanya aku dalam mood gembira. haha.

Aku kemungkinan bertukar ke diploma atau degree. Kalau diploma, aku akan ambil Microbiology. memandangkan result SPM aku takde masalah nak apply ape2 program, jadi aku pilih microbiology. sebab aku seorang yang suka biologi dan berkenaan dengan research. Hasil minat kerjaya aku pun menunjukkan aku lebih ke arah 'investigasi'. contoh macam kerja2 makmal atau bidang yang banyak kajian. mana tak nye... Dari Asasi Sains ke Business computing... memang aku tak berapa nak ok lah. demotivate.

Untuk degree pulak, aku mungkin ke IPTS atau IPTA.... kalau IPTA tu mungkin bukan lagi fakulti komputer macam aku sekarang, yang penting aku taknak dah bahagian IT dan sains komputer. walaupun aku nak tukar program pengajian... tapi aku teruskan jugak habiskan Exam semester ni. harap2 aku memang betul dapat tukar program pengajian yang aku minat.

Bila fikir tukar program pengajian... aku mungkin akan terlambat beberapa tahun. Tapi aku tak kisah dah pasal tu semua. tak kisah la umur 24-25-26-27 baru aku habis degree. aku dah malas nak fikir. asalkan aku habis belajar dengan apa yang aku nak. Dulu aku ade planning, kalau habis degree umur 23, kerja pastu boleh dah kawin... tapi sekarang fikiran tentang kahwin tu aku letak jauh2 sikit. aku tengah fokus akademik aku sekarang.

kadang2 tengok perempuan pun... terfikir.. aishh... aku nak kawin pun tak layak lagi. sape lah yg nak... Nak kerja pun lambat lagi. sape yang nak kasi dia makan nanti, tak bahagia pulak dia nanti. sekurangnya kalau korang dah final year boleh la usha2 sikit calon sebab dah nak habis belajar... pastu kerja... kira boleh dah kahwin.

Aku tersenyum... dapat belajar apa yang aku minat. tak kisah lambat atau cepat aku nak habis belajar. asalkan aku dapat belajar. tak perlu lagi hari2 nak sedih dengan suasana kat Fskm sekarang ni. nak gembira pun nak tak nak je. Penyelesaiannya... aku keluar dari kos aku, aku dapat lari dari masalah depression aku. kaunselor pun cakap better aku tukar kos, penasihat akademik pun kata camtu, termasuk kakak aku pun cakap macam tu... sebelum jadi lebih teruk dengan masalah. lebih baik aku tukar program. :)

classmate kadang2 agak pentingkan diri. cuma aku dengan saiful je la cuba survive dengan keadaan ni. kitorang je yang saling bergantung. classmate lain... aku malas nak fikir dah. aku cadang kat saiful... kalau dia rasa tak boleh survive, tukar je kos lain. tapi harap2 dia tak ada masalah dan boleh teruskan walau aku takde nanti.... Doakan yang terbaik untuk masa depan aku. :)


"You know my name, not my story. You've heard what I've done, but not what I've been through." -Jonathan Anthony Burkett