Saturday, November 5, 2011

Nikmatnya!

nikmatnya dapat balik rumah. dapat jumpa parent dan keluarga masing2.
alhamdulillah aku masih dapat merasa nikmat yang Allah kurniakan.
nikmat ada ibu-bapa. sampai je di Parit Buntar, tangan mak yang aku capai dahulu.
itu nikmat sebenarnya. tapi ade sesetengah orang mungkin belum tersedar. alhamdulillah kita masih lagi dapat kucup tangan mak ayah masing, masih dapat tengok lagi muka diorang, dengar suara diorang.

dalam perjalanan balik dari UiTM Dungun ke Parit buntar ambil masa dalam 9jam sengah.
buat pertama kalinya aku merentasi  negeri kelantan. Negeri yang terakhir yang aku belum pernah pergi di semenanjung. Bas berenti rehat di hentian batu melintang. aku tanya fiqri " ni kawasan kelantan ke?" fiqri cakap ye. jadi aku jadi excited nak turun bas. yeahhh... buat pertama kali kaki ini menjejak di negeri kelantan. Hahaha...
jadi semua negeri di semananjung ni aku dah pernah pergi. :)

dalam bas agak meriah dengan suara orang yg dok seat belakang. memang semua dok cakap Utara je dalam bas. dah lame aku tak dengar lohgat utara. aku pun ade la tergelak dengan lawak2 diorang dalam bas.
aku dok Parit buntar. jadi majoriti cakap utara. tapi sejak aku dah tinggalkan sekolah menengah, dah jarang aku cakap utara. lagipun aku dengan family cakap mcm biase je.

seriously aku seronok dengar ade orang cakap utara. tambahan kalo ade la budak pmpn cakap utara.
dalam kelas programming C++ dpt la aku dngar siket2 ade orang ckp utara. 2 orang perempuan dalam kelas programming memang ckp utara. hahaha.. best2 dngaq depa cakap.

aku rase aku patut asah lagi loghat utara aku bila balik Parit buntaq nieh. hehe

Nikmatnya balik rumah! dah 2bulan aku dok Dungun. Bosan! study, study, study~ cukuplah... aku nak rehat kat rumah cuti midsem ni pulak.

pagi2 aku drive kereta bawak abah pegi beli daging nk buat rendang
kawasan dekat ngn pasar basah di Pusat Bandar sesak dengan kereta.
esok kan hari raya Aidiladha~
anak perantau parit buntar sudah balik ke kampung halaman masing2. :)

~al-kisah~

Thursday, October 20, 2011

Kenapalah aku di UiTM Dungun ni??

aku dapat Temuduga SPA untuk kali ke-2. untuk kali ke-2 ni bukan aku mintak. tapi dipanggil.
classmate aku dah la 7 orang je. tetiba dengar sorang tu beriya-iya pegi temuduga SPA dan berharap dapat jadi Nurse. haihhh... tension aku. dah la kelas pun tak ramai. tak meriah.

aku Pon dapat gak! tapi aku tak pergi. aku dapat pilihan temuduga sebagai jururawat dan pembantu perubatan. SPA! ok... SPA memang la orang cakap dapat tajaan, habis belajar dapat kerje.
Tapi! takkan la aku nak berpatah balik amik Diploma? aku masuk ASASI SAINS. dah membazirkan 2 semester di Asasi Sains. kalo aku tahu nak amik SPA memang dah lame aku belah dari Asasi mase semester1 lagi. sekarang aku dah amik Ijazah Sarjana Muda Sains (perkomputeran pernigaan)(kepujian) di UiTM Dungun.

Ingat aku suke dengan ape aku dapat ni?? sebenarnye takk... tapi aku redha... mungkin ade Hikmahnye aku dapat Kos ni. mungkin masa depan aku akan lebih baik? hanya Allah yang tahu.
so... aku dah gunakan masa setahun kat Asasi Sains. aku tak rase nak amik Diploma.
memang sekarang ni Asasi Sains yang orang cakap budak-budak terpilih la dikatakan. lepas habis asasi aku dapat degree business computing. lain dari ape yang aku belajar masa Asasi. sekarang dalam business computing subjek yang aku susah nak belajar iaitu Ekonomi!
aku xde basic ekonomi dan aku tak suka Subjek ni. ape yang aku suka? Science! science!

ekonomi aku teruk... aku tak dapat kejar lagi ape yg aku dah belajar... masih lagi blurr...
buku ekonomi lagi dasyat dari buku sejarah. lagi cepat aku tertido mase bace. haihhhh...

Bab Programming C++. buat mase ni aku tak rase yang mende ni Susah terlampau. sekarang baru belajar yang biase-biase je. belum lagi yang tahap extreme punye programming. aku tak cakap mende ni senang. cuma kena buat banyak latihan programming baru la nanti boleh paham.
kalo setakat baca buku programming C++ memang susah la nak Paham! kena cuma practice yerr...
cukuplah bagi aku serabut bila dengar ade Classmate tu macam nak belah dari Kos business computing ni.
takkan sebab subjek programming C++?? rilek laa.. cuba belajar perkara baru.
aku ni! ekonomi! dorang ade basic ekonomi mase matrik. aku takde. lagi la mencabar bagi aku nak belajar mende tu.
Dorang xde basic programming. aku pun xde. sama rata kan? fair? tapi aku lagi lah... nak kejar subjek ekonomi tu. kadang2 rase macam berputus asa dah...
semester akan datang pulak belajar Business. untuk pengetahuan. subjek yang paling aku tak suka iaitu business!!! tak suka langsung! langsung! xde kaitan dengan Sains! gila sedihhh! :'(

Friday, October 14, 2011

Trust

"Trust No One, especially women" -Athos the three musketeer.
boleh jadi perempuan yang dikatakan adalah perempuan yang tidak dikenali atau baru kenal.
Tetapi kita kena percaya kepada Mak dan adik beradik sendiri, bukan kepada perempuan yang tidak dikenali. hahaha

aku pun susah jugak sebenarnye nak percaya kat perempuan tak dikenali atau yang baru aku kenal dalam 2-3 tahun je. risau...
kerana mereka juga boleh membuatkan lelaki jadi tidak keruan, sangat berharap dan mabuk kepayang. berhati-hatilah. serik dah aku tengok kawan aku jadi macam ni.
bermain-main emosi di dalam dunia mereka. keh3...