Lokasi Berhampiran Pintu Utama UiTM Dungun.
lepas dah tunggu setengah jam dalam Kelas, Ustaz tak muncul2 jadi kami pun pergi ke tepi pantai sebab teringin nak tengok pantai kt Dungun ni.
Kami… tak ramai pun… Kelas aku ade 4 orang je.
Van berwarna Kuning tu gelarannya van Kunyit. Van tu je la yang dapat bawak student UiTM Dungun ke kawasan sekitar Dungun. sekali perjalanan Rm1.50
kebanyakan kelas aku batal sebab bilangan pelajar sikit. tunggu lepas hari khamis ni baru kelas mula macam biase.
Tuesday, September 20, 2011
Saturday, September 17, 2011
Suasana baru di Kampus UiTM Dungun
Belakang kampus ada Bukit yang berhutan.
hadapan Kampus Laut China selatan.
disebabkan Kolej kediaman aku, Gemia3 belakang bukit yang berhutan banat.
ade macam2 haiwan aku ade nampak setakat ini.
haiwan pertama: Babi hutan. masa tu waktu pagi-pagi buta aku nak ke surau. ada 4 ekor semuanya. tengah dok korek-korek Tong sampah. nampak je terus 4 ekor tu lari.
Haiwan Kedua: Monyet. masa tu petang sikit. monyet-monyet tu merentasi laluan pejalan kaki nak ke pokok sebelah. Comel la pulook. haha
Haiwan Ketiga: Lembu-Lembu Liar tengah meragut rumput berdekatan Tasik. tanduk panjang-panjang gak.
Haiwan keempat: Burung kecik warna Merah. cantik warna burung tu. Seriously nampak Unik. masa tu burung tu sesat termasuk dalam surau. dok terbang kat siling surau. tiba-tiba. panggg! langgar kipas dan terus jatuh. burung tu jadi keras tak gerak. mati dah laa tu… Kesian…
ade terbaca dari Blog seseorang. Belakang kampus UiTM Dungun iaitu Bukit berhutan tu merupakan Hutan Simpan.
dan…. UiTM ade buat tapak camping. Kem Gemia kat Hutan tu.
A resort Kampus.

Thursday, September 15, 2011
Perjalanan keluar dari Kampus UiTM Dungun
Pengalaman pertama aku keluar dari kampus nak ke Pekan Dungun sebab nak beli barang2 alat tulis semua.Terengganu negeri yang agak asing bagi aku. tak pernah lagi aku ke terengganu sebelum ni.yang bertanda Merah tu Laluan setiap hari aku akan ke Kelas. Kiraan jarak guna GoogleMap 1.44Km. kalau jalan Kaki memang Terasa sangat jauhnya. mungkin bagi yang dah biasa rase dekat je.ramai student kat sini Naik basikal ke Kelas. aku tinggal di Gemia3 jauhhh...
jadi aku ade la jugak rase nak naik basikal ke Kelas nanti.basikal tu macam penting la aku rasa. perjalan berjalan kaki dalam 18 minit. kalaulah ade hal penting, korang kena ke Pejabat atau Kelas tak ke susah nanti? elok jugak ade basikal, senang sikit urusan.
untuk ke pintu pagar utama lagi la jauh. mungkin dalam 1.7Km camtu.
aku terpaksa ke Pintu utama UiTM kalo nak keluar. dekat luar UiTM Dungun ade banyak Van Kuning tulis 'bas sekolah'. Van ni lah yang akan bawak kitorang ke Pekan Dungun atau mane yang berdekatan dungun.
tambang Rm1.50.
Keluar je dari pintu pagar utama, ade abang tu jerit panggil aku naik Van. "cepat nak Laki lagi sorang ni"
seat depan boleh duduk 2 orang. sebab yang dok depan tu laki jadi aku duduk la sebelah dia. Seat belakang penuh dengan perempuan.
Pekan Dungun takde ape sangat pun. aku pergi ke kedai buku beli file, buku, kertas.
pastu buat Kunci Bilik. Jalan2 kejap... takde pape pun...Deretan kedai je.
ade la kedai kasut, kedai baju, pusat pakaian hari-hari, Mydin, Kedai komputer, 7eleven.
lain2 mungkin ade lagi.
mase nak balik. Van tunggu dekat dengan 7eleven . sampai je depan 7Eleven pastu ade Van kuning tu berenti. ade abang tu dalam Van, aku pun terus je naik seat depan. mungkin abang tu tengok aku beli minyak rambut Gel. pastu dye sembang la dengan aku siap tunjuk-tunjuk gel rambut dye. dok tanye elok ke Gel ni? abang pakai ok ke? keras x?
dengan ade slang Ganu nye lagi, aku pun macam ade paham tak paham je dye cakap. tapi aku redah buat paham je. yang aku risau kot dye tak paham aku pulak. aku pun bedal la buat slang ganu tapi bunyi macam Kelantan je. hahaha.
Perjalanan balik Lalu di sepanjang pantai. wahh best gak layan ni.
dengan lagu Halimah Jongang abang tu pasang. bhahah! XD
Sampai je Uitm aku kena lalui lagi jalan yang jaoh!
dari pintu pagar utama k Gemia. Sabor je la... terpaksa keluar ke pekan sebab dalam UiTM ni macam takde pape je. tension gak aku. letih ar nak keluar ke pekan. haihhh..
Subscribe to:
Posts (Atom)