Sunday, October 17, 2010

Aku kau berbeza... aku kau istimewa

LELAKI


lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN..?


hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suami.
isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggungoleh suami. BERATKANNN..?




suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tetapi isteri tidak.
walaupun begitu isteri boleh membantu. haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.
banyak lagi lelaki, lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut..
itulah sebabnya mengikut kajian, nyawa perempuan lebih panjang daripada lelaki.
lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. (ikut kajian laa).




tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerahkan oleh allah SWT. ini kerana lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. camtu lah kira-kiranya.






WANITA




aurat lebih susah dijaga berbanding lelaki.
perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. 
saksinya kurang berbanding lelaki. menerima pusaka kurang dari lelaki. perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. wajib taat kepada suami tetapi suami tak perlu taat pada isteri.
talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.




pernahkah kita lihat sebaliknya?? benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. 
sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah, bukan? itulah bandingannya dengan seorang wanita




wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
bukankah ibu adalah seorang wanita? wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinyadan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini,
dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. manakala dosanya diampun oleh ALLAH (dosa kecik)




di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita ini : isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
manakala seorang wanita pula, tanggungjawabnya terhadap ditanggung oleh empat 4 orang lelaki : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara.




seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : sembahyang 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.




seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengankat senjata.


masyaALLAH........ sayangnya ALLAH pada Wanita....


seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki... kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi ALLAH, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...
maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang menghadap ALLAH dalam keadaan istimewa di sisinya





"berpeganglah kamu sekelian dengan tali allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah disatukannya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi saudara dengan sebab nikmatnya. (ali imran : 103) pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segalanya yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. bahkan manusia itu, menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri"

Thursday, October 14, 2010

first time outing ke shah alam

shah alam, selangor.
aku x tahu sangat fasal shah alam ni.
yang aku tahu shah alam ni macam best kowttt.
 1st time aku masuk asasi, aku just kenal dengan housemate baru,
classmate pon aku kurang kenal sangat,
husaini and fahmi kawan aku dari Parit buntar...
kami bernasib baik, kami dapat masuk 1 group dewan lecture
aku selalu lepak ngan dorang klo boring.

mase dalam dewan lecture kami duduk same2. klo lambat, sape2 awal kne tolong 'cop'kan seat.
dewan tu penoh dengan student asasi sampai ade yg kene dudok kt bawah. 
so, kne bangun awal 1jam. masok dewan awal 30 minit.. mmg cabaran tol...!
sebab nak dapat seat dalam dewan, kitorg tpaksa bangun awal

dalam dewan tu kami kenal dengan dengan sorang prempuan ni.
time tu die ddok depan dewan buat pengumuman, dye suruh sape2 tolong fotostat untuk group masing2
pastu die bagi no.phone, kot la ade sape2 nak contact, mintak kertas handout.

xtawu la.. fahmi ni rajin sangat..
die tolong fotostat untuk group
kami pergi jumpa dengan perempuan tu. pastu mula lah kenal dengan dia
nama dia mula2 aku susah nak ingat, rupanya dia 1 group tutor ngan aku.hehe.
auwatif, ni dok penang rupenye.. boleh la kami cakap utara sket2 ngan dia.. haha.
fahmi dah la cakap utara pekat. sikit pon x lepas ckp utara dye.


kami lepak2 la dalam bilik hari jumaat tu. kami cadang nak outing ke shah alam.
dah seminggu masuk asasi, teringin lak nk pegi klua.
kami dah rancang awal2, nk ambik bas pegi ke shah alam.
bas U90 rapid KL akan naik ke uitm puncak alam,
pastu bawak klua ke Klang sentral.
then baru ke shah alam.

ade gak cadang nak join skali auwatif dengan kawan2 die.
kami pon ok jerr...
petang sabtu dalam pukul 4 cmtu, kami klua pegi bas stand kolej raflesia.
jumpa la auwatif ngan kawan die, nadia, dhalilah.
kami ni dah la x tawu naik bas, kot la dorang ni tawu sket naik rapid KL.
 bas sampai. dorg masok dulu. ehemmm.. mestila ladies first..
last2... kami yang kene tunggu bas lain, sbab bas tu dah penoh. ces..!

sejam pastu baru la bas datang. then kami naik, teros bawak ke shah alam lebih kurg sejam perjalanan.
jumpe la ngan dorang kat plaza PKNS, tu pon dah pukul 6 ptg.
pegi la smyang asar dulu.. 
dah habis tu pegi ke plaza alam sentral. dah masok maghrib lak, smyang la kt atas plaza alam sentral.
jalan2 kt sane smpai pukul 9.30 cmtu.

bermula lah kisah budak2 asasi puncak alam yang x reti naik bas rapid, x reti nak balik awal ke puncak alam..
hahaha...
kami tunggu la bas rapid kt depan PKNS..
bila bas lalu je, sume usha tngok klo bas tu U90.. 
dah lama sgt kami tunggu.. pastu dalam pukul 10, dorang da mula risau.
try la tnye driver bas rapid yang lalu.. 

" bas U90 ade lagi x, nak pergi ke puncak alam"

driver tu cakap ade bas tu.. so kami tggu la.. 
sambil2 kami ambik turn pegi tnye driver bas yg lalu pasal bas U90.
aku dah agak2 cuak, bile jam dah pukul 11 mlm..
last skali driver bas yg lalu cakap bas tu dah xde...
bapak ar...dri td kitorg dok tnye, dorg cakap " ade.... ade... ade...."




tunggu bas U90 rapid KL


nak ambik teksi mahal..! sume nak baject duit,.
so, nak balik mcam mane ke puncak alam..!

so, ambik keputusan pegi lepak kt mamak bistro yang ktorang makan td.. 
ingat nk lepak sampai pagi. auwatif ngan geng dye lak nk pegi smyang kt Plaza alam sentral..
gile siott... nk pegi balik tmpat tu..! dah la sunyi, kat tingkat atas lak.. isk..!
jam dah pukul 12 dah...

kalo fikir balik... nak semayang kt mane lagi..? 
ingat nak lepak kt mamak bistro smpai esok pagi.. kompem lebam mata.!

fikir2 balik.. pegi ke masjid shah alam la senang..!
pegi bayar minum pastu tanye kat mane masjid.. 
kami pon berjalan kaki la ke masjid..
uhuuu, dapat pahala tuuu jalan kaki pegi masjid.. hahahaha..!

dalam perjalanan tu macam2 yang kami lalui..
pengalaman yang agak best..! dan baru bagi aku..!


dalam perjalanan tu, kami 6 orang... lalu ikot tepi jalan..
Plaza peransang, bagunan yang paling aku ingat. sebab bangunan dye tinggi, and nama dye slalu dalam ingatan. kami lalu ikut sebelah bangunan tu.




plaza peransang


dalam perjalanan tu, kami sembang2 la.. lagipun kami  x knal sangat dorang.
bila kami jalan.. rase macam nak protect la dorang.. dorang dah la pmpn, jalan time tgh malam lak.
risau kot jadi ape2..


macam2 ragam kami jumpe kt shah alam haritu.
kami lalu ikot dalam taman, aku x sure taman ape... sbab malam x nampak clear.
jumpe la ngan manusia2 yang tak tido malam.. ade orang sambut birthday kt taman, ngan kawan2 dorg..
hahaha.. dah pukul 1 pagi smbut birthday..!? dalam taman lak tu..
kami jalan je la buat x tawu... smbil2 usha la sket dorg..


entah merata-rata kami jalan dalam taman...
dah nampak menara masjid, kami jalan ikut ke arah menara masjid..
pastu nampak lak mat kereta dok berkumpul kt taman..
aku pelik gak ape dorg buat kt sini.. macam dah x nak balik rumah jer..
laki pmpn pon ade.. x sure la laki, pmpn tu suami-isteri atau tak...
memang banyak la kereta time tu.. aku rase macam ade show kreta kott..


dah penat jalan, jmpe tandas... sume pegi tndas jap...
dah dri td aku tahan. akhirnya jumpe gak tndas..!


dah depan pintu masjid, tapi heran gak, knape masjid gelap jer..
xnak bagi orang masok ke..?
jumpe lak ngan pak guard masjid tu.
dye cakap masjid dah xleh masok time malam.
takot nanti barang orang yg niaga kt dalam, hilang.


ape nak buat, duduk je la kt luar pagar masjid...
naseb baik ade krusi. bleh gak duduk2, bukak kasut aku nie.. dah sakit kaki aku jalan dari tadi.. fuhhhh...




 prennnnggggg2... prennnnngggg2...!
bunyi lak moto...! punye ramai la mat yang tak tido malam, naik moto..
berenti elok je depan kami.. aisshh...
aku dah risau, tpi.. tak sure dorg nmpak ke.. kami duduk kt krusi. sbab mcam terhalang sket ngan pagar and pokok2...


pak guard tu panggil kami lepas 'mat2 tak tido' tu blah.. nasib baik aku, husaini, fahmi.. orang parit buntar..
pakcik guard tu pon org parit buntar gak.. haha... jumpak org PB gak weyh..
bos kt dalam masjid tu datang, tanye dari mane, buat ape...
kami pon cakap kami student UiTM puncak alam.




nasib baik dye bagi kami masok tido dalam masjid...
mgkin sebab tngok ade pmpn ikot skali. risau nnti jd ape..
dah dapat masok semayang isyak.
pastu masok bilik kelas agama, tmpat kami nk tido... baik hati gak, ade air-cond untuk kami tido..
budak pmpn la kena soal siasat lama sket. haha.. kesian dorg....


pengalaman nie akan aku ingat smpai bila2.. haha.. macam2 aku alami.
dari pukul 12mlm sampai 2.30pagi.. jalan2 sampai ke masjid..
esoknya kami balik  naik bas rapid KL U90.. pkl 8.30..


aku cakap kt housemate aku, aku tido rumah kawan aku...
tak cerita la, aku tido masjid sebab takde bas.. wahhahahaa...


Add caption










Saturday, October 9, 2010

dunia baruku di uitm puncak alam


   
video clip nie hampir same ngan ape yang aku alami kt UiTM puncak alam.
haha.. klako gak..! 

ada suka-duka. barulah hidup nie menyeronokkan..!
ni lah hidup baru aku, bila dah masuk umo 18 tahun.

tapi study + enjoy x sepatot nye aku buat dalam asasi..
tpi nk buat macam mane, prof ahmad yang cakap sendiri,
study sambil enjoy..!