Assalamualaikum...
Sudah pun masuk tahun 2020. Dah lama aku tinggalkan blog ini tanpa ada sebarang tulisan baru.
Dah lama perjalanan blog ini sejak tahun 2011 seingat aku. Dah sudah menjangkau 244 post. Aku sendiri pun tak ingat apa yang aku pernah tulis masa dulu.
Kalau dulu aku masih lagi belajar di UiTM. Kolej di JB. Dan alhamdulillah sekarang sudah pun bekerja. Usia pun sudah nak menghampiri siri ke-3.
Jika korang masih ada blog yang ditulis sejak zaman study dulu, jangan padam. Biarkan saja. Kalau mahu pun korang just private. Nanti korang akan nampak timeline kehidupan korang. Macam mana pemikiran korang masa menulis zaman dulu dan sekarang.
Aku sendiri akui macam mana aku tulis dulu. Masa awal nak belajar blogging. Kalau sekarang baca boleh tersengih balik. Ada yang menggamit kembali memori lama.. Dan ada juga agak childish cara aku sampaikan apa yang aku tulis. Itu semua perkara yang dah lalu. Kenangan masa dulu. Jangan padam.
Perkara yang lalu itulah yang menjadi diri kau yang hari ini. Jangan kesali benda dah lepas. Benda yang dah lepas itu kadang boleh jadi kayu ukur diri kita yang sekarang sudah sampai ke mana.
Ini sekadar post pendek aku... untuk tahun 2020 ini. Sekadar ingin menulis kembali di dalam blog ini.
Teruskan.. Gempaksher.
Hidupmu bukan hanya untuk dikesali tentang perkara lalu.
Sekarang tiba masa untuk menghargai setiap perjalanan hidup ini.
Terima kasih abang. Teruskan menulis. Saya sampai ke blog ini lepas cari maklumat pasal tayar motor. Mungkin benda yang kita tulis kita rasa tak penting, tapi sebenarnya penting untuk orang lain. Selain untuk memori kita, ia juga boleh dijadikan rujukan. Moga terus maju.
ReplyDelete