Friday, May 20, 2016

Habis 2 tahun setengah


Exam dah habis. Sekarang boleh kata semester 5 aku dah habis.
Tinggal satu semester je lagi nak habiskan belajar. Pada umur sekarang ni, perasaan nak belajar tu macam makin berkurang sikit lah kan sebab tengok kawan2 kau semua dah kerja, beli kereta, makan sedap, melancong. Siap ada yang berumah tangga. Itu mereka, kita yang still belajar ni, belajar lah. Sampai masa kau akan kerja juga insyaAllah. Cuma rezeki cepat atau lambat. Biasa lah rakan sebaya itu banyak mempengaruhi kita, apa kita perlu buat, patut buat pada masa sekarang ini. Maksud aku sebaya dengan umur kita. Bukan sama tempat belajar semasa. Macam rakan sama-sama sekolah rendah, menengah dulu, sekelas.

Semester 5 ni pengalaman yang lagi menarik dari pengalaman sebelum ni. Sebab tempat berbeza. Suasana berbeza. Segamat. Bukan di JB




Sebabnya... ini pengalaman kali pertama aku tinggal serumah dengan housemate belajar. Masa di UiTM dulu pun tak pernah. Ini 1st time. Serumah dalam 13 orang. Aku tinggal di ruang tamu tidur beralaskan tilam. Meja studi? nope, takde. Meja tu ada, tapi kitorang susun 5 meja tu jadi tempat letak barang dapur dan jadi meja makan. Nak studi? ahh tilam ada. Guling2 je atas tu.

Awak, gempaksher dah jumpa calon ke belum dah semester 5 ni?

Tak. takde pun. still macam biasa sekarang. Macam sebelum-sebelum ni. Tapi still dalam misi mencari. Benda ni kena usaha dari sekarang. Korang yang sama umur aku ni janganlah harap nak bujang sampai 30. Walaupun sekarang ni tak rasa lonely, member ramai teman pergi sana sini, lepak merata. Pada suatu hari nanti, member kau semua pun nak kahwin jugak. Diorang akan tinggalkan kau dan bersama dengan suami/isteri/anak2 masing 24hour. Bukan dengan kau dah. Masa tu bila sorang demi sorang member blah tinggalkan kau, baru kau akan feeling lonely. So, mula dari sekarang.

Praktikal kali ini di 6 penempatan.
Jabatan kecemasan, Klinik ortho, wad ortho, dewan bedah, dewan bersalin dan pejabat kesihatan. Kesemuanya 4 bulan. Dah bulan terakhir akan ada peperiksaan pada awal bulan. Nama pun praktikal jadi takde masuk kelas pun. Balik kolej, 3 hari lepas tu jawab exam. Soalan2 exam banyak berdasarkan apa yang kitorang belajar di kawasan penempatan.

Sampel nyamuk hidup

Antara skill yang aku dah mahirkan semasa praktikal. Toilet & suture. Atau senang orang tahu jahit kulit. Insert catheter bladder drainage, ini masukkan tiub ke pundi kencing. Aku just buat pada lelaki, perempuan aku taktau. Lelaki lebih sukar sebab saluran kencing lebih panjang dari perempuan. Ambil darah, ni sem lepas aku mahir dah. kemudian Branula, jarum yang cucuk kat tangan dan masuk air tu. CPR, Biasanya bila orang tu dah takda nadi.

Mesti korang biasa tengok dalam TV orang bagi renjatan elektrik pada orang kena serangan jantung or hampir mati. Dulu sebelum aku belajar tentang perubatan, aku pun ingatkan renjatan pada dada tu diberi bila takda nadi, jantung terhenti dan perlu 'restart' bagi ada balik. Itu dulu, masa aku sebagai masyarakat biasa, takda pengetahuan.




Aku ceritakan dalam istilah mudah, dalam bahasa kampung. sebut medical sangat nanti orang tak faham. Nak ceritakan sesuatu ni kena bagi orang faham, kalau tidak apa fungsi komunikasi kalau berbahasa tapi tak sampai maksud pada orang lain. Itu dah tak jadi komunikasi berkesan.

Ventricular tachycardia dan Ventricular fibrillation.
Dua ni kondisi yang membolehkan bagi renjatan. Bukan yang garis lurus tiada ritma yang kebanyakan orang fikir. Renjatan ini akan cuba 'restart' balik jantung untuk dapat nadi yang normal. Mesin renjatan itu dipanggil Defibrillator.

Cerita pula sepanjang di segamat. Aku bertemu dengan beberapa orang kawan lama. Ada yang secara perancangan dan kebetulan. Dan yang kebetulan tu sangatlah tak sangka akan berjumpa.

Di segamat lah aku dapat life macam di UiTM Shah Alam dulu, Kebebasan nak keluar. Tak dikurung dalam tempoh ditetapkan macam dalam kolej. Boleh keluar sampai lewat malam. Secara tepat life aku kat sana boleh kata macam orang dah kerja. Habis kerja balik rumah. Pagi pergi kerja. Duduk pun dah memang kawasan kuarters staff. Dah 2 tahun aku studi tak dapat kebebasan. Kali ni baru dapat bebas sepanjang 4 bulan praktikal. Nasib baik bawa motosikal. Kalau tidak boleh mati akal duduk segamat ni.

Sebenarnya aku masih mencari apa idea aku nak cerita ni... Rasanya macam takda. Aku stop disini.

Ni gown khas digunakan di dalam dewan bedah. Bukan baju biru. Gown dipakai untuk melakukan pembedahan adalah berwarna hijau. gown ni steril dan labuh sehingga bawah lutut. Telah disterilkan, bermaksud tiada kuman, bakteri, fungus, virus atau mikroorganisma patogen pada baju ini.

Ada cara untuk nak memakai gown ni. Tangan perlu dicuci dulu, agak panjang sikit prosedur scrub tangan ni. Kalau dah biasa, mudah je. Glove pun jenis steril. Bila dah pakai kelengkapan gown ni, sesiapa pun tak boleh sentuh kami kecuali dia pun berpakaian steril gown hijau dan glove, apa2 yang tidak steril tak boleh terkena sedikit pun. Kalau terkena maka kena tukar. Tak boleh sentuh sebarangan kecuali kawasan yang steril, ada kain hijau yang dah steril. Kita nak kekalkan steriliti, taknak ada jangkitan semasa pembedahan pada pesakit.

Tapi masa ni dah takde apa, dah setel. Jadi boleh la aku pegang henset.
Tadi ingat nak stop dah tulis... bila letak gambar ni muncul pulak idea aku nak tulis. ciss...

Salam.

Gempaksher
3.30am, 20 Mei 2016

Thursday, May 19, 2016

Misteri si pendiam

USHER

Ada perkara yang semakin kau ceritakan pengalaman sendiri dan apa yang sendiri fikirkan tentang sesuatu perkara, Ada orang semakin anggap kau seorang yang misteri.

Ada juga bila semakin kau ceritakan kisah kau pada orang, semakin hilang misteri itu.

Apa yang menjadi tanda tanya,  itulah yang menjadi misteri.
Misteri itu persoalan yang belum terjawab.
Senang cerita,  Orang yang jenis pendiam biasanya dianggap misteri bila mereka mula bersuara. 


Saturday, May 7, 2016

Balik kolej, praktikal dah habis

Kenapa aku suka naik motosikal? Kenapa tak kereta? Dua-dua membawa kita sampai ke destinasi. Motosikal ni orang kata kalau hujan nanti basah, tengah hari panas, bahaya kalau lori banyak di atas jalan.

Aku dan chong berhenti di gerai tepi jalan sebabkan hujan. Kami yang sikit basah sebab kena hujan. Perjalanan dari segamat ke Johor bahru, nak balik ke kolej. Dah habis posting sekarang. Jom journey balik!

Kau orang tak rasa naik motosikal lagi adventure dari naik kereta? Memang kereta lagi selesa untuk sampai ke destinasi. Tapi bagi aku sendiri, perkara penting aku cari adalah pengamatan sepanjang journey itu melebihi keinginan untuk sampai destinasi.

Dalam perjalanan kau akan bertembung dengan cabaran. Hujan,  panas, minyak nak habis. Dengan deruan angin sepanjang perjalanan,  kau dengar setiap bunyi kenderaan yang melepasi. Fikiran melayang memikirkan sesuatu. Fikiran kau bersendirian. Melihat dan merasa suasana sekeliling yang lebih jelas sepanjang perjalanan. Kau tak berada di dalam kotak besi  dan kaca kenderaan. Yang kadangkala membosankan. Terlalu selesa.

Perjalanan.