"Pulse drop, BP drop"
.....
"asystole, CPR"
.....
"No pulse"
....
"Estimated time of death"
Aku masih dengar orang bercakap-cakap... Walaupun mereka kata aku dah mati.
Setiap yang berlaku pada aku, aku dengar... Mungkin roh dah terpisah dari jasad dan aku mendengar. Seperti terdengar suara mak, dan abang aku. Tak sedar bahawa aku sudah mati, meyakinkan bahawa aku belum mati, aku masih mendengar suara mereka. Tak lama kemudian... Aku mula nampak suasana yang berlaku.
Ini cuma mimpi aku. Alhamdulillah... aku masih diberi peluang untuk hidup lagi pada hari ni. Mungkin dah selalu tengok katil pesakit acute dengan bantuan pernafasan. Tangisan ahli keluarga pesakit, suasana yang menjadi suram.
Sekarang dah penghujung minggu ke-3 klinikal di wad ni.
Thursday, August 20, 2015
Sunday, August 9, 2015
Skizo
"Buat apa tu? jangan buka kat tangan tu"
Aku perhatikan katil 6 dari tadi. Dia seperti sedar dan tak sedar apa dia buat. Nampak fikiran dia melayang merata. Sengaja aku duduk dekat dengan katil dia dan perhatikan. Di tangan dia ada lilitan bandage untuk kekalkan branula supaya tak tercabut. Dia kadangkala agresif dan tingkahlaku dia tak dapat diramal. Pada waktu melawat biasanya mak dia akan datang.
"Kau tengok muka aku je, kau cerita pasal kubur. Tak habis-habis cerita kubur"
Mak dia mengadap membelakangkan anak dia, dan cerita pada aku. Nampak macam dia tak suka apa yang anak dia cerita. Tapi kasih ibu, dia tak tinggalkan anak dia. Tiap kali masa melawat mesti datang jengok dan suapkan makan.
Tingkah laku tidak dapat diramal. Atau dalam fail ditulis abnormal behavior. Diagnos Skizofernia. Ni salah satu penderitaan sakit mental. Simpati. Dah lama aku nak berbual dengan dia... tapi kali ni baru aku dekatkan diri berbual. Sebelum ni dia baru masuk dan agak agresif, jadi ada potensi dia marah-marah, menjerit. Jadi aku elakkan duduk dekat. Nanti jadi bising satu wad, orang lain perhatikan aku pula. Dia nampak stabil, kurang agresif sekarang mungkin disebabkan ubatan psikotik yang diberi.
Berulang kali aku tengok dia cuba buka balutan bandage, dan aku tegur berulang kali. Bila ditegur dia berhenti untuk cuba buka.
"Kenapa nak buat kat tangan tu? Ada sape2 suruh buka ke?"
Aku tanya dia, sebab aku dapat rasa yang dia tengah halusinasi auditori.
"Ada dengar suara orang cakap-cakap ke? siapa?"
Cuba nak tahu jika ada suara yang dia dengar dan berinteraksi dengan dia. Dia kata 'syaitan'. Aku anggukkan apa saja yang dia cakap. Lagi sekali dia cuba buka balutan di tangan perlahan-lahan, nampak seperti dia sedar dan tak sedar. Dia umpama dalam kebingungan dan keliru
"Jangan dengar cakap dia kata suruh buka, pedulikan dia. Jangan dengar apa dia cakap. Baring je, rehat"
Aku dah dapat tangkap apa yang dia fikirkan, tingkahlaku dia. Hari sebelumnya dia duduk atas kerusi dan enggan baring di katil. Dia kata ada hantu kat katil dia kacau. Aku cuba yakinkan yang sekarang dah takda hantu, hari dah siang. Dah tak ada apa yang nak kacau dan ditakutkan. Dia seperti selalu menceritakan sesuatu yang mistik dan menyeramkan. Hantu dan kubur. Dia nampak hantu dan dengar suara. Kemudian berlanjutan ke soalan-soalan aku kepada dia. Bertanya hal-hal biasa, rumah di mana, ingat tak berapa hari dalam wad dan lain-lain. Cuba untuk adakan perbualan biasa.
Bagi orang normal macam kita, apa yang dikata, kita mungkin anggap mengarut-ngarut dan sukar diterima akal. Ya, itu fikiran kita yang normal. Kita sukar terima fikiran abnormal. Tapi penting untuk cuba fahami tingkahlaku dia bila kau salah seorang yang merawat. Empati. Cuba memahami dan berada di tempat dia.
Kalau melalui perubatan tradisional, dia dikata terkena ilmu hitam. Kadang ini buatkan aku terfikir percanggahan antara perubatan moden dan tradisional dalam bab ini. Tapi apapun dia berada di sini disebabkan perubatan tradisional seperti tidak berkesan. 4 hari kemudian selepas rawatan 'bomoh' keluarganya bawa ke Hospital untuk rawatan. Ikhtiar.
Kita juga ada kekurangan. Bukanlah sempurna.
Saturday, August 8, 2015
“The best way to cheer yourself is to try to cheer someone else up.”
-Gambar dah setahun yang lepas. Gotong royong perdana di Kolej.
Semester 2.
Subscribe to:
Posts (Atom)