Monday, February 24, 2014

Bermula, Johor Bahru (Part 1)

Dah hampir 2 bulan aku belajar di Johor Bahru.
Pengalaman di sini amat lain dengan suasana belajar semasa di UiTM. Tahukah tempat aku belajar sekarang? Ia sebuah kolej dibawah kementerian kesihatan malaysia(KKM). Sepenuhnya dibawah KKM. Sangat berbeza dengan IPTA dan IPTS di malaysia ini... Sebab ia acuan sendiri Pusat latihan KKM. Kalau student Universiti dipanggil Pelajar, Mahasiswa, Siswa... Tapi berlainan pula disini. Kami dipanggil dengan gelaran Pelatih(Trainee). Bila dipanggil pelatih jadi kami memang betul-betul dilatih dengan suasana pekerjaan. Antara yang ketaranya... Waktu mula kuliah adalah pada jam 8.00pagi, Tamat pula pada pukul 5.00pagi. Diberi waktu rehat pada pukul 10.00am-10.30am dan 1.00pm-2.00pm... Pada mulanya aku fikir macam ok je masuk pukul 8.00am. Bila dimaksudkan pukul 8.00am bermakna korang kena ada dalam kelas sebelum 8.00am... Memang tiada alasan lambat walaupun sedikit. Jika tidak, tindakan akan dikenakan kepada korang.

Ini cabaran bagi aku. Sebabnya, dulu kalau kelas mula jam 8.30pm... Aku rilek lagi datang lewat 10-30minit. Tapi kat sini memang tak lah. Rehat pukul 1.00pm-2.00pm memang rehat yang singkat. Aku memang tak cukup masa kalau nak baring tidur. Jalan kaki, pergi makan, naik tangga dah 20 minit. Sebelum pukul 2.00pm dah kena ada dalam kelas... Jadi disini amat penting tentang ketepatan masa.

Aku takde gambar untuk aku kongsi tentang tempat ini... mungkin post akan datang aku akan update.

Harian aku setiap hari... Pukul 7.20am aku dah bersiap dan pergi ke kelas. Tapi awal ada sebabnye. Aku kena ambil barang Audio/Visual untuk kelas. Bilik IT buka pada pukul 7.30am... Ambil Laptop, LCD dan apa bagai semua jenis pasang dalam kelas. Kemudian aku belah pergi makan... Memang kena makan lelaju sebab aku kena ada dalam kelas sebelum pukul 8.00am.

Tentang orientasi aku... sempoi je. Best! Takde lah bosan macam UiTM... Kalau ikutkan aku dah join 3Minggu orientasi (MDS) UiTM... memang letih. Tapi masa aku orientasi di tempat baru ni... aktivitinya agak santai, tak letih sangat2.. Banyak Latihan dalam Kumpulan (LDK), Diorang nak bentuk bond(jalinan) antara kami... dan serius best lah jugak. Tertinggal lah sikit parut kat tangan aku... sebab ramai kena denda tekan tubi knuckle. Memang merah, melecet habis aku punya penumbuk... Sakitnya memang kaw kaww penumbuk atas lantai. Tapi kira ok lah.. orientasi ni dikira interesting dan best dibanding dgn 3 orientasi UiTM aku yang sebelum ini.

Nak belajar dekat sini... memang kena kuat fizikal dan mental. Orang yang betul-betul minat dengan apa yang dia belajar akan rasa OK. Sekadar OK je lah... sebenarnya banyak jugak yang tak suka dengan perkara-perkara disini sebab dianggap terlalu mengongkong. Tapi memang mengongkong pun. dan aku setuju sama. Kalau student lepasan SPM mungkin diorang tak kisah dengan suasana ni... Tapi bagi yang dah terbiasa suasana universiti, orangnya macam aku ni... memang akan rasa berat lah.

Aku tanak taip panjang2 sangat... nanti letih nak baca. Mungkin aku akan update post akan datang.


Tempat belajar aku sekarang di Johor Bahru.
Diberi nama Kolej Sains Kesihatan Bersekutu.




Dilatih untuk menjadi Seorang Penolong Pegawai Perubatan atau dalam gaya omputihnya, Assistant Medical Officer(AMO). Secara keseluruhan... memang sedang belajar perubatan sekarang ini 100%.

Aku minat medical sejak SPM... Diberi rezeki oleh Allah, Jadinya aku tetap dapat cari jalan ke arah minat aku. Walaupun dah tersasar sekejap beberapa tahun sebelum ini. Dulu nak jadi doktor takde rezeki... Sekarang jadi Medical Assistant pun ok lah... dapat jugak belajar medical dan kerja di hospital. kan? yeah aku memang minat nak kerja hospital. Suka nak berinteraksi dgn pelbagai golongan dan tolong orang. Nanti ia bukanlah suatu pekerjaan yang membosankan untuk aku. kan? :)



Drama House! Ini memang drama favourite aku.
Drama ini boleh dikata motivasi aku untuk study tentang medical
Minat, Passion dalam diri sendiri sebenarnya adalah motivator terbesar.










52 comments:

  1. assalamualaikum , saya syakirin . saya nak tanye banyak2 pasal kolej ni bole ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam.. Boleh, tanye je :)
      saya dah setahun setengah belajar kt kolej ni skrg.
      Masuk kolej ni ke?

      Delete
  2. Asalamualaikum..sy bakal pelatih jqnuari 2016..tp smpi hari ni x tau penempatannya..gimana mau cek yah ba?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Hai Syiera. Boleh check kat dalam SPA atau email. Biasanya akan ada surat sampai ke rumah. Kadang agak lewat jugak surat sampai ke rumah, dalam 15-10 hari sebelum daftar. Apapun Tahniah Syiera. Selamat menjadi pelatih. :D

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. #Semak= http://elpp.moh.gov.my/index.php

      Delete
  3. salam... saya dpt pggilan lapor diri januari nnti dkt kolej ni nnti..
    skrang saya blajar kos nursing d KPTM....bole saya tahu kaedah pembelajarn MA sama x dgn nursing.. dri segi subject (anatomy physiologi..biochem..etc) ..osce pon ada jgax ka..? then FInal exam bfore or after posting..
    then kolej ni akses kmudahan pgangkutan cmna erk.. jarak bus station@airport dri kolej... mall yg tdekat jraknya brpa....


    hehe.. sorry tnya soklan pelik.. xpnah jejak Johor lgi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. HI Ayie! :)
      Dari segi belajar, lain. Soalan exam pun lain cara jawabnya. Masa praktikal pun lain nanti. Apa yang saya boleh kata memang lain.
      Cuma pembelajaran asas semasa semester 1 dan 2, subjek anatomi,fisiologi, mikrobiologi, sains tingkahlaku dan lain2 sama macam nursing. asas sains kesihatan.

      senang kata kejururawat belajar tentang nursing, MA lebih pada perubatan dan ada sedikit asas nursing. Memang ada dalam silibus MA, subjek Sains kejururawatan tapi tak banyak. Kemudian subjek2 lain adalah berbeza dari segi keperluan pemahaman dan pembelajaran. Apa yang MA belajar, lebih kurang macam apa student medical doktor belajar, cuma aras peringkat diploma lah. Dari sem 2 sampai sem 6, banyak ditekankan subjek Kesihatan komuniti, Perubatan kecemasan, Perubatan dan pembedahan.

      Osce ada setiap semester. perkara biasa.
      Semester 1-3, posting selepas exam itupun cuma selama 2 minggu shj. Sekadar pendedahan awal.
      Semester 4-6, Posting dari awal semester sampailah hujung sem, kemudian terus masuk final exam. Tak akan masuk kelas teori lagi macam sem 1-3, akan posting sepanjang sem. Pandai2 lah self study untuk exam final. hehe

      Walaupun nama kolej, kena selalu ingat yang ini tempat latihan. Bermakna penuh dengan peraturan dan larangan2 sepanjang jadi pelatih kolej. Ada waktu outing ditetapkan. Hujung minggu je boleh keluar dari pkl 8-10malam. Hidup takkan bebas keluar dan balik rumah macam duduk belajar universiti atau kolej swasta. Sepanjang jadi pelatih kat sini. Jarak dengan stesen bas larkin, boleh kata teksi RM15 la satu perjalanan. Airport Senai, kalau tak silap dalam Rm30-40 naik teksi dari kolej.

      Bab pengangkutan, sekarang ni kami banyak guna Uber dan Grabcar kalau nak kemana-mana, jarang guna teksi. Bus ada tapi jarang guna, kecuali kalau nak try boleh la guna bus ke bandar JB.

      Mall yang terdekat, Plaza Angsana, Giant Tampoi, dan A Mart. Tapi nak keluar kena ikut waktu outing lah. Weekday jam 5.30pm-8pm shj. Setakat ini lah, tak tahu la kalau akan datang berlaku perubahan waktu outing. Sini tak dipanggil student, tapi lebih kepada panggilan pelatih. :)

      Takpe hehe, saya pun tak pernah jejak Johor sebelum ni. Datang belajar sini baru pernah. Mostly yang datang belajar sini ada dari latar belakang pengalaman belajar sebelumnya berbeza-beza. Ada yang pernah belajar IPTA/IPTS, amik dip/degree sebelum ni. Life universiti IPTA/IPTS takkan sama lagi bila jadi pelatih Kolej ni. Jadi dah boleh buang jauh-jauh tanggapan life kolej/universiti macam kita pernah jadi student sebelum ni. 1st sem masa baru masuk mungkin rasa agak berat/mengeluh nak duduk kolej ni sebabkan peraturan ketat, tapi apapun kolej(institusi latihan) ni ada keunikan tersendiri, acuan tersendiri. Lama-lama akan terbiasa dengan suasana ni, dan akan seronok dengan pengalaman2 jadi pelatih kat sini dengan kawan2. Yang penting enjoy! Tahniah dapat jadi pelatih sini. Selamat datang ke KSKB Johor Bahru. :)

      Delete
    2. Kalau ada nak tahu apa2 lagi boleh tanya. Kalau free saya buka blog, saya akan reply. :)

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. elaun cukup ke? Utk yang jenis tak membazir mmg spend utk (yuran,makan, buku2, etc etc) je? cukup tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elaun memang cukup bab makan, buku2, beli2 brg keperluan, elok je cukup. Tapi tak cukup nak shopping mcm2 lah. Heheh. Tp untung sebab elaun masuk tiap2 bulan,kalau takde duit pun masa hujung2 bulan je. Cuti sem pun dapat elaun lagi non stop.

      Delete
    2. Mostly kitorang akan kata elaun tak cukup. Sebab nafsu nak shopping macam2 tu ada bila dapat elaun. Haha tambahan duduk area bandar, macam2 tempat ada nak spend duit masa hujung minggu.

      Delete
  5. Assalamualaikum,saya nak tanya,time temu duga,soalan apa diorang selalu tnya?saya kena study apa apa tak?contohnya saya nak pilih diploma kesihatan persekitaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Hi Aida.
      Soalan temuduga boleh jadi berbeza. Awal temuduga dia akan suruh awak perkenalkan diri. Jadi awak ceritakan lah serba sedikit tentang diri. Awak kena lah studi tentang jawatan awak mohon macam kesihatan persekitaran. Nanti dia akan tanya apa2 berkaitan bidang itu. Tentang topik2 kesihatan yg berkaitan bidang, nanti bidang ni kerja tugas apa. Motif ni semua dia nak tengok yang awak dah betul2 buat persedian tentang bidang yang awak mohon ni. Maksudnya awak dah betul faham bidang awak mohon ni. Selebihnya dia akan tanya, kenapa awak mohon bidang ni. Minat ke tak? dan soalan2 selainnya yang menguji cara awak berfikir dalam situasi tertentu.

      Delete
    2. cara pemakaian kt sana mcm mne eh ? kalau berniqab , tudung labuh boleh tak?

      Delete
    3. kat dalam kolej semua pakai uniform. Jadi rasanya memang takda peluang untuk tudung labuh sebab uniform tu semua tudung masuk ke dalam baju.

      Kalau berniqab memang tak dibenarkan sebab dalam latihan ni awak selalu berhadapan masyarakat, berinteraksi selalu. Memang tiada yg berniqab disini sepanjang latihan. Tidak dibenarkan pakai kopiah dalam latihan kecuali songkok. Bila dah kerja nanti saya tak pasti, Ikut profession tentang berniqab. Tapi biasanya profession kita yg selalu berhadapan masyarakat, tiada yg berniqab. Saya belum nampak lagi penjawat awam yg berniqab. mungkin perkara tu tak dibenarkan? saya tak pasti.

      Bertudung labuh ada pakai sini, tapi di waktu lain. Bila pakai uniform masa latihan, semuanya sama. seragam ikut uniform bidang masing2. :)

      Delete
  6. Mcm mana nak post barang kat sana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi, farah. pos barang kena pergi pejabat pos luar. huhu nak keluar kena hujung minggu. kalau keluar waktu kelas atas budi bicara pengajar. Sebab kolej ada waktu outing ditetapkan, tak boleh keluar suka hati.

      Delete
  7. Assalam..Saya tertanya tanya seandainya kita gagal dalam peperiksaan semasa latihan,adakah kita akan dibuang dari kolej tersebut.Maklumlah pembelajaran yg mlibatkan sains sgt susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Hi Azlina. Kalau gagal satu kertas, kita dianggap gagal keseluruhan dan tak boleh naik semester seterusnya. Tapi jika gagal buat kali pertama kertas itu, boleh ambil kertas ulangan. Dan jika gagal lagi kertas ulangan, kena ulang semester.

      Dalam latihan ni, enviroment dia mungkin membolehkan awak belajar lebih bersungguh. Umpama awak masuk latihan sekapal dengan kawan2 kelas awak, Dan sebolehnya nak sekapal juga tamat latihan sampai habis. Jadi disini sangat titikberat keputusan keseluruan semua orang, bukan sekadar individu macam ni uni/kolej lain. Semangat kekitaan disini. Boleh saya kata, suasana latihan sama mencabar juga berbanding jawab exam dia. Tapi jangan risau, ini semua akan jadi kenangan terindah awak lepas latihan nanti. :)

      Latihan adalah sangat berbeza dengan pembelajaran di kolej/uni lain. Ada acuan tersendiri bila belajar disini. :)))

      Delete
  8. Assalam..Saya tertanya tanya seandainya kita gagal dalam peperiksaan semasa latihan,adakah kita akan dibuang dari kolej tersebut.Maklumlah pembelajaran yg mlibatkan sains sgt susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Jika gagal dalam peperiksaan latihan, awak wajib mengambil ulangan kertas ujian yang gagal. Jika kertas ulangan pun gagal, maka tak boleh teruskan ke semester depan. Kena ulang semester.

      Delete
  9. assalam. adakah persaingan yang sengit untuk memasuki kolej ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Persaingan agak sengit sebab melibatkan permohonan pekerjaan melalui SPA. Permohonan dimaksudkan adalah untuk jawatan tertentu gred U29. Jadi ramai yang memohon. Boleh jadi beribu-ribu orang memohon kemudian akan ditapis melalui peperiksaan online dan temuduga. Yang berjaya akan diletakkan untuk latihan di Institusi latihan KKM. dahulunya dipanggil Kolej,

      Delete
  10. betul ke ada yang mengatakan para graduasi dri kskb keluar terus dpt kerja? or its only a rumours?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Kerana graduan dari KSKB(sekarang dipanggil Institusi latihan KKM) adalah ditaja oleh kementerian kesihatan malaysia untuk berkhidmat dengan mereka apabila tamat belajar/latihan. Kesemua yang tamat latihan akan menunggu surat panggilan kerja dalam tempoh tertentu. Hampir kesemua akan mendapat kerja kecuali mereka yang ada masalah tertentu semasa latihan di kolej. Pada tahun 2019 sudah mula pengambilan kerja ke dalam KKM dengan tempoh kontrak beberapa tahun sebelum diserap tetap, bukan lagi terus diserap masuk kerja tetap seperti dulu.

      Yang berjaya masuk ke Kolej/institusi latihan ini adalah mereka yang memohon untuk jawatan gred U29 didalam KKM, mereka perlu menjalani peperiksaan online dan temuduga. Yang memohon akan ditapis dahulu untuk melayakkan mereka masuk ke sini.

      Delete
  11. Boleh sya tanya? Adakah orang cina juga layak mengikuti latihan ini? bolekah , mohon lepas keluar result spm ? Biasanya bila perlu tahu keputusan sama ada berjaya atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cina dan india pun ada dan layak jika melepasi temuduga. Lepas dah ada result SPM dah boleh mohon di SPA. Akan lalui exam online dan akan diberitahu layak temuduga atau tidak. Bila berjaya temuduga, akan dimaklumkan melalui surat/ email/ online SPA

      Delete
  12. Betul ke kalau nk sambung ke degree kena kerja dulu 4 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung dengan ketua jabatan tempat bekerja. Ada yang hanya setahun kerja dah dilulus ketua jabatan untuk sambung belajar. Dan perlu ikut syarat degree itu juga. Ada degree yang memerlukan kelayakan pengalaman kerja.

      Delete
  13. Salam saya nak tanya yuran untuk masuk ke kolej ni brp ye ,saya cari2 tak jumpa pun , saya harap abg/akak dpt reply .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuran terbaru saya tak pasti, Yang pasti tak mahal. Yuran itu sekali bayar sahaja untuk orientasi. Selepas itu tiada yuran apa2 perlu dibayar sampai habis belajar. Ada sesetengah kolej kenakan yuran asrama kediaman setiap bulan. tp tak mahal. 2-3 puluh ringgit shj

      Delete
  14. Assalam. Kalau da jwb peperiksaan online tp tk hadir temuduga calon akan disenaraihitamkan ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti. Tapi bagi saya itu boleh saja. Sebab ia dianggap awak tidak berminat saja.

      Delete
  15. Salam, kt sana balajar kbanyakkan guna bhasa melayu ke dalam bhasa ingeris ? And exam slalu ada bm atau bi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar sini kebanyakan istilah perubatan dalam bahasa inggeris. Dan ada juga kami gunakan bahasa melayu. Dua2 bahasa dibolehkan untuk menjawab dalam peperiksaan. Asalkan ia difahami dan bersesuaikan. Cuma jangan terlalu rojak sangat bahasa. Boleh kata mostly kami guna bahasa melayu untuk mudah faham, dan istilah perubatan dalam bahasa inggeris.

      Delete
  16. assalamualaikum . boleh saya tahu ,
    apakah subjek bgi setiap semester ?

    ReplyDelete
  17. Waalaikummusalam. Subjeknya banyak.. Kalau bagi pembantu perubatan semester 1 hingga 3 banyak melibatkan teori dan berada dalam kelas. Semester 4-6 akan banyak berada di kawasan latihan klinikal di Hospital dan Klinik kesihatan. Tapi setiap semester masih ada peperiksaan.

    Antaranya yang saya boleh sebut, Subjek perubatan, Farmakologi, Perubatan kecemasan, Kesihatan komuniti, Kejururawatan, Pembedahan, Orthopedik, oftalmologi, perubatan Otorinolaringologi, pediatrik,
    obstetrik dan ginekologi, Psikiatrik/psikologi, anatomi dan Fisiologi perubatan, Parasitologi, Microbiologi, Biologi, Patologi, Biokimia dan ada beberapa lagi mungkin saya terlepas. ada beberapa subjek akan ada sambungan seperti perubatan 1 dan 2. Sains kesihatan komuniti 1,2,3.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..sy nk tanya..yuran pendaftaran pada awal kemasukan dlm range berapa ye? Dan kos purata pada bulan pertama yg kita kene prepare?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak pasti. Sebab dah lama sangat. Biasanya bayaran hanya sekali sahaja semasa pendaftaran. Selebihnya duit diperlukan hanya untuk keperluan harian semasa kita di kolej pada bulan pertama. Selepas itu akan ada elaun perbelanjaan diberi pada pelajar. Jadi tak perlu risau. Biasanya bulan kedua dah dapat elaun. Dia akan cover bulan pertama sekali.

      Delete
  19. Asslm,yuran pendaftaran lebih kurang rm800 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti jumlah tepat yuran pendaftaran. Mungkin dah berubah sejak saya masuk dulu.

      Jumlah 825 tu elaun bulanan yang pelatih dapat setiap bulan dibawah biasiswa tajaan KKM.

      Delete
  20. Apa maksud U29 laa U41 laa saya tak paham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nombor tu adalah gred perjawatan dalam kerajaan. Bagi bidang kesihatan gunakan "U". U29 Bagi gred lantikan baru kelayakan pendidikan Diploma. U41 Gred lantikan kelayakan pendidikan Ijazah sarjana muda.

      Delete
  21. assalam boleh tak saya nak email awak,sbb saya confuse.Saya dapat surat.Tapi saya tak tau yg ni betul ke dari kkm from spa.So I hope I cam send that picture to you.

    ReplyDelete
  22. assalam boleh tak saya nak email awak,sbb saya confuse.Saya dapat surat.Tapi saya tak tau yg ni betul ke dari kkm from spa.So I hope I cam send that picture to you.

    ReplyDelete
  23. hai,kalau nak masuk kolej ni kena lulus SPA dulu ke atau boleh mohon dengan result SPM?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum nk tnya kalau bkn lepasan sains tulen blh mohon ke?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum nak tnya...macam mana lps habis belajar nnt?ada kah terus bekerja dengan kerajaan atau sama macam lepasan u lain untuk mencari kerja sendiri?

    ReplyDelete
  26. Assalam...sye nk tau..berapa ramai jumlah pelajar di KSKB Johor ni...termasuk course2 lain...

    ReplyDelete
  27. seandainya mnarik diri..mmang kena denda ker..rasa x dpt truskn..x ssuai dgan personaliti😔

    ReplyDelete