Sambutan Maulidur Rasul di Fasa2 Bandar Puncak Alam.
gabungan UiTM dan penduduk Bandar Puncak Alam.
kali ni aku dapat sertai sekali dalam perarakan hari maulidur rasul.
Pada awalnye aku tak tahu yang aktiviti sambutan Maulidur Rasul ni ade masuk Malaysia Hari ini (MHI). Wahh.. ade gak masuk TV pasal Puncak Alam nieh..
Bagi pelajar program Asasi… ni mungkin aktiviti terakhir aku. Lepas ni takde dah. Focus final Exam lak…! Mau kasi pointer(CGPA) gempak.
Pasukan perarakan Asasi sains jadi johan dowh..! bangge lah aku jadi student Asasi. Dah la aku join sekali berarak. Tema baju melayu biru atau Hijau…
Aku takde baju melayu biru ngan hijau. Malam tu sebok la nk cari baju pinjam. Akhirnye pinjam baju Ijan(housemate).
Haishh.. dah la bangun lambat pagi tu, bangun pukul 7 a.m.
kunci locker lak aku lupe tertinggal mane. Dah jadi masalah takleh bukak locker.
akhirnye… student Asasi lain dah pon gerak gi Puncak Alam.
Ade beberapa kerat student lelaki kena tinggal Bas termasuk aku. ni kes siap lambat laa…
yang kelakarnye, mase tengah tunggu bas ade komander kesatria bagi arahan beratur dalam barisan. aku ni pelajar asasi memang Blur lah... kami mane la tahu basic kawad UiTM. so, kami dikecualikan... tak payah ikut arahan sangat macam student lain.
aku antara golongan yang dah terlambat nak berarak...
“kali ni kamu bernasib baik, sebab kamu berarak atas Bas”
Haha.. ayat xleh bla… sume orang dah habis berarak, baru la kami nak sampai.
Menyedihkan student laki ade 4 orang je berarak. Yang lain2 semua lambat datang.
hampir separuh orang yang hadir adalah student UiTM.
pasukan murid sekolah rendah
kawasan ni memang ramai betol budak-budak... macam2 kerenah aku jumpe.
sejak masuk kampus, agak dah lame aku tak nampak budak2 kecik.
sarapan pagi makan mee goreng... duduk je la makan atas rumput.
termasuklah juga Adnan Omar.
aku tak pasti sebab ape ade orang yang tidur... mungkin bosan, mungkin letih, atau mungkin memang dia NAK TIDO...
ni la hero-hero yang ade dalam taman nieh. macam2 gelagat aku tengok. dalam Forum pun rilek je main2 kat depan. haha...
aku kadang2 suke tengok gelagat budak-budak.
Pasukan Gua dapat No.1 la bro...
aku pon tak pasti ape faktor2 yang boleh dapat No.1
aku datang lambat, jadi tak sempat nak berarak. haha..
tengah menunggu Bas UiTM.
Gua mau balik ke Kampus Puncak Alam~
student Asasi yang berbaju melayu Biru.
tapi... student Asasi perempuan aku jarang nampak.
ke mane dorang menghilang pon aku tak tawu..
ke mane dorang menghilang pon aku tak tawu..
aku ni jadi macam jurukamera tolong tangkap gambar. sampai gambar aku pon takde orang nak tangkap. gambar dorang je la yang banyak. takpe laa.. redha...
aku rase bagus jugak dapat join aktiviti ni.