Blog ni sudah lama aku tak menulis. aku mungkin dah hampir lupakan kehidupan aku yang dulu. Bila buka kembali blog ni, mengingatkan perjalanan aku waktu dulu sehingga membentuk aku yang sekarang ini.
itulah perbezaan permikiran. aku tak kata sekarang aku matang. tapi apa yang pasti aku pada hari ini lebih matang berbanding yang dulu. Permasalah hidup dihadapi dengan tenang, tanpa perlu kau "triggered" dengan diuji manusia sekeliling.
Watak kita sentiasas berubah dengan pengalaman tahun demi tahun.
5 tahun dulu kau pegang watak sebagai student yang kesunyian dan cuba adaptasi dengan persekitaran, cuba untuk meneruskan hidup mencari haluan. tercari apa nak dilakukan pada masa depan.
5 tahun kemudian kau seorang yang berkerjaya dan memiliki keluarga sendiri, menghadapi dugaan kewangan dan konflik rakan sekerja.
Watak lelaki bekerjaya ni mungkin aku akan pegang lama sampai aku pencen.
akan datang mungkin watak yang ditentukan berapa anak, anak umur dah berapa, kerja dah berapa lama, kenaikan pangkat.
Hidup kita sentiasa ada watak tersendiri. tapi apa yang menariknya watak kita ditentukan oleh manusia sekeliling yang menggelar kita apa saja watak mereka nampak.
Ada masa kita bukan lah pelakon hebat memegang watak. Kau rasa di tempat kerja kau dah lakukan terbaik, rajin ringan tulang, kuat bekerja, mesra dengan rakan kerja. Di rumah kau suami dan ayah penyayang. dengan kemudian orang lain gelar kau sebagai watak yang suka ambil kesempatan, suka hilang dari tempat kerja, suka main henset, panas baran di rumah.
Itu lah aku kata. Ada masa kita bukan lah pelakon hebat memegang watak. Dunia ni pentas kita yang sementara... Skrip dan jalan cerita sudah diberi. Tapi tak semestinya kau berjaya melakonkan. Kalau ikut jalan cerita, kita kena sendiri berbuat baik pada orang lain. ambil berat saudara sekeliling, membantu orang kesusahan, berlemah lembut, bertanggungjawab, berakhlak mulia. Semua itu sudah diberi untuk hidup di dunia ini.
Kadang watak yang kita mahukan akan sering diuji dengan dugaan.
Kadang kita gagal melakonkan watak kita.
Sebagai seorang muslim, seorang sahabat, seorang suami, seorang ayah.
Semoga kita semua masih diberi kesempatan melakukan kebaikan di dunia ini, mengetahui tujuan hidup, dan melaksanakan perintah Nya. Teruskan hidup walaupun rasa dikecewakan. Itu lah sebahagian dari takdir kita yang memiliki hikmah disebaliknya jika bersabar.